Kanji
From Wikipedia
Kanji merupakan bahan yang dihasilkan oleh tumbuhan sebagai penyimpan tenaga setelah menghasilkan makanan dengan menggunakan klorofil dalam proses fotosintesis.
Kanji digunakan sebagai:
- bahan untuk memekatkan makanan cair seperti sup dan sebagainya. Biasanya kanji dijual dalam bentuk tepung serbuk berwarna putih yang dibuat dari ubi kayu sebelum dicampurkan dengan air suam untuk digunakan.
- pengeras pakaian dengan disembur larutan kanji cair ke atas pakaian sebelum disterika.
- pelekat atau gam.
- penyerap kelembapan, sebagai contoh, serbuk kanji disapukan pada bahagian kelangkang bayi bagi mengurangkan ruam. Kanji bertindak lebih bagus berbanding bedak talkum kerana kanji menyerap kelembapan dan menjaga pelapik sentiasa kering.