Bosnia dan Herzegovina
From Wikipedia
Templat:Infobox Country (Bosnia dan Herzegovina)
Bosnia dan Herzegovina, juga dikenali sebagai Republik Bosnia dan Herzegovina, adalah sebuah negara di semenanjung Balkan di selatan Eropah dengan keluasan sebesar 51,129 km² (19,741 batu persegi) dengan jumlah sekitar empat juta penduduk. Negara Bosnia dikenali dalam bahasa rasminya sebagai Bosna i Hercegovina dalam huruf Latin dan Босна и Херцеговина dalam huruf Cyrillic; namun biasanya, ia dipendekkan kepada Bosnia, BiH atau БиХ .
Negara ini didiami oleh tiga kelompok etnik yang utama: kaum Bosnia, kaum Serbia dan kaum Croatia. Warga Bosnia secara amnya dikenali sebagai Bosnians dalam bahasa Inggeris tidak kira apa bangsa mereka. Pemerintahan negara ini dilakukan secara terpencar dan negara Bosnia sebenarnya terdiri daripada persekutuan dua buah wilayah yang utama, iaitu, Persekutuan Bosnia dan Herzegovina dan Republika Srpska.
Disempadani oleh Croatia di utara, barat dan selatan, Serbia di timur, dan Montenegro di selatan, Bosnia dan Herzegovina adalah sebuah negara yang dikelilingi oleh daratan kecuali bagi sebuah persisiran pantai Laut Adriatic yang sepanjang 20 km yang berpusat di bandar Neum. Pendalaman negara ini penuh dengan gunung-ganang dan juga sungai yang kebanyakan tidak boleh ditempuhi. Ibu negara dan bandar terbesar ialah Sarajevo.