Ebooks, Audobooks and Classical Music from Liber Liber
a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z





Web - Amazon

We provide Linux to the World


We support WINRAR [What is this] - [Download .exe file(s) for Windows]

CLASSICISTRANIERI HOME PAGE - YOUTUBE CHANNEL
SITEMAP
Audiobooks by Valerio Di Stefano: Single Download - Complete Download [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Alphabetical Download  [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Download Instructions

Make a donation: IBAN: IT36M0708677020000000008016 - BIC/SWIFT:  ICRAITRRU60 - VALERIO DI STEFANO or
Privacy Policy Cookie Policy Terms and Conditions
Pembaptisan - Wikipedia

Pembaptisan

From Wikipedia

Pembaptisan dalam lukisan Kristian awal.
Besarkan
Pembaptisan dalam lukisan Kristian awal.

Pembaptisan umumnya merujuk kepada upacara amal penyucian air yang diamalkan oleh banyak agama, termasuk agama Kristian, Mandaeanisme, dan Sikhisme. Pembaptisan Kristian berasal daripada mikvah, salah satu upacara amal Yahudi. Perkataan baptis berasal daripada perkataan Greek, βάπτειν (infinitif; juga disenaraikan sebagai βαπτίζω), yang secara kurang tepat bermaksud "mencelupkan, mandi, atau mencuci".

Bagi sesetengah kumpulan dengan keyakinan agama, upacara pembaptisan adalah betul-betul sama dengan membenamkan sesuatu dengan sepenuhnya ke dalam air, supaya air melitupinya. Sebaliknya, untuk kumpulan-kumpulan yang lain, pembaptisan ialah istilah perlambangan yang bermaksud "mengaitkan diri dengan" (umpamanya, Jesus), dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan upacara amal duniawi.


Jadual isi kandungan

[Sunting] Amalan pembaptisan

Pada hari ini, pembaptisan air paling biasa dikaitkan dengan agama Kristian, dan melambangkan penyucian dosa (pengampunan) serta penyatuan penganut dengan Christ dalam kematian, pengebumian, dan kebangkitanNya, supaya dia dapat menjadi salah seorang Kristian yang beriman. Kebanyakan kumpulan Kristian mengamalkan sesuatu bentuk pembaptisan berasaskan air atau yang lain, dan bersetuju bahawa upacara amal ini adalah mustahak. Bagaimanapun, mereka tidak dapat bersetuju dengan kumpulan-kumpulan yang lain tentang sebahagian atau seluruh aspek pembaptisan, seperti:

  • bentuk pembaptisan
  • penerima pembaptisan
  • maksud/kesan pembaptisan.

Terdapat juga beberapa kumpulan Kristian yang menegaskan bahawa pembaptisan berasaskan air telah diambil alih oleh pembaptisan Roh Kudus dan oleh itu, merupakan sesuatu perkara yang tidak perlu yang dibawa masuk daripada amalan Kristian Yahudi.

[Sunting] Bentuk pembaptisan

Antara orang-orang Kristian yang mendukung amalan pembaptisan, upacara amal dilaksanakan melalui:

  • Perenjisan: merenjis air pada kepala;
  • Penuangan: menuang air pada kepada; atau
  • Perendaman: merendamkan seluruh badan ke dalam air.

Bagi orang-orang Kristian yang membaptis melalui perenjisan dan penuangan, pencucian dengan air dari atas menggambarkan penyucian dosa seseorang melalui darah Christ oleh Roh Kudus yang menyatukan orang yang dibaptiskan dengan Christ dalam Kematian dan KebangkitanNya. Air itu diberikan dari atas untuk menunjukkan rezeki daripada Roh Kudus yang memberikan hidup yang kekal abadi, serta untuk melambangkan bahawa pembaptisan ialah perbuatan Tuhan dan bukannya, manusia. Sebaliknya, seorang yang dibaptiskan melalui perendaman dilitupi dengan air dan kemudian dikeluarkan untuk menandakan penyucian melalui kematian dan pengebumian bersama-sama dengan Christ, dan kebangkitan semula dalam hidup yang baru melalui Roh Kudus. Tidak mengira bentuknya, pembaptisan adalah suatu upacara awam untuk membuktikan kepada orang-orang lain, limpah kurnia yang dikurniakan kepada orang yang dibaptiskan itu, dan sebagai lambang terhadap janji-janji Tuhan dalam Christ kepada mereka yang percaya.

[Sunting] Penerima pembaptisan

Pilihan untuk dibaptiskan dibuat oleh 'penganut yang mengaku' (pembaptisan penganut), tanpa mengira usia, sebagai 'pengakuan' atau pernyataan awam tentang kepercayaannya kepada Christ; atau bagi pihak anak oleh ibu bapanya (pembaptisan bayi), jika ibu bapanya telah dibaptiskan dan menyatakan agama mereka. Pada abad ke-4, Augustine dari Hippo mengatakan bahawa pembaptisan bayi perlu dilaksanakan. Beliau memperdebatkan bahawa pembaptisan mencuci dosa dan oleh itu, harus diberikan kepada bayi-bayi yang baru dilahir disebabkan mereka telah dicemarkan oleh Dosa Pertama dan oleh itu, terlaknat jika mereka meninggal dengan tiba-tiba sebelum pembaptisan.

