Kanak-kanak
From Wikipedia
Kanak-kanak (juga digelarkan budak atau anak kecil) ialah manusia yang muda, iaitu seorang yang masih belum mencapai baligh. "Kanak-kanak" lawannya "ibu bapa"; orang dewasa masih digelarkan "anak" kepada ibu bapa mereka meskipun mereka telah mencapai kematangan yang melebihi bayi. Umpamanya "Ali yang berumur 46 tahun ialah anak Ahmad yang berumur 73 tahun".
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Perkembangan
"Perkembangan kanak-kanak" ialah kajian proses dan mekanisme yang bertindak sewaktu perkembangan fizikal dan mental seorang bayi menjadi orang dewasa. Sebaliknya, "pediatrik" merupakan cabang perubatan yang berkenaan dengan penjagaan kanak-kanak dari waktu pranatal sehingga remaja dan dewasa muda (umur antara 0 sehingga 21 tahun).
Istilah-istilah untuk peringkat perkembangan fizikal berkait umur adalah disenaraikan di bawah. Julat-julat umur hampiran ditunjukkan, tetapi tanggapan mengenai sempadan antara peringkat-peringkat hidup adalah berbeza-beza antara budaya dan zaman. Julat umur dan istilah yang disenaraikan membayangkan tanggapan abad ke-21 di negara-negara yang maju.
|
[Sunting] Perkembangan kognitif
- Pembelajaran
- Pelajaran muzik
- Pendidikan bayi
- Pemerolehan bahasa
- Psikologi perkembangan
- Seni kanak-kanak
[Sunting] Prodigi kanak-kanak yang ketara
- Christian Friedrich Heinecken (digelarkan "Bayi dari Lübeck")
- Isaac Albeniz
- Wolfgang Amadeus Mozart
- Sarah Chang
- Sila lihat juga: Prodigi kanak-kanak
[Sunting] Pembangunan manusia
- Rencana utama: Pembangunan manusia
"Pembangunan manusia" merujuk kepada segala bentuk perkembangan yang tertulis di atas, seringnya dalam konteks psikologi klinikal atau psikologi perkembangan, ataupun teori pembangunan manusia (yang merupakan hasil perkembangan ekonomi kebajikan dalam bidang ekonomi).
Kedua-dua bidang psikologi dan ekonomi menumpukan kepada pendidikan dan kefasiran bahasa, termasuknya kenal huruf dan kenal nombor, serta kepada pengenalpastian dan perkembangan bakat yang lebih unik untuk menjadikannya sebagai pemboleh ubah ekonomi yang digelarkan modal individu.
Cabang-cabang ekonomi yang awal memperlihatkan manusia dari segi buruh untuk pengeluaran, cara pemujukan ataupun cara perlindungan yang cenderung merupakan kemahiran yang diperolehi hanya pada tempuh keremajaan dan kedewasaan. Pandangan pembangunan manusia adalah lebih jelas dalam bidang sukan, muzik, serta seni pentas yang lain. Umpamanya, dalam pelakonan, kanak-kanak seringnya memulakan latihan seawal umur tiga tahun. Fikirlah tentang Tiger Woods serta latihan golfnya yang awal.
Sedangkan terdapatnya masalah-masalah yang tertimbul kerana menempatkan kanak-kanak ke dalam aliran tertentu pada peringkat yang "terlalu" awal, telah dianggapi bahawa pembunuhan kanak-kanak, pembuangan kanak-kanak, penggunaan kanak-kanak untuk angkatan bersenjata, serta penyakit masyarakat yang lain telah dikurangkan dengan penggunaan pendekatan pembangunan manusia – negara kini memberikan nilai hidup yang tinggi kepada kanak-kanak.
Indeks Pembangunan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu merupakan cara untuk mengukur kesejahteraan dan menempatkan negara-negara melalui kriteria ini. Walaupun penganiayaan kanak-kanak dianggap lebih rendah di negara-negara yang mempunyai kedudukan yang tinggi dalam indeks ini, kebenarannya tidak dapat dibuktikan dengan mudah.
[Sunting] Lihat juga
- Lelaki, perempuan
- Pendidikan, sekolah
- Mainan
- Tabung Darurat Kanak-Kanak Antarabangsa PBB
[Sunting] Senarai rencana berkaitan dengan kanak-kanak
- Kanak-kanak lelaki, Kanak-kanak perempuan
- Pembuangan kanak-kanak
- Penganiayaan kanak-kanak
- Jagaan kanak-kanak (child custody)
- Disiplin kanak-kanak
- Buruh kanak-kanak
- Prodigi kanak-kanak
- Keseksualan kanak-kanak
- Wang tunjangan anak
- Asuhan kanak-kanak
- Kanak-kanak dalam sejarah
- Pertahanan kebayian
- Pendidikan, Sekolah
- Psikologi pendidikan
- Hak-hak ayah
- Keibubapaan
- Cuti keibubapaan
- Sindrom Pengasingan Ibu Bapa
- Kanak-kanak yang tiada tempat tinggal
- Memandang Berat Terhadap Kanak-kanak
- Mainan
- Kanak-kanak Biru Nila
[Sunting] Pautan luar
- Panduan Wikibook untuk Pertumbuhan Menjadi Dewasa: Wikibook yang merangkumi cara-cara untuk mengatasi kebanyakan daripada cabaran-cabar dalam pertumbuhan menjadi dewasa.
- Ergonomik untuk kanak-kanak
- Sudut Kanak-kanak: Rencana mengenai kesihatan kanak-kanak.
- Kanak-kanak menurut agama Yahudi
- Kesemua terbitan Dr. Lowenstein mengenai PAS
- Untuk Kanak-kanak di Hospital: Tapak pengembaraan untuk menjelajah Switzerland