Ebooks, Audobooks and Classical Music from Liber Liber
a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z





Web - Amazon

We provide Linux to the World


We support WINRAR [What is this] - [Download .exe file(s) for Windows]

CLASSICISTRANIERI HOME PAGE - YOUTUBE CHANNEL
SITEMAP
Audiobooks by Valerio Di Stefano: Single Download - Complete Download [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Alphabetical Download  [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Download Instructions

Make a donation: IBAN: IT36M0708677020000000008016 - BIC/SWIFT:  ICRAITRRU60 - VALERIO DI STEFANO or
Privacy Policy Cookie Policy Terms and Conditions
Montenegro - Wikipedia

Montenegro

From Wikipedia

Republik Montenegro
Република Црна Гора
Republika Crna Gora
frames
Bendera
frames
Lambang
Cogan kata: Tiada
Peta Montenegro
Ibu negara Podgorica
Bandar terbesar Podgorica
Kemerdekaan 3 Jun 2006 (setelah Serbia dan Montenegro dibubarkan)
Presiden Filip Vujanović
Perdana Menteri Milo Đukanović
Keluasan: 13,812 km2
Penduduk:
  Kepadatan:
620,145 (2003)
44.9/km2
Bahasa rasmi Bahasa Serbia (dialek Ijekavia)
Bahasa lain
Lagu kebangsaan Oj, svijetla majska zoro
Agama rasmi
Agama lain
Matawang Euro
Zon Waktu UTC+1 & +2
Internet TLD .yu (.cs masih disimpan)
Kod panggilan 381

Montenegro, secara rasminya Republik Montenegro, adalah satu republik di Balkans bersebelahan Laut Adriatik. Ia bersempadankan Bosnia dan Herzegovina pada sebelah utaranya, Serbia pada timurnya, Albania pada sebelah selatannya, dan Croatia di barat. Mengikut definasi perlembagaannya, Montenegro adalah satu "negara demokratik, kebajikan, dan negara ekologikal" [1].

Crna Gora bermaksud "gunung hitam" dan rujukan kepada hutan belukar hitam yang pernah meliputi bukit-bukau di Dinaric Alps sebagaimana dilihat daripada persisiran pantai[2]. Nama negara-negara ini dalam kebanyakan bahasa dunia, termasuk bahasa Melayu, merujuk kepada penggunaan istilah bahasa Venetia "monte negro" yang juga bermaksud bukit hitam. Bahasa lain adanya yang menggunakan terjemahan yang mempunyai maksud sama seperti Mali i Zi dalam bahasa Albania dan Μαυροβούνιο dalam bahasa Greek dan Karadağ dalam bahasa Turki.

Selama beberapa kurun lamanya Montenegro adalah prinsipiliti de facto merdeka yang diperintah oleh dinasti-dinasi dan pemerintahnya sendiri. Negara ini memperoleh pengiktirafan kemerdekaan de jure daripada komuniti dunia selepas Krisis Timur (1875-1878) di Kongres Berlin. Pada 28 Ogos 1910, pemerintah Montenegro Putera Nikola Petrović Njegoš mengistiharkan dirinya sebagai Raja. Pada tahun 1918, perundangan Serb di Podgorica meluluskan pengambilan negara ini oleh Serbia. Rakyat Montenegro yang setia kepada Raja Nicholas I dan kedalaulatan Montenegro membantah tetapi disenyapkan pada tahun 1924 oleh Ketenteraan Serbia.

Antara tahun 1945 dan 2003, Montenegro adalah sebahagian daripada Republik Persekutuan Sosialis Yugoslavia dan Republik Persekutuan Yugoslavia dan kemudiannya menjadi salah seorang ahli kesatuan negara Serbia dan Montenegro. Pada 21 Mei 2006, Montenegro mengadakan referandum mengenai kemerdekaan untuk menentukan sama ada ia akan terus kekal dalam kesatuan berkenaan. Pada hari seterusnya, keputusan rasmi yang diterima menampakkan pemilihan rakyat Montenegro untuk sekali lagi merdeka dan menanggotai komuniti dunia dengan 55.4% daripada undi memilih pilihan itu. Kemerdekaan secara formal diistiharkan pada 3 Jun 2006.