Bagaimanapun, sekurang-kurangnya satu abad lebih awal lagi, Tertullian memperdebatkan untuk pembaptisan penganut: "menurut keadaan dan pembawaan, serta juga umur setiap orang perseorangan, kelewatan pembaptisan adalah lebih baik; terutamanya, dalam kes kanak-kanak... biar mereka menjadi penganut Kristian apabila mereka berupaya mengetahui Christ." [1]. Banyak orang Kristian evangelis berpendapat bahawa pembaptisan ialah sesuatu yang berkaitan dengan "pernyataan luaran terhadap perubahan dalaman". Pembaptisan dilakukan berdasarkan ketaatan kepada Christ, dan menunjukkan secara luaran kepada orang-orang lain bahawa mereka telah berubah secara dalaman ketika mereka mengabdikan diri kepada Christ dan menjadi ciptaan yang baru (2. Cor. 5:17).

[Sunting] Maksud/Kesan pembaptisan

Terdapat perbezaan-perbezaan yang amat besar dari segi pandangan tentang kesan pembaptisan air terhadap seseorang Kristian. Sesetengah kumpulan Kristian menegaskan bahawa pembaptisan ialah satu keperluan untuk memperoleh takhlisan dan sakramen bagi orang Kristian, dan menggelarkannya "pemulihan pembaptisan". Ini adalah pandangan umum yang dikongsi oleh:

  • Roman Katolik dan tradisi-tradisi Ortodoks Timur;
  • gereja-gereja yang ditubuhkan pada awal Pembaharuan Protestan, seperti gereja-gereja Lutheran, Anglican dan Methodist; serta
  • gereja-gereja Penyokong Pemulihan, seperti gereja-gereja Christ.

Umpamanya, Martin Luther menyatakan dalam Soal Jawab Besar pada tahun 1529:

"Untuk menghuraikannya dengan cara yang paling mudah, kuasa, kesan, manfaat, hasil, dan tujuan Pembaptisan adalah untuk menyelamatkan. Tiada sebarang orang yang dibaptiskan untuk menjadi putera, tetapi sebagaimana yang perkataan-perkataan berkata, untuk 'diselamatkan'. Untuk diselamatkan, sebagaimana yang kita tahu, bukan apa-apa selain daripada diselamatkan daripada dosa, kematian, dan syaitan, serta untuk memasuki alam Christ dan hidup selama-lama dengannya."

Sebagai perbandingan, kumpulan-kumpulan Baptis mendukung pembaptisan sebagai satu amalan yang wajar, tetapi menafikan bahawa pembaptisan mempunyai sebarang kuasa sakramen. Bagi mereka, pembaptisan hanya memberikan keterangan secara luaran terhadap perjalanan kuasa Tuhan yang tak nampak, dalaman, dan 'terasing' sama sekali daripada upacara pada dirinya. Kumpulan-kumpulan Baptis yang lain mengajar dan berkhutbah bahawa istiadat pembaptisan adalah 'bermakna dan diperlukan'.

[Sunting] Sumber

  • Baptism, Eucharist and Ministry (Kertas kerja kepercayaan dan mazhab). Majlis Gereja-gereja Dunia, 1982. ISBN 2-8254-0709-7
  • Jungkuntz, Richard. The Gospel of Baptism. St. Louis: Concordia Publishing House, 1968.
  • Kolb, Robert. Make Disciples Baptizing: God's Gift of New Life and Christian Witness. Siri Fasikel, Nombor 1. St. Louis: Concordia Seminary Publications, 1997. ISBN 0-911770-66-6
  • Scaer, David P. Baptism. Confessional Lutheran Dogmatics, Jilid XI. St. Louis: The Luther Academy, 1999. ISBN 0-9622791-2-1
  • Schlink, Edmund. The Doctrine of Baptism. Herbert J. A. Bouman, terjemahan. St. Louis: Concordia Publishing House, 1972. ISBN 0-570-03726-3
  • Stookey, L.H. Baptism: Christ's Act in the Church. Nashville: Abingdon, 1982. ISBN 0-687-02364-5
  • Ware, Timothy (Bishop Kallistos of Diokleia). The Orthodox Church (edisi ke-2). London: Penguin Books, 1993, m.s. 277-278. ISBN 0-14-014656-3
  • Willimon, William. Remember Who You Are: Baptism and the Christian Life. Nashville: Upper Room, 1980. ISBN 0-8358-0399-6

[Sunting] Pautan luar

Gereja Yahudi
Gereja Ortodoks
Gereja Katolik
Gereja Lutheran
Gereja Calvinisme
Gereja England
Gereja Methodist
Gereja Mennon
Kumpulan-kumpulan lain
Our "Network":

Project Gutenberg
https://gutenberg.classicistranieri.com

Encyclopaedia Britannica 1911
https://encyclopaediabritannica.classicistranieri.com

Librivox Audiobooks
https://librivox.classicistranieri.com

Linux Distributions
https://old.classicistranieri.com

Magnatune (MP3 Music)
https://magnatune.classicistranieri.com

Static Wikipedia (June 2008)
https://wikipedia.classicistranieri.com

Static Wikipedia (March 2008)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com/mar2008/

Static Wikipedia (2007)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com

Static Wikipedia (2006)
https://wikipedia2006.classicistranieri.com

Liber Liber
https://liberliber.classicistranieri.com

ZIM Files for Kiwix
https://zim.classicistranieri.com


Other Websites:

Bach - Goldberg Variations
https://www.goldbergvariations.org

Lazarillo de Tormes
https://www.lazarillodetormes.org

Madame Bovary
https://www.madamebovary.org

Il Fu Mattia Pascal
https://www.mattiapascal.it

The Voice in the Desert
https://www.thevoiceinthedesert.org

Confessione d'un amore fascista
https://www.amorefascista.it

Malinverno
https://www.malinverno.org

Debito formativo
https://www.debitoformativo.it

Adina Spire
https://www.adinaspire.com