Bahasa Esperanto
From Wikipedia
Bahasa Esperanto | |
---|---|
Dicipta oleh: | L.L Zamenhof |
Tahun: | 1887 |
Set dan kegunaan: | Bahasa bantuan antarabangsa |
Bil. penutur: | Asli: k.k 1000 Penutur fasih: k.k 100,000 hingga 2 juta |
Kategori (tujuan): |
bahasa buatan Bahasa bantuan antarabangsa Bahasa Esperanto |
Kategori (sumber): |
kosa kata dari bahasa Romance dan Jermanik; fonologi dari bahasa Slavik |
Dikawal oleh: | Akademio de Esperanto |
Kod bahasa | |
ISO 639-1: | eo |
ISO 639-2: | epo |
ISO/FDIS 639-3: | epo |
Nota:Halaman ini mungkin mengandungi simbol-simbol fonetik IPA dalam Unikod. Sila lihat carta IPA untuk nada sebutan berdasarkan bahasa Inggeris. |
Bahasa Esperanto ialah bahasa buatan antarabangsa yang ditutur dengan paling meluas. Namanya berasal daripada perkataan Doktoro Esperanto, nama samaran yang L. L. Zamenhof menggunakan ketika menerbitkan Unua Libro buat pertama kali pada tahun 1887. Matlamat Zamenhof ialah untuk mewujudkan sebuah bahasa yang mudah dan fleksibel sebagai bahasa kedua sejagat untuk menggalakkan keamanan dan persefahaman antarabangsa.
Walaupun tiada negara telah menggunapakai bahasa itu secara rasmi, bahasa Esperanto telah digunakan secara berterusan oleh sebuah komuniti yang dianggarkan antara 100,000 hingga dua juta orang penutur serta lebih seribu penutur bahasa ibunda. [1]
Pada hari ini, bahasa Esperanto telah digunakan untuk pelancongan dunia, persuratan, pertukaran budaya, konvensyen, kesusasteraan, pengajaran bahasa, televisyen (Internacia Televido) dan penyiaran radio. Sesetengah sistem pendidikannegara menawarkan kursus-kursus pilihan untuk bahasa Esperanto; terdapat bukti bahawa pembelajaran bahasa Esperanto adalah suatu penyediaan yang berguna untuk pembelajaran bahasa kemudian (sila lihat Bahasa Esperanto dan pendidikan).
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Sejarah
- Rencana utama: Sejarah bahasa Esperanto
Esperanto dikembangkan oleh Dr. Ludovic Lazarus Zamenhof pada lewat 1870-an dan awal 1880-an. Selepas pengembangan lebih kurang sepuluh tahun, Zamenhof yang telah menghabiskan banyak masa untuk menterjemahkan pelbagai sustera ke dalam bahasa Esperanto serta menulis rencana prosa dan puisi yang asli, tatabahasa Esperanto pertama diterbitkan di Warsaw pada Julai 1887.
Bilangan penutur bertumbuh dengan begitu pantas dalam beberapa dekad yang berikut, mula-mula terutamanya di Empayar Rusia dan Eropah Timur, dan kemudiannya di Barat Eropah, Amerika, China, dan Jepun. Pada tahun-tahun awal, penutur-penutur bahasa Esperanto berhubungan melalui surat-menyurat dan terbitan berkala, tetapi pada tahun 1905 Kongres Dunia pertama untuk penutur-penutur bahasa Esperanto diadakan di Boulogne-sur-Mer, Perancis. Sejak masa itu, kongres-kongres dunia telah diadakan di lima benua setiap tahun kecuali semasa kedua-dua perang dunia, dan telah dihadiri oleh sehingga 6,000 orang (biasanya 2,000-3,000).
Bahasa Esperanto tidak mempunyai taraf rasmi di sebarang negara, tetapi merupakan satu mata pelajaran pilihan dalam kurikulum bagi beberapa sistem pendidikan negara. Pada awal abad ke-20, suatu rancangan untuk menubuhkan Moresnet sebagai negeri Esperanto yang pertama, dan Pulau Rose, sebuah pulau buatan yang berhayat pendek menggunakan bahasa Esperanto sebagai bahasa rasminya pada tahun 1968.
