Vladimir I. Lenin
From Wikipedia
Vladimir I. Lenin | |
Imej:Lenin4.jpg | |
Jawatan | Pengerusi Majlis Komisar Rakyat |
Tempoh khidmat | 1917–1924 |
Timbalan | |
Menurut | Aleksandr Kerensky |
Pengganti | Alexey Ivanovich Rykov |
Parti politik | Parti Komunis Soviet |
Tarikh lahir | 22 April 1870 |
Tempat lahir | Simbirsk, Rusia |
Tarikh kematian | 21 Januari 1924 |
Tempat kematian | Moscow, Russia |
Pekerjaan | Ahli politik |
Agama | |
Pasangan |
Vladimir Ilyich Ulyanov(1870–1924), atau lebih dikenali sebagai Lenin telah dilahirkan di Simbirsk (kini dipanggil Ulyanovsk untuk menghargai jasanya). Beliau merupakan seorang pemberontak Rusia, pemerintah pertama Kesatuan Soviet, bapa Bolshevisme dan tokoh utama disebalik Revolusi Oktober, 1917.
[Sunting] Sejarah
Bapanya seorang guru sekolah kerajaan. Lenin telah terlibat dalam pemberontakan sejak muda lagi iaitu apabila abangnya, Aleksandr, dikenakan hukuman mati pada 1887 kerana terbabit dalam rancangan membunuh Tzar Alexander III.
Sewaktu muda,beliau mempelajari bidang undang-undang di University of Kazan, tetapi telah dibuang dari universiti kerana penglibatannya dalam gerakan revolusi. Walaupun begitu, beliau telah belajar dengan sendiri dan menceburi bidang undang-undang sebagai seorang peguam. Namun kerjayanya telah berakhir dalam waktu yang singkat kerana minatnya yang mendalam dengan ajaran Karl Marx. Beliau kerap menyebarkan propaganda Karl Marx kepada para pekerja terutamanya di St. Petersburg. Akibatnya, beliau telah dibuang negeri ke Siberia pada 1895 dan ianya berakhir pada 1900. Selepas itu beliau telah meninggalkan Rusia untuk meneruskan gerakan revolusinya diluar negara.