Jadual isi kandungan

[Sunting] Sejarah

Rencana utama: Sejarah Montenegro

Puak-puak Slav bercampur aduk dengan bangsa-bangsa Illyria, Avar dan Rom dan berorgansasi menjadi satu daerah duke Duklja menjelang abad ke-10. Pada tahun 1077, Paus Gregory VII mengiktiraf Duklja sebagai satu negara bebas, dan mengiktiraf juga Raja Mihailo (Micheal atau Mikail) (dari dinasti Vojisavljević yang diasaskan oleh bangsawan Stefan Vojislav) sebagai rex Doclea (Raja Duklja). Akan tetapi, negara itu menghantar tanda penghormatan kepada Empayar Byzantum; ia kemudianya melahirkan kerajaan medieval Serb Zupan Agong (bahasa Serb: župan) Stefan Nemanja yang berasal daripada Duklja.

Prinsipaliti bebas negara Zeta yang lebih dekat dengan negara Montenegro yang awal muncul pada tahun 1360. Rumah Balšić (1360 - 1421) dan Rumah Crnojević (1421 - 1499) merupakan dinasti yang memerintah Zeta; dan walaupun Empayar Uthmaniyyah mengawal tanah selatan dan timur dari abad ke-15, ia tidak pernah menumpaskan seluruhnya Zeta.

Pada tahun 1516, putera berhaluan sekular Đurađ Crnojević turun daripada tahktanya untuk memberi peluang kepada Ketua Bishop Vavil memerintah, dan kemudiannya Montenegro bertukar menjadi negara teokrasi dibawah pemerintahan putera-bishop (vladika) dari Cetinje, satu tempat yang dipegang dari tahun 1697 oleh keluarga Petrović-Njegoš dari klan Riđani. Petar Petrović Njegoš yang merupakan vladika paling berpengaruh, memerintah dalam bahagian pertama abad ke-19. Pada tahun 1851, Danilo II Petrović Njegoš menjadi vladika tetapi pada tahun 1852 kemudian beliau telah berkahwin, seterusnya membuang sifat keagamaannya dan menjadikan kerajaannya sebagai prinsipaliti sekular semula dengan memakai gelaran baru knjaz (Putera).

Pada tahun 1910, Putera Nikola I menjadi Raja Montenegro. Dua tahun kemudiannya, pada bulan Oktober 1912, Raja Nikola mengistiharkan peperangan keatas Empayar Uthmaniyyah dengan mencetuskan dua Perang Balkan. Serangan tentera Montenegro keatas kubu pertahanan Utmaniyyah di bandar Skutari memaksa empayar berkenaan menyediakan satu angkatan tentera di Macedonia berhampiran. Angkatan tentera ini pula diserang oleh ketenteraan Greece, Serbia dan Bulgaria yang telah berpakat untuk memasuki peperangan ini pada sebelumnya. Hasilnya suatu kekalahan teruk kepada Utmaniyyah, yang terpaksa berundur sehingga ke Istanbul.

Montenegro kemudian mendapat hadiahnya - sebahagian besar kawasan yang telah diperintah oleh Utmaniyyah dikenali sebagai Sanjak, tetapi tidak mendapat Skutari, iaitu habuan paling besarnya dalam peperangan itu. Persidangan London memberikan Skutari kepada negara bebas Albania.

Sebagai pihak yang menyokong kuasa perikatan dalam Perang Dunia I, Montenegro diceroboh tentera Austro-Hungary. Pada tahun 1918, satu legislatif yang dikawal Serbia menyetujui kemasukannya kedalam kawasan jajahan Serbia. Kendatipun begitu, golongan pro-merdeka menentang mereka pada Hari Krismas tahun 1919 dengan melancaran bantahan. Bantahan ini ditumpas pada tahun 1924.

Dari tahun 1919 ke 1941, Montenegro merupakan sebahagian daripada Kerajaan Yugoslavia. Semasa Perang Dunia II, Montenegro diceroboh tetera fasis Itali dan kemudiannya Nazi (1941-1944). Dari tahun 1945 ke 1992, Montenegro adalah satu republik dalam Republik Persekutuan Sosialis Yugoslavia. Pada masa itu ibu negaranya yang bernama Podgorica dikenali sebagai Titograd.

[Sunting] Kesatuan dengan Serbia

Dalam referendum kemerdekaan Montenegro 1992, 95.96% undian menyokong untuk terus berada dalam kesatuan dengan Serbia, meskipun kehadiran pengundi hanya di tahap 66% kerana tindakan boikot oleh penduduk Islam dan Katolik serta golongan pro-merdeka. Mereka yang menyokong kemerdekaan mendakwa bahawa referendum ini diadakan dalam situasi yang tidak demokratik, dengan propaganda berterusan daripada media milik kerajaan untuk undian pro-kesatuan.

Pada tahun 1996, kerajaan Milo Đukanović memutuskan perhubungan de facto antara Montenegro dan Serbia (pada masa itu masih dibawah Milošević. Montenegro kemudiannya mengenakan dasar ekonominya sendiri dan bertukar menggunakan Deutsche Mark sebagai mata wangnya yang utama berdasarkan nasihat pakar ekonomi pada masa itu. Ia kini menggunakan euro meskipun bukan secara rasminya sebahagian daripada Zon Euro. Dinar Serbia tidak diiktiraf di Montenegro dan hanya diterima di sesetengah resort perlancongan sahaja.

Kerajaan Montenegro yang lepas dan kini sedang menjalankan dasar pro-merdeka. Ketengangan dengan Serbia tetap berlaku dengan tidak mengira pertukaran politik di Belgrade.

Pada tahun 2002 Serbia dan Montenegro bersetuju untuk menggantikan persekutuan Yugoslav dengan kesatuan lebih renggang yang bernama Serbia dan Montenegro dan referendum kemerdekaan Montenegro ditangguh selama tiga tahun minima.

Kesatuan dengan Serbia akhirnya musnah pada 21hb Mei 2006 apabila referendum kemerdekaan Montenegro 2006-nya menunjukkan bahawa 55% daripada pengundi mengundi untuk merdeka. Parlimennya pula telah mengistiharkan kemerdekaan secara formal pada 3 Jun 2006.

[Sunting] Kemerdekaan

Selepas kemansuhan Republik Persekutuan Sosialis Yugoslavia pada tahun 1992 Montenegro menganggotai sebuah persekutuan dengan Serbia pada mulanya sebagai Republik Persekutuan Yugoslavia dan kemudiannya sebagai Serbia dan Montenegro. Pada 21 Mei 2006 pula, Montenegro mencapai kemerdekaannya melalui satu refurandum dimana 55.3% memilih untuk memansuhkan Serbia dan Montenegro dan berdikari sebagai Montenegro. Parlimen negara ini telah mengistiharkan kemerdekaannya pada 3 Jun 2006.

Status kesatuan antara Serbia dan Montenegro telah ditentukan oleh satu referendum pada 21 Mei 2006. 55.54% daripada pengundi memilih untuk merdeka daripada Montenegro mengatasi keperluan mendapat 55% daripada jumlah pengundian yang ditetapkan untuk mengesahkan referendum dibawah peraturan yang ditetapkan Kesatuan Eropah, sebagai dilaporkan oleh 99.80% daripada 1,100 tempat pengundian. Serbia, ahli-ahli Kesatuan Eropah dan anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah berkata akan mengiktiraf kemerdekaan Montenegro, dan ini telah memungkinkan jalan tampa halangan kepada Montenegro menjadi negara berdaulat terbaru dunia. Predrag Popović, suatu pemimpin parti penyokong kesatuan dengan Serbia menuntut pengiraan semula undi, dan berkata sehari selepas pilihanraya bahawa bloknya akan membuat bantahan kepada pengurusi suruhanjaya pilihanraya, diplomat Slovakia Frantisek Lipka. Mengikut suruhanjaya, tahap 55% diatasi hanya dengan 2,300 undian (55.5% menyokong).

Dengan pengundian disahkan, kerajaan di Podgorica dianggap akan memanggil suatu mesyuarat Parlimen Montenegro untuk menulis semula Perlembagaan. Ini memerlukan majoriti dua per tiga, yang mungkin menjadi masalah jika parti-parti pro-kesatuan terus mengenakan bantahan. Akan tetapi jika ia berhasil, Montenegro kemudiannya boleh mencari pengiktirafan antarabangsa dan satu kerusi di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Pada tarikh 3 Jun 2006, Parlimen Montenegro mengistiharkan kemerdekaan Montenegro dan mengesahkan secara rasmi pilihan rakyat Montenegro untuk berdikari sebagai suatu negara bebas dan berdaulat.

Dengan penggunaan semula bendera yang serupa dengan bendara diraja sebelum tahun 1918, terdapat spekulasi bahawa raja terbuang negara Montenegro, Putera Nikola II Petrović-Njegoš, untuk kembali menjadi raja berpelembagaan. Dia kini hidup dalam buangan di Paris. Dimana Nikola II tidak pernah menarik tuntutannya terhadap tahkta dan sememangnya pro-kemerdekaan Montenegro, dia telah baru-baru ini berkata bahawa dia "tidak mahu" ditabalkan sebagai raja.

[Sunting] Kerajaan dan Politik

Rencana utama: Politik Montenegro

[Sunting] Geografi

Rencana utama: Geografi Montenegro
Peta terperinci Montenegro
Besarkan
Peta terperinci Montenegro
Perbandaran dalam Montenegro
Besarkan
Perbandaran dalam Montenegro

Bandaraya dan bandar-bandar utama bagi Montenegro adalah:

  • Ibu negara Podgorica (136,473 penduduk)
  • Nikšić (58,212)
  • Pljevlja (21,377)
  • Bijelo Polje (15,883)
  • Herceg Novi (16,493 - incl. Igalo)
  • Berane (11,776)
  • Ibukota dan kedudukan takhta adalah Cetinje.

Secara antarabangsanya, ia bersempadankan Croatia, Bosnia dan Herzegovina, Serbia, Albania dan wilayah Serbia selatan iaitu wilayah Kosovo.

Permukaan bumi Montenegro adalah dari kemuncak-kemuncak tinggi di sepanjang sempadannya dengan Kosovo dan satu segmen Karst bahagian barat semenanjung Balkan di Albania, sehingga ke satu tanah rata sempit yang hanya berkeluasan satu sehingga empat batu. Tanah rata berhenti secara tiba-tiba di utara, dimana Gunung Lovcen dan Gunung Orjen mempunyai lembah curam hingga ke Teluk Kotor.

Kawasan luas Karst Montenegro berada pada ketinggian 1,000 meter (3,281 kaki) atas paras laut akan tetapi sesetengah kawasan meninggi ke 2,000 meter (6,560 kaki) sebagai contoh Gunung Orjen (1,894 m / 6,214 kaki), masif tertinggi di kawasan batu kapur persisiran pantai. Lembah sungai Zeta adalah kawasan yang terendah pada ketinggian 500 meter (1,640 kaki).

Pergunungan Montenegro yang kasar merangkumi sesetengah kawasan paling tidak rata di Eropah. Secara puratanya mereka mempunyai ketinggian lebih daripada 2,000 meter (6,560 kaki). Satu kemuncak negara ini yang paling terkenal adalah Bobotov Kuk di gunung Durmitor, yang mencapai ketinggian 2,522 meter 8,274 kaki). Pergunungan Montenegro merupakan yang paling kehilangan ais semasa waktu zaman ais yang lampau.

  • Pantai terpanjang: Velika Plaza, Ulcinj - 13,000 meter (8 batu)
  • Kemuncak tertinggi: Bobotov Kuk (Gunung Durmitor) - 2,522 meter (8,274 kaki)
  • Tasik terbesar: Tasik Skadar - 391 km² (151 mi²) luas permukaan.
  • Lembah tercuram: Sungai Tara - 1,300 meter (4,265 kaki)
  • Teluk terbesar: Teluk Kotor
  • Taman-taman negara: Durmitor - 390 km² (150 mi²), Lovćen - 64 km² (25 mi²), Biogradska Gora - 54 km² (21 mi²), Tasik Skadar - 400 km²(154 mi²)
  • UNESCO World Heritage sites: Durmitor dan lembah Sungai Tara, bandar lama Kotor.
Lihat juga: Senarai bandar-bandar Montenegro

[Sunting] Ekonomi

Rencana utama: Ekonomi Montenegro

[Sunting] Demografi

Rencana utama: Sejarah demografi Montenegro

Komposisi etnik mengikut bancian pada tahun 2003:

  • Montenegro: 267,669 (43.16%)
  • Serb: 198,414 (31.99%)
  • Bosniak: 48,184 (7.77%)
  • Albania: 31,163 (5.03%)
  • Penganut Islam: 24,625 (3.97%)
  • Croat: 6,811 (1.1%)
  • Roma dan Orang Mesir: 2,826 (0.46%)

Di luar, lebih 270,000 penduduk Serbia mempunyai kewarganegaraan Montenegro. 69,000 daripada mereka adalah berbangsa Montenegro dengan yang selebihnya berbangsa Serb.

Dalam perlembagaan Montenegro yang dikuatkuasakan pada tahun 1992, bahasa rasmi republik ditukar dari Serbo-Croat ke bahasa Serb standard Ijekavia. Pada tahun 2003, 63.5% daripada penduduk mengistiharkan bahasa Serb sebagai bahasa ibunda mereka, manakala hampir 22% mengistiharkan bahasa Montenegro. Dialek yang digunakan adalah sama, dan hampir serupa kepada yang digunakan oleh Serb, Croat dan Muslim di Bosnia dan Herzegovina serta Croatia dengan sedikit perbezaan.

Lebih 74% daripada bangsa Montenegro adalah penganut Kristian Ortodoks Timur, yang mengikuti ajaran Gereja Ortodoks Serbia, walaupun terdapat juga Gereja Ortodoks Montenegro. 110,000 orang Islam menjadi 17,74% jumlah penduduk Montenegro. Mereka dibahagikan antara tiga kumpulan: etnik Albania dan Penganut Islam Slav yang terbahagi antara Bosniak yang bercakap bahasa Bosnia dan Muslim Montenegro yang lebih menyukai bahasa Serb. Bangsa Albania adalah berasingan dengan menggunakan bahasa Albania dan merupakan 5.26% daripada jumlah penduduk dan tinggal di kawasan tenggara, terutama di Ulcinj, dimana mereka merupakan penduduk majoriti. Bosniaks adalah Penganut Islam Slav yang bertutur bahasa Bosnia yang tinggal kebanyakannya di utara. Terdapat juga sedikit bangsa Croat dan penganut Katolik lain, yang kebanyakannya tinggal di kawasan persisiran pantai, khususnya Boka Kotorska.

[Sunting] Simbol

Satu bendera Montenegro baru didukung pada tarikh 12hb Julai 2004 oleh legislatur Montenegro. Bendera baru ini didasarkan standard peribadi Raja Nikola I Montenegro. Ia berwarna merah secara keseluruhan dengan bersempadankan warna emas serta jata emas Raja Nikola I (huruf НI adalah huruf abjad awal King Nikola I dalam tulisan Cyrillic).

Hari kebangsaan pada 13hb Julai menandakan tarikh pada tahun 1878 dimana Kongres Berlin mengiktiraf Montenegro sebagai negara bebas ke-27 di dunia dan permulaan penentangan terhadap Kuasa Paksi di Eropah pada tarikh sama tahun 1941.

Pada tahun 2004, legislatur Montenegro memilih lagu tempatan Montenegro, "Oj, svijetla majska zoro (Oh, Pagi yang Cerah pada Bulan Mei) sebagai lagu kebangsaan. Lagu kebangsaan Montenegro semasa pemerintahan Raja Nicholas lepas adalah Ubavoj nam Crnoj Gori (Kepada Montenegro kita yang cantik). Musik lagu itu digubah oleh puteranya Knjaz Mirko.

[Sunting] Lihat juga

  • Pemerintah Montenegro - senarai
  • Makanan Montenegro
  • Pengangkutan di Montenegro
  • Ekonomi Montenegro
  • Sejarah Yugoslavia
  • Sejarah Wilayah Balkans
  • Perper Montenegro
  • Gereja Ortodoks Timur Montenegro
  • Portal:Montenegro
  • WikiProject Montenegro

[Sunting] Pautan luar

Lihat galeri mengenai: Montenegro di Wikimedia Commons.

[Sunting] Kerajaan dan politik


[Sunting] Budaya dan sejarah

[Sunting] Perlancongan

Our "Network":

Project Gutenberg
https://gutenberg.classicistranieri.com

Encyclopaedia Britannica 1911
https://encyclopaediabritannica.classicistranieri.com

Librivox Audiobooks
https://librivox.classicistranieri.com

Linux Distributions
https://old.classicistranieri.com

Magnatune (MP3 Music)
https://magnatune.classicistranieri.com

Static Wikipedia (June 2008)
https://wikipedia.classicistranieri.com

Static Wikipedia (March 2008)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com/mar2008/

Static Wikipedia (2007)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com

Static Wikipedia (2006)
https://wikipedia2006.classicistranieri.com

Liber Liber
https://liberliber.classicistranieri.com

ZIM Files for Kiwix
https://zim.classicistranieri.com


Other Websites:

Bach - Goldberg Variations
https://www.goldbergvariations.org

Lazarillo de Tormes
https://www.lazarillodetormes.org

Madame Bovary
https://www.madamebovary.org

Il Fu Mattia Pascal
https://www.mattiapascal.it

The Voice in the Desert
https://www.thevoiceinthedesert.org

Confessione d'un amore fascista
https://www.amorefascista.it

Malinverno
https://www.malinverno.org

Debito formativo
https://www.debitoformativo.it

Adina Spire
https://www.adinaspire.com