Privacy Policy Cookie Policy Terms and Conditions Republik Rakyat China - Wikipedia

Republik Rakyat China

From Wikipedia

中华人民共和国
Zhōnghuá Rénmín Gònghéguó
Republik Rakyat China
frames frames
Bendera Lambang
Lagu kebangsaan: Yìyǒngjūn Jìnxíngqǔ  (义勇军进行曲)
Kawat dari Sukarelawan
Ibu negara
Bandar terbesar
Beijing
Shanghai
Bahasa rasmi Mandarin Piawai, Cina
Kerajaan
 –Presiden
 –Premier
Republik sosialis
 Hu Jintao
 Wen Jiabao
Penubuhan
 – Dinasti Shang
 – China Imperial
 –China Republikan
 – PRC diisytiharkan

1766 SM
221 SM
10 Oktober, 1962
1 Oktober, 1949
Kawasan
 – Jumlah

 – Air (%)

 9,596,960 km² (ke-3)
3,704,427b psg
 2.8
Populasi
 – anggaran 2006
 – banci 2000
 – Kepadatan
 

 7,548,000 (ke-94)
 1,242,612,226
140/km² (ke-72)
 363/b psg
GDP (PPP)
 – Jumlah
 – Per kapita
anggaran 2005
8.859 trillion (ke-2)
$7,204 (ke-84)
GDP (nominal)
 – Jumlah
 – Per kapita
anggaran 2005
$2.224 trillion (ke-4)
$1,709 (ke-110)
HDI (2006) 0.768 (sederhana) (ke-81)
Matawang Renminbi Yuan (CNY)
Zon waktu
 – Musim panas (DST)
(UTC+8)
tidak diperhatikan (UTC+8)
Kod panggilan
TLD Internet
+86
.cn

Republik Rakyat China (PRC; Pinyin: Zhōnghuá Rénmín Gònghéguó ; Tulisan Cina Tradisional: 中華人民共和國 Tulisan Cina Mudah: 中华人民共和国), biasannya dirujuk sebagai Negara China, dan kadang-kalanya China Merah, adalah sebuah negara di Asia Timur.

China merupakan negara yang mempunyai penduduk paling ramai di dunia, dengan jumlah populasi mencecah lebih daripada 1.3 bilion setakat ini. Kira-kira 95 peratus daripada penduduknya berbangsa Han, iaitu bangsa serupa dengan bangsa Cina yang tinggal di Malaysia (sebenarnya 'bangsa Cina' tidak wujud kerana China merupakan suatu negara, istilah yang lebih tepat adalah bangsa Han). Secara geografi, ia merupakan negara terbesar di Asia Timur dan yang ketiga terbesar di dunia selepas Rusia dan Canada. Sempadannya merangkumi negara-negara seperti Vietnam, Laos, Myanmar, India, Bhutan, Nepal, Pakistan, Afghanistan, Tajikistan, Kyrgyzstan, Kazakhstan, Rusia, Mongolia dan Korea Utara. Sejak pengasasannya di tahun 1949, ia diterajui Parti Komunis China (CPC). Sekalipun ia seringkali dilihat sebagai negara Komunis, kebanyakan ekonomi republik ini telahpun diswastakan sejak tiga dekad yang lalu. Walau bagaimanapun, kerajaannya masih mengawal ekonominya secara politik terutamanya dengan syarikat-syarikat milik kerajaan dan sektor perbankan. Secara politik, ia masih kekal menjadi pemerintahan satu parti.

Dalam suatu pertikaian yang terus berlangsung, PRC menuntut hak memerintah keatas Taiwan dan pulau-pulau sekitarnya yang tidak pernah dilepaskan oleh Republik China. Kerajaan PRC mendakwa bahawa Republik China merupakan suatu entiti yang tidak lagi wujud dan secara pentadbirannya meletakkan Taiwan sebagai provinsi ke-23 PRC. (Lihat China dan Status Politik Taiwan untuk informasi lebih lanjut).

Tanah besar China merupakan istilah yang digunakan untuk merujuk kepada kawasan dibawah pemerintahan kerajaan PRC dan tidak termasuk kawasan pentadbiran istimewa Hong Kong dan Macau. Kerajaan PRC melihat pemerintahannya di China sebagai China Baru (新中国) apabila membandingkan dirinya dengan China sebelum tahun 1949. PRC juga digelar sebagai "China Merah" bagai kawasan yang sama, terutamanya oleh musuhnya di Barat, dengan merujuk kepada warna merah yang merupakan lambang komunis.

Jadual isi kandungan

[Sunting] Sejarah

Rencana Utama: Sejarah China, Sejarah Republik Rakyat China, Timeline Sejarah China

Selepas Perang Dunia II, Perang Saudara China meletus antara Parti Komunis China (CCP) dan Parti Negara China (KMT). Perang itu berakhir dengan pengunduran KMT ke pulau Taiwan dan beberapa cebislan pulau provinsi Fujian. Pada tarikh 1 Oktober 1949, Mao Zedong dengan bangganya telah mengistiharkan penubuhan negara baru komunis Republik Rakyat China dengan tangisan air mata dan berkata 'Orang China telah berdiri'.

Para penyokong era Mao Zedong mendakwa bahawa dibawah pemerintahannya, negara China telah pada pertama kalinya mencapai perpaduan yang tidak dilihat sejak tahun 1912 dan penjajahan telah dapat ditumpaskan. Ada juga pembagunan infrastruktur, industri, perubatan, dan pendidikan yang telah menaikkan taraf hidup rakyat China. Kempen-kempen seperti Lompatan Besar Ke Hadapan dan Revolusi Budaya juga telah 'membersihkan dan menjernihkan' budaya China. Penyokong perbuatan-perbuatan kejam ini juga sangsi akan statistik yang menunjukkan bahawa pemerintahan Mao sebenarnya telah mengakibatkan ramai rakyat terkorban.

Pengkritik rejim Mao pula mengatakan bahawa kerajaannya telah mengongkong kehidupan seharian, dan percaya bahawa kempen-kempen seperti yang dinyatakan diatas telah membunuh berjuta-juta penduduk, merosakkan ekonomi dan menghancurkan warisan negara China. Lompatan Besar Ke Hadapan misalnya telah mengakibatkan kemarau yang buruk di China yang, menurut nombor yang dijangkakan sumber-sumber Asia dan Barat, mengakibatkan 20-30 juta penduduk mati. Akan tetapi, kerajaan Mao telah mengetepikan kematian-kematian ini sebagai hanya 'keadaan semulajadi' dan sesetengah ahli rejimnya pula sangsi akan kesahihan sumber-sumber ini, atau menutup sebelah mata dan mengalihkan pandangan terhadap pemerintahan Chiang Kai-Shek yang dikatakan mengakibatkan lebih ramai penduduk mati.

Berikutan kegagalan dramatik awal tahun 1960-an, Mao telah meletakkan jawatannnya sebagai pemimpin nombor satu Republik Rakyat. Kongres Nasional Rakyat, badan perwakilan rakyat utama, melantik Liu Shaoqi sebagai penganti Mao. Mao terus menerajui CCP tetapi kepemimpinan yang lebih sederhana dibawah Deng Xiaoping mengambil-alih pemerintahan dan telah melaksanakan reformasi ekonomi.

Pada tahun 1966, Mao bertindak melaksanakan Revolusi Budaya bagi menguatkan lagi semangat komunisme dikalangan rakyat China. Akibatnya amat teruk bagi rakyat negara itu. Pendukung budaya China seperti guru-guru dan para ilmuwan yang tidak menurut ideologi Komunis diseksa dan dibunuh dan para rakyat yang mempunyai agama seperti penganut agama Buddha dan Islam juga telah diseksa dan dipaksa menunggalkan agama mereka. Patung-patung dan imej Buddha di China terutama di provinsi Xizang (Tibet) dicemar dan banyak masjid telah dirobohkan. Hanya sedikit masjid yang dibiarkan dan dibenarkan terus beroperasi. Rancangan Mao ini didakwa oleh para penentangnya sebagai reaksi terhadap pengritiknya. Akan tetapi, para penyokong tindakan kejam ini mengatakan ia merupakan suatu eksperimen demokrasi dan cubaan menghapuskan amalan rasuah dan gejala negatif di kalangan rakyat China. Keadaan kelam-kabut terus berlaku selepas itu tetapi beransur-ansur pulih dibawah pemerintahan Zhou Enlai dimana pemerintah sederhana mendapat semula kawalan dalaman kerajaan. Selepas kematian Mao, Deng Xiaoping yang mengetuai gerakan reformasi ekonomi menang dalam pergelutan kuasa diantaranya dan balu Mao Jiang Qing dan Kumpulan Empat sokongannya yang sebelum itu mengambil-alih kerajaan. Jiang Qing dan pengikutnya ditahan dan didakwa di mahkamah dan ini dilihat sebagai kemenangan kebebasan dan demokrasi. Semenjak peristiwa ini, kehidupan rakyat China secara beransur-ansur pulih dan ekonomi China berubah menjadi ekonomi campuran sosialis-kapitalis.

Penyokong reformasi menunjukkan bahawa ekonomi China beransur meningkat dan kini wujud sektor konsumer dan eksport dan golongan berkelas sederhana juga telah wujud dan berjumlah sebanyak 15% peratus penduduk. Taraf hidup juga meningkat juga ketara dengan peningkatan mendadak GDPnya per kapita. Perbelanjaan dan taraf pendidikan disamping kebebasan peribadi rakyatnya juga meningkat. Semua ini didakwa merupakan kejayaan reformasi terhadap ekonomi. Pengkritik pula mengatakan bahawa reformasi telah mengakibatkan jurang kaya-miskin semakin besar, pencemaran alam sekitar, rasuah, pengangguran dan dan kemasukan budaya asing dan perosak terutamanya dari Barat. Lantas mereka mendakwa bahawa budaya China telas dikorupkan, golongan miskin dipinggirkan, dan stabiliti sosial diancam. Reformasi politik juga dikatakan tidak mencukupi. Walau bagaimanapun, sekiranya direnungkan, sebenarnya kedua-dua pihak adalah benar. Akan tetapi, tiada negara di dunia yang sempurna.

Kendatipun kerajaan yang pada asalnya komunis ini mengakui sesetengah praktis kapitalis, CCP terus mengawal dan menindas sesetengah golongan yang difikirkan menggugat kedudukan mereka, seperti gerakan kemerdekaan di provinsi Xizang. Penyokong polisi seperti ini mendakwa ia menjaga keamanan yang wujud di dalam masyarakat yang sering dilanda masalah rivalri dan perbezaan kelas, tiada tradisi demokrasi, dan mempunyai fahaman undang-undang yang sempit. Penentang polisi-polisi pula mengatakan bahawa hak asasi manusia yang diiktiraf masyarakat dunia tergugat dan negara polis (police state) terbentuk hasil sekeliling yang dipenuhi rasa takut dan tidak tahu.

Tentera negara China membunuh secara kejam ramai anggota penunjuk perasaan yang menuntuk hak asasi dan demokrasi di Tian'anmen pada tahun 1989 yang dipanggil Gerakan Demokrasi 4hb Mei. Kebanyakan anggota penunjuk perasaan ini merupakan pelajar, dan orang awam juga dikatakan terbunuh dalam kejadian 'massacre' ini. Dunia mengutuk keras tindakan keras kerajaan CPP ini dan meletakkan sekatan ekonomi terhadap kerajaan ini.

Republik Rakyat China meluluskan pindaan perlembagaannya yang terbaru dan mengunapakainya semenjak 4hb Disember 1982.

[Sunting] Politik

Rencana Utama: Politik Republik Rakyat China
Mao Zedong mengistiharkan Republik Rakyat pada tahun 1949
Besarkan
Mao Zedong mengistiharkan Republik Rakyat pada tahun 1949

Secara definasi rasminya, PRC merupakan suatu negara komunis kerana ia memang merupakan negara komunis pada kebanyakan abad ke-20 yang lalu. Secara rasminya ia masih dikenali sebagai negara komunis, meskipun sebilangan ahli sains politik kini tidak menakrifnya sebagai negara komunis. Tiada definasi yang tepat yang dapat diberikan kepada jenis kerajaan yang diamalkan negara ini, kerana strukturnya tidak dikenal pasti. Satu sebab masalah ini wujud adalah kerana sejarahnya, China merupakan negara yang diperintah oleh maharaja selama 2000 tahun dengan subuah kerajaan pusat yang kuat dengan pengaruh Kongfuzi. Selepas tahun 1911 pula, China diperintah secara autokratik oleh KMT dan beberapa panglima perang dan selepas 1949 pula diterajui parti komunis CPP.

Rejim PRC sering dikatakan sebagai autokratik, komunis dan sosialis. Ia juga dilihat sebagai kerajaan komunis. Ahli komunis yang bersayap lebih ke kiri mengelarkan ia negara kapitalis. Memang, negara China semakin lama semakin menuju ke arah sistem ekonomi bebas. Dalam satu dokumen rasmi yang dikeluarkan baru-baru ini, kerajaan megariskan pentadbiran negara berasaskan demokrasi, meskipun keadaan sebenarnya di China tidak begitu.

Kerajaan PRC dikawal oleh Parti Komunis China (CCP). Walaupun terdapat sedikit-sebanyak pergerakan ke arah liberalisasi, seperti pilihanraya yang sekarang diadakan di peringkat kampung dan sesetengah badan perwakilan menampakkan sikap assertif mereka dari masa ke semasa, parti CCP terus memiliki kawalan terutama ke atas pemilihan jawatan-jawatan kerajaan. Walaupun negara menggunakan cara autokratik untuk mengusir elemen-elemen penentangan terhadap pemerintahannya, ia pada masa yang sama juga cuba menggurangkan penentangan dengan memajukan ekonomi, membenarkan tunjuk perasaan peribadi, dan melayan para penentang yang dianggap tidak berbahaya terhadap pemerintah secara lebih adil.

Penapisan terhadap dakyah-dakyah politik juga rutin, dan CCP secara berang menghampuskan sebarang protes atau organisasi yang ia menganggap sebagai berbahaya terhadap pemerintahannya, seperti yang terjadi di Tian'anmen pada tahun 1989. Akan tetapi, media republik rakyat ini semakin aktif menyiarkan masalah sosial dan menghebohkan gejala 'rasuah' di peringkat bawahan kerajaan. CCP juga tidak berapa berjaya menghalang pegerakan maklumat, dan ada masanya mereka terpaksa menukar polisi mereka sebagai tindakan balas terhadap protes rakyat. Walaupun penentangan berstruktur terhadap CCP tidak dibenarkan sama sekali, demonstrasi rakyat semakin lama semakin kerap dan dibiarkan. Baru-baru ini, Hu Jintao yang ingin mempopularkan imej konservatif, meningkatkan pengawalan kerajaan keatas pemberita-pemberita akhbar, termasuk akhbar-akhbar luar termasuk peberita New York Times. Namun tidak dinafikan ini kemungkinan juga berpunca daripada sifat pemberita-pemberita Barat yang sering menyeleweng daripada memberi laporan yang sebenar dan bersifat angkuh dan biadap serta tidak faham sensitiviti negara Timur.

Kepopulariti CCP di kalangan rakyat sukar dijangkakan, kerana tiada pilihanraya di peringkat nasional, dan apabila orang China ditanya secara sendirinya pula, ada sesetengahnya menyokong dan ada pula yang membangkang. Secara amnya, ramai rakyat China suka akan peranan kerajaan mengekalkan stabiliti, yang membenarkan ekonomi maju tampa sebarang masalah. Antara masalah-masalah politik yang utama di China adalah jurang sosial diantara kaya dan miskin dan gejala rasuah yang berlaku kerana biokrasi kerajaan.

Terdapat juga parti politik yang lain di dalam PRC, walaupun mereka hanya sekadar sub-parti atau parti yang rapat dengan CCP. CCP mengadakan dialog dengan mereka melalui suatu badan perhubungan khas, yang dinamai Badan Perhubungan Cadangan Rakyat China (CPPCC) yang diterajui CCP. Cara ini lebih disukai kerajaan berbanding pilihanraya. Kendatipun begitu, parti-parti ini secara totalnya tidak memberi apa-apa kesan terhadap polisi dan dasar-dasar kerajaan. Fungsi badan perhubungan khas ini lebih kepada mata luaran CPP, walaupun terdapat pengawai badan ini di semua peringkat kerajaan.

[Sunting] Isu Hak Asasi Manusia

Rencana Utama: Isu Hak Asasi Manusia di Republik Rakyat China

Kerajaan PRC berpendapat bahawa hak asasi manusia sepatutnya merangkumi kepuasan hidup dan kemajuan ekonomi. Dengan kata-kata berlainan, apabila mengaji dirinya, ia melihat kemajuan ekonomi dan kepuasan hidup rakyatnya sebagai meningkatkan situasi hak asasi manusianya, dan apabila melihat situasi di negara-negara maju ia seringkali menotakan terdapat kadar jenayah dan kemiskinan yang tinggi di tempat-tempat yang dikatakan mempunyai penghormatan terhadap hak asasi manusia yang tinggi. Amalan melihat hak asasi manusia sebegini rupa diamalkan di kebanyakan negara timur yang lain, termasuk Malaysia.

Tetapi kerajaan Barat dan pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) mereka mengatakan bahawa penahanan secara suka-suka dan menafikan hak tahanan untuk berkomunikasi dengan pihak luar, disamping pengakuan yang dipaksa, penyeksaan, dan pencabulan hak banduan-banduan disamping menyekat kebebasan akhbar, bersuara, berkumpul, agama, privasi, dan hak pekerja adalah melanggar definasi hak asasi manusia mereka. Mereka mendakwa masalahan ini kesemuanya berpuncakan kengganan kerajaan PRC memberikan hak menentang dan ketidaksempurnaan sistem kehakiman dalam melindungi hak asasi politik individu.

[Sunting] Isu Etnik

PRC mendakwa ia merupakan satu negara yang berbilang bangsa dan kaum dan memberikan hak autonomi di Kawasan Pentadbiran Minoriti kapada etnik bangsa minoritinya. Ia juga mengutuk secara rasmi chuvanis Han dan memberikan hak istimewa kepada kaum-kaum lain untuk memasuki kolej dan institusi pendidikan tinggi disamping berkhidmat sebagai pegawai kerajaan. Akan tetapi ia berhadapan dengan gerakan merdeka di provinsi Xizang (Tibet) dan provinsi Xinjiang. Gerakan-gerakan ini dan pemerhati luar mengkritik dasar-dasar etniknya yang mengamalkan sistem memberikan wang menggalakan bangsa China Han berpindah ke kawasan-kawasan berkenaan sebagai chuvanis dan penjajahan dan menyekat sebarang gerakan merdeka daripada berjaya. Bangsa China Han juga mengkritik dasar-dasar menberikan hak istimewa kepada etnik minoriti lain sebagai layanan kelas kedua terhadap mereka.

[Sunting] Dasar Luar

Rencana Utama: Dasar Luar Republik Rakyat China

Republik Rakyat China mengadakan hubungan diplomatik dengan kebanyakan negara di dunia, termasuk Malaysia. Akan tetapi, negara ini menjadikan pengiktirafan terhadap tuntutannya keatas Taiwan dan pembatalan sebarang hubungan diplomatik dengan Republik China sebagai syarat untuk mengadakan hubungan diplomatik dengannya. Ia juga menentang sebarang lawatan diplomatik mana-mana ahli kerajaan Republik China, seperti bekas presiden Lee Teng-hui dan Chen Shui-bian ke mana-mana negara lain. PRC juga menentang lawatan-lawatan yang dilakukan oleh Tenzin Gyatso, Dalai Lama yang ke 14, kerana pimpinan kerajaan Tibetnya (yang tidak diiktiraf kerana Tibet atau Xizang merupakan sebahagian daripada wilayah China) dan Li Hongzhi, pemimpin badan ajaran sesat Falun Gong, yang kini melarikan diri ke AS.

Pada tahun 1971, PRC mengantikan Republik China sebagai wakil tetap negara China di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Dewan Besar dan Majlis Keselamatan PBB. Ia juga dianggap sebagai salah suatu anggota pengasas PBB walaupun ia tidak wujud semasa PBB direalisasi pada tahun 1945. (Lihat China dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu).

Ia pada suatu masa merupakan ahli dan pemimpin Persidangan Berkecuali NAM akan tetapi sekarang menjadi anggota pemerhati sahaja. Kebanyakan dasar luarnya sekarang berorientasikan konsep Kenaikan Secara Aman ataupun Peaceful Rise.

Hubungan China-Jepun seringkali dibelenggu masalah keengganan Jepun untuk mengiktiraf dan meminta maaf terhadap kekejamannya keatas rakyat China dan negara Asia yang lain semasa Perang Dunia II, terutama di Penyembelihan Nanjing. Sesetengah badan bukan kerajaan Barat dan kerajaan Barat mengritik China kerana kononnya menafikan hak asasi manusia dan hubungan luarnya dengan kerajaan-kerajaan Barat terjejas oleh kejadian di Tian'anmen pada tahun 1989. Hak asasi manusia seringkali diungkitkan oleh kerajaan-kerajaan ini. Meskipun begitu, dengan pembangunan ekonomi China yang mendadak, kerajaan-kerajaan ini mula menutup sebelah mata kerana mahu mengadakan hubungan perdagangan dengan China, sejajar dengan sikap hipokrit mereka. Ini dilihat semasa pentadbiran Bill Clinton di AS pada masa yang lalu, yang melihat isu hak asasi manusia tidak lagi ditekankan dalam perhubungan.

Pada bulan Mei tahun 1999, suatu pesawat perang B-2 Stealth Bomber menjatuhkan tiga buah bom yang setiap satunya berberat 900 kg keatas pejabat kedutaan China di bandar Belgrade semasa pergolakan Kosovo. Bom-bom ini membunuh tiga rakyat China yang berkerja di kedutaan berkenaan. Amerika Syarikat yang enggan bertanggungjawab keatas kejadian yang disifatkannya sebagai 'kemalangan' itu mengatakan bahawa ia hasil kesilapan menggunakan peta lama yang memberi maklumat tidak betul tentang kedudukan bangunan itu sebagai pengkalan senjata kerajaan Yugoslavia. Kerajaan China tidak berpuas hati dengan penjelasan ini dan mendakwa bahawa ia sengaja dilakukan. Pada bulan April tahun 2001 pula, kapal terbang perisik milik Amerika bernama EP-3E Aries II yang berada diatas pulau Hainan di China bertembung dengan pesawat jet China yang memerhatikan gerak-gerinya. Pesawat China berkenaan terhempas dan pemandunya terbunuh manakala kapal perisik AS terpaksa membuat pendaratan kecemasan di pulau Hainan. Cerita Amerika dan China mengenai kejadian ini berbeza sedikit kandungannya. Versi Amerika mendakwa bahawa kapal terbangnya berada di atas lautan antarabangsa manakala China mendakwa ia berada diatas Zon Ekonomi Khasnya (EEZ). Kedua-dua pihak menyalahkan pihak lawan sebagai bertangungjawab keatas insiden ini. 24 anak kapal Amerika ditahan selama 12 hari sebelum dilepaskan dan kejadian ini memberi padah kepada perhubungan diplomatik kedua-dua negara. Amerika pula tidak sedikitpun meminta maaf keatas kesalahan yang dilakukannya apabila kerajaan China mengambil keputusan atas dasar kasihan melepaskan anak-anak kapalnya itu. Suatu lagi perkara berkenaan dengan laporan Cox, yang mendakwa pengitipan PRC telah mengkompromi rahsia-rahsia nuklear Amerika Syarikat selama beberapa dekad.

Selain Taiwan, China juga terlibat dengan beberapa pertikaian hak memerintah tanah yang lain. Antaranya adalah;

  • Dengan India:
    • Aksai Chin, diperintah China, dituntut India
    • Arunachal Pradesh / Selatan provinsi Xizang (Tibet), diperintah India, dituntut China
  • Dengan beberapa kepulauan Laut China Timur atau Laut China Selatan:
    • Kepulauan Paracel, diperintah China, dituntut Vietnam
    • Kepulauan Spratly: China dan Vietnam kedua-duanya menuntuk hak perintah kesemua kepulauan ini, Malaysia, Filipina, dan Brunei menuntut sebahagian.
    • Kepulauan Senkaku atau Diaoyu diperintah Jepun, dituntut China.

Pada tahun 2004, negara Rusia bersetuju untuk menyerahkan Kepulauan Yinlong dan sebahagian Kepulauan Heixiazi kepada China, dan sekaligus menamatkan pegelutan sempadan antara kedua-dua negara itu. Kedua-dua pulau ini terletak diantara persimpangan sungai Amur dan sungai Ussuri, dan sebelum itu ditadbir oleh Rusia dan dituntut oleh China. Perkara ini sepatutnya merapatkan dan mengeratkan persahabatan antara kedua-dua negara, akan tetapi terdapat sedikit rasa tidak puas hati terhadap daripada kedua-dua belah pihak. Orang Rusia menyifatkan pemberian itu sebagai kelemahan kerajaannya mempertahankan tanah yang dirampas semasa Perang Dunia II. Petani Cossack di Khabarovsk juga tidak suka dengan kehilangan tanah bajak mereka sementara berita tentang perjanjian ini di tanah besar China ditapis oleh kerajaan PRC. Sesetengah komuniti China di Republik China dan orang Cina yang dapat mengatasi tapisan ini mengritik perjanjian ini dan menyifatkan ia sebagai pengakuan pemerintahan Rusia keatas Mongolia Luar yang diserahkan oleh Dinasti Qing apabila ia kalah peperangan dibawah Perjanjian Tidak Sama Rata termasuk Perjanjian Aigun pada tahun 1858 dan Konvensyen Peking pada tahun 1860 masa terdahulu sebagai tukaran untuk pengunaan ekslusif minyak mentah Rusia. Perjanjian ini telah diiktiraf Kongres Nasional Rakyat China dan Duma Negara Rusia tetapi tidak terlaksana sehingga kini.

Di luar pendapat rasmi negara China, ia menjadi popular untuk sebilangan nasionalis yang ekstrim untuk menuntut Mongolia, Tuva, Manchuria Luar, Kepulauan Rukyu, Bhutan, Lembah Hukawng di utara Myanmar dan kawasan timur laut Tasik Balkhash di Asia Tengah.

Lihat juga: Status politik Taiwan

[Sunting] Tentera

Rencana Utama: Tentera Republik Rakyat China

 Anggota Tentera China berkawat di Beijing
Besarkan
Anggota Tentera China berkawat di Beijing

PRC sebagai suatu negara mempunyai bilangan anggota tentera yang teramai di dunia, fakta yang membuatkan kebanyakan pertubuhan hak asasi manusia Barat berasa gerun dan sangsi dengan kata-kata China yang ia mahukan keamanan, sekalipun telah dipersetujui di dalam dan di luar Republik bahawa kebolehan tentera China melaksanakan operasi ketenteraan di luar kawasan jajahannya terbatas dan bilangan anggota tidak begitu berguna untuk menentukan kekuatan tenteranya. Tentera republik (PLA) termasuk angkatan tentera laut dan angkatan tentera udara. Bajet tentera republik ini pada tahun 2005 adalah AS$ 30 bilion, tetapi ini tidak termasuk wang yang digunakan untuk pembelian senjata luaran, kajian dan pembangunan ketenteraan, ataupun para-tentera (Polis China), dan pengritik melebelkan ia sebagai cubaan sengaja untuk menipu dunia. Baru-baru ini satu kajian RAND di laman web ini menganggarkan bahawa perbelanjaan tentera republik yang sebenar adalah 1.4 ke 1.7 kali ganda lebih besar daripada bajet rasminya. Akan tetapi , tentera Amerika juga cuba menipu dengan bajetnya dengan sengaja mengeluarkan perbelanjaannya di Afghanistan dan Iraq daripada bajet Jabatan Pertahanan rasminya. Lihat [1]

Penganggaran menujukan bahawa perbelanjaannya yang berjumlah AS$56 bilion merupakan yang ketiga terbesar selepas Amerika Syarikat (lebih AS$ 400 bilion untuk tahun fiskal 2005-2006) dan Rusia. Lihat juga: Perbelanjaan Ketenteraan China.

Kebayakan alatan senjata yang digunakan oleh Republik Rakyat China masih kuno dan perlu dimodenkan dari segi standard Amerika Syarikat. Oleh sebab ini, China masih belum boleh diiktiraf sebagai sebuah negara kuasa besar superpower, akan tetapi ia masih dilihat sebagai kuasa serantau regional power. Tentera udaranya masih memerlukan karier kapal terbang perang dan kebanyakan kapal terbang perangnya sudahpun ketinggalan zaman.

Tentera PRC kini berusaha bersungguh-sungguh menguatkan dirinya sebagai persiapan kemungkinan berperang dengan Amerika Syarikat oleh sebab Taiwan. PRC secara aktif membeli senjata fighter canggih seperti Su-27 dan Su-30. Ia juga menghasilkan fighternya yang tersendiri. Rancangan khusus untuk menaiktaraf angkatan tentera lautnya diambil selepas ia sendiri menyaksikan kehebatan tentera udara Amerika di Iraq. Pertahanan udara bersumberkan alatan ultra moden S-300 Surface yang dikatakan merupakan sistem terbagus menahan dan menghalang peluru-berpandu udara di dunia. PRC juga menaiktafaf tentera daratnya dengan memodenkan alatan elektronik mereka dan memperbaguskan kebolehkan untuk mengena sasaran secara tepat. Tentera republik PLA dan cabang ketentaan yang lain adalah suatu ancaman besar kepada dominasi Amerika keatas dunia pada masa kini, terutamanya di kawasan-kawasan Asia Timur seperti Selat Taiwan, dimana tanah besar China menempatkan dan mengumpulkan tenteranya, dan juga secara langsung mengacukan senjata peluru berpandunya kearah Taiwan. [2]

Imej tentera republik terjejas teruk dengan tindakannya menghapuskan demonstrasi pelajar di Tian'anmen pada tahun 1989.

[Sunting] Pembahagian Politik

Rencana Utama: Pembahagian Politik China

Republik Rakyat China mempunyai kawalan pentadbiran keatas 22 provinsi,dan kerajaan menggangap Taiwan sebagai provinsi ke-23nya. (Lihat Status Politik Taiwan untuk maklumat lebih lanjut. Selain provinsi terdapat municipaliti, yang berjumlah empat kesemuanya dan lima kawasan pentadbiran autonomi yang mempunyai penduduk minoriti. Ada juga dua kawasan pentadiran khas (SAR) yang merupakan Hong Kong dan Macau. Kesemua 22 provinsi, lima kawasan pentadbiran autonomi dan empat municipaliti dinamakan tanah besar China, yang tidak termasuk Hong Kong, Macau dan Taiwan.

Berikut merupakan senarai pembahagian pentabiran kawasan yang dikawal Republik Rakyat China.

Provinsi(省)

  • Anhui (安徽)
  • Fujian (福建)
  • Gansu (甘肃)
  • Guangdong (广东)
  • Guizhou (贵州)
  • Hainan (海南)
  • Hebei (河北)
  • Heilongjiang (黑龙江)
  • Henan (河南)
  • Hubei (湖北)
  • Hunan (湖南)
  • Jiangsu (江苏)
  • Jiangxi (江西)
  • Jilin (吉林)
  • Liaoning (辽宁)
  • Qinghai (青海)
  • Shaanxi (陕西)
  • Shandong (山东)
  • Shanxi (山西)
  • Sichuan (四川)
  • Yunnan (云南)
  • Zhejiang (浙江)

Kawasan Pentadbiran Autonomi(自治区)

  • Guangxi (广西壮族自治区)
  • Mongolia Dalam (Nèi Měnggǔ) (内蒙古自治区)
  • Ningxia (宁夏回族自治)
  • Xinjiang (新疆维吾尔自治区)
  • Tibet (Xīzàng) (西藏自治区)


Municipaliti(直辖市)

  • Beijing (北京市)
  • Chongqing (重庆市)
  • Shanghai (上海市)
  • Tianjin (天津市)


Kawasan Pentadbiran Khas(特别行政区)


Dituntut oleh PRC, tetapi diperintah oleh Republik China

  • Taiwan (台湾) (dipertikaikan)


Dituntut Republik China, tetapi dilepaskan PRC

  • Mongolia Luar (kini sebuah negara berdaulat yang dikenali Mongolia)

[Sunting] Geografi

Rencana Utama: Geografi China

Geografi Negara China
Besarkan
Geografi Negara China

PRC merupakan negara keempat terbesar di dunia dan mempunyai landskap yang besar dan pelbagai. Pada timurnya, di sepanjang pantai Lautan Kuning dan Laut China Timur, terdapat aluvium yang penduduknya amat padat; pantai Laut China Selatan lebih bergunung-ganang dan selatan China didominasi kawasan pergunungan dan lembah-lembah yang curam. Di kawasan timur-tengah terdapat delta sungai dua daripada sungai China yang utama, sungai Huang He (Sungai Kuning) dan sungai Yangtze (Sungai Panjang). Sungai yang lain terdiri darpiada sungai Xijiang (Sungai Barat), Mekong, Brahmaputra dan Amur.

Di bahagian baratnya ada kawasan pergunungan yang utama, terutama Himalaya dengan gunung tertingginya Gunung Everest dan kawasan plateau di kawasan landskap yang gersang gurun seperti Taklamakan dan gurun Gobi.

Disebabkan musim kemarau yang berpanjangan dan praktis pertanian yang tidak cekap, ribut pasir seringkali melanda pada waktu musim bunga. Pusat Perlindungan Alam Sekitar Negara China menyatakan bahawa gurun Gobi mengembang seperti Tsunami dan merupakan punca ribut pasir yang berlaku di tanah besar China dan kawasan-kawasan lain Asia timur laut seperti Taiwan, Korea dan Jepun. Pasir daripada kawasan utara telah dilaporkan sampai ke pantai barat Amerika Syarikat. Pengurusan air sungai (seperti penbuangan sisa tahi, pencemaran oleh kilang-kilang, dan ekstraksi air untuk irrigasi dan peminuman) dan penyusutan tanah bukit telah mengakibatkan kesan buruk kepada negara-negara yang lain.

[Sunting] Ekonomi

http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Republik_Rakyat_China&action=edit&section=9

Parti Komunis China CCP menformulakan dasar ekonominya sebagai sesuatu yang sosialis 'dengan karekter China'. Dimulai dengan tahun 1978 kepemimpinan China telah mereformasikan sektor ekonominya daripada suatu yang berasaskan sistem ekonomi kawasan pusat ala Soviet kepada suatu yang lebih kapitalis akan tetapi masih dibawah kawalan politik CCP. Kearah ini pentadbiran menukar ke sistem responsibiliti para keluaga dalam pertanian dalam penggantian sistem lama yang berasaskan penggabunggan, menambah kuasa pegawai tempatan dan pengurus kilang dalam industri, dan membenarkan pelbagai pengusahawanan dalam servis dan perkilangan ringan, dan membuka ekonomi kepada perdagangan dan pelaburan luar. Kawalan harga juga telah dilonggarkan. Ini telah mewujudkan penukaran sistem ekonomi berasaskan komunis kepada sistem ekonomi campuran komunis dan kapitalis.

Kerajaan PRC tidak suka menekankan kesamarataan apabila ia mula membangunkan ekonominya, sebaliknya ia menekankan kenaikan taraf pendapatan peribadi dan kebolehan membuat pembelian dan mewujudkan sistem-sistem pengurusan baru untuk meningkatkan produktiviti. Kerajaan juga mengfokus kepada perdagangan antarabangsa sebagai salah satu cara untuk meningkatkan sektor ekonomi, dengan ini ia mewujudkan lebih daripada 2,000 Zon Ekonomi Khas (SEZ) dimana undang-undang mengawal pelaburan telah dilonggarkan untuk menarik pelabur asing. Hasilnya adalah GDP per kapita yang bertambah empat kali ganda sejak tahun 1978. Pada tahun 1999 pula, dengan jumlah penduduk 1.25 bilion dan GDP yang hanya AS$3,800 per kapita, PRC menjadi ekonomi keenam terbesar di dunia dalam pertukaran wang asing dan ketiga terbesar di dunia selepas Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat daripada segi kuasa pembelian. Purata pendapatan biasa seorang pekerja China adalah AS$1,300. Perkembangan ekonomi negara ini pula dikatakan adalah terpantas di dunia, dengan pertumbuhan mencecah 8% setiap tahun mengikut statistik kerajaannya. Ini menjadikan China sebagai fokus utama dunia pada masa kini dengan hampir kesemua negara, termasuk negara Barat yang mengritik China, ingin sekali menjalinkan hubungan perdagangan dengannya. China kini adalah ahli Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).

Tanah besar China mendapat reputasi sebagai tempat yang berkos rendah untuk menjalankan aktiviti perkilangan, dan ketiadaan persatuan sekerja amat menarik bagi pengurus-pengurus syarikat asing. Seorang pekerja tanpa kemahiran di sebuah kilang China di kawasan kampung menelan belanja yang serendah kurang daripada AS$1/jam, amat kurang berbanding AS$/jam di Amerika Syarikat. Pekerja-pekerja China ini seringkali terpaksa berkerja teruk di kawasan berbahaya dan mudah ditindas majikan kerana tiada undang-undang dan persatuan sekerja yang boleh melindungi hak mereka.

Kos rendah bahan mentah merupakan satu lagi aspek ekonomi China. Ini disebabkan persekitaran kompetitif yang menyebabkan hasil berlebihan yang turut menurunkan kos pembelian bahan mentah. Ada juga kewujudan kawalan harga dan jaminan sumber-sumber yang tinggal daripada sistem ekonomi lama berasaskan Soviet. Apabila negara terus menswastakan syarikat-syarikat miliknya dan pekerja berpindah ke sektor yang lebih menguntungkan, deflationary effect ini akan terus menambahkan tekanan keatas harga dalam ekonomi.

Insentif-insentif cukai turut diberikan sebagai bantuan kewangan kepada sektor perkilangan di China, sama ada untuk barangan eksport ataupun barangan untuk pasaran tempatan. China cuba mengharmonikan sistem cukai dan duti yang ia meletakkan keatas kedua-dua pelabur asing dan pengusaha tempatan. Sebagai hasil, potongan cukai dan duti istimewa yang dinikmati pengeksport di zon ekonomi khas dan bandar persisiran pantai akan dilihat semula. Eksport China ke Amerika Syarikat adalah AS$125 bilion pada tahun 2002 manakala eksport Amerika ke China hanyalah sebanyak AS$19 juta sahaja. Perbezaan jurang yang besar ini meningkatkan kemarahan Amerika Syarikat, akan tetapi bukan salah China yang eksportnya murah dan lebih berkualiti daripada barangan buatan Amerika. Amerika sendiri membeli lebih daripada ia membuat dan sekalipun rakyat China ingin membeli barangan buatan Amerika, mereka tidak dapat melalukan sedemikian kerana harga barangan Amerika terlalu tinggi. Amerika seringkali mendakwa bahawa kadar tukaran wang asing dolar Amerika dan renminbi China yang kononnya tidak adil dan berat sebelah kepada China kerana China mengikat ia kepada kadar tetap lapan renminbi kepada satu dolar. Pada tarikh 21hb Julai 2005, Bank Rakyat China mengumumkan bahawa ia akan membenarkan mata wang renminbi ditentukan oleh pasaran, dan membenarkan kenaikan 0.3% sehari. Eksport negara China ke Amerika Syarikat semakin naik 20% setiap tahun, jauh lebih cepat daripada eksport Amerika ke China. Dengan pemansuhan kuota tekstil, China sudah tentu akan menguasai sebahagian besar pasaran baju dunia. [3], [4]

Pada tahun 2003, GDP China dalam konteks kuasa pembelian mencapai AS$6.4 trilion, menjadi kedua terbesar di dunia. Dengan menggunakan pengiraan konvensional, ia dirangka pada tangga keenam. Dengan penduduknya yang padat ini masih memberikan GDP per kapita yang sebanyak AS$ 5,000, atau 1/7 daripada Amerika Syarikat. Laporan rasmi kadar pertumbuhan pada tahun 2003 adalah 9.1%. Ia dianggarkan oleh perisik Amerika CIA pada tahun 2002 pertanian menyumbang sebanyak 14.5% GNP China dan sektor perindustrian dan pembinaan pula 51.7% dan perkhidmatan 33.8%. Purata pendapatan luar bandar adalah satu pertiga daripada di dalam bandar, jurang yang semakin membesar dalam dekad kebelakangan ini.

Oleh sebab saiznya yang amat luas dan budaya yang amat panjang sejarahnya, China mempunyai tradisi sebagai sebuah negara kuasa ekonomi. Dalam kata Ming Zeng, profesor pengurusan di Shanghai, Dalam sesetengah statistik, pada penghujung abad ke 16 sekalipun, China mempunyai satu pertiga GDP. Amerika Syarikat yang gagah pada masa kini pula hanya mempunyai 20%. Jadi, jika anda membuat perbandingan sejarah ini, tiga atau empat ratus tahun terdahulu, China tentulah kuasa terbesar dunia. Percubaan mewujudkan semula keadaan yang menbanggakan ini sudah tentu adalah salah suatu matlamat orang China. Maka tidak hairanlah fenomena kebanjiran orang bukan China dunia yang lain mahu mempelajari Bahasa China ini dan kegerunan Amerika dan Barat terhadap China secara amnya berlaku pada senario politik dunia pada hari ini.

Akan tetapi, jurang pengagihan kekayaan diantara persisiran pantai dan kawasan pendalaman China masih amat besar sekali. Untuk menandingi keadaan yang berpotensi mengundang bahaya ini, kerajaan melaksanakan strategi Pembangunan Bahagian Barat China pada tahun 2000, Pembangunan Semula China Timur Laut pada tahun 2003, dan Kenaikan Kawasan China Tengah pada tahun 2004, kesemuanya bertujuan membantu kawasan pendalaman China turut membangun bersama.

[Sunting] Demografi

Rencana Utama: Demografi tanah besar China, Demografi Hong Kong, Demografi Macau, Demografi Taiwan

Secara rasminya PRC melihat dirinya sebagai negara berbilang etnik dengan 56 etnik. Majoriti Bangsa Han terdiri daripada 93% jumlah penduduk dan merupakan majoriti di separuh kawasan jajahan PRC. Penduduk bangsa Han sendiri adalah heterogeneous, dan boleh dianggap sebagai kumpulan pelbagai etnik yang mengamalkan budaya dan bercakap bahasa yang sama. Revolusi Komunisme di negara ini sejak tahun 1949 meninggalkan kesan yang besar iaitu hampir 59% penduduknya (lebih kurang 767 juta orang) menjadi Ateis atau tidak percaya tuhan. Namun lebih kurang 33% daripada mereka percaya kepada kepercayaan tradisi atau gabungan kepercayaan Buddha dan Daoisme. Penganut agama terbesar di negara ini ialah Buddha Mahayana yang berjumlah 100 juta orang. Disamping itu, Buddha Theravada dan Buddha Tibet juga diamalkan oleh golongan minoriti etnik disempadanan baratlaut negara ini. Selain itu dianggarkan terdapat 18 juta penduduk Islam (kebanyakan Sunni) dan 14 juta Kristian (4 juta Katolik dan 10 juta Protestant) di negara ini.

Negara ini telah lama mengalami masalah Pertumbuhan Penduduk. Maka, ia cuba mengurangkan masalah ini dengan dasar satu anak satu keluarga di kawasan bandar. Dasar ini dikecualikan dengan penduduk etnik minoriti seperti penduduk Provinsi Xizang. Penduduk luar bandar diberikan pilihan dua anak dengan syarat yang pertama mestilah anak perempuan. Disebabkan anak lelaki dianggap lebih menguntungkan dari segi ekonomi di kawasan luar bandar, terdapat insiden penguguran anak secara selektif dan pembuangan anak yang amat tinggi untuk memastikan bahawa anak yang kedua merupakan anak lelaki. Dasar ini hanyalah untuk penduduk majoriti bangsa Han. Terdapat banyak rumah anak yatim untuk anak-anak terbiar ini, akan tetapi hanya 2% sahaja yang diangkat orang. Yang selebihnya pula membesar di rumah anak yatim itu. China telah mengintitusikan program pengambilan anak angkat antarabangsa, dimana penduduk negara lain datang untuk mengangkat mereka, tetapi program ini menampakkan hasil yang tidak memberangsangkan.

Tahun 2000 berlalu dengan nisbah seks pada umur lahir 117 lelaki: 100 perumpuan yang tinggi berbanding nisbah biasa (106:100) tetapi boleh dibandingkan dengan sesetengah tempat seperti Caucasus dan Korea Selatan. Walaupun nisbah ini dikatakan wujud kerana seksisme, baru-baru ini ia dikaitkan dengan penyakit hepatitis juga. Kerajaan PRC cuba mengatasi masalah ini dengan menjalankan kempen menekankan keunggulan perumpuan dan juga mendakwa doktor perubatan yang memberitahu seks anak dalam kandungan kepada ibubapa mereka. Hasil nisbah tidak seimbang ini mewujudkan 30-40 juta lelaki Cina yang tidak boleh berkahwin dengan wanita Cina. Ramai daripada lelaki ini mencari gadis idaman mereka di negara lain atau di pusat-pusat pelacuran. Dalam sesetengah kes, gadis-gadis diculik dan dijual sebagai isteri di perkampungan yang jauh.

Majoriti bangsa Han bertutur pelbagai Dialek China dengan Bahasa Mandarin mempunyai bilangan penutur paling ramai di dunia. Bahasa Mandarin distandardisasikan dengan bahasa yang digunakan di bandar Beijing yang dikenali sebagai Putonghua diajar di sekolah dan digunakan sebagai bahasa rasmi negara.

[Sunting] Kesihatan Awam

Rencana Utama: Kesihatan Awam tanah besar China dan Alam sekitar China

PRC mempunyai banyak masalah kesihatan awam yang berkaitan pencemaran udara dan air, epidemik HIV-AIDS dan beratus-ratus perokok. Masalah HIV juga merebak dengan amalan-amalan tidak bersih dalam pemugutan darah dalam kawasan luar bandar. Masalah tembakau dirumitkan lagi dengan konsentrasi penjualan rokok dalam monopoli kawalan kerajaan. Kerajaan yang memperoleh keuntungan besar hasil jualan rokok seakan tidak mahu bertindak terhadap gejala perokok apabila dibandingkan dengan negera-negara lain.

Hepatitis B juga adalah endemik di tanah besar China, dengan sebahagian besar peratus penduduk mendapat penyakit itu; dan lebih kurang 10 peratus dijangkit teruk. Selalunya ini menyebabkan kegagalan jantung berfungsi atau kanser jantung, dan merupakan cara kematian yang biasa di China. Hepatitis juga dikenali sebagai punca kurangnya perumpuan dilahirkan berbanding lelaki, dan ini juga menerangkan sebabnya jumlah bilangan lelaki jauh melebihi wanita di China. Lihat Hepatitis B dan Kes Wanita yang Menghilang. Satu perogram yang dilaksanakan pada tahun 2002 akan cuba untuk vaksinasikan semua bayi yang baru lahir di tanah besar China.

Pada bulan November 2002, virus yang seakan-akan pneumonia iaitu penyakit SARS menyerang provinsi Guangdong. Walau bagaimanapun, pada peringkat awal penyakit itu merebak, China telah menyekat dan menapis berita mengenainya kepada dunia luar, sekaigus menyebabkan penyakit itu merebak kedalam Hong Kong, Vietnam dan negara lain melalui pengembara antarabangsa. Di dalam China, 5,327 kes dilaporkan dan 348 kematian disahkan, menjadikan negara ini yang terteruk diserang. Pada penghujung tahun 2004 dan 2005 bilangan kes semakin berkurangan, kendatipun begitu [5] dan pada 19hb Mei 2004, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengumumkan bahawa PRC terbebas daripada jengkaman SARS.

Satu lagi masalah yang dihadapi China adalah selsema burung dan bakteria Streptococcus suis. Penyakit selsema telah dikenalpasti berpunca daripada burung-burung tempatan dan sedikit-sebanyak penduduk, dan para saintis menjangkakan bahawa virus ini akan menyebabkan pendemik besar yang akan menjejaskan rantau ini jika cara perebakanya bertukar daripada burung-manusia ke manusia-manusia. Streptococcus suis pula masih terhad kepada provinsi Sichuan.

[Sunting] Rancangan Penerokaan Angkasa Lepas

Rencana Utama: Rancangan Penerokaan Angkasa Lepas China

Selepas pertikaian China-Soviet, negara China mula mendirikan program pencegahan nuklear dan sistem penghantaran angkasanya yang tersendiri. Hasil kejadian ini adalah rancangan pelancaran satelit. Ini menjadi realiti pada tahun 1970 dengan pelancaran Dong Fang Hong 1, satelit China pertama. Ini menjadikan China negara kelima secara sendirinya melancarkan satelit angkasa lepas.

Program melancarkan angkasawan China pertama pada tahun 1970-an dengan Projek 714 dan kapal angkasa Shuguang tidak kesampaian kerana masalah kegelutan ekonomi dan politik. Walau bagaimanapun, pada tahun 1992 Projek 921 dibenarkan dan pada tarikh 19hb November 1999, roket tidak beranak kapal Shenzhou 1 dilancarkan, ujian pertama roket negara ini. Selepas tiga lagi percubaan, Shenzhou 5 dilancarkan pada tarikh 15hb Oktober 2003 dengan roket Kawat Lama yang beranak kapal Yang Liwei digunakan, menjadikan China negara ketiga meletakkan manusia ke angkasa lepas selepas Amerika Syarikat dan Rusia. Misi kedua, Shenzhou 6 dilancarkan pada tarikh 12hb Oktober 2005.

Sesetengah pakar merumuskan bahawa kapal angkasa Shenzhou hanyalah sebagai tiruan kapal angkasa Rusia Soyuz semata-mata dan mempunyai reka bentuk yang lama. Akan tetapi, para jurutera China menunjukkan bahawa ia bukan sedemikan rupa dan pada peringkat awalan Projek Apollo reka bentuk yang serupa dicadangkan NASA.

Program China ini dipersoalkan Barat dengan Kongres Amerika Syarikat mengatakan Sementara satu sebab tindakan China ini adalah untuk mendapat nama, tidak dapat dinafikan bahawa ia menyumbang kearah sistem ketenteraan di angkasa lepas pada jangka waktu antara tahun 2010 ke 2020. China merupakan negara ketiga untuk melancarkan seorang ke angkasa lepas, dan tiada lagi negara yang keempat melalukannya pada waktu ini. Seminggu selepas pelancaran, negara Timur yang sepatutnya menyokong jiran sesama Asianya, India, memanggilnya 'Rangkakan Jauh Lambat China' (China's Late Creep Forward) dalam akhbar The Times of India. Akhbar itu mendakwa bahawa Beijing sengaja mahu menunjuk-nunjukkan teknologi yang telah dikenali selama empat dekad yang lalu. Lihat editorial ini

[Sunting] Budaya

Rencana Utama: Budaya China

Budaya tradisi China didatangkan daripada versi orthodoks Konfuciusme yang diajar di sekolah-sekolah dan merupakan sebahagian daripada kurrikulum perperiksaan awam selama beberapa ribu tahun lamanya. Akan tetapi keadaan tidak selalu begitu kerana pada masa dinasti Qing umpamanya empayar China terdiri daripada banyak pemikiran seperti legalisme, yang didalam banyak hal tidak serupa dengan Konfucius, dan hak-hak mengritik kerajaan yang zalim dan perasaan moral invididu dihalang oleh pemikir 'orthodoks'. Sekarang wujudnya neo-Konfucianis yang berpendapat bahawa idea demokrasi dan hak asasi manusia sejajar dengan nilai-nilai tradisional Konfuciusme 'Asia'.

Para pemimpin yang kononnya mahu menukar cara-cara masyarakat China selepas penubuhan Republik Rakyat China pada tahun 1949 telah diasuh dalam cara pemikiran masyarakat lama dan ditanam dengan nilai-nilainya. Walaupun mereka terdiri daripada golongan revolusi, mereka tidak berminat menukar budaya China secara keseluruhan. Sebagai pentadbir yang pragmatik, pemimpin PRC menukar sebahagian aspek seperti pendidikan dan sistem hak milik tanah luar bandar dan mengekalkan yang lain, seperti unit keluarga. Kebanyakan pemerhati luar berpendapat bahawa waktu selepas tahun 1949 bukanlah suatu yang berlainan di China berbanding dengan China sebelum itu, malah merupakan penerusan cara hidup berpegangkan nilai-nilai lama masyarakat China. Pemerintah baru diterima tanpa sebarang protes kerana kerajaan baru dianggap "mendapat mandat daripada Syurga" untuk memerintah, mengambil-alih pucuk kepimpinan daripada tahluk lama dan mendapat keredhaan para tuhan. Seperti pada zaman yang lampau, pemimpin seperti Mao Zedong telah disanjungi. Penukaran dalam masyarakat China tidak konsisten seperti yang didakwa.

Sepanjang tempoh pemerintahan PRC, banyak aspek budaya tradisi China dianggap sebagai seni lukis, perbahasan, bahasa, dan sebagainya yang lain telah cuba dihapuskan oleh kerajaan seperti yang berlaku pada Revolusi Budaya kerana didakwa kolot, feudal dan berbahaya. Semenjak itu, China telah sedar akan kesilapannya dan cuba untuk memulihkannya semula, seperti reformasi Opera Beijing untuk menyuarakan propaganda komunisnya. Dengan berlalunya masa, banyak aspek tradisi China telah diterima kerajaan dan rakyatnya sebagai warisan dan sebagaian daripada identiti China. Dasar-dasar rasmi kerajaan kini digubal berlandaskan kemajuan dan penyambungan tamadun China sebagai sebahagian identiti bangsa. Nasionalisme juga diterapkan kedalam golongan muda untuk memberi legitimasi kepada pemerintahan Parti Komunis China.

  • Makanan China
  • Bahasa China
  • Tulisan China
  • Senarai Orang Terkenal China
  • Filem China
  • Musik China
  • Agama di China
  • Percutian di Republik Rakyat China

[Sunting] Lain-lain

Rencana Utama: Senarai Topik Berkait China

  • Rencana China tentang tamadunnya
  • Undang-Undang China dan Undang-Undang Republik Rakyat China
  • Sistem perhubungan di tanah besar China, Hong Kong, Macau dan Sistem perhubungan di Taiwan
  • Pendidikan tanah besar China, Hong Kong, Macau dan Pendidikan Taiwan
  • Perperiksaaan Awam Kemasukan Kolej
  • Alam sekitar China
  • Ethnik di China
  • Polis Republik Rakyat China
  • Landasan Keretapi di China
  • Sains dan Teknologi di China
  • Pengangkutan di tanah besar China, Hong Kong, Macau dan Pengangkutan di Taiwan
  • Sejarah Ketenteraan China
  • Senarai Pertempuran China

[Sunting] Rujukan

[Sunting] Bahan Bacaan Seterusnya

  • Ross Terrill, The New Chinese Empire: And What It Means for the United States, Basic Books, hardcover, 400 pages, ISBN 0465084125
  • Roads Murphey, East Asia: A New History, U. of Michigan Press: 1996.

[Sunting] Pautan luar

[Sunting] Kerajaan

[Sunting] Berita

[Sunting] Sepintas lalu

[Sunting] Direktori

[Sunting] Pelancongan

[Sunting] Lain-lain



Daftar_negara | Asia | Asia Timur
China | Hong Kong | Jepun | Macau | Mongolia | Korea Utara | Korea Selatan | Taiwan


Daftar negara | Asia | Asia Tengah
Afghanistan | Kazakhstan | Kyrgyzstan | Mongolia | Rusia | Tajikistan | Turkmenistan | Uzbekistan

Static Wikipedia (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - en - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu -

Static Wikipedia 2007 (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - en - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu -

Static Wikipedia 2006 (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu

Static Wikipedia February 2008 (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - en - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu