Pokok Ara
From Wikipedia
Pokok Ara | |
Pengelasan sains | |
Alam | Tumbuhan |
Filum | [[]] |
Subfilum | [[]] |
Divisi | Magnoliophyta |
Kelas | Magnoliopsida |
Order | Urticales |
Famili | Moraceae |
Genus | Ficus |
Spesies | (sila lihat teks) |
Nama binomial | |
Ficus spp. | |
{{{Ksubspesies}}} | |
''''' |
Pokok Ara (bahasa Inggeris: ficus) merupakan genus untuk kira-kira 800 spesies pokok berkayu, pokok renek, dan pokok menjalar dalam famili Moraceae. Pokok ini berasal dari seluruh kawasan tropika, dengan beberapa spesies yang bertumbuh juga di kawasan iklim sederhana yang hangat. Kebanyakan spesies adalah malar hijau, sedangkan pokok-pokok di kawasan iklim sederhana dan kawasan yang mempunyai musim kering yang panjang adalah pokok luruh daun.
Genus ini termasuk satu spesies, Common fig (F. carica), yang menghasilkan buah perdagangan yang dipanggil "buah ara". Buah daripada banyak spesies yang lain juga boleh dimakan walaupun tidak beberapa popular. Contoh-contoh pokok ara yang lain termasuk Pokok Bo dan subgenus banyan. Terdapat Pokok Ara Wild Willowleaf yang luar biasa besarnya di Afrika Selatan yang dilindungi oleh Simpanan Alam Semula Jadi Wonderboom.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Pembiakan
Buah pokok ara (buah-buahan hiasan yang digelarkan "sikonium") yang berbentuk bebawang berasal daripada bunga. Bahagian dalam untuk buah ini geronggang dan dilapiskan oleh biji-biji kecil yang berwarna merah. Buah ini mempunyai satu lubang kecil ("ostiol") pada hujungnya yang dipergunakan oleh penyengkat ara untuk merayap ke dalam untuk mendebungakan buah/bunga.
Kebanyakan pokok ara mempunyai dua jenis jantina:
- hermafrodit yang digelarkan "kaprifig" daripada perkataan Caprinae, satu subfamili kambing, disebabkan buahnya biasa dimakan oleh kambing tetapi tidak sesuai untuk dimakan oleh manusia;
- betina: bahagian jantan bunga gagal berkembang dan dengan ini, menghasilkan buah yang boleh dimakan oleh manusia.
Penyengat ara hanya hidup di dalam bunga kaprifig kerana bunga betina terlalu panjang untuk penyengat bertelur di dalamnya. Serangga ini mendebungakan bunga dengan debunga daripada pokok yang dihidupnya. Oleh itu, buah ara yang mengandungi biji yang matang juga mengandungi banyak penyengat yang mati di dalamnya.
Ketika sebiji kaprifig masak, lagi sebiji kaprifig akan disiapkan untuk didebungakan. Pokok ara tropika menghasilkan buah secara berterusan, dan membolehkan haiwan yang makan buah-buahan untuk hidup dalam tempoh-tempoh antara masta-masta. Di kawasan iklim sederhana, penyengat berhibernat di dalam buah ara. Buah kaprifig di kawasan iklim sederhana ini berbentuk kecil dan digelarkan "breba". Terdapat tiga hasil tanaman setahun untuk kaprifig, dan dua hasil setahun untuk pokok buah betina di kawasan iklim ini. Sesetengah buah betina tidak memerlukan pendebungaan, dan akan menghasilkan buah tanpa biji yang subur jika tidak adanya penyengat.
Biasanya, terdapat hanya satu spesies penyengat tunggal yang berupaya mendebungakan bunga bagi setiap spesies pokok ara dan oleh itu, penanaman pokok ara di luar kawasan asalnya akan menyebabkan pokok yang mandul. Umpamanya, walaupun 60 spesies telah diperkenalkan ke Hawaii, hanya empat jenis di sana dapat membiak.
Pokok ara boleh juga dibiakkan dengan mudah daripada keratan tunas.
[Sunting] Kepentingan sejarah
Pada Jun 2006, telah dilaporkan bahawa Pokok Ara yang bertarikh 11,400 tahun dahulu telah di temui di Gilgal I, sebuah kampung di Lembah Jordan Bawah yang terletak hanya 8 batu di utara bandar Jericho kuno.
Berdasarkan keterangan ikut keadaan daripada spesimen-spesimen awetan itu yang menunjukkan bahawa pokok-pokok itu adalah jenis mutasi yang tidak dapat membiak dengan cara yang biasa, pakar-pakar telah memastikan bahawa pokok-pokok ara itu telah ditanam dengan sengaja dan oleh itu, merupakan tanaman manusia yang pertama. Dengan itu, gandum dan rai yang ditanam seribu tahun kemudian kini merupakan tanaman yang berikutnya.
[Sunting] Pokok Ara dan kesihatan
Pokok Ara merupakan sumber yang baik untuk flavonoid dan polifenol. [1]. Apabila buah ara disukat untuk kandungan bahan antioksidanya, didapati bahawa 40 gram buah ara kering (dua biji buah ara yang sederhana saiznya) boleh meningkatkan keupayaan bahan antioksida plasma. [2] Pokok Ara juga mengandungi kandungan serabut yang terbanyak, berbanding buah-buahan yang lain, baik kering mahupun segar.
[Sunting] Spesies
|
|
[Sunting] Lihat juga
[Sunting] Rujukan
[Sunting] Pautan luar
- Figweb — Tapak rujukan utama untuk genus Fikus
- Video: Interaksi pokok ara dengan penyengat ara — filem dokumentari berbilang anugerah
- Buah-buahan Iklim Hangat: Pokok Ara
- Penanam Buah-buahan California: Fakta Buah Ara
- Penjelajah Buah-buahan Amerika Utara: Pokok Ara
- BBC: Fosil Pokok Ara, bukti perkebunan awal
- New York Times; 1 Jun 2006: "Pokok Ara dipercayai merupakan buah-buahan pertama yang ditanam"