Ebooks, Audobooks and Classical Music from Liber Liber
a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z





Web - Amazon

We provide Linux to the World


We support WINRAR [What is this] - [Download .exe file(s) for Windows]

CLASSICISTRANIERI HOME PAGE - YOUTUBE CHANNEL
SITEMAP
Audiobooks by Valerio Di Stefano: Single Download - Complete Download [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Alphabetical Download  [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Download Instructions

Make a donation: IBAN: IT36M0708677020000000008016 - BIC/SWIFT:  ICRAITRRU60 - VALERIO DI STEFANO or
Privacy Policy Cookie Policy Terms and Conditions
Serangga - Wikipedia

Serangga

From Wikipedia

Serangga adalah benda hidup dari kelompok haiwan Invertebrata, kelas Insecta, yang mempunyai bilangan spesies terbanyak. Di habitan daratan, serangga paling luas tersebar berbanding dengan kelas-kelas yang lain dalam filum Arthropod. Anggaran jumlah keseluruhan spesies kini, termasuk yang belum dikenali oleh sains sekitar dari dua hingga tiga puluh juta, dengan kebanyakan pakar cenderung kepada jumlah pertengahan antara dua jumlah melampau ini. Walaupun telah diketahui hampir satu juta spesies serangga, masih banyak lagi serangga yang belum diketahui dan direkodkan kehadirannya. Tidak dapat dinafikan banyak serangga yang akan pupus, sebelum dapat direkodkan kewujudannya, akibat aktiviti pembangunan hutan yang dilakukan.

Serangga boleh didapati dalam pelbagai habitat di bumi ini, malah anda akan mendapati banyak serangga berkongsi habitat dengan manusia, sama ada di halaman rumah ataupun di dalam rumah. Serangga mempunyai banyak kepentingan sama ada secara langsung maupun tidak langsung terhadap kehidupan manusia di bumi ini.

Kajian mengenai serangga dikenali sebagai entomologi.

Terdapat sekitar 5,000 spesies pepatung (dragonfly), 2,000 mentadak (praying mantis), 20,000 belalang (grasshopper), 170,000 rama-rama dan kupu-kupu, 120,000 lalat, 82,000 pianggang, 350,000 kumbang, dan 110,000 spesies lebah dan semut.

Ciri-ciri utama serangga adalah seperti berikut :-

  • Kaki 3 pasang, yang terdapat di bahagian tubuh toraks.
  • Tubuh terbahagi kepada 3 bahagian, iaitu kepala, toraks dan abdomen.
  • Rangka tubuh terdapat di luar, yang disebut rangka luar, merupakan kulit keras.


Jadual isi kandungan

[Sunting] Kaitan dengan arthropoda lain

Beberapa kumpulan kecil dengan pelan badan yang sama, seperti springtails (Collembola), disatukan dengan serangga dalam Subfilum Hexapod. Serangga sebenar (iaitu, spesies yang dikelaskan dalam Kelas Serangga (Insecta)) dibezakan dengan semua arthropoda lain melalui sebahagiannya melalui ciri-ciri mempunyai ectognathous, bahagian mulut yang terdedah dan mempunyai sebelas (11) segment badan (abdominal). Sebahagian besar spesies, mempunyai sayap ketika dewasa. Arthropod yang tidak terbang, seperti lipan, gonggok, kalajengking dan labah-labah, kadang-kala dikelirukan sebagai serangga berasaskan fakta bahawa kedua-duanya mempunyai bentuk badan yang serupa, berkongsi (sebagaimana kesemua arthropods) rangka luar (exoskeleton) yang bersambung-sambung.

[Sunting] Morfologi dan tumbesaran

Serangga mempunyai pelbagai saiz, daripada kurang satu milimeter sehingga kepada 19 sentimeter; misalnya (serangga ranting mempunyai saiz tubuh yang sangat panjang. Serangga memiliki badan bersegmen yang disokong oleh rangka luar yang keras yang sebahagian besarnya terbina daripada kitin. Tubuh terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu kepala, toraks, dan abdomen. Kepala memiliki beberapa deria, sepasang antena, sepasang mata kumpuan, dan alat-alat mulut, seperti labrum, labium dan maksila. Toraks memiliki enam kaki, (sepasang bagi setiap segmen) dan sayap (bagi jenis yang mempunyainya). Abdomen memiliki oragn dalam tubuh yang meliputi pelbagai sistem hidup, seperti penghadaman, pembiakan, perkumuhan dan respirasi.

Serangga mempunyai sistem penghadaman yang lengkap. Iaitu dari segi sistem penghadaman mereka secara sasnya mengandungi tiub yang bermula dari mulut sehingga ke dubur, berbeza dengan sistem penghadaman yang tidak lengkap yang terdapat dalam kebanyakan haiwan tidak bertulang belakang (invertebrata) ringkas. Sistem perkumuhan terdiri daripada tubul Malphigi untuk penyingkiran buangan bernitrogen dan usus belakang untuk pengosmokawalaturan. Pada hujung usus belakang serangga mampu menyerap kembali air bersama potassium dan ion sodium. Dengan itu, serangga biasanya tidak menyingkir air bersama-sama najis mereka, fakta yang membenarkan mereka menyimpan air di dalam badan. Proses penyerapan semula ini membolehkan mereka tahan hidup dipersekitaran panas dan kering.

[Sunting] Taksonomi

Serangga dibahagikan kepada dua subkelas: Apterygota dan Pterygota.

Antara jenis serangga termasuk:

  1. Anai-anai
  2. Belalang
  3. Cengkerik
  4. Gegat
  5. Kepinding / pijat-pijat
  6. Kerengga
  7. Kumbang
  8. Kupu-kupu
  9. Kutu
  10. Lalat
  11. Lipas
  12. Lebah
  13. Mentadak
  14. Nyamuk
  15. Penyengat
  16. Pianggang
  17. Rama-rama
  18. Riang-riang
  19. Semut
  20. Pepatung] / sibur-sibur
  21. Tebuan

[Sunting] Pautan luar

Our "Network":

Project Gutenberg
https://gutenberg.classicistranieri.com

Encyclopaedia Britannica 1911
https://encyclopaediabritannica.classicistranieri.com

Librivox Audiobooks
https://librivox.classicistranieri.com

Linux Distributions
https://old.classicistranieri.com

Magnatune (MP3 Music)
https://magnatune.classicistranieri.com

Static Wikipedia (June 2008)
https://wikipedia.classicistranieri.com

Static Wikipedia (March 2008)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com/mar2008/

Static Wikipedia (2007)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com

Static Wikipedia (2006)
https://wikipedia2006.classicistranieri.com

Liber Liber
https://liberliber.classicistranieri.com

ZIM Files for Kiwix
https://zim.classicistranieri.com


Other Websites:

Bach - Goldberg Variations
https://www.goldbergvariations.org

Lazarillo de Tormes
https://www.lazarillodetormes.org

Madame Bovary
https://www.madamebovary.org

Il Fu Mattia Pascal
https://www.mattiapascal.it

The Voice in the Desert
https://www.thevoiceinthedesert.org

Confessione d'un amore fascista
https://www.amorefascista.it

Malinverno
https://www.malinverno.org

Debito formativo
https://www.debitoformativo.it

Adina Spire
https://www.adinaspire.com