Pengguna:Consultan2k
From Wikipedia
Asalamualaikum & Salam sejahtera
[Sunting] Mengapa saya menyumbang di sini
Anak saya yang bersekolah dalam darjah 4 diberi tugasan untuk membuat pengkelasan tumbuhan-tumbuhan, disebabkan kekurangan maklumat didalam buku rujukan saya membuat rujukan di Internet, apa yang amat menyedihkan rujukan dalam bahasa Melayu amat kurang. Hanya di ms.wikipedia.org mempunyai rujukan yang agak lengkap walaupun ianya sebenarnya serba kekurangan. Saya lantas terfikir, bagaimana orang Melayu hendak maju jika mereka kekurangan maklumat.
Ini adalah era teknologi maklumat, Melayu akan ketinggalan jika tidak mempunyai maklumat dan pengkalan data maklumat yang mereka boleh gunakan. Mungkin ada orang yang berkata, "Bacalah buku berbahasa Inggeris". Memang betul dan benar, tapi bagaimana dengan mereka yang tak faham bahasa Inggeris. Kebanyakan pelajar Melayu disekolah rendah dan menengah terutamanya dikampung dan bandar-bandar kecil tidak memahami bahasa Inggeris. Jadi apabila diberi tugasan sudah tentu mereka tidak dapat melaksanakannya dengan baik walaupun mereka mempunyai capaian ke Internet.
Atas kesedaran tersebut, saya berazam untuk menyumbang di ms.wikipedia.org dan memperbanyakkan kandungan Bahasa Melayu di Internet.
[Sunting] Mengenai Saya
Kerja : Tenaga pengajar disebuah universiti di Melaka, Malaysia.
Pendidikan : Diploma Plantation Management, BBA (Marketing) , M Sc (IT) , PhD (dalam proses)
[Sunting] Perisian Kegemaran
- Sistem Operasi (OS) - Linux - 1. Ubuntu , 2.Gentoo , 3.Fedora , 4.Mandriva (Mandarake) , 5.Arch, 6.FreeBSD
- Suite Pejabat - OpenOffice,
- Grafik - Gimp 2.0 ,Inkscape,Skancil