Malaikat
From Wikipedia
Sebahagian siri dalam Islam Sejarah Islam |
|
Ajaran dan Kepercayaan | |
Kepercayaan kepada Tuhan Malaikat · Nabi dan Rasul Kitab · Hari Akhirat · Qadar Dua Kalimah Shahadah Solat · Puasa Mengerjakan Haji · Membayar Zakat dan Fitrah |
|
Tokoh-Tokoh Utama | |
Nabi Muhammad s.a.w. · Saidina Abu Bakar · Saidina Umar Al-Khatab · Saidina Uthman Affan · Saidina Ali Abi Talib |
|
Kitab & Undang-Undang | |
al-Qur'an · Hadith · Surah Mazhab · Syariah |
|
Golongan Islam | |
Sunah · Syiah · Sufi | |
Kota Suci Islam | |
Aspek-Aspek Sosial | |
Kota Islam · Seni Bina Sains · Tamadun Islam Kesenian · Kalendar Hijrah Pemimpin Agama · Khalifah Politik Islam · Jihad |
|
Lihat Juga | |
Rencana mengenai Islam |
Malaikat merupakan hamba dan ciptaan Allah yang dijadikan daripada cahaya lagi mulia dan terpelihara daripada maksiat. Mereka tidak berjantina, tidak bersuami atau isteri, tidak beribu atau berbapa dan tidak beranak. Mereka tidak tidur dan tidak makan serta tidak minum. Mereka mampu menjelma kepada rupa yang dikehendaki dengan izin Allah. Malaikat dikatakan mempunyai sayap dan mampu terbang dengan laju (sesuai dengan dengan cahaya yang bergerak laju).
Muslim haruslah beriman kepada malaikat dengan tafsil (تفصيل) dan ijmal (إجمال).
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Beriman dengan tafsil
Beriman dengan tafsil adalah beriman akan setiap satu daripada mereka secara berasingan dan bukan mempercayai mereka itu sebagai satu (contoh: satu kumpulan) dan percaya yang tiap satunya adalah malaikat. Berikut adalah sepuluh malaikat yang wajib diketahui secara tafsil.
[Sunting] Malaikat wajib
Di antara para malaikat yang wajib setiap orang Islam ketahui sebagai salah satu Rukun Iman adalah :-
Nama | Arab | Tugas |
---|---|---|
Malaikat Jibril/Jibrail | جبرائيل/جبريل | Menyampaikan wahyu Allah. |
Malaikat Mikail | ميكائيل | Menyampaikan/membawa rezeki yang ditentukan Allah. |
Malaikat Israfil | إسرافيل | Meniup sangkakala apabila diperintahkan Allah di hari Akhirat |
Malaikat Izrail | عزرائيل | Mencabut nyawa. |
Malaikat Mungkar/Munkar | منكر | Menyoal mayat di dalam kubur. |
Malaikat Nakir | نكير | Menyoal mayat di dalam kubur. |
Malaikat Ridhwan | رضوان | Menjaga pintu syurga dan menyambut ahli syurga. |
Malaikat Malik | مالك | Menjaga pintu neraka dan menyambut ahli neraka. |
Malaikat Raqib | رقيب | Mencatat segala amalan baik manusia. |
Malaikat Atid | عتيد | Mencatat segala perlakuan buruk manusia. |
[Sunting] Beriman dengan ajmal
Beriman kepada malaikat secara ajmal ialah percaya akan wujudnya malaikat yang lain selain daripada sepuluh tersebut dan wujudnya beberapa malaikat lain yang tidak diketahui berapa bilangannya melainkan Allah.
Antara malaikat yang wajib diketahui secara ajmal ialah malaikat pemegang atau yang menanggung Arasy iaitu empat malaikat dan pada hari akhirat akan ditambah sebanyak empat lagi yang menjadikannya lapan malaikat pemegang arasy. Juga diketahui akan wujudnya malaikat penjaga manusia atau Hafzah.
[Sunting] Sejarah Malaikat
Malaikat telah lama wujud atau diciptakan sebelum kewujudan Adam sebagai manusia pertama. Malah, malaikat juga yang dipertanggungjawabkan oleh Allah untuk mengambil tanah di bumi untuk dijadikan acuan kepada penciptaan Adam.
Terdapat juga malaikat seperti Harut dan Marut yang telah sesat akibat mempelajari dan mengamalkan sihir.