Di negara China, bahasa Esperanto telah dicadangkan sebagai gantian untuk bahasa Cina selepas Revolusi Xinhai pada tahun 1911 sebagai cara yang dramatik untuk membawa negara ke abad ke-20. Bagaimanapun, dasar ini tidak dapat dipertahankan. Pada musim panas 1924, Liga Geganti Radio Amerika mempergunakan bahasa Esperanto sebagai bahasa perantaraan antarabangsa rasminya, dan berharap bahawa bahasa itu akan digunakan oleh amatur-amatur radio dalam komunikasi antarabangsa, tetapi penggunaan bahasa itu yang sebenarnya untuk komunikasi radio tidak banyak.
Bahasa Esperanto merupakan sebuah bahasa kerja untuk beberapa pertubuhan bukan untung antarabangsa seperti Sennacieca Asocio Tutmonda, tetapi kebanyakan pertubuhan yang lain merupakan pertubuhan bahasa Esperanto yang khusus. Yang paling besar daripada pertubuhan-pertubuhan ini ialah Persatuan Dunia Esperanto yang mempunyai perhubungan perundingan dengan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu serta UNESCO.
Agama Oomoto menggalakkan penggunaan bahasa Esperanto di kalangan pengikutnya. Agama Bahai juga menggalakkan penggunaan bahasa itu sebagai suatu bahasa perantaraan antarabangsa yang tambahan, dan, walaupun agama tidak menyokong mana-mana satu bahasa, ia melihatkan bahasa Esperanto sebagai sebuah bahasa yang mempunyai potensi yang amat besar dalam peranan ini.
[Sunting] Komuniti penutur bahasa Esperanto
[Sunting] Geografi dan demografi
Bilangan penutur bahasa Esperanto di Eropah dan Asia Timur adalah lebih banya berbanding di benua Amerika, Afrika, dan Oceania, dan lebih banyak di kawasan bandar berbanding kawasan luar bandar.[2].
Bahasa Esperanto tersebar luas terutama di:
- negara-negara Eropah utara dan timur;
- China, Korea, Jepun, dan Iran di Asia;
- Brazil, Argentina, dan Mexico di benua Amerika; dan
- Togo dan Madagascar di Afrika.
Suatu anggaran bilangan penutur bahasa Esperanto telah dibuat oleh Sidney S. Culbert, seorang profesor psikologi yang bersara bagi Universiti Washington dengan seorang penutur bahasa Esperanto yang lama. Mereka mengesan dan menguji penutur-penutur bahasa Esperanto di kawasan-kawasan sampel di berdozen-dozen negara selama dua puluh tahun. Culbert menyimpulkan bahawa antara satu hingga dua juta orang bertutur dalam bahasa Esperanto pada tahap Perkhidmatan Luar Negeri Peringkat 3 dengan "kepandaian yang profesional", iaitu mereka dapat berkomunikasi dengan sederhana idea-idea yang rumit tanpa keraguan, dan mengikuti ucapan-ucapan, siaran radio, dan sebagainya. (Wolff 1996).
Anggaran Culbert bukan dibuat hanya untuk bahasa Esperanto sahaja, tetapi merupakan sebahagian daripada senarai anggaran bagi semua bahasa yang merangkumi melebihi sejuta orang penutur. Anggaran itu diterbitkan setiap tahun oleh Almanak Dunia dan Buku Fakta. Penerangan perkaedahan yang paling terperinci boleh didapati dalam sepucuk surat kepada David Wolff pada tahun 1989. Oleh sebab Culbert tidak pernah menerbitkan keputusan pertengahan yang terperinci untuk negara-negara yang khusus, ketepatan keputusan-keputusannya tidak dapat diukur secara berasingan.
Dalam Almanak itu, anggarannya untuk bilangan penutur bahasa dijadikan nombor bulat untuk juta yang paling dekat. Oleh itu, bilangan penutur bahasa Esperanto diberikan sebagai dua juta. Jika angka ini yang diterbitkan dalam Etnolog adalah betul, ia bermakna bahawa kira-kira 0.03% daripada penduduk dunia bertutur dalam bahasa Esperanto. Walaupun angka ini gagal mencapai matlamat Zamenhof sebagai sebuah bahasa sejagat, ia membayangkan kepopularan yang tiada tandingan di kalangan bahasa buatan yang lain. Etnolog juga menyatakan bahawa bilangan penutur bahasa Esperanto yang asli (denaskuloj) ialah di lingkungan 200 hingga 2,000. Penutur-penutur itu telah membelajari bahasa itu sejak masa kelahiran daripada ibu-bapa mereka yang bertutur dalam bahasa Esperanto (keadaan ini terjadi apabila bahasa Esperanto merupakan bahasa keluarga dalam sebuah keluarga antarabangsa atau kekadangnya dalam sebuah keluarga yang mengabdikan penuturan bahasa Esperanto).
Marcus Sikosek telah mencabarkan angka 1.6 juta yang dikatanya telah dibesar-besarkan. Sikosek mengatakan bahawa jika hanya terdapat sejuta penutur yang disebar dengan sama rata di seluruh dunia, bandar raya Cologne akan mempunyai 180 orang penutur bahasa Esperanto. Bagaimanapun, beliau hanya menjumpai 30 penutur yang fasih di bandar raya itu, dan di tempat-tempat yang dianggap mempunyai banyak penutur bahasa Esperanto, beliau juga mendapati bahawa bilangan penutur juga adalah kurang daripada apa yang dijangka. Beliau juga mendapati bahawa bilangan ahli untuk pelbagai pertubuhan bahasa Esperanto ialah di kalangan 20,000, berbanding anggaran orang lain yang lebih tinggi. Walaupun banyak penutur bahasa Esperanto tidak menjadi ahli untuk sebarang pertubuhan bahasa Esperanto, beliau berasa bahawa anggaran bilangan penutur bahasa itu yang merupakan lima puluh kali lebih daripada bilangan ahli pertubuhan adalah tidak mungkin.[2]. Bagaimanapun, ada orang yang berpendapat bahawa nisbah itu adalah mungkin.
Ahli bahasa Finland Jouko Lindstedt, seorang pakar dalam penutur asli bahasa Esperanto, menyampaikan skim yang berikut [3] untuk menunjukkan perkadaran keseluruhan bagi keupayaan bahasa di dalam komuniti bahasa Esperanto:
- 1,000 orang menggunakan bahasa Esperanto sebagai bahasa asli mereka
- 10,000 orang bertutur bahasa Esperanto dengan fasih
- 100,000 orang menggunakan bahasa Esperanto secara aktif
- 1,000,000 orang memahami banyak bahasa Esperanto secara pasif
- 10,000,000 orang pernah membelajari bahasa Esperanto pada takat yang tertentu.
Dengan tiadanya data persampelan Dr. Culbert yang terperinci, atau sebarang data banci yang lain, kepastian bilangan penutur tidak dapat ditentukan. Beberapa pemerhati mungkin akan mencabar kenyataan berikut yang diperoleh daripada laman web Persatuan Dunia Esperanto Persatuan:
- Bilangan buku teks yang dijual dan keahlian persatuan-persatuan tempatan membayangkan bilangan orang yang memahami bahasa Esperanto pada takat yang tertentu dalam beratus-ratus ribu dan mungkin juga berjuta-juta.[1]
[Sunting] Budaya
- Untuk maklumat lanjut, sila lihat subrencana: Budaya bahasa Esperanto, Kesusasteraan bahasa Esperanto, dan Muzik bahasa Esperanto.
Bahasa Esperanto sering digunakan untuk mengetahui sebuah budaya antarabangsa, termasuk korpus kesusasteraan bahasa Esperanto yang besar dan yang terdiri daripada karya asli dan karya terjemahan. Bilangan karya bahasa Esperanto termasuk melebihi 25,000 buah buku (asli dan terjemahan) serta melebihi seratus majalah yang diedarkan secara tetap. Banyak penutur bahasa Esperanto menggunakan bahasa itu dan Pasporta Servo untuk perjalanan ke seluruh dunia. Ada juga yang suka mempunyai sahabat pena di seluruh dunia melalui Perkhidmatan Sahabat Pena Bahasa Esperanto (Esperanto Pen Pal Service). Setiap tahun, 1,500-3,000 orang penutur bahasa Esperanto bertemu untuk Kongres Dunia Bahasa Esperanto (Universala Kongreso de Esperanto).
Secara sejarah, kebanyakan daripada muzik bahasa Esperanto adalah dalam bentuk tradisi rakyat; pada dekad-dekad kebelakangan ini, lebih banyak rock dan genre moden yang lain telah muncul. Pada setakat yang tertentu, terdapat juga tradisi berkongsi, seperti Hari Zamenhof, dan pola-pola tingkah laku seperti menghindari penggunaan bahasa kebangsaan sendiri dalam mesyuarat-mesyuarat bahasa Esperanto melainkan terdapat sebab-sebab yang baik.
Dua buah filem telah dibuat dengan seluruh dialog dalam bahasa Esperanto:
- Angoroj (1964)
- Inkubus yang membintangi William Shatner pada tahun 1965.
Gattaca, sebuah filem futuristik, menggunakan bahasa Esperanto untuk menyampaikan pengumuman sistem siar raya.
Suatu kritikan yang kerap adalah bahawa "bahasa Esperanto tidak mempunyai kebudayaan". Bagaimanapun, bahasa Esperanto senjaga berbuat begitu: Bahasa itu bertujuan untuk menjadi alat pemudah cara antara budaya, bukannya pembawa mana-mana satu budaya. (Sila lihat Bahasa Esperanto sebagai sebuah bahasa antarabangsa.)
[Sunting] Matlamat gerakan bahasa Esperanto
Tujuan Zamenhof untuk mencipta sebuah bahasa yang mudah dipelajari adalah untuk menggalakkan persefahaman antarabangsa. Bahasa itu bertujuan untuk dijadikan sebuah bahasa perantaraan antarabangsa, iaitu sebuah bahasa kedua sejagat, dan bukannya untuk menggantikan bahasa-bahasa etnik. Matlamat ini dikongsi secara meluas di kalangan penutur bahasa Esperanto pada dekad-dekad awal gerakannya. Kemudian, penutur-penutur bahasa Esperanto bermula melihatkan bahasa dan budaya yang bertumbuh di sekelilingnya sebagai tujuan pada dirinya, walaupun bahasa Esperanto tidak diterima oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu atau pertubuhan antarabangsa yang lain.
Penutur-penutur bahasa Esperanto yang hendak melihat bahasa Esperanto diterima secara rasmi atau pada skala besar di seluruh dunia biasanya dipanggil finvenkistoj. Perkataan itu berasal daripada fina venko, yang bermaksud "kemenangan terakhir". Mereka yang menumpukan nilai intrinsik bahasa biasanya dipanggil raŭmistoj. Perkataan ini berasal pula daripada Rauma, Finland yang merupakan tempat Kongres Belia Antarabangsa diadakan pada tahun 1980 dan di mana perisytiharan dibuat bahawa kejayaan "fina venko" dan nilai budaya Esperanto adalah tidak mungkin pada jangka pendek. Bagaimanapun, kedua-dua kumpulan itu adalah tidak berbeza sama sekali. (Sila lihat Finvenkismo)
Manisfesto Prague (1996) memberikan pandangan-pandangan gerakan bahasa Esperanto aliran utama dan Persatuan bahasa Esperanto Dunia (UEA]]), pertubuhan utamannya.
[Sunting] Bahasa Esperanto dan pendidikan
Tidak banyak sekolah mengajar bahasa Esperanto secara rasmi di luar China, Hungary, dan Bulgaria; kebanyakan daripada penutur bahasa Esperanto masih mempelajari bahasa itu melalui belajar sendiri atau kursus gaya pos. Beberapa kursus gaya pos bercetak untuk bahasa Esperanto telah disesuaikan untuk e-mel dan diajar oleh pengajar-pengajar kor sukarela. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, pendidikan dalam talian seperti lernu! telah menjadi popular. Pelbagai pendidik telah menganggarkan bahawa bahasa Esperanto boleh dipelajari dalam masa satu perempat hingga satu kedua puluh jumlah masa yang diperlukan untuk mempelajari bahasa-bahasa yang lain.usa.org/?q=nod/77 Sesetengah berhujah, bagaimanapun, bahawa ini adalah betul untuk penutur bahasa ibunda cuma Eropah Barat bahasa-bahasa.[2] Bagaimanapun, ada yang memperdebatkan bahawa ini adalah benar hanya untuk mereka yang merupakan penutur asli bahasa-bahasa Eropah Barat. [3]
Claude Piron, seorang bekas ahli psikologi di Universiti Geneva dan penterjemah bahasa-bahasa Cina-Inggeris-Rusia-Sepanyol untuk Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, memperdebatkan bahawa pemikiran dengan jelas dalam bahasa Esperatoro adalah lebih mudah berbanding banyak bahasas etnik (sila lihat hipotesis Sapir-Whorf untuk penjelasan teori ini). "Bahasa Esperanto bergantung pada keseluruhannya kepada refleks semula jadi [dan] berbeza daripada semua bahasa yang lain dari segi bahawa kamu selalu boleh mempercayai kecenderungan semula jadi anda untuk membuat anggapan umum untuk pola-polanya. Peraturan neuropsikologi yang sama [yang dipanggil oleh] Jean Piaget sebagai asimilasi generalisasi — meliputi pembentukan kata dan juga tatabahasa."[4]
Beberapa kajian penyelidikan menunjukkan bahawa mempelajari bahasa Esperanto sebelum bahasa asing yang lain mempercepatkan dan memperbaik pembelajaran bahasa asing itu. Ini mungkin disebabkan membelajari bahasa asing yang kedua dan seterusnya adalah lebih mudah daripada membelajari bahasa asing yang pertama. Penggunaan sebuah bahasa perantaraan yang mempunyai tatabahasa yang mudah serta kebudayaan yang fleksibel seperti bahasa Esperanto mengurangkan rintangan pembelajaran bahasa asing yang pertama. Dalam suatu kajian [5], sekumpulan pelajar sekolah tinggi Eriopah membelajari bahasa Esperanto selama setahun, dan kemudiannya membelajari bahasa Perancis selama tiga tahun. Mereka didapati mempunyai penguasaan bahasa Perancis yang jelas lebih baik daripada kelompok kawalan yang membelajari bahasa Perancis selama keempat-empat tahun. Kesudahan yang sama juga didapati ketika bahasa asing yang kedua itu merupakan bahasa Jepun, atau ketika kursus pembelajaran disingkatkan kepada dua tahun, termasuk enam bulan untuk mempelajari bahasa Esperanto. Sila lihat Nilai kajian persediaan bahasa Esperanto untuk kajian-kajian yang berkaitan.
[Sunting] Kritikan dan pengubahsuaian bahasa Esperanto
- Untuk maklumat lanjut, sila lihat subrencana: Bahasa Esperanto sebagai sebuah bahasa antarabangsa dan Esperantido (Projek-projek diilhami oleh bahasa Esperanto).
Kritikan yang biasa terhadap bahasa Esperanto adalah bahawa perbendaharaan kata dan tatabahasanya amat serupa dengan bahasa-bahasa Eropah Barat. Sebaliknya, ada juga yang mengkritik bahawa perbendaharaan kata, huruf aksen, dan tatabahasa bahasa Esperanto tidak cukup sama dengan bahasa-bahasa Eropah Barat (suatu kritikan yang diberi tumpuan oleh bahasa Ido, bahasa Novial dan bahasa Interlingua). Ada juga yang mendakwa bahawa bahasa Esperanto adalah terlalu seksis, dibuat-buat, atau gagal untuk mencapai jangkaan.
Walaupun bahasa Esperanto pada dirinya tidak berubah banyak sejak penerbitan "Asas bahasa Esperanto" Fundamento de Esperanto, berbagai-bagai projek pembaharuan telah dicadangkan, bermula dengan cadangan Zamenhof pada tahun 1894 dan bahasa Ido pada tahun 1907. Banyak bahasa buatan kemudian, seperti bahasa Fasile, berasaskan bahasa Esperanto.
Adolf Hitler menulis dalam Mein Kampf bahawa beliau melihatkan sebuah bahasa sejagat sebagai suatu alat yang mungkin untuk mendominasikan dunia Yahudi dan menyebut bahasa Esperanto sebagai contoh untuk bahasa-bahasa itu:
- Asalkan orang Yahudi belum menjadi tuan orang-orang lain, dia mesti bertutur dalam bahasa-bahasa mereka, baik dia suka atau tidak, tetapi secepat mereka menjadi hamba-hambanya, mereka semua dikehendaki mempelajari satu bahasa sejagat (bahasa Esperanto, umpamanya!), supaya dengan cara tambahan ini, orang Yahudi lebih mudah mendominasi mereka!
[Sunting] Bahasa Esperanto sebagai budaya popular
- Rencana utama: Esperanto dalam budaya popular
Bahasa Esperanto telah digunakan dalam sebilangan filem dan novel. Biasanya, bahasa ini dipergunakan untuk bertambah sebuah bahasa asing yang eksotik tanpa membayangkan mana-mana satu kumpulan etnik yang tertentu, atau untuk mengelakkan penciptaan bahasa yang baru. Dalam fiksyen sains, bahasa Esperanto sering digunakan untuk membayangkan suatu masa hadapan di mana sebuah bahasa pertuturan yang lebih sejagat wujud berbanding hari ini. Contoh-contoh seumpama ini termasuk siri Riverworld oleh Philip José Farmer, dan Kerdil Yang Merah (Red Dwarf), sebuah sitcom sains fiksyen.
[Sunting] Lihat juga
Templat:Esperanto
- Bahasa Esperanto
- Panduan sebutan
- Ortografi
- Fonologi
- Perbendaharaan kata dan pembinaan kata
- Tatabahasa
- Kurso de Esperanto
- Sejarah bahasa Esperanto
- Bahasa Esperanto proto
- Cabang-cabang bahasa Esperanto
- Kongres Dunia
- Nilai pendidikan bahasa Esperanto
- Esperanto sebagai sebuah bahasa antarabangsa
- Budaya Esperanto
- Filem
- Bendera
- Perpustakaan
- Kesusasteraan
- Ĝangalo (portal berita yang terbesar dalam bahasa Esperanto)
- Monato (majalah berita dunia bulanan)
- Muzik
- La Espero (lagu kebangsaan bahasa Esperanto)
- Kongres Dunia
- Mesyuarat Antarabangsa Plouézec
- Bahasa Esperanto dalam budaya popular
[Sunting] Rujukan
- ↑ http://www.ethnologue.com/show_language.asp?code=epo
- ↑ 2.0 2.1 Sikosek, Ziko M. Esperanto Sen Mitoj ("Bahasa Esperanto tanpa Mitos"). Edisi kedua. Antwerp: Flandra Esperanto-Ligo, 2003.
- ↑ Lindstedt, Jouko. "Re: Kiom?" (posting). DENASK-L@helsinki.fi, 22 April 1996.
- ↑ Piron, Claude: "The hidden perverse effect of the current system of international communication", terbitan nota syarahan
- ↑ Williams, N. (1965) 'A language teaching experiment', Canadian Modern Language Review 22.1: 26-28
- Ludovikologia dokumentaro I Tokyo: Ludovikito, 1991. Cetakan semula Faksimile untuk Unua Libro dalam bahasa Rusia, Poland, Perancis, Jerman, Inggeris dan Sweden, bersama-sama dengan kamus-kamus bahasa Esperanto yang terawal untuk bahasa tersebut.
- Fundamento de Esperanto. Cetakan semula HTML untuk Fundamento 1905, daripada Akademi bahasa Esperanto.
- Auld, William. La Fenomeno Esperanto ("Fenomena bahasa Esperanto"). Rotterdam: Universala Esperanto-Asocio, 1988.
- Butler, Montagu C. Step by Step in Esperanto. ELNA 1965/1991. ISBN 0939785013
- Culbert, Sidney S. Tiga pucuk surat mengenai perkaedahannya untuk menganggarkan bilangan penutur bahasa Esperanto, diimbas dan diterjemahkan dalam HTML oleh David Wolff.
- DeSoto, Clinton (1936). 200 Meters and Down. Hartford Barat, Connecticut, Amerika Syarikat: Liga Geganti Radio Amerika (American Radio Relay League), m.s. 92.
- Everson, Michael. Abjad Eropah: Esperanto {PDF}. Evertype, 2001.
- Harlow, Don. Buku bahasa Esperanto. Diterbitkan sendiri dalam laman web (1995-96).
- Wells, John. Lingvistikaj aspektoj de Esperanto ("Aspek linguistik bahasa Esperanto"). Edisi kedua. Rotterdam: Universala Esperanto-Asocio, 1989.
[Sunting] Pautan luar
- Maklumat mengenai bahasa Esperanto
- Laporan kemas kini mengenai bahasa Esperanto oleh Persatuan bahasa Esperanto Dunia
- Esperanto.net: maklumat dalam banyak bahasa
- Esperanto: Sebuah Bahasa untuk Kampung Global oleh Sylvan Zaft
- Kekunci untuk Bahasa Antarabangsa disusun oleh Kent Jones dan Christopher Zervic
- Rangka tindakan untuk Babel: Esperanto - Ulasan dan ringkasan tatabahasa untuk bahasa Esperanto dan Riismo, dengan daftar kata serta pautan
- Daripada Calon Nobel yang menulis dalam bahasa Esperanto
- Rencana-rencana mengenai bahasa Esperanto dan komunikasi antarabangsa
- Banyak pautan untuk bahasa Esperanto
- Kamus
- Reta Vortaro, sebuah kamus bahasa Esperanto
- Kamus bahasa Esperanto Alternatif
- Kamus bahasa Esperanto: daripada Kamus Webster
- Wiktionary Esperanto dan Wiktionary:Category:Esperanto language
- jVortaro, sebuah kamus bahasa Esperanto yang ditulis dalam bahasa pengaturcaraan Java
- Penterjemahan automatik daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa kebangsaan lain.
- Daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Esperanto.
- Traduku: Penterjemah Mesin dalam Talian
- Majstro Multlingva Tradukvortaro - Sebuah kamus terjemahan bahasa berbilang yang menggunakan bahasa Esperanto sebagai bahasa pangsi
- Logos.
- Kursus dan sebutan bahasa Esperanto
- Lernu.net – sila lihat juga Lernu!
- Kursus bahasa Esperanto percuma – Kursus gaya emel
- Kurso de Esperanto – Perisian dan kursus gaya emel (bahasa berbilang)
- Esperanto - Panorama
- Projekto NESTO – Kursus Didikan untuk bahasa Esperanto dalam banyak bahasa.
- Parolu, sebutan bahasa Esperanto.
- Pertubuhan bahasa Esperanto
- Pesatuan Bahasa Esperanto Sejagat
- Persatuan Bahasa Esperanto Britain
- Persatuan Bahasa Esperanto Kanada
- Persatuan Bahasa Esperanto Australia
- Persatuan Bahasa Esperanto New Zealand
- Liga Bahasa Esperanto untuk Amerika Utara – pertubuhan nasional Amerika Syarikat
- Liga Bahasa Esperanto Brazil – pertubuhan nasional Brazil
- Kolombia Esperanto-Ligo
- Akademio de Esperanto
- Pakistana Esperanto Associo
- Akademio Internacia de la Sciencoj San-Marino - Akademi Antarabangsa untuk Sains
- Berita dalam bahasa Esperanto
- Internacia Televido - Saluran televisyen pertama yang langsung dalam bahasa Esperanto
- Ĝangalo - Notico-Indekso - Indeks berita daripada portal berita terbesar dalam bahasa Esperanto
- Raporto - Kie la mondo raportas al vi - tapak web berita
- Radio China Antarabangsa
- Ekspedisi TERRA-Esperanto
- Portal
- Ĝangalo - La mondo en Esperanto - Dunia dalam bahasa Esperanto (portal berita terbesar dalam bahasa Esperanto)
- China Interreta Informa Centro - Get Laluan Rasmi China untuk Berita dan Maklumat dalam bahasa Esperanto
- Esperantomondo - Forum bahasa Esperanto
- Perkhidmatan Sahabat Pena bahasa Esperanto
- Hiburan
- Ĉi Tie Nun Podcast dalam bahasa Esperanto
- Buku-buku Bergambar bahasa Esperanto untuk Kanak-kanak
- Google dalam bahasa Esperanto
- Kritikan
- Belajar Jangan Bertutur dalam bahasa Esperanto oleh Justin B. Rye
- Adakah Perbendaharaan Kata Bahasa Esperanto Terlalu Luas?
[Sunting] Pautan luar