Kesatuan Eropah
From Wikipedia
|
||
Motto | Bahasa Latin:In varietate concordia (maksud: Persatuan dalam Perbezaan) |
|
Bahasa rasmi Uni |
Lihat Bahasa Rasmi Kesatuan Eropah; setiap negara boleh mempunyai bahasa rasmi yang lain | |
Presiden Majlis | Jean-Claude Juncker (Luxembourg) (sehingga 1 Julai 2005) |
|
Presiden Suruhanjaya | Romano Prodi (dulu) José Durão Barroso (kini) |
|
Ketua Parlimen | Pat Cox (dulu) Josep Borrell (kini) |
|
Keluasan - Jumlah |
Tempat ke-7 (jika dianggap sebagai sebuah negara) 3,976,372 km2(EU 25) |
|
Penduduk - Jumlah (2004) - Kepadatan |
Tempat ke-3 (jika dianggap sebagai sebuah negara) 454,900,000 (EU 25) 116.4 orang/km² |
|
GDP (PPP) - Jumlah (2001) - GDP/orang |
Tempat pertama (jika dihitung sebagai satu negara) € 9.61×1012 [1] € 21,125 (EU-25) |
|
Pembentukan - Diisytihar - Diakui |
Perjanjian Maastricht 7 Februari, 1992 1 November, 1993 |
|
Mata wang Komuniti | Euro (EUR atau €); Mata wang lain: DKK (in ERM II), SEK, GBP, PLN, HUF, MTL, CYP, SIT, EEK, LVL, LTL, CZK, SKK |
|
Zon waktu | UTC 0 hingga +2 (+1 hingga +3 semasa DST) (dengan wilayah Perancis di luar Eropah, UTC -4 hingga +4) |
|
Lagu kebangsaan | An die Freude | |
TLD internet | .eu (dalam perancangan) Tahap kedua .eu.int sudah dipakai. |
|
Kod Negara | +3 (cadangan) Setiap negara anggota memiliki kod negara sendiri di wilayah 3 dan 4 |
Kesatuan Eropah atau EU ialah organisasi antarangsa yang dianggotai oleh 25 buah negara dan ditubuhkan berdasarkan Perjanjian Kesatuan Eropah (Treaty of European Union) yang ditandatangani di Maastricht, Belanda. Kini, penubuhan EU adalah berdasarkan perjanjian rasmi Treaty of Accession 2003 yang bermula secara rasmi pada 1 Mei, 2004. Ibupejabat EU terletak di Brussel, Belgium.
Selain menjadikan Eropah sebagai pasaran tunggal terbesar dunia, EU juga menggerakkan usaha matawang tunggal (yang digunakan oleh 12 buah negara daripada 25 negara), kesatuan adat (custom union), Dasar Agrikultur Umum, dan Dasar Perikanan Umum.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Status
Buat masa ini, Kesatuan Eropah ialah organisasi berkawasan (regional organisation) yang terkuat di dunia. Di sesetengah bahagian iaitu negara anggota yang telah memindahkan hak kedaulatan nasional kepada kesatuan ini (contohnya dasar kewangan, pasaran dalam negara, perdagangan luar), EU kelihatan seperti sebuah kerajaan persekutuan (seperti Amerika Syarikat). Namun, kesatuan ini tidak diuruskan seperti kerajaan persekutuan tetapi berdasarkan prinsip tambahan (subsidiarity principles). Negara anggota masih menjadi pemilik perjanjian itu dan kesatuan tidak mempunyai kuasa untuk memindahkan kuasa daripada negara anggota kepada kesatuan. Dengan ini, EU bukan sahaja boleh dianggap sebagai sebuah organisasi antarabangsa, bahkan sebagai entiti sui generis.
[Sunting] Isu Terkini
Isu terbesar kini ialah pembesaran kesatuan, hubungan dengan Amerika Syarikat dan penyertaan Euro di negara anggota yang masih belum menerima mata wang EU ini. Draf terakhir perlembagaan Eropah telah dicapai pada 18 Jun 2004, dan kini menunggu pengesahan setiap negera anggota.
[Sunting] Sejarah dan Asal Usul
Untuk rencana lanjutan, lihat Sejarah Kesatuan Eropah
Usaha usaha untuk menyatukan negara negara di Eropah telah berlaku beberapa kali dalam sejarah benua ini. Usaha ini bermula dengan Empayar Rom, Empayar Frankish Charlemagne, sehinggalah Napoleon dan penaklukan Jerman dalam perang dunia II.
Kebanyakan usaha ini menggunakan kekerasan dan ketenteraan yang menyebabkan penyatuan tersebut tidak kekal dan tidak stabil. Penyatuan pertama yang tidak melibatkan ketenteraan diutarakan oleh Victor Hugo pada 1851. Berikutan Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua, dorongan untuk mewujudkan negara negara Eropah yang membangun dan bebas perang meningkat. Sentimen ini akhirnya mewujudkan Komuniti Arang Batu dan Keluli Eropah pada 1951.
Kesatuan yang sebenar ditubuhkan pada 1957 melalui Perjanjian Rom dan kesatuan ini dinamakan Komuniti Ekonomi Eropah (EEC). Kesatuan dimulakan pada 1 Januari 1958. Kesatuan ini kemudiannya dinamakan Komuniti Eropah dan akhirnya Kesatuan Eropah. Kesatuan Eropah telah berevolusi daripada sebuah badan perdagangan kepada persekutuan ekonomi dan politik.
[Sunting] Negara Anggota dan Pembesaran Eropah
Untuk rencana lanjutan, lihat Pembesaran Kesatuan Eropah
Sejak 1 Mei 2004, Kesatuan Eropah terdiri daripada 25 negara anggota. Kesatuan ini dimulakan oleh 6 buah negara iaitu:
Kemudian, kesatuan mengalami beberapa kali pembesaran bermula 1973 sehinggalah 2004 yang menjadikan kesatuan ini terdiri daripada 25 buah negara.
-
- Denmark, Ireland, dan United Kingdom (1973)
- Greece (1981)
- Portugal, Sepanyol (1986)
- Jerman Timur (1990). Jerman Timur dan Barat bersatu menjadikan Jerman sebagai negara terbesar di Eropah dengan kini 80 juta orang penduduk.
- Austria, Finland, dan Sweden
- Cyprus, Republik Czech, Estonia, Hungary, Latvia, Lithuania, Malta, Poland, Slovakia dan Slovenia
Greenland yang diberi hak pemerintahan kerajaan sendiri (home rule) oleh Denmark, meninggalkan EU pada 1985.
[Sunting] Hubungan Istimewa dengan Kesatuan Eropah
Untuk rencana lanjutan, lihat Hubungan Istimewa dengan Kesatuan Eropah
Banyak negara seperti Monaco dan Andorra mempunyai perjanjian khas dengan kesatuan ini membolehkannya mengguna dan menghasilkan mata wang Euro.
[Sunting] Status quo Kawasan Luar Negara
Untuk rencana lanjutan, lihat Kawasan negara anggota istimewa dan hubungan dengan EU
Beberapa kawasan yang terletak di luar benua Eropah diterima sebagai anggota EU contohnya Pulau Canary, Isle of Man, dan sebagainya.
[Sunting] Ekonomi
Untuk rencana lanjutan, lihat Ekonomi Eropah
Setakat ini (Mei 2004), Kesatuan Eropah merupakan blok ekonomi yang terbesar di dunia dengan GDP sebanyak € 9.613 x 10¹², berbanding Amerika Syarikat yang mempunyai GDP paling besar untuk negara tunggal iaitu sebanyak AS$ 10.450 x 10¹² ataupun € 8.782·10¹². Pada 2004, Kesatuan Eropah mengalami pertumbuhan ekonomi yang tepu dan kurang peluang pekerjaan.
Ekonomi EU dijangka akan meningkat dalam beberapa dekad yang akan datang memandangkan lebih banyak negara akan menyertai kesatuan ini dan kebanyakan negara tersebut mempunyai GDP yang jauh lebih rendah daripada purata EU. Oleh itu, pertumbuhan GDP di negara negara ini dijangka akan menjadikan ekonomi EU terus dinamik. Walaubagaimanapun, kesan daripada kemasukan nagara baru ini akan menyebabkan GDP EU jatuh untuk tempoh masa yang singkat.
Jadual di bawah menunjukkan GNI per kapita dan GDP anggota EU pada tahun 2002. Jadual ini boleh dijadikan piawai relatif tarat hidup antara negara anggota.
Negara | GNI (PPP) per kapita | GDP (PPP) |
---|---|---|
dollar antarabangsa | juta (dollar antarabangsa) | |
Luxembourg | 53,290 | 27,171 |
Denmark | 30,600 | 166,275 |
Ireland | 29,570 | 136,139 |
Austria | 28,910 | 235,159 |
Belanda | 28,350 | 469,864 |
Belgium | 28,130 | 284,867 |
Perancis | 27,040 | 1,601,406 |
Jerman | 26,980 | 2,235,764 |
United Kingdom | 26,580 | 1,549,131 |
Itali | 26,170 | 1,524,686 |
Finland | 26,160 | 136,139 |
Sweden | 25,820 | 232,451 |
Sepanyol | 21,210 | 877,971 |
Greece | 18,770 | 198,996 |
Cyprus | 18,560 | 13,813 |
Slovenia | 18,480 | 36,406 |
Portugal | 17,820 | 186,057 |
Malta | 17,710 | 7,003 |
Republik Czech | 14,920 | 161,114 |
Hungary | 13,070 | 136,096 |
Slovakia | 12,590 | 69,045 |
Estonia | 11,630 | 16,643 |
Poland | 10,450 | 407,747 |
Lithuania | 10,190 | 35,817 |
Latvia | 9,190 | 21,544 |
EU-25 purata | 22,088 | 430,692 |
[Sunting] Dasar Utama
Apabila nama Komuniti Ekonomi Eropah berubah kepada Komuniti Eropah dan (kemudiannya menjadi) Kesatuan Eropah, organisasi ini juga berubah daripada sebuah kesatuan ekonomi kepada kesatuan politik. Perubahan ini dapat dilihat dengan bertambahnya dasar dasar yang dipertanggungjawabkan kepada EU dan perpindahan kuasa politik daripada negara anggota kepada EU.
[Sunting] Pautan Luar
|
|
---|---|
Austria | Belanda | Belgium | Cyprus | Republik Czech | Denmark | Estonia | Finland | Hungary | Ireland | Itali | Jerman | Latvia | Lithuania | Luxembourg | Malta | Perancis | Poland | Portugal | Sepanyol | Slovakia | Slovenia | Sweden | United Kingdom | Yunani |