Privacy Policy Cookie Policy Terms and Conditions Korea - Wikipedia

Korea

From Wikipedia

Korea
Lokasi Korea
Sebuah taman botani di pulau Jeju
Takhta diraja Joseon

Korea (조선, Chosŏn atau 한국, Han-guk) adalah sebuah kawasan geografi, dan tamadun yang terdapat di Semenanjung Korea di Asia Timur, bersempadan dengan China di barat laut, dengan Rusia di timur laut, dan dengan Jepun di sebelah tenggara di seberang Selat Korea.

Korea merupakan salah sebuah tamadun yang tertua di dunia, dengan sejarah yang bermula sejak penubuhan Gojoseon pada 2333 SM, oleh Dangun Wanggeom. Pada 4 SM, Korea mula mengambil sistem tulisan Cina (dipanggil hanja dalam bahasa Korea), agama Buddha dan aspek-aspek budaya lain daripada China purba bagi memperkayakan budaya masyarakat Korea. Mereka kemudiannya mengeksport aspek budaya ini kepada Jepun, membantu negara itu untuk beralih ke sistem yang bertamadun.

Setelah penyatuan Tiga Kerajaan Korea ke sebuah Kerajaan Bersatu Silla pada 676, Korea diperintah oleh sebuah kerajaan yang tunggal dan memelihara kebebasan politik dan budayanya sehingga pelanggaran Mongol pada kurun ke-13. Tamadun Korea berada di puncaknya pada kurun ke-15, semasa pemerintahan Raja Sejong Agung, di mana aksara Korea, (hangul), dicipta pada masanya.

Di akhir era pemerintahan Dinasti Joseon, Korea mula mengasingkan diri dari negara-negara lain hingga ia mendapat nama gelaran "Kerajaan Pertapa". Pada lewat kurun ke-19, Korea menjadi sasaran negara kuasa besar yang mempunyai hasrat untuk menjajahnya. Pada 1910, Korea digabung dengan secara paksa oleh Jepun dan berada di bawah jajahan mereka hingga akhir Perang Dunia II.

Pada 1945, tentera Soviet dan A.S. masing-masing mula menduduki kawasan utara dan selatan Korea. Kedua-dua musuh ketat Perang Dingin ini mula mendirikan sebuah pemerintahan yang berasingan menurut ideologi masing-masing. Perkara ini menyebabkan pembahagian Korea kepada dua; Korea Utara yang diperintah rejim komunis dan Korea Selatan, sebuah negara demokrasi yang kapitalis dan bebas.

Jadual isi kandungan

[Sunting] Nama-nama Korea

Rencana utama: Nama-nama Korea
Lukisan dinding liang kubur Goguryeo
Besarkan
Lukisan dinding liang kubur Goguryeo

Nama "Korea" diambil dari nama kerajaan Goryeo (935-1392) dan Goryeo telah mengambil namanya dari kerajaan Goguryeo yang ditubuhkan sebelumnya.

Dalam bahasa Korea, negara itu dalam keseluruhannya dikenali sebagai Chosŏn (Hangul: 조선, Hanja: 朝鮮) oleh Korea Utara dan Han-guk (Hangul: 한국, Hanja: 韓國) oleh Korea Selatan.

[Sunting] Sejarah

Kuil Buryeongsa
Besarkan
Kuil Buryeongsa


Bukti arkeologi menunjukkan bahawa manusia telah mendiami Semenanjung Korea sejak 700,000 tahun yang lalu, semasa zaman Paleolitik Bawah. Barang-barang tembikar terawal Korea yang dijumpai adalah dari 8000 SM, dan zaman Neolitik bermula dari 6000 SM. Jangka masa Zaman Seni Tembikar Jeulmun adalah dari 3500 SM ke 2000 SM.

[Sunting] Gojoseon

Korea ditubuhkan pada 2333 SM oleh Dangun Wanggeom, raja pertama Korea. Pada masa itu, kerajaannya dipanggil Joseon tetapi kini didigelar Gojoseon (Joseon Lama) untuk membezakannya dari Dinasti Joseon yang ditubuhkan pada 1392. Barang-barang buatan tradisional Gojoseon dapat dijumpai di merata Korea dan di selatan Manchuria.

Catatan arkeologi dan masa kini menunjukkan bahawa Gojeoson ditubuhkan dari persekutuan beberapa buah bandar bertembok ke sebuah kerajaan bersatu dari pertengahan 7 ke 4 SM. Kerajaan baru ini sering berperang dengan kerajaan Dinasti Zhou di utara. Pada 108 SM, Gojoseon jatuh kepada kerajaan Han Cina dan empat komanderi Cina ditubuhkan di utara Korea dan Manchuria sebagai pusat penempatan komersial. Tiga daripada empat pusat ini jatuh kembali ke tangan Korea pada 75 SM.

Sebuah negara yang dipanggil Jin telah wujud di selatan Korea jurus sebelum jatuhnya kerajaan Gojoseon. Walaupun tudak banyak yang diketahui mengenai sistem politiknya, artifak-artifak gangsa dari 3 dan 2 SM telah dijumpai di kawasan di mana ia pernah bertapak. Samhan, iaitu tiga negeri bersekutu yang mengaku keturunan Jin, menyusul kemudian. Di utara, kerajaan Goguryeo yang semakin membesar telah bersatu dengan kerajaan Buyeo, Okjeo, dan Dongye dan berjaya menumpaskan komanderi Cina yang terakhir pada tahun 313.

Gua berhias Seokguram, asal era Silla Bersatu
Besarkan
Gua berhias Seokguram, asal era Silla Bersatu

[Sunting] Tiga Kerajaan Korea

Kerajaan Goguryeo, Silla, dan Baekje sering bersaing antara satu sama lain dan negeri-negeri kecil sering jatuh atau bergabung dengan kuasa-kuasa besar ini.

Di antara ketiga-tiga kerajaan ini, Goguryeo merupakan sebuah kuasa yang paling berpengaruh tetapi sering bertelingkah dengan Dinasti Sui dan Tang dari China. Pada kurun ke-7, Maharaja Yang dari Dinasti Sui menghantar lebih kurang 1 juta askar untuk menawan Goguryeo tetapi pihak Korea yang diketuai oleh Jeneral Eulji Mundeok berjaya menewaskan bala tentera Cina ini. Kekalahan ini juga mengakibatkan kejatuhan Dinasti Sui. Dinasti Tang pula masih meneruskan peperangan mereka dengan Goguryeo.

Silla telah mendirikan sebuah tradisi ketenteraan yang berpusat di keliling para perajurit yang dipanggil "Hwarang", atau "belia mekar". Silla merampas daerah Gaya dan kemudian membentuk sebuah perikatan dengan Dinasti Tang untuk menawan daerah Baekje dan Goguryeo. Perkara ini menyebabkan terdirinya sebuah kerajaan bersatu Silla yang dipanggil, Kerajaan Silla Bersatu.

[Sunting] Silla Bersatu dan Balhae

Silla akhirnya berjaya menghalau pengaruh Tang dari wilayah Goguryeo. Pada kurun ke-8, Silla berhasil menguasai kebanyakkan daerah di semenanjung Korea dan oleh itu, zaman pemerintahannya digelar Silla Bersatu. Pada lewat kurun ke-9, kerajaan Silla memberi jalan kepada penubuhan Tiga Kerajaan Korea (kedua), walaupun singkat.

Selepas jatuhnya Goguryeo, Jeneral Dae Joyeong mengetuai kumpulan pengikutnya ke Jilin, sebuah kawasan di Manchuria. Di sini, Jeneral Dae mendirikan sebuah kerajaan yang dipanggil Balhae sebagai pengganti kerajaan Goguryeo dan berjaya menawan semula kawasan-kