Privacy Policy Cookie Policy Terms and Conditions Jesus Christ - Wikipedia

Jesus Christ

From Wikipedia

Untuk melihat Jesus Christ menurut pandangan Islam, sila ke halaman Nabi Isa a.s.
Dalam mozek abad ke-6 di Ravenna, Jesus digambarkan sebagai paderi dan raja Yunani-Rom – Pantokrator ditabalkan yang memakai pakaian diraja berwarna tirian ungu, dan membuat gerak isyarat salib.
Besarkan
Dalam mozek abad ke-6 di Ravenna, Jesus digambarkan sebagai paderi dan raja Yunani-Rom – Pantokrator ditabalkan yang memakai pakaian diraja berwarna tirian ungu, dan membuat gerak isyarat salib.

Jesus (8–2 SM hingga 29–36 Masihi), [1] juga dikenali sebagai Jesus dari Nazareth, ialah tokoh utama agama Kristian. Beliau biasanya dirujuk sebagai Jesus Christ, dengan "Christ" merupakan gelaran Yunani yang bermaksud "Yang Dilumaskan Minyak" (bahasa Yunani: Χριστός Christos) yang sepadan dengan perkataan terbitan Ibrani, "Al-Masih" (bahasa Ibrani: יהושע Yĕhošūa').

Sumber-sumber maklumat yang utama mengenai kehidupan dan ajaran Jesus ialah empat buah Gospel hukum gereja dalam Wasiat Baru: Matthew, Mark, Luke, dan John. Kebanyakan cendekiawan dalam bidang-bidang kajian bible dan sejarah bersetuju bahawa Jesus adalah guru Yahudi dari Galilee yang dianggap sebagai penyembuh, dibaptiskan oleh John si Baptis, dan mati disalib atas perintah Gabenor Rom Pontius Pilate disebabkan tuduhan hasutan terhadap Empayar Rom. [2] Sebilangan kecil cendekiawan mempersoalkan kewujudan sejarah Jesus. [3]

Pandangan-pandangan penganut agama Kristian terhadap Jesus, walaupun berlainan dan rumit, bertumpu kepada kepercayaan bahawa Jesus adalah Messiah atau Christ yang dijanji dalam Wasiat Lama, serta kepada Kebangkitannya selepas penyaliban. Kebanyakan orang Kristian mempercayai bahawa Jesus adalah Anak Tuhan yang dihantar untuk memberikan penyelamatan dan perdamaian dengan Tuhan melalui penebusan dosa-dosa kemanusiaan. Kebanyakan orang Kristian adalah penyokong Trinitarianisme dan mempercayai bahawa Jesus adalah jelmaan Tuhan, manakala mereka yang bukan penyokong Trinitarianisme memegang berbagai-bagai tafsiran yang lain mengenai ketuhanan Jesus. Bidang kajian mengenai persoalan-persoalan ini dikenali sebagai Christologi. Kepercayaan-kepercayaan lain yang dikongsi oleh kebanyakan orang Kristian termasuk Kelahiran Dara, Naiknya Jesus ke langit, dan Kedatangan Kedua pada masa hadapan. Kebanyakan orang Kristian juga mempercayai bahawa Jesus melakukan mukjizat dan menunaikan ramalan Bible.

Jadual isi kandungan

[Sunting] Kronologi

Rencana utama: Kronologi Jesus
Lihat juga: Banci Quirinius

Pemerian yang terperinci mengenai kelahiran Jesus terkandung dalam Gospel Matthew (mungkin ditulis antara tahun 65 dan 90 Masihi) [4] dan Gospel Luke (mungkin ditulis antara tahun 65 dan 100 Masihi). [5] Terdapat juga banyak perdebatan tentang perincian-perincian kelahiran Jesus di kalangan cendekiawan Kristian, dengan sebilangan cendekiawan mendakwa bahawa mereka tahu dengan tepat, baik tentang tahun mahupun tentang tarikh kelahiran dan/atau kematiannya.

Pemerian kelahiran Jesus dalam Gospel Matthew dan Luke tidak menyebut tarikh atau tahunnya. Dalam agama Kristian Barat, perayaan diadakan secara tradisi pada musim liturgi Krismas, iaitu pada 25 Disember, suatu tarikh yang dapat dikesan sehingga seawal 330 Masihi di kalangan orang-orang Kristian Rom. Sebelum itu dan masih pada hari ini dalam agama Kristian Timur, tarikh lahir Jesus secara umumnya dirayakan pada 6 Januari sebagai sebahagian perayaan Theophany [6] juga dikenali sebagai perayaan Epiphany. Perayaan Theophany ini memperingati bukan sahaja kelahiran Jesus, tetapi juga pembaptisannya oleh John di Sungai Jordan dan mungkin juga peristiwa-peristiwa lain dalam kehidupan Jesus. Banyak cendekiawan memperhatikan bahawa pemerian kegiatan gembala-gembala dalam Gospel Luke menunjukkan tarikh musim bunga atau musim panas untuk kelahiran Jesus. [7] Mereka meneka bahawa tarikh perayaan telah dipindah sebagai suatu percubaan untuk menggantikan perayaan Saturnalia Rom (atau lebih khusus, hari jadi Sol Invictus, dewa pagan). [6]

Pada tahun ke-248 dalam era Diocletian (berdasarkan naik takhta Diocletian di Rom), Dionysius Exiguus mencuba menentukan bilangan tahun sejak kelahiran Jesus, dan mendapat angka 753 tahun selepas pengasasan Rom. Dionysius kemudian menetapkan tarikh kelahiran Jesus sebagai 25 Disember 1 ACN (untuk "Ante Christum Natum", atau "sebelum kelahiran"), dan menetapkan 1 Masihi (1 AD) untuk tahun yang berikutnya. Dengan itu, sistem penomboran tahun yang dikira dari tarikh kelahiran Jesus diasaskan: Anno Domini (yang diterjemahkan sebagai "dalam tahun Tuhan kami"). Sistem ini menyebabkan tahun Dionysius Exiguus itu menjadi tahun 532 dan hampir dua abad kemudian, sistem ini diterima dan menjadi kalendar utama dalam tamadun Barat, disebabkan perjuangan lanjutan oleh Bede.

Bagaimanapun, berdasarkan gerhana qamari yang dilaporkan oleh Josephus, tidak lama sebelum kematian Herod Agung (yang memainkan peranan utama dalam pemerian Matthew) serta juga pemahaman yang lebih tepat tentang pewarisan Maharaja-maharaja Rom, kelahiran Jesus harus merupakan tahun pada atau sebelum 4 SM. Menghadapi lagi kurang sumber-sumber dan juga kini lagi jauh daripada masa pengarang-pengarang Wasiat baru, penentuan tarikh kelahiran yang lebih boleh dipercayai adalah sangat susah.

Tarikh tepat kematian Jesus juga tidak jelas. Banyak cendekiawan menganggap bahawa Gospel John menggambarkan waktu penyaliban sebagai baru sahaja sebelum perayaan Passover (juga dipanggil Kuartodesimanisme) pada hari Jumaat, 14 Nisan, manakala gospel-gospel sinoptik (kecuali Mark 14:2) memerihalkan waktu Santapan Terakhir yang merupakan makan Passover pada hari Jumaat, 15 Nisan, sebagai baru sahaja sebelum penangkapan Jesus; bagaimanapun, sebilangan cendekiawan menganggap bahawa pemerian sinoptik adalah secucuk dengan pemerian dalam Gospel John. [8] Selain itu, orang-orang Yahudi mengikut kalendar qamari-suria dengan fasa-fasa bulan sebagai tarikh dan dengan itu, merumitkan penghitungan sebarang tarikh yang tepat dalam kalendar suria. Menurut karya John P. Meier, "Seorang Yahudi Pinggir" ("A Marginal Jew"), memberikan pertimbangan kepada tempoh jawatan peguam cara Pontius Pilate dan tarikh-tarikh Passover pada tahun-tahun dalam tempoh itu, kematian Jesus kemungkinan besar boleh ditetapkan sebagai 7 April 30 Masihi atau 3 April 33 Masihi. [9]

[Sunting] Kehidupan dan ajaran, sebagaimana yang dikisahkan dalam Gospel-gospel

Rencana utama: Pandangan Wasiat Baru mengenai kehidupan Jesus

Oleh sebab tidak banyak daripada perincian-perincian kehidupan Jesus dapat ditentusahkan secara berasingan, adalah susah untuk mengukur ketepatan sejarah tentang pemerian-pemerian kitab Bible. Keempat-empat gospel hukum gereja merupakan sumber maklumat utama bagi kisah Kristian yang tradisional mengenai kehidupan Jesus.

[Sunting] Salasilah dan keluarga

Rencana utama: Salasilah Jesus
Jesus dan Mary: Madonna Hitam dari Częstochowa
Besarkan
Jesus dan Mary: Madonna Hitam dari Częstochowa

Daripada keempat-empat gospel, hanya gospel Matthew dan Luke memberikan pemerian tentang salasilah Jesus. Pemerian Matthew memberikan nasab bapa melalui bapa sahnya, Joseph; Luke memberikan nasab bapa, atau menurut lagi satu tafsiran, nasab ibunya, Mary.[10] Kedua-dua pemerian mengesan nasab Jesus sehingga Raja David dan dari situ, ke Abraham. Kedua-dua senarai itu adalah serupa antara Abraham dan David, tetapi berbeza antara David dan Joseph. Matthew bermula dengan Solomon dan menerusi raja-raja Judah, berakhir dengan Jeconiah, raja terakhir apabila Babylon menaklukkan Judah. Oleh itu, Matthew menunjukkan bahawa Jesus ialah pewaris takhta Israel yang sah. Salasilah Luke adalah lebih panjang daripada salasilah Matthew; ia bermula dengan Adam dan memberikan lebih banyak nama antara David dan Jesus.

Joseph muncul hanya dalam pemerian masa kanak-kanak Jesus. Dengan Jesus menyerahkan Mary kepada jagaan pengikutnya yang dikasihi semasa penyalibannya (John 19:25–27), adalah mungkin bahawa Joseph telah meninggal dunia menjelang masa Jesus berkhutbah. [11] Tiga buah kitab Wasiat Baru, iaitu Matthew, Mark, dan Galatians, memerikan saudara-saudara Jesus, termasuk mungkin adik-beradiknya. [12] Perkataan Yunani, adelphos, di dalam ayat-ayat ini, sering diterjemahkan sebagai anak kandung lelaki, boleh merujuk kepada mana-mana saudara, dan kebanyakan orang Katolik dan Ortodoks Timur menterjemahkan perkataan ini sebagai saudara atau saudara sepupu dalam konteks ini (lihat Kedaraan abadi Mary).

[Sunting] Kelahiran dan kehidupan awal

Rencana utama: Anunsiasi
Pemujaan Gembala-gembala, Gerard van Honthorst, abad ke-17
Besarkan
Pemujaan Gembala-gembala, Gerard van Honthorst, abad ke-17

Menurut Matthew dan Luke, Jesus dilahirkan di Bethlehem, Judea, kepada Mary, seorang dara, melalui mukjizat Roh Kudus. Gospel Luke memerihalkan malaikat Gabriel melawat Mary untuk memberitahunya bahawa dia telah dipilih untuk melahirkan Anak Tuhan (Luke 1:26–38). Menurut Luke, suatu perintah Caesar Augustus memaksa Mary dan Joseph meninggalkan rumah mereka di Nazareth dan pergi ke tempat nenek moyang Joseph, tempat David, untuk Banci Quirinius. Selepas kelahiran Jesus, pasangan itu terpaksa menggunakan palung sebagai ganti untuk katil bayi kerana tidak ada lagi bilik untuk mereka di rumah penginapan bandar itu (Luke 2:1–7). Menurut Luke, malaikat mengumumkan kelahiran Jesus kepada gembala-gembala yang datang untuk melihat bayi baru dan kemudian mengumumkan apa yang disaksikan mereka ke seluruh kawasan (lihat Noël Pertama). Matthew juga mengisahkan "Tiga orang Majusi yang membawa hadiah kepada bayi Jesus selepas mengikut sebuah bintang yang dipercayai mereka sebagai tanda kelahiran Messiah, atau Raja Orang-orang Yahudi, (Matthew 2:1-12), dan pelarian ke Mesir selepas kelahiran Jesus untuk melepaskan diri daripada Pembunuhan Beramai-ramai Orang-orang Teraniaya.

Rumah Jesus semasa kanak-kanak dinyatakan dalam kitab Bible sebagai terletak di bandar Nazareth di Galilee. Menurut Luke, Joseph dan Mary tinggal di Nazareth sebelum kelahiran Jesus dan kembali ke sana selepasnya. Sebaliknya, Matthew mengatakan bahawa keluarga Jesus masih tinggal di Mesir dan hanya berpindah ke Nazareth selepas kematian Herod untuk mengelakkan kehidupan di bawah kuasa Archelaus, anak dan pewaris Herod. (Matthew 2:19-23).

Selain daripada pelarian ke Mesir dan satu perjalanan pendek ke Tyre dan Sidon, semua peristiwa yang lain dalam Gospel berlaku di Israel kuno. [13] Mengikut Luke (Luke 3:23), Jesus berumur "kira-kira tiga puluh tahun" ketia beliau dibaptiskan. Peristiwa tunggal yang disebut antara masa bayi dan masa pembaptisan dalam mana-mana Gospel hukum gereja ialah dalam Pencarian dalam Kuil oleh Luke (Luke 2:41–52). Dalam gospel Mark, Jesus ialah seorang tukang kayu (Mark 6:3), dan dalam gospel Matthew, beliau ialah anak tukang kayu (Matthew 13:55). Kedua-dua gospel itu menunjukkan bahawa Jesus menghabiskan sebahagian masanya untuk berlatih pertukangan kayu dengan ayahnya.

[Sunting] Pembaptisan dan Godaan

Rencana utama: Pembaptisan Jesus
Godaan Christ, Ary Scheffer, abad ke-19.
Besarkan
Godaan Christ, Ary Scheffer, abad ke-19.

Gospel Mark bermula dengan Pembaptisan Jesus oleh John si Baptis yang diperihalkan oleh cendekiawan-cendekiawan Bible sebagai permulaan pengkhutbahan awam Jesus. Menurut Mark, Jesus datang ke Sungai Jordan di mana John si Baptis sedang berkhutbah dan membaptiskan orang ramai. Matthew menambah kepada pemerian ini dengan memerihalkan percubaan John untuk menolak permintaan Jesus untuk dibaptiskan, dengan mengatakan bahawa Jesuslah yang harus membaptiskan John. Bagaimanapun, Jesus mendesak dan mendakwa bahawa pembaptisannya diperlukan untuk "memenuhi semua kewajaran". (Matthew 3:15). Selepas Jesus telah dibaptiskan dan muncul dari air, Mark menyatakan bahawa Jesus "melihat syurga berpisah dan Roh turun kepadaNya bak merpati. Kemudian, suatu suara dari syurga berkata: "Kamu ialah AnakKu yang disayangi, dengan siapa Aku amat gembira." (Mark 1:10–11).

Selepas pembaptisannya, menurut Matthew, Tuhan membawa Jesus ke dalam gurun di mana beliau berpuasa selama 40 hari dan 40 malam. Semasa ini, syaitan menjumpainya dan menggoda Jesus untuk menunjukkan kuasa ghaib sebagai bukti bahawa beliau adalah benar-benar Anak Tuhan, walaupun setiap godaan ditolak oleh Jesus dengan suatu petikan kitab daripada Buku Deuteronomy. Pada keseluruhannya, Jesus digoda tiga kali. Gospel-gospel menyatakan bahawa selepas kegagalan, syaitan bertolak dan malaikat datang dan memberikan khasiat kepada Jesus (Matthew 4:1-11).

Pemerian Pembaptisan dan Godaan terdapat dalam Sinoptik, tetapi tidak terdapat dalam Gospel John.

[Sunting] Tempoh Pengkhutbahan Jesus

Rencana utama: Tempoh Pengkhutbahan Jesus
Khutbah di atas Gunung, Carl Heinrich Bloch, abad ke-19
Besarkan
Khutbah di atas Gunung, Carl Heinrich Bloch, abad ke-19
Judæa dan Galilee pada masa Jesus
Besarkan
Judæa dan Galilee pada masa Jesus

Gospel-gospel menyatakan bahawa Jesus, sebagai Messiah, telah dihantar untuk "memberikan nyawanya sebagai tebusan untuk banyak [orang]" dan untuk "mengkhutbahkan berita baik tentang Kerajaan Tuhan ". [14] Pada sepanjang tempoh pengkhutbahannya, Jesis dikatakan melakukan berbagai-bagai mukjizad, termasuk menyembuhkan pesakit, menghalau hantu, berjalan di atas air, mengubahkan air menjadi wain, dan menghidupkan semula banyak orang, umpamanya Lazarus (John 11:1–44).

Gospel John memerihalkan tiga perayaan passover yang berbeza pada sepanjang tempoh pengkhutbahan Jesus. Ini membayangkan bahawa Jesus berkhutbah selama tiga tahun, walaupun sesetengah tafsiran Gospel Sinoptik mencadangkan hanya setahun. Tumpuan pengkhutbahannya adalah kepada pengikut-pengikutnya yang paling rapat, iaitu Dua Belas Hawari, walaupun banyak orang dianggap sebagai pengikutnya. Jesus berkhutbah bahawa hari kiamat akan datang dengan terkejut dan oleh itu, beliau memanggil pengikut-pengikut agar sentiasa berhati-hati dan beriman.

Pada puncak tempoh pengkhutbahannya, Jesus menarik beribu-ribu orang, khususnya di kawasan-kawasan Galilee dan Perea (masing-masing di Israel dan Jordan kini). Sesetengah ajaran Jesus yang paling masyhur datang dari Khutbah di atas Gunung yang mengandungi Beatitud dan Doa Tuhan. Jesus sering mempergunakan cerita ibarat, seperti Anak Boros, dan Cerita Ibarat Penyemai. Ajaran-ajarannya menumpukan kepada kasih sayang yang mengorbankan diri tanpa syarat bak Tuhan kepada Tuhan dan semua orang. Jesus berkhutbah tentang perkhidmatan dan rendah hati, pengampunan dosa, kepercayaan, memalingkan pipi yang lain, kasih sayang kepada musuh sendiri, serta keperluan untuk menurut maksud yang tersirat dan yang tersurat dalam Torah. [15]

Jesus sering bertemu dengan orang-orang terbuang, seperti publicani (pemungut-pemungut cukai empayar yang dibenci kerana memeras wang), termasuk hawari Matthew; apabila Farisi membantah tentang pertemuan dengan orang-orang dosa berbanding dengan orang-orang yang salih, Jeses menjawab bahawa hanya orang yang sakit memerlukan pakar perubatan, bukannya orang-orang yang sihat (Matthew 9:9–13). Menurut Luke dan John, Jesus juga berusaha untuk berkhutbah kepada kumpulan Samaritan yang mengikut sejenis bentuk agama Israel yang berbeza. Ini dibayangkan dalam khutbahnya kepada kumpulan Samaritan dari Sychar, dan menyebabkan mereka memeluk agama Kristian. (John 4:1–42).

[Sunting] Penangkapan, pembicaraan, dan kematian

Rencana utama: Jesus dan Pengurup Wang
Ecce Homo (Lihatlah Orang Itu!), Antonio Ciseri, abad ke-19: Pontius Pilate memaparkan Jesus yang disengsarakan kepada orang-orang yang melihat: motif yang amat popular dalam seni Kristian.
Besarkan
Ecce Homo (Lihatlah Orang Itu!), Antonio Ciseri, abad ke-19: Pontius Pilate memaparkan Jesus yang disengsarakan kepada orang-orang yang melihat: motif yang amat popular dalam seni Kristian.

Menurut Gospel-gospel, Jesus datang dengan pengikut-pengikutnya ke Jerusalem semasa perayaan Passover dan disambut oleh ramai orang yang bersorak, "Hosanna! Berkatlah dia yang datang di atas nama Tuhan! Berkatlah Raja Israel! [16] Selepas pemasukan kejayaannya, menurut gospel-gospel sinoptik, Jesus mengakibatkan kekacauan di Kuil Herod apabila beliau menterbalikkan meja-meja pengurup wang yang berniaga di sana dan mendakwa bahawa mereka telah menjadikan Kuil itu sebagai "sarang perompak" (Mark 11:17). Pada lewat minggu itu, menurut gospel-gospel sinoptik, Jesus merayakan makan Passover dengan hawari-hawarinya (kemudiannya dikenali sebagai Santapan Terakhir dan semasa itu, meramalkan pengkhianatan oleh salah satu hawari dan pelaksanaan hukuman mati ke atasnya. Dalam upacara amal ini, beliau mengambil roti dan wain dan berkata: "ini ialah badanku yang diberikan kepadamu" dan "cawan ini yang dituang untuk kamu ialah Perjanjian Baru dalam darahku", dan mengarahkan mereka "membuat ini sebagai kenangan bagiku" (Luke 22:7-20). Selepas makan lewat malam, Jesus dan hawari-hawarinya pergi bersembahyang di Taman Gethsemane.

Semasa di taman itu, Jesus ditangkap oleh askar-askar Rom atas perintah Sanhedrin dan sami besar, Caiaphas. [17] Penangkapan itu dilakukan secara rahsia pada waktu malam untuk mengelakkan rusuhan kerana Jesus telah menjadi popular dengan orang ramai (Mark 14:2). Menurut gospel-gospel sinoptik, Judas Iscariot, salah satu hawari, mengkhianati Jesus dengan mengenal pastinya kepada pengawal-pengawal dengan ciuman. Lagi seorang hawari menggunakan pedang untuk menyerang salah seorang penawan dan memotong telinganya. Menurut Luke, Jesus menyembuhkan penawan itu dengan segera. [18] Jesus memarahi hawari itu, dan menyatakan "semua mereka yang mengambil pedang akan mati dengan pedang" (Matthew 26:52). Selepas penangkapannya, hawari-hawari Jesus menyembunyikan diri mereka.

Penyaliban, Diego Velázquez, abad ke-17
Besarkan
Penyaliban, Diego Velázquez, abad ke-17

Semasa Perbicaraan Jesus oleh Sanhedrin, sami-sami besar dan orang-orang tua-tua menanyakan Jesus, "Adakah kamu Anak Tuhan?" dan apabila Jesus menjawab "Kamu yang berkata", mereka menghukumnya untuk menyebut kata-kata kufur terhadap Tuhan (Luke 22:70–71). Sami-sami besar kemudian menyerahkan Jesus kepada Prefect Rom Pontius Pilate, berdasarkan tuduhan hasutan untuk menuntut diri sebagai Raja Orang-orang Yahudi. [19] Semasa di hadapan Pilate, Jesus ditanyakan, "Adakah kamu merupakan raja orang-orang Yahudi?" Jesus menjawab, "Adalah seperti yang kamu berkata." Menurut Gospel-gospel, Pilate sendiri berasa Jesus tidak bersalah terhadap apa-apa jenayah terhadap orang-orang Rom dan oleh sebab terdapat adat pada perayaan Passover untuk gabenor Rom membebaskan seorang banduan (suatu adat yang tidak direkodkan di luar Gospel-gospel), Pilate menawarkan orang ramai pilihan antara Jesus dari Nazareth dan seorang pemberontak bernama Barabbas. Orang ramai memilih untuk Barabbas dibebaskan dan Jesus disalib. Pilate mencuci tangannya untuk menunjukkan bahawa beliau sendiri tidak terlibat dalam ketidakadilan keputusan ini (Matthew 27:11–26).

Menurut keempat-empat Gospel, Jesus meninggal dunia sebelum lewat petang. Seorang Judea yang kaya, Joseph dari Arimathea, dan menurut Gospel Mark dan Luke merupakan seorang ahli Sanhedrin, mendapat kebenaran Pilate untuk mengambil mayat Jesus dan memasukkannya di dalam kubur. [20] Menurut Gospel John, Joseph disertai oleh Nicodemus dalam pengebumian Jesus, dan ini juga ditulis dalam bahagian-bahagian lain dalam gospel John (John 19:38–42). Ketiga-tiga Gospel Sinoptik mengisahkan gempa bumi dan pengelapan langit dari pukul dua belas sehingga pukul tiga pada petang itu.

[Sunting] Kebangkitan Jesus dan Naiknya ke Langit

Christ en majesté, Matthias Grünewald, abad ke-16: Kebangkitan Jesus
Besarkan
Christ en majesté, Matthias Grünewald, abad ke-16: Kebangkitan Jesus
Rencana utama: Menyikat Neraka

Menurut Gospel-gospel, Jesus dibangkitkan semula pada hari ketiga selepas penyaliban. [21] Gospel Matthew menyatakan bahawa malaikat muncul dekat kubur Jesus dan mengumumkan kebangkitan Jesus kepada wanita-wanita yang telah tiba untuk menyapukan minyak pada badannya. Menurut Luke, adalah dua malaikat, dan menurut Mark, adalah seorang pemuda yang berpakaian putih. Mark menyatakan bahawa pada pagi kebangkitan, Jesus bertemu buat pertama kali dengan Mary Magdalene (Mark 16:9). John menyatakan bahawa apabila Mary melihat ke dalam kubur, dua malaikat menanyakannya mengapa dia sedang menangis; dan apabila dia berpusing, dia gagal mengenal Jesus pada mula-mulanya sehingga Jesus memanggil namanya. (John 20:11-18).

Gospel Perbuatan-perbuatan Hawari menyatakan bahawa Jesus muncul di hadapan berbagai-bagai orang di pelbagai tempat selama empat puluh hari kemudian. Beberapa jam selepas kebangkitannya, Jesus muncul di hadapan dua orang pengembara di jalan raya yang menuju ke Emmaus. Kepada pengikut-pengikutnya yang berkumpul, beliau menunjukkan diri pada petang selepas kebangkitannya. Walaupun pengkhutbahannya sendiri adalah khusus untuk orang-orang Yahudi, Jesus dikatakan menghantar hawari-hawarinya untuk berkhutbah kepada orang-orang bukan Yahudi dengan Penugasan Agung dan naik ke syurga sementara suatu awan menyembunyikannya daripada penglihatan. Menurut Perbuatan-perbuatan Hawari, Paul dari Tarsus juga nampak Jesus semasa mengalami peristiwa di Jalan ke Damascus. Jesus berjanji akan datang semula lagi untuk menunaikan ramalan Messiah yang tinggal. [22]

[Sunting] Kesejarahan

Cendekiawan-cendekiawan menggunakan kaedah sejarah untuk mengembangkan binaan semula yang mungkin tentang kehidupan Jesus. Ini harus dibezakan dengan Jesus dalam kitab Bible yang berasal daripada pembacaan teologi teks-teks Gospel. Sesetengah cendekiawan mempertikaikan kesejarahan Jesus. [3]

[Sunting] Binaan semula sejarah dan arkeologi kehidupan harian Jesus

Rencana utama: Jesus sejarah

Ahli-ahli sejarah sekular pada umumnya memerihalkan Jesus sebagai seorang ketua gerakan agama Yahudi yang pergi dari satu tempat ke satu tempat untuk berkhutbah. [23]

[Sunting] Latar sosial

Kebanyakan cendekiawan bersetuju bahawa Gospel-gospel ditulis tidak lama sebelum atau selepas pemusnahan Kuil Yahudi pada tahun 70 oleh orang-orang Rom. Pemeriksaan pemerian-pemerian Wasiat Baru mengenai Jesus berdasarkan pengetahuan sejarah tentang tempoh Wasiat Baru ditulis telah menyebabkan banyak cendekiawan mentafsirkan semula banyak unsur pemerian-pemerian dalam Wasiat tersebut. Banyak orang telah mencuba membina semula kehidupan Jesus dari segi aliran politik, budaya dan agama sezaman di Israel, termasuk perbezaan-perbezaan antara Galilee dan Judea; antara berbagai-bagai mazhab seperti Farisi, Sadducee, Essene dan Zilot; [24] dan dari segi pertikaian antara orang-orang Yahudi dalam konteks kedudukan orang-orang Rom.

[Sunting] Ikatan-ikatan kepada Kumpulan-kumpulan Agama

Gospel-gospel merekodkan bahawa Jesus berasal dari Nazareth, tetapi maksud perkataan ini adalah kabur. [25] Sesetengah cendekiawan menegaskan bahawa Jesus pada dirinya ialah seorang Farisi. [26] Pada masa Jesus, dua aliran fikiran yang utama antara orang-orang Farisi ialah Keluarga Hillel dan Keluarga Shammai. Kenyataan tegas Jesus tentang kepura-puraan mungkin ditujukan kepada ahli-ahli Keluarga Shammai yang lebih tegas, walaupun Jesus bersetuju dengan ajaran-ajaran mereka mengenai perceraian (Mark 10:1–12).[27] Jesus juga mengulas tentang ajaran-ajaran Keluarga Hillel (Talmud Babylon, Shabbat 31a) mengenai rukun teragung (Mark 12:28–34) dan Peraturan Keemasan (Matt 7:12).

Cendekiawan-cendekiawan lain menegaskan bahawa Jesus ialah pengikut Essene, satu mazhab agama Yahudi yang tidak tersebut dalam Wasiat Baru. [28] Terdapat juga cendekiawan-cendekiawan yang menegaskan bahawa Jesus mengetuai mazhab hari kiamat yang mungkin berkait dengan John si Baptis, [29] dan yang kemudian menjadi agama Kristian awal selepas Penugasan Agung menyebarkan ajaran-ajarannya kepada orang-orang bukan Yahudi. [30] Ini adalah berlainan dengan penugasan Jesus yang lebih awal yang diberikan kepada dua belas Hawari yang dihadkan kepada "biri-biri hilang Israel" dan tidak termasuk orang-orang bukan Yahudi atau orang-orang Samaritan (Matt 10).

[Sunting] Nama dan gelaran

Yang membangkitkan minat yang khas adalah nama-nama dan gelaran-gelaran yang diberikan kepada Jesus.

Menurut kebanyakan ahli-ahli sejarah yang paling kritis, Jesus mungkin tinggal di Galilee untuk kebanyakan hayatnya dan beliau mungkin bertutur dalam bahasa Aramaic dan Ibrani. Nama "Jesus" ialah transliterasi bahasa Inggeris daripada bahasa Latin (Iēsus) yang pula berasal daripada nama Yunani (Ιησους). Oleh sebab kebanyakan cendekiawan menganggap bahawa Jesus adalah orang Yahudi yang bertutur dalam bahasa Aramaic dan tinggal di Galilee pada sekitar 30 Masihi, adalah amat mungkin bahawa beliau tidak mempunyai nama peribadi Yunani. Pemeriksaan Septuagin dengan lanjut menunjukkan bahawa perkataan Yunani itu merupakan transliterasi nama bahasa Ibrani Yehoshua (יהושוע) (Yeho - Yahweh [ialah] shua` - bantuan/penyelamatan) atau singkatan perkataan Ibrani/Aramaic, Yeshua atau Jeshua (ישוע). Oleh itu, cendekiawan-cendekiawan mempercayai bahawa salah satu daripada nama-nama ini amat mungkin merupakan nama yang Jesus dikenali oleh orang-orang yang setara semasa hayatnya. [31]

Christ (yang merupakan gelaran dan bukan sebahagian nama Jesus) ialah penginggerisan istilah Yunani untuk Messiah, dan secara harfiah bermaksud "orang yang telah disapukan minyak". Ahli-ahli sejarah memperdebatkan tentang maksud gelaran ini pada masa hidup Jesus; sesetengah ahli sejarah mencadangkan bahawa gelaran-gelaran yang digunakan untuk Jesus dalam Wasiat Baru (umpamanya Lord, Anak Manusia, dan Anak Tuhan) mempunyai maksud-maksud yang amat berbeza pada abad pertama dengan maksud-maksudnya pada hari ini: lihat Nama-nama dan gelaran-gelaran Jesus.

[Sunting] Kesejarahan teks

Lihat juga: Kesejarahan Jesus

Kebanyakan cendekiawan moden yang mengkaji Bible menganggap bahawa kitab-kitab yang memerihalkan Jesus pada asalnya dikomunikasi melalui tradisi lisan, dan tidak tertulis sehingga banyak dekad selepas penyalibannya. Teks-teks terawal yang masih wujud adalah surat-surat Paul yang biasa dianggap ditulis pada pertengahan abad pertama. Paul menulis bahawa beliau hanya melihat Jesus dalam visi-visinya tetapi visi-visi ini merupakan wahyu-wahyu ketuhanan dan oleh itu, adalah berwibawa (Gal 1:11–12). Teks-teks terawal yang lebih perinci dan yang masih wujud ialah keempat-empat Gospel Wasiat Baru. Teks-teks ini yang merupakan sebahagian Hukum Gereja Bible telah dianalisis dengan lebih teliti dan diterima oleh lingkungan Kristian berbanding dengan sumber-sumber maklumat yang lain.

Banyak lagi teks-teks awal Kristian memperincikan peristiwa-peristiwa dalam hayat Jesus dan ajaran-ajarannya, walaupun teks-teks itu tidak dimasukkan ke dalam kitab Bible ketika hukum gereja disusun kerana:

  • kepercayaan bahawa teks-teks itu merupakan pseudepigrafi yang bukan diilhami; atau
  • penulisan dibuat terlalu lama selepas kematian Jesus,

manakala yang lain disekat kerana kandungannya bercanggah dengan kepercayaan ortodoks Kristian. Penyusunan kitab Bible mengambil masa beberapa abad untuk memutuskan apakah yang harus merupakan sebahagian kitab dan apa yang bukan. Pada sebahagian besar peringkat awal, Buku Ilham tidak dimasukkan ke dalam kitab, sedangkan Gembala dari Hermas dimasukkan.

Buku-buku yang tidak termasuk dalam senarai terakhir kini dikenali sebagai Apokrifa Wasiat Baru, dengan buku utama antaranya merupakan Gospel Thomas, sebuah himpunan logia tanpa rangka naratif — frasa-frasa dan pepatah-pepatah yang dikatakan dikata oleh Jesus — yang hanya ditemui semula pada abad ke-20. Karya-karya apokrifa lain yang penting dan yang amat mempengaruhi pembentukan kepercayaan-kepercayaan Kristian tradisional termasuk Ilham Peter, Protevangelium James, Gospel Masa Bayi Thomas, dan Perbuatan-perbuatan Peter. Sebilangan tradisi Kristian (seperti vel Veronica dan Asumpsi Mary) juga tidak didapati dalam gospel-gospel hukum gereja tetapi terdapat dalam karya-karya ini serta karya-karya apokrifa yang lain.

[Sunting] Teks-teks awal yang mungkin

Sesetengah teks lebih awal yang mempunyai maklumat sejarah atau mitos mengenai Jesus diteka wujud sebelum Gospel-gospel, [32] walaupun teks itu tidak dapat ditemui. Berdasarkan persamaan dan perbezaan yang luar biasa (lihat masalah sinoptik) antara Gospel-gospel Sinoptik — Matthew, Mark dan Luke yang merupakan gospel-gospel hukum gereja yang pertama — banyak cendekiawan Bible mencadangkan bahawa tradisi lisan dan logia (seperti Gospel Thomas dan dokumen Q teori [33] ) mungkin pada mula-mulanya memainkan peranan yang kuat dalam menyampaikan cerita-cerita mengenai Jesus dan mungkin mengilhami sebahagian Gospel-gospel Sinoptik.

Khususnya, banyak cendekiawan mempercayai bahawa dokumen Q dan Gospel Mark merupakan dua sumber yang digunakan untuk gospel-gospel Matthew dan Luke; bagaimanapun, teori-teori yang lain seperti hipotesis Augustine yang lebih lama masih mempengaruhi sesetengah cendekiawan-cendekiawan Bible. Lagi sebuah dokumen teori ialah Gospel Tanda-tanda yang dipercayai merupakan salah satu sumber bagi Gospel John.[33]

Terdapat juga gospel-gospel bukan hukum gereja yang awal yang mendahului Gospel-gospel hukum gereja, walaupun tidak banyak cebisannya dapat ditemui. Antaranya ialah Gospel Berlin Yang Tidak Diketahui, Gospel-gospel Oxyrhynchus, Gospel Egerton, Cebisan Fayyum, Dialog Penyelamat, Gospel Ebionit, Gospel Ibrani, dan Gospel Nazarene. Sedangkan manuskrip dan cebisan teks-teks terawal ini yang masih wujud bertarikh selepas manuskrip dan cebisan teks-teks terawal Gospel-gospel hukum gereja, kesemua ini mungkin merupakan salinan manuskrip-manuskrip terawal yang tarikh tepatnya tidak diketahui.

[Sunting] Persoalan kebolehpercayaan

Diakibatkan oleh lompang selama mungkin banyak dekad antara waktu penulisan Gospel-gospel dan peristiwa-peristiwa yang diperihalkannya, ketepatan kesemua teks-teks awal yang menuntut kewujudan Jesus atau perincian hayatnya telah dipertikaikan oleh berbagai-bagai pihak. Sebagai tradisi, pengarang-pengarang Gospel dianggap menyaksikan peristiwa-peristiwa yang diperihalkan dengan mata sendiri. Selepas cerita-cerita lisan yang asal telah ditulis, ia ditranskripsikan dan kemudian diterjemahkan kepada bahasa-bahasa yang lain. Banyak ahli sejarah Bible telah menjawab tuntutan ketidakbolehpercayaan pemerian gospel dengan menunjukkan bahawa kesemua dokumentasi sejarah seringnya adalah bersifat tidak berkecuali serta tidak asli, dan biasanya ditulis banyak dekad selepas peristiwa yang diperihalkan.

Zaman Kesedaran dan Revolusi Saintifik telah menyebabkan keraguan tentang ketepatan sejarah teks gospel-gospel ini. Walaupun sesetengah cendekiawan kritis, termasuk ahli-ahli arkeologi, masih meneruskan penggunaannya sebagai rujukan dalam kajian sejarah Timur Dekat kuno, [34] yang lain menganggap teks-teks ini sebagai dokumen-dokumen kebudayaan serta kesusasteraan. Secara umumnya, mereka menganggap teks-teks ini sebagai sebahagian genre sastera yang dipanggil hagiografi, iaitu pemerian tentang seorang tokoh suci yang dianggap sebagai mewakili ideal moral dan ketuhanan. Hagiografi mempunyai tujuan utama untuk mengagungkan agama, dengan contoh yang ditunjukkan oleh seorang tokoh suci yang sempurna merupakan tumpuan utamanya.

Sesetengah orang mengatakan bahawa pemerian Gospel bukan sahaja tidak objektif tetapi juga tidak tepat kerana karya-karya itu ditulis atau disusun oleh pengikut-pengikut dan kelihatan hanya menggambarkan pandangan yang positif dan ideal tentang Jesus, sedangkan yang lain menunjukkan kekurangan sumber-sumber bukan Kristian sehingga Josephus pada tahun 93 Masihi. Mereka yang menyokong pandangan naturalis terhadap sejarah umumnya tidak mempercayai campur tangan ketuhanan atau mukjizad seperti kebangkitan Jesus yang disebut dalam Gospel-gospel. Salah satu kaedah yang digunakan untuk mengukur ketepatan fakta cerita di dalam gospel-gospel dikenali sebagai "kriteria rasa malu" yang menganggap bahawa cerita mengenai peristiwa-peristiwa yang mempunyai aspek-aspek rasa malu (seperti penafian Peter terhadap Jesus, atau pelarian hawari-hawari selepas penangkapannya) mungkin tidak akan dimasukkan jika pemerian-pemerian itu tidak benar.

[Sunting] Pengaruh luar terhadap perkembangan gospel

Lihat juga: Kesejarahan Jesus, Jesus sejarah, dan Latar kebudayaan dan sejarah Jesus
Mozek Vatican (abad ke-3): Sol Invictus
Besarkan
Mozek Vatican (abad ke-3): Sol Invictus

Banyak cendekiawan, umpamanya Michael Grant, tidak mengesan persamaan yang penting antara mitos pagan dan agama Kristian. Grant menyatakan dalam bukunya, Jesus: An Historian's Review of the Gospels (Jesus: Ulasan Ahli Sejarah mengenai Gospel-gospel) bahawa "agama Yahudi merupakan suatu agama yang mana doktrin-doktrin kematian dan kelahiran semula, serta dewa-dewa mitos, kelihatan adalah perkara-perkara asing bagi mereka sehingga kemunculan pemalsuan ini adalah amat susah untuk dipercayai." [35]

Bagaimanapun, sesetengah cendekiawan mempercayai bahawa pemerian gospel tentang Jesus tidak mempunyai atau tidak banyak mempunyai asas sejarah. Sekurang-kurang pada sebahagiannya, ini adalah disebabkan oleh banyak persamaan yang diperhatikan mereka antara cerita-cerita mengenai Jesus dengan mitos-mitos yang lebih lama mengenai dewa-dewa pagan seperti Mithras, Apollo, Attis, Horus dan Osiris-Dionysus. Ini telah menyebabkan dugaan-dugaan bahawa mitos-mitos pagan telah diterima oleh sesetengah pengarang dalam pemerian awal mereka tentang Jesus untuk membentuk asimilasi dalam agama Kristian. Sebilangan kecil seperti Earl Doherty memutarbelitkan konsep ini dengan mencadangkan bahawa gospel-gospel sebenarnya merupakan usaha penulisan semula mitos-mitos yang lebih lama dan tidak berdasarkan seorang tokoh sejarah. Walaupun kaitan-kaitan ini telah dipertikaikan oleh banyak orang, adalah benar bahawa banyak unsur cerita-cerita tentang Jesus sebagaimana yang dikisahkan oleh Gospel-gospel mempunyai persamaan dengan mitologi pagan, di mana mukjizat-mukjizat seperti kelahiran dara amat dikenali. Sesetengah penulis Kristian seperti Justin Martyr dan C.S. Lewis mempertahankan dakwaan ini dengan mengatakan bahawa mitos-mitos itu dicipta oleh orang-orang pagan kuno yang mempunyai pengetahuan lebih dahulu yang kabur dan tidak tepat tentang Gospel-gospel; dengan kata yang lain, orang-orang pagan memberikan sifat-sifat ramalan terhadap Christ yang ditunjukkan di dalam Torah Yahudi dan Nabi-nabi kepada dewa-dewa mereka. Sebenarnya, Lewis menulis bahawa agama Kristian akan kurang dipercayai jika ia tidak mempunyai tema-tema yang sama dengan mitos-mitos pagan yang tersebut.

[Sunting] Warisan

Pietà, Michelangelo, abad ke-16: Ibu Jesus mengangkat mayat anaknya.
Besarkan
Pietà, Michelangelo, abad ke-16: Ibu Jesus mengangkat mayat anaknya.
Lihat juga: Gambar-gambar Jesus, Penggambaran dramatik Jesus, dan Jesus dalam budaya popular

Menurut kebanyakan tafsiran Kristian mengenai kitab Bible, tema khutbah-khutbah Jesus adalah taubat, pengampunan dosa, limpah kurnia, dan kedatangan Kerajaan Tuhan. Jesus melatih pengikut-pengikutnya dengan perinci dan selepas kematiannya, mereka mentafsirkan dan menyebarkan ajaran-ajarannya. Dalam tempoh beberapa dekad, pengikut-pengikutnya membentuk sebuah agama yang jelas berbeza dengan agama Yahudi. Agama Kristian tersebar di seluruh Empayar Rom di bawah versi yang dikenali sebagai agama Kristian Nicene dan dijadikan sebuah agama negara di bawah Constantine Agung. Pada abad-abad yang berikut, agama ini tersebar ke kebanyakan bahagian Eropah, dan di seluruh dunia.

Jesus telah dilukis, diukir, dan digambarkan di atas pentas dan dalam filem dalam banyak cara yang berbeza, termasuk kedua-dua jenis serius dan lucu. Sebenarnya, kebanyakan seni dan kesusasteraan zaman pertengahan, dan banyaknya juga sejak masa itu, ditumpukan pada tokoh Jesus. Sebilangan novel popular, seperti The Da Vinci Code, juga menggambarkan berbagai-bagai idea mengenai Jesus. Banyak pepatah yang dikatakan dikata oleh Jesus telah menjadi sebahagian budaya tamadun Barat. Terdapat juga banyak benda yang dikatakan merupakan relik-relik Jesus. Yang termasyhur ialah Kafan Turin dan Sudarium Oviedo.

Warisan-warisan lain termasuk pandangan Tuhan sebagai lebih bersikap seperti seorang bapa, lebih menaruh belas kasihan, dan pertumbuhan kepercayaan tentang hidup selepas mati dan Kebangkitan Semula. Ajaran-ajarannya mempromosikan nilai mereka yang biasanya dianggap berkedudukan rendah: wanita, orang miskin, orang luar etnik, kanak-kanak, pelacur, pesakit, banduan, dan sebagainya. Jesus dan ajaran-ajarannya telah ditafsirkan, dijelaskan, dan difahami oleh banyak orang. Jesus telah diterangkan, terutamanya oleh Paul dari Tarsus, Augustine dari Hippo, Martin Luther, dan baru-baru ini oleh C.S. Lewis.

Bagi sesetengah orang, warisan Jesus merupakan sebuah sejarah panjang anti-Semitisme Kristian, walaupun selepas kejadian Holokus, banyak kumpulan Kristian telah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk berdamai dengan orang-orang Yahudi dan mempromosikan dialog antara agama serta perasaan saling hormat menghormati. Bagi orang-orang yang lain, agama Kristian sering dikaitkan dengan dasar penjajahan Eropah (lihat Empayar British, Empayar Portugis, Empayar Sepanyol, Empayar Perancis, Empayar Belanda); sebaliknya, orang-orang Kristian sering mendapati diri sebagai golongan-golongan minoriti yang tertindas di Asia, Afrika, Timur Tengah, dan di Maghreb.

[Sunting] Lihat juga

[Sunting] Rujukan

  1. Sebilangan ahli sejarah dan cendekiawan Bible yang menetapkan tempat kelahiran dan kematian Jesus dalam jarak ini termasuk D. A. Carson, Douglas J. Moo dan Leon Morris. An Introduction to the New Testament. Grand Rapids, MI: Zondervan Publishing House, 1992, 54, 56; Michael Grant, Jesus: An Historian's Review of the Gospels, Scribner's, 1977, m.s. 71; John P. Meier, A Marginal Jew, Doubleday, 1991-, Jilid 1:214; E. P. Sanders, The Historical Figure of Jesus, Penguin Books, 1993, m.s. 10-11, dan Ben Witherington III, "Primary Sources," Christian History 17 (1998) No. 3:12-20.
  2. Raymond E. Brown, The Death of the Messiah: From Gethsemane to the Grave (New York: Doubleday, Anchor Bible Reference Library 1994), m.s. 964; D. A. Carson, et al., m.s. 50-56; Shaye J.D. Cohen, From the Maccabees to the Mishnah, Westminster Press, 1987, m.s. 78, 93, 105, 108; John Dominic Crossan, The Historical Jesus: The Life of a Mediterranean Jewish Peasant, HarperCollins, 1991, m.s. xi-xiii; Michael Grant, m.s. 34-35, 78, 166, 200; Paula Fredriksen, Jesus of Nazareth, King of the Jews, Alfred A. Knopf, 1999, m.s. 6-7, 105-110, 232-234, 266; John P. Meier, Jilid 1:68, 146, 199, 278, 386, 2:726; E.P. Sanders, m.s. 12-13; Geza Vermes, Jesus the Jew (Philadelphia: Fortress Press 1973), m.s. 37.; Paul L. Maier, In the Fullness of Time, Kregel, 1991, m.s. 1, 99, 121, 171; N. T. Wright, The Meaning of Jesus: Two Visions, HarperCollins, 1998, m.s. 32, 83, 100-102, 222; Ben Witherington III, m.s. 12-20.
  3. 3.0 3.1 Thomas L. Thompson The Messiah Myth: The Near Eastern Roots of Jesus and David (Jonathan Cape, Publisher, 2006); Bruno Bauer; Timothy Freke & Peter Gandy. The Jesus Mysteries: Was the 'Original Jesus' a Pagan God? London: HarperCollins Publishers, 1999, m.s. 133, 158; Michael Martin, The Case Against Christianity (Philadelphia: Temple University Press, 1991), 36-72; John Mackinnon Robertson; G.A. Wells. The Jesus Legend, Chicago: Open Court, 1996, m.s. xii.
  4. Darrell L. Bock, Jesus According to Scripture, m.s. 29-30, memberikan tarikh k.k. 60-70; L. Michael White, From Jesus to Christianity, m.s. 244, memberikan tarikh k.k. 80-90.
  5. Bock, ibid., m.s. 38, memberikan tarikh k.k. 62-70; White, ibid., m.s. 252, memberikan tarikh k.k. 90-100.
  6. 6.0 6.1 Erwin Fahlbusch dan Geoffrey William Bromiley, The Encyclopedia of Christianity [Grand Rapids, Mich.; Leiden, Netherlands: Wm. B. Eerdmans; Brill, 1999–2003], 1:454–55
  7. Porterm J. R. Jesus Christ: The Jesus of History, the Christ of Faith. Oxford University Press, 1999. m.s. 70 ISBN 0-19-521429-3
  8. Lihat Leon Morris, The Gospel According to John, Revised, m.s. 284-295, untuk perbincangan beberapa teori alternatif dengan rujukan.
  9. Meier, p.1:402
  10. Matt 1:2–16; Luke 3:23–38
  11. Easton, Matthew Gallego.Joseph (bapa angkat Jesus Christ). Dicapai pada 26 Jun 2006
  12. Matthew 13:55–56, Mark 6:3, dan Galatians 1:19
  13. Untuk Mesir: Matt 2:13–23; Untuk Tyre dan kekadang Sidon:Matt 15:21–28 dan Mark 7:24–30
  14. Mark 10:45, Luke 4:43, John 20:31.
  15. Gunung di atas Gunung: Matt 5–7; Anak Boros: Luke 15:11–32; Cerita Ibarat Penyemai: Matt 13:1–9; Kasih sayang: Matt 22:34–40.
  16. Orang ramai itu memetik daripada Psalms 118:26; didapati di John 12:13–16.
  17. Petikan daripada Matt 26:65–67.
  18. Hawari ini dikenal pasti sebagai Simon Peter dalam John 18:10; penyembuhan telinga didapati dalam Luke 22:51.
  19. Matt 27:11; Mark 15:12.
  20. Mark 15:42–46; Luke 23:50–56.
  21. Matthew 28:5-10; Mark 16:9; Luke 24:12–16; John 20:10–17; Acts 2:24; 1Cor 6:14
  22. Pengkhutbahan kepada Israel: Matthew 15:24; Kebangkitan Jesus: Mark 16:19; Luke 24:51Acts 1:6–11.; Pemelukan agama Kristian di jalan ke Damascus: Acts 9:1–19., 22:1-22; 26:9-24; Kedatangan kedua: Matthew 24:36–44
  23. Harrison, John B. and Richard E. Sullivan. A short history of Western civilization. New York: Knopf. 1975.
  24. Untuk perbandingan gerakan Jesus dengan Zilot, lihat S.G.F Brandon, Jesus and the Zealots: a study of the political factor in primitive Christianity, Manchester University Press (1967) ISBN 0-684-31010-4
  25. Untuk perbandingan am ajaran-ajaran Jesus dengan aliran-aliran agama Yahudi abad pertama, lihat John P. Meier, Companions and Competitors (A Marginal Jew: Rethinking the Historical Jesus, Jilid 3) Anchor Bible, 2001. ISBN 0-385-46993-4.
  26. Berdasarkan perbandingan Gospel-gospel dengan Talmud dan risalah-risalah Yahudi yang lain. Sanders, E. P. Jesus and Judaism, Fortress Press, 1987. ISBN 0-8006-2061-5; Maccoby, Hyam Jesus the Pharisee, Scm Press, 2003. ISBN 0-334-02914-7; Falk, Harvey Jesus the Pharisee: A New Look at the Jewishness of Jesus, Wipf & Stock Publishers (2003). ISBN 1-59244-313-3.
  27. Neusner, Jacob A Rabbi Talks With Jesus, McGill-Queen's University Press, 2000. ISBN 0-7735-2046-5. Rabbi Neusner menegaskan bahawa ajaran-ajaran Jesus adalah lebih sama dengan Keluarga Shammai berbanding dengan Keluarga Hillel.
  28. Berdasarkan perbandingan Gospel-gospel dengan Skrol-skrol Laut Mati, khususnya Guru Kewajaran dan Messiah Tertikam. Eisenman, Robert James the Brother of Jesus: The Key to Unlocking the Secrets of Early Christianity and the Dead Sea Scrolls, Penguin (Bukan Klasik), 1998. ISBN 0-14-025773-X; Stegemann, Hartmut The Library of Qumran: On the Essenes, Qumran, John the Baptist, and Jesus. Grand Rapids MI, 1998. Lihat juga Broshi, Magen, "What Jesus Learned from the Essenes," Biblical Archaeology Review, 30:1, m.a. 32-37, 64. Magen memperhatikan persamaan antara ajaran-ajaran Jesus mengenai kebaikan kemiskinan dan perceraian, dan ajaran-ajaran Essene yang dikisahkan dalam Josephus, masing-masing dalam Perang-perang Yahudi dan Dokumen Damascus bagi Skrol-skrol Laut Mati.
  29. Pemerihalan Gospel menunjukkan kedua-dua John si Baptis dan Jesus mengajar taubat dan kedatangan Kerajaan Tuhan. Sesetengah cendekiawan telah memperdebatkan bahawa Jesus merupakan nabi hari kiamat yang gagal; lihat Schwietzer, Albert The Quest of the Historical Jesus: A Critical Study of its Progress from Reimarus to Wrede, m.s. 370–371, 402. Scribner (1968), ISBN 0-02-089240-3; Ehrman, Bart Apocalyptic Prophet of the New Millennium, Oxford University Press USA, 1999. ISBN 0-19-512474-X. Bagaimanapun, Crossan membezakan antara pengkhutbahan hari kiamat John dan pengkhutbahan etika Jesus. Lihat Crossan, John Dominic, The Birth of Christianity: Discovering What Happened in the Years Immediately After the Execution of Jesus, m.s. 305-344. Harper Collins, 1998. ISBN 0-06-061659-8.
  30. This includes the belief that Jesus was the Messiah. Brown, Michael L. Answering Jewish Objections to Jesus: Messianic Prophecy Objections Baker Books, 2003. ISBN 0-8010-6423-6. Brown menunjukkan bagaimana konsep Kristian mengenai Messiah berkait dengan idea-idea semasa lewat Kuil Kedua agama Yahudi. Lihat juga Klausner, Joseph, The Messianic Idea in Israel: From its Beginning to the Completion of the Mishnah, Macmillan 1955; Patai, Raphael, Messiah Texts, Wayne State University Press, 1989. ISBN 0-8143-1850-9; Crossan, John Dominic, The Birth of Christianity: Discovering What Happened in the Years Immediately After the Execution of Jesus, m.s. 461. Harper Collins, 1998. ISBN 0-06-061659-8. Patai dan Klausner menyatakan bahawa salah satu tafsiran ramalan mendedahkan dua orang Messiah, iaitu Messiah ben Yosef (Messiah yang hampir mati) dan Messiah ben David (Raja Davidik), atau seorang Messiah yang datang dua kali. Crossan memetik ajaran-ajaran Essene mengenai Messiah kembar. Bandingkanlah dengan doktrin Kristian mengenai Kedatangan Kedua.
  31. Durant, Will. Caesar and Christ. New York: Simon and Schuster, 1944. m.s. 558; John P. Meier, A Marginal Jew. New York: Doubleday, 1991 vol. 1:205-7;
  32. Henry Bettenson, Chris Maunder, Documents of the Christian Church (edisi ke-3), Oxford University Press, 1999. ISBN 0-19-288071-3
  33. 33.0 33.1 Daniel Gaztambide, "The Synoptic Problem: Two-Source Hypothesis and Q", AramaicNT.org, dicapai pada 19 Ogos 2006.
  34. Craig S. Hawkins, "The Book of Acts and Archaeology", Apologetics Information Ministry, dicapai pada 14 Mac 2006.
  35. Michael Grant, Jesus: An Historian's Review of the Gospels, Scribner, 1995 m.s. 199. ISBN 0-684-81867-1

[Sunting] Pautan luar

[Sunting] Pandangan-pandangan sejarah dan skeptis

Static Wikipedia (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - en - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu -

Static Wikipedia 2007 (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - en - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu -

Static Wikipedia 2006 (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu

Static Wikipedia February 2008 (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - en - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu