Ebooks, Audobooks and Classical Music from Liber Liber
a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z





Web - Amazon

We provide Linux to the World


We support WINRAR [What is this] - [Download .exe file(s) for Windows]

CLASSICISTRANIERI HOME PAGE - YOUTUBE CHANNEL
SITEMAP
Audiobooks by Valerio Di Stefano: Single Download - Complete Download [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Alphabetical Download  [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Download Instructions

Make a donation: IBAN: IT36M0708677020000000008016 - BIC/SWIFT:  ICRAITRRU60 - VALERIO DI STEFANO or
Privacy Policy Cookie Policy Terms and Conditions
Afrika Selatan - Wikipedia

Afrika Selatan

From Wikipedia

Rencana ini adalah tentang sebuah negara. Untuk rencana mengenai benua Selatan Afrika, lihat Selatan Afrika

Templat:Infobox Country (Afrika Selatan)

Afrika Selatan adalah sebuah republik di selatan Afrika. Ianya bersempadan dengan Namibia, Botswana dan Zimbabwe di utara, Mozambique dan Swaziland ditimur laut. Manakala, keseluruhan negara Lesotho terletak di pendalaman Afrika Selatan.

Pada suatu masa dahulu kerajaan negara ini dikecam kerana dasar 'aparteid'nya tetapi sekarang ia adalah sebuah negara demokratik dengan penduduk kulit putih terbesar di benua Afrika. Afrika Selatan merupakan negara pelbagai bangsa dan ia mempunyai 11 bahasa rasmi. Ia juga terkenal sebagai pengeluar berlian, emas dan platinum yang utama di dunia.

Jadual isi kandungan

[Sunting] Sejarah

Untuk rencana lanjutan lihat: Sejarah Afrika Selatan

Afrika Selatan merupakan negara tertua di benua Afrika. Ramai puak telah menjadi penghuninya termasuklah puak Khoi, Bushmen, Xhosa dan Zulu. Peneroka Belanda telah tiba disini pada 1652 dan mereka dikenali sebagai Afrikaner. Namun demikian, British juga berminat dengan negara ini, terutamanya selepas penemuan berlian yang banyak. Ini telah mencetus Perang British-Belanda dan dua perang Boer. Pada 1910, empat republik utama telah digabungkan di bawah kesatuan Afrika Selatan. Pada 1931, Afrika Selatan telah menjadi jajahan British sepenuhnya.

Walaupun negara ini berada di bawah jajahan British, mereka terpaksa berkongsi kuasa dengan pihak Afrikaner. Perkongsian kuasa ini telah berlanjutan hingga 1940an, bila parti pro-Afrikaner iaitu Parti Kebangsaan (NP) mencapai majoriti di Parlimen. Para strategi parti tersebut telah mencipta dasar aparteid (yang dikuatkuasakan pada tahun 1948), suatu cara untuk mengawal sistem ekonomi dan sosial negara dengan mengekalkan dominasi kulit putih dan diskriminasi perkauman. Namun demikian kerajaan British kerap menggagalkan usaha Aparteid yang menyeluruh di Afrika Selatan. Oleh itu pada tahun 1961, selepas suatu pungutan suara kaum kulit putih, negara ini telah diisyhtiharkan sebagai sebuah republik. Disamping itu pada tahun yang sama, Afrika Selatan telah keluar dari komanwel. Oleh itu, kerajaan yang diterajui kaum Afrikaner ini tidak lagi tertakluk kepada pengaruh British. Bermula pada 1960an, program 'Grand Apartheid' telah dilaksanakan yang menekankan pengasingan wilayah dan kezaliman pihak polis.

Penindasan kaum kulit hitam telah berlanjutan sehingga akhir abad ke 20. Pada Februari 1990, rentetan dari pemulauan antarabangsa dan tentangan hebat dari pelbagai gerakan anti-aparteid terutamanya Kongres Kebangsaan Afrika (ANC), kerajaan Parti Kebangsaan di bawah pimpinan Presiden F.W. de Klerk telah menarik balik pengharaman Kongres Kebangsaan Afrika dan persatuan politik berhaluan kiri yang lain dan membebaskan Nelson Mandela dari penjara. Undang-undang aparteid telah dimansuhkan secara perlahan-lahan dan pilihan raya pelbagai bangsa yang pertama telah diadakan pada tahun 1994. Parti ANC telah meraih kemenangan yang besar dan Nelson Mandela, telah dilantik sebagai Presiden kulit hitam yang pertama di Afrika Selatan.Walaupun kuasa telah berada ditangan kaum kulit hitam, berjuta-juta penduduknya masih hidup dalam kemiskinan.

Sewaktu Nelson Mandela menjadi Presiden negara ini selama 5 tahun, kerajaannya telah berjanji untuk melaksanakan perubahan terutamanya dalam isu-isu yang telah diabaikan semasa era aparteid. Antara isu-isu yang ditangani oleh kerajaan pimpinan ANC termasuklah pengangguran, wabak AIDS, kekurangan perumahan dan jenayah. Pentadbiran Mandela juga mula memperkenalkan kembali Afrika Selatan kepada ekonomi global setelah beberapa tahun dipulaukan disebabkan dasar aparteidnya. Disamping itu, dalam usaha mereka untuk menyatukan rakyat semula kerajaan telah menubuhkan satu suruhanjaya yang dikenali sebagai Truth and Reconciliation Committee (TRC) dibawah pimpinan Biskop Desmond Tutu. Suruhanjaya ini berperanan untuk memantau agensi kerajaan seperti agensi polis agar masyarakat Afrika Selatan boleh hidup dalam aman dan harmoni. President Mandela telah menumpukan sepenuh perhatiannya terhadap pendamaian di tahap nasional, dan cuba untuk membina satu identiti untuk Afrika Selatan dalam masyarakat majmuk yang terpisah akibat konflik perkauman sejak beberapa dekad. Kebolehan Mandela dalam mencapai objektifnya jelas terbukti kerana selepas 1994 negara ini telah bebas dari keganasan politik. Nelson Mandela telah meletak jawatan sebagai Presiden parti ANC pada Disember 1997, untuk memberi laluan kepada Presiden yang baru iaitu Thabo Mbeki. Mbeki dipilih sebagai presiden Afrika Selatan selepas memenangi pilihan raya nasional pada tahun 1999, dan partinya menang tipis dua pertiga majoriti di parlimen. Presiden Mbeki telah mengalih tumpuan kerajaan daripada pendamaian kepada perubahan, terutamanya dari segi ekonomi negara.

[Sunting] Politik

Untuk rencana lanjutan lihat: Politik Afrika Selatan

Bangunan Dewan Undangan di Cape Town
Besarkan
Bangunan Dewan Undangan di Cape Town

Afrika Selatan merupakan negara demokrasi berperlembagaan dengan sistem tiga tingkat dan institusi kehakiman yang bebas. Terdapat tiga peringkat iaitu kebangsaan, wilayah dan kerajaan tempatan yang mempunyai badan perundangan serta eksekutif dengan bidangkuasa yang terhad dalam sfera masing-masing.

Presiden Afrika Selatan memegang dua jawatan iaitu sebagai Ketua Negara dan juga Ketua kerajaan. Beliau dipilih sewaktu kedua-dua dewan bergabung, iaitu Perhimpunan Kebangsaan (National Assembly) dan Majlis Negeri-Negeri Kebangsaan (National Council of Provinces). Lazimnya, Presiden adalah pemimpin parti majoriti di Parlimen.

Perhimpunan Kebangsaan mempunyai 400 ahli yang dipilih melalui pilihan raya secara perwakilan berkadar. Majlis Negeri-Negeri Kebangsaan (NCoP), yang telah menggantikan Senat pada 1997, terdiri dari 90 ahli yang mewakili setiap 9 negeri termasuk bandar-bandar besar di Afrika Selatan.

Di Afrika Selatan, pilihan raya diadakan setiap 5 tahun dan setiap rakyat berusia 18 tahun keatas diwajibkan mengundi. Pilihan raya terakhir ialah pada April 2004, dimana parti ANC berjaya memenangi 69.68% kerusi diparlimen. Parti ini bersama Parti Kebebasan Inkatha (6.97%) telah membentuk barisan kerajaan. Parti pembangkang utama pula termasuklah Democratik Alliance atau Barisan Demokratik (12.37%) , Pergerakan Demokratik Bersatu atau UDM (2.28%), Demokrat Bebas atau ID (1.73%), Parti Kebangsaan Baru atau NNP (1.65%) dan Parti Demokratik Kristian Afrika atau ACDP(1.6%).

Disamping itu, setiap negeri di Afrika Selatan mempunyai satu penggubal undang-undang negeri dan Majlis Eksekutif yang diketuai oleh seorang Perdana Menteri atau "Premier".

[Sunting] Negeri dan bandar

Peta Afrika Selatan
Besarkan
Peta Afrika Selatan


[Sunting] Negeri

Afrika Selatan terdiri dari sembilan negeri (province) iaitu:

  • Cape Timur
  • Cape Barat
  • Cape Utara
  • Free State
  • Gauteng
  • KwaZulu-Natal
  • Limpopo
  • Mpumalanga
  • North-West

[Sunting] Pusat Kerajaan

Pada amnya Pretoria adalah ibunegara Afrika Selatan. Namun pusat kerajaannya terbahagi kepada tiga iaitu:

[Sunting] Bandar Utama

Bandar-bandar utama di Afrika Selatan termasuk Johannesburg, Durban, Cape Town, Pretoria, Kimberley, Port Elizabeth dan Bloemfontein.

[Sunting] Dasar Luar

Sewaktu era aparteid, negara ini telah dipulaukan oleh kebanyakan negara termasuk Malaysia. Malah, negara ini telah berperang secara sulit dengan negara jirannya seperti Angola yang menyokong fahaman komunisme. Pada 1 Jun, 1994, Afrika Selatan dengan rasminya telah menyertai semula organisasi Komanwel dan pada 23 Jun tahun yang sama, negara ini telah diterima semula ke dalam Perhimpunan Agung PBB. Selain itu, negara ini telah menyertai Organisasi Kesatuan Afrika (OAU), yang kini dikenali sebagai Kesatuan Afrika; dan perubahan ini telah dicadangkan oleh Presiden Afrika Selatan iaitu Thabo Mbeki pada 2002.

Sejak kemunculannya selepas pemulauan antarabangsa sewaktu era aparteid, negara ini telah memainkan peranan yang penting di arena global. Dasar luar negaranya yang utama ialah untuk menjalin perhubungan yang baik dengan semua negara, terutamanya dengan negara-negara jiran dalam Komuniti Pembangunan Selatan Afrika (SADC) dan ahli-ahli lain dalam Kesatuan Afrika. Disamping itu, negara ini telah memainkan peranan penting dalam menamatkan konflik serta krisis politik yang melanda rantau ini, termasuklah di Burundi, Republik Congo, Comoros, dan Zimbabwe. Pada Ogos 1998, negara ini telah mempengerusikan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM), yang berakhir pada Julai 2002.

Swaziland telah meminta Afrika Selatan untuk membuka perundingan berkenaan reincorporating beberapa wilayahnya yang berhampiran yang diduduki etnik Swazi atau merupakan sebahagian kerajaan Swazi yang lampau.

Selain itu, status Afrika Selatan sebagai pusat pemindahan perkapalan bagi dadah heroin dan kokaina telah mencetuskan kontroversi. Penyalahgunaan dadah tempatan yang agak tinggi telah merangsangkan perdagangan dadah; serta meningkatkan lagi permintaan kokaina di negara ini. Malah, Afrika Selatan adalah terkenal sebagai pasaran dunia terbesar bagi dadah methaqualone, yang dikenali oleh penduduk tempatan sebagai "Mandrax". Dadah ini biasanya diimport secara haram dari India melalui beberapa negara Afrika Timur. Penanaman ganja secara haram juga amat berleluasa disini.

Afrika Selatan juga telah meningkatkan bilangan tenteranya di sempadan Zimbabwe untuk membendung pelarian dari negara tersebut. Kadar pelarian semakin meningkat akibat pemerintahan kuku besi Presiden Zimbabwe iaitu Robert Mugabe.


[Sunting] Organisasi antarabangsa

Afrika Selatan adalah ahli kepada beberapa organisasi antarabangsa, antaranya:

[Sunting] Tentera

Untuk rencana lanjutan sila lihat: Tentera Afrika Selatan

Angkatan Tentera Afrika Selatan atau lebih dikenali sebagai Angkatan Pertahanan Nasional Afrika Selatan (SANDF), telah ditubuhkan pada tahun 1994. Sebelum itu, ianya dikenali sebagai Angkatan Pertahanan Afrika Selatan (SADF). Angkatan yang baru ini terdiri dari angkatan tentera lama, berserta pasukan militari dari beberapa organisasi yang berjuang untuk kebebasan kaum kulit hitam iaitu Umkhonto we Sizwe (MK), Tentera Kebebasan Rakyat Azania (APLA), dan angkatan tentera dari bekas kawasan "homeland". SANDF boleh dibahagikan kepada empat cabang utama, Tentera Afrika Selatan, Tentera Udara Afrika Selatan, Tentera Laut Afrika Selatan, dan Khidmat Kesihatan Ketenteraan Afrika Selatan.

Sewaktu era aparteid dibawah pentadbiran Botha, negara ini telah menjalankan program senjata nuklear, kononnya dengan bantuan pihak Israel. SADF juga mungkin pernah melancarkan ujian nuklear di Atlantik pafa 1979, tetapi sejak itu negara ini telah renounced progtam nuklearnya dan menandatangi Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT) pada 1991 selepas menghapuskan longgokan nuklearnya yang kecil. Hanya Afrika Selatan berjaya membangunkan senjata nuklear dibenua Afrika ini, dan merupakan salahsatu negara yang secara sukarela memansuhkan program nuklearnya. Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT) menggalakan negara ahli yang berjaya dalam program nuklear untuk menarik balik program tersebut.

Sejak kebelakangan ini, SANDF telah menjadi angkatan keamanan utama dirantau ini, dan telah terlibat dalam pelbagai operasi termasuk di Lesotho, Republik Demokratik Congo, serta Burundi. Angkatan ini juga turut terlibat dalam pasukan pengaman multinasional dibawah PBB.

[Sunting] Geografi

Untuk rencana lanjutan lihat: Iklim Afrika Selatan

Afrika Selatan terletak di 29° 00' S, 24° 00' T. Luas kawasannya adalah 1,219,912 km² termasuk Pulau Robben dan Kepulauan Prince Edwards (Pulau Marion dan Pulau Prince Edward). Afrika Selatan bersempadan dengan Lautan Atlantik di pantai barat dan Lautan Selatan dan Lautan Hindi di pantai timur. Arus utama di lautan tersebut adalah arus sejuk Benguela dan arus suam Agulhas. Titik paling rendah adalah Lautan Atlantik pada 0 m dan paling tinggi ialah Njesuthi pada ketinggian 3,408 m.

Afrika Selatan mempunyai iklim yang berbeza-beza. Di barat-daya negara ini, iklimnya adalah Mediterranean, di kawasan pendalaman ia beriklim sederhana, dan di timur-laut iklimnya adalah separa tropika atau "subtropical".

Afrika selatan merupakan sebuah negara yang kaya dengan galian bernilai seperti emas, platinum dan berlian. Galian semulajadinya termasuklah emas, kromium, antimoni, arang, bijih besi, manganese, nikel, fosfat, bijih timah, uranium, berlian, platinum, kuprum, vanadium, garam, gas asli.

[Sunting] Ekonomi

Untuk rencana lanjutan lihat: Ekonomi Afrika Selatan

Afrika Selatan adalah sebuah negara maju dengan penduduk yang berpendapatan sederhana. Negara ini kaya dengan galian terutamanya galian bernilai tinggi seperti emas, platinum dan berlian. Ia juga mempunyai sistem kewangan, perundangan, telekomunikasi, tenaga, infrastruktur yang maju dan moden. Bursa sahamnya di Johannesburg begitu aktif, sehinggakan ia pernah berada di tangga ke-10 terbesar di dunia.

Tempat penginapan di tengah hutan
Besarkan
Tempat penginapan di tengah hutan

Sejak kedatangan British di sini, ekonomi negara bergantung kepada sektor perlombongan. Tetapi beberapa dekad yang lalu, ia telah digantikan oleh sektor pengeluaran. Sektor industri Afrika Selatan yang sangat maju, telah menjadikannya ekonomi ke-25 terbesar di dunia. Dengan hanya 7% penduduk dan 4% jumlah kawasan keseluruhan Afrika, Afrika Selatan mengeluarkan lebih satu pertiga produk dan perkhidmatan di Afrika, dan hampir 40 % pengeluaran industri di Afrika. Selain itu, KDNK per kapitanya telah meletakkan negara ini dikalangan 50 negara terkaya didunia. Namun secara realitinya, pembangunan hanyalah tertumpu pada 4 kawasan utama: Cape Town, Pelabuhan Elizabeth, Durban, dan Pretoria-Johannesburg. Manakala kebanyakan tempat lain masih mundur. Akibatnya Afrika Selatan mempunyai kadar ketidaksamaan pendapatan yang tertinggi didunia. Dasar Aparteid yang dilaksanakan selama lebih empat dekad, merupakan punca utama kemiskinan di kalangan penduduk kulit hitam di Afrika Selatan. Pada akhir 1980an dianggarkan 16 juta penduduknya hidup di bawah paras kemiskinan dan 2.3 juta orang berisiko kebuluran dan kurang zat makanan. Walaupun begitu, kerajaan kulit hitam Afrika Selatan telah berjaya mengurangkan kadar kemiskinan dari 42% pada 1994 ke 24% pada tahun 2003.

Antara masalah lain yang telah melanda negara ini ialah jangkitan HIV. Wabak ini merupakan masalah kritikal di Afrika Selatan. Dianggarkan 4.79 juta penduduknya dijangkiti HIV/AIDS dan kerajaan Afrika yang baru terpaksa berbelanja berjuta-juta Rand untuk menangani masalah ini. Sejak Afrika Selatan membuka sempadannya selepas tamatnya Apartheid, sindiket jenayah antarabangsa telah menembusi negara ini. Kini, Afrika Selatan adalah pengeluar dadah ganja terbesar di dunia. Pergolakan politik di Zimbabwe juga memberi impak yang buruk kepada ekonomi negara ini. Ramai pelabur asing bimbang masalah ini akan berlanjutan ke Afrika Selatan. Pada tahun 2002, masalah-masalah ini telah menjadi faktor utama penurunan nilai Rand sebanyak 30 peratus tetapi pada tahun ini matawang Rand telah kembali kukuh.

[Sunting] Demografi

Demografi di Afrika Selatan boleh dibahagikan kepada empat kumpulan utama iaitu: orang kulit hitam, orang kulit putih, orang berwarna (orang dari Asia atau peranakan) dan orang berbangsa India.

Jalan Bo-Kaap di Cape Town yang merupakan perkampungan orang Melayu Tanjung di Afrika Selatan
Besarkan
Jalan Bo-Kaap di Cape Town yang merupakan perkampungan orang Melayu Tanjung di Afrika Selatan

Kaum yang terbesar di Afrika Selatan adalah kaum pribumi berkulit hitam iaitu 77% jumlah penduduk disini. Penduduk kulit hitam terdiri dari masyarakat majmuk yang boleh diklasifikasikan kepada empat kumpulan etnik berdasarkan kepada bahasa masing-masing. Kumpulan yang terbesar iaitu 50% penduduk Afrika disini adalah yang berbahasa Nguni termasuk bangsa Ndebele, Swazi, Xhosa dan Zulu. Kumpulan yang kedua terbesar adalah yang berbahasa Sotho-Tswana, termasuklah beberapa bangsa Sotho, Pedi, dan Tswana dan merupakan majoriti di kebanyakan kawasan Highveld. Dua kumpulan yang terakhir adalah Tsonga, atau Shangaan, yang tertumpu di Utara dan wilayah Mpumalanga, dan Venda, yang juga tertumpu di wilayah utara Afrika Selatan.

Kaum kulit putih terdiri dari 11% penduduk di sini, yang berbangsa Belanda, Perancis, Inggeris dan Jerman. Kebanyakan orang Eropah di negara ini adalah keturunan peneroka-peneroka awal di koloni Cape. Terdapat juga kumpulan minoriti Portugis — kumpulan pertama dari keturunan peneroka Eropah yang awal.

9% dari penduduk Afrika Selatan terdiri dari bangsa berwarna atau coloured. Bangsa ini termasuklah kumpulan peranakan dan juga pendatang Asia, termasuk orang Melayu dan Indonesia (dipanggil Melayu Tanjung) yang dibawa masuk untuk bekerja sebagai kuli di Natal. Manakala, 3% lagi terdiri dari bangsa India yang berasal dari pedagang-pedagang India.

Dari segi ekonomi pula, penduduk Afrika Selatan boleh dibahagikan kepada dua golongan pendapatan yang ketara. Golongan berpendapatan menengah ke bawah, adalah berjumlah sekitar 65 peratus dan terdiri sebahagian besar masyarakat kulit hitam dan berwarna, sedangkan bakinya iaitu 35 peratus adalah golongan menengah ke atas dari masyarakat kulit putih dan sebahagian berwarna.[1]

[Sunting] Pendidikan

Untuk senarai universiti sila lihat: Universiti di Afrika Selatan

Untuk rencana lanjutan sila lihat: Sejarah Pendidikan Afrika Selatan

Di Afrika Selatan, alam persekolahan adalah selama 13 tahun - atau gred. Namun, tahun pertama pendidikan atau gred 0 dan tiga tahun terakhir iaitu dari gred 10 hingga gred 12 (juga dipanggil "matric") adalah tidak wajib. Kebanyakan sekolah rendah menawarkan gred 0. Tetapi gred ini boleh juga dibuat di tadika. Lazimnya untuk memasuki universiti, seseorang itu wajib melepasi "matric" dengan minimum tiga matapelajaran gred tinggi dan bukan sekadar lulus (standard). Malah beberapa universiti yang berprestij akan mengenakan syarat akademik yang lebih tinggi. Walaupun begitu, mereka yang lulus "National Senior Certificate" layak untuk belajar di "technikon" atau kolej teknikal.

Di bawah sistem aparteid, sistem pendidikannya dirangka mengikut warna kulit iaitu kementerian yang berasingan untuk pelajar kulit putih, berwarna, Asian, dan kaum kulit hitam diluar bantustan. Pengasingan ini telah menghasilkan 14 kementerian pendidikan yang berbeza di negara ini.

Pengstrukturan sistem pendidikan selepas era-aparteid merupakan cabaran yang besar bagi kerajaan negara ini. Kerajaan baru telah membentuk suatu sistem pendidikan kebangsaan tanpa diskriminasi kaum tetapi menggabungkan 14 kementerian pendidikan merupakan tugas yang sukar. Oleh itu pada Februari 1996, Kementerian Pendidikan telah melancarkan satu kurikulum baru yang dinamakan "Curriculum 2005". Kurikulum ini yang akan menggantikan dasar pendidikan berdasarkan aparteid, akan memberi tumpuan kepada "outcome" atau hasilnya iaitu pelajar akan menjadi lebih proaktif dalam persekitarannya dan juga di dalam masyarakat. Untuk mencapai objektif ini, pada 1999 kerajaan telah memperuntukkan 5.7 peratus belanjawan untuk sektor pendidikan termasuk membina 2,000 sekolah-sekolah baru, 65,000 bilik darjah yang baru dan beralatan penuh, 60,000 guru-guru yang terlatih dan 50 juta buku teks yang dicetak.

Pada 2004, Afrika Selatan mempunyai 366,000 guru dan hampir 28,000 sekolah-sekolah -termasuk 390 sekolah khas dan 1,000 sekolah swasta. Dari jumlah ini, 6,000 adalah sekolah tinggi (gred 7 hingga gred 12) dan selebihnya adalah sekolah rendah (gred 1 hingga gred 6).

Afrika Selatan juga mempunyai suatu sistem pendidikan tinggi yang maju, yang juga dipisahkan mengikut ras sewaktu era aparteid. Pada 1995 terdapat 385,000 pelajar yang belajar di 21 universiti dan 190,000 pelajar di "technikon" (institut teknikal atau vokasional). Hampir 37 peratus adalah dari golongan kulit putih. Tetapi sejak 1994, penyertaan pelajar kulit hitam di universiti-universiti yang dikhaskan untuk pelajar kulit putih telah bertambah secara mendadak.[2]

[Sunting] Budaya

Untuk rencana lanjutan sila lihat: Budaya pelbagai bangsa di Afrika Selatan

Pergaulan bebas dikalangan masyarakat Afrika Selatan di kawasan-kawasan bandar dan penindasan budaya kaum kulit hitam sewaktu era apartheid telah mengakibatkan hilangnya cara hidup lama di bandar-bandar disini. Namun, budaya kulit hitam masih wujud di kawasan desa. Beberapa perbezaan budaya tetap ada diantara etnik-etnik di sana, seperti adat perkahwinan dan pantang-larang mereka. Tetapi pada umumnya, tradisi masyarakat kulit hitam adalah berlandaskan kepercayaan kepada dewa-dewa yang perkasa serta maskulin, semangat nenek-moyang dan kuasa-kuasa ghaib. Poligami juga dibenarkan dan "lobolo" (mas kahwin) biasanya akan dibayar. Kerbau memainkan peranan penting dalam kebanyakan budaya, sebagai simbol kekayaan dan binatang korban.

Seni Afrika Selatan boleh dilihat dari pelbagai lukisan gua dan batu oleh puak San, sebahagiannya dilukis sejak 26,000 tahun yang lalu. Manik-manik yang direka secara teliti oleh puak Zulu juga merupakan kraftangan yang popular di negara ini. Malangnya, budaya kaum kulit hitam telah dihapuskan sewaktu era-apartheid. Amalan seharian yang berkait rapat dengan tradisi dan budaya kaum kulit hitam telah diabaikan dan juga dihapuskan. Contoh yang paling ketara adalah pemusnahan "District Six", suatu kawasan pelbagai budaya di Cape Town dan Sophiatown di Johannesburg, dimana ramai pemuzik-pemuzik terkenal antarabangsa berhimpun dan mengasah kemahiran mereka. Antara kumpulan muzik terkenal termasuklah Ladysmith Black Mambazo yang berjaya membawa bunyian Afrika Selatan kedunia barat, sebelum dan juga selepas apartheid.

Dari segi makanan, pihak British patut dipersalahkan kerana membawa makanan yang membosankan ke Afrika Selatan. Walaupun begitu, sejak akhir-akhir ini keadaan tersebut telah bertambah baik. Stik atau sosej boerewors, sayur rebus dan chips (kentang goreng) adalah makanan utama, dan makanan yang lebih mencabar biasanya menakutkan. Para vegetarian tidak akan menikmati makanan disini yang lebih kepada daging. Makanan kaum Afrika jarang dijual di restoran-restoran disini, walaupun seseorang itu boleh mendapat nasi yang murah serta "stew" dari gerai-gerai dibandar. Bir dan brandi merupakan minuman paling popular dikalangan masyarakatnya, dan wain terbaik dari Afrika Selatan semakin popular disini.

[Sunting] Lihat juga

[Sunting] Pautan luar

[Sunting] Kerajaan

[Sunting] Berita

[Sunting] Sepintas Lalu

[Sunting] Pelancongan



Negara-negara Komanwel Bendera Komanwel
Antigua dan Barbuda | Australia | Bahamas | Bangladesh | Barbados | Belize | Botswana | Brunei | Cameroon | Kanada | Cyprus | Dominica | Fiji | Gambia | Ghana | Grenada | Guyana | India | Jamaica | Kenya | Kiribati | Lesotho | Malawi | Malaysia | Maldives | Malta | Mauritius | Mozambique | Namibia | Nauru | New Zealand | Nigeria | Pakistan | Papua New Guinea | Saint Kitts dan Nevis | Saint Lucia | Saint Vincent dan the Grenadines | Samoa | Seychelles | Sierra Leone | Singapura | Kepulauan Solomon | Afrika Selatan | Sri Lanka | Swaziland | Tanzania | Tonga | Trinidad dan Tobago | Tuvalu | Uganda | United Kingdom | Vanuatu | Zambia
Our "Network":

Project Gutenberg
https://gutenberg.classicistranieri.com

Encyclopaedia Britannica 1911
https://encyclopaediabritannica.classicistranieri.com

Librivox Audiobooks
https://librivox.classicistranieri.com

Linux Distributions
https://old.classicistranieri.com

Magnatune (MP3 Music)
https://magnatune.classicistranieri.com

Static Wikipedia (June 2008)
https://wikipedia.classicistranieri.com

Static Wikipedia (March 2008)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com/mar2008/

Static Wikipedia (2007)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com

Static Wikipedia (2006)
https://wikipedia2006.classicistranieri.com

Liber Liber
https://liberliber.classicistranieri.com

ZIM Files for Kiwix
https://zim.classicistranieri.com


Other Websites:

Bach - Goldberg Variations
https://www.goldbergvariations.org

Lazarillo de Tormes
https://www.lazarillodetormes.org

Madame Bovary
https://www.madamebovary.org

Il Fu Mattia Pascal
https://www.mattiapascal.it

The Voice in the Desert
https://www.thevoiceinthedesert.org

Confessione d'un amore fascista
https://www.amorefascista.it

Malinverno
https://www.malinverno.org

Debito formativo
https://www.debitoformativo.it

Adina Spire
https://www.adinaspire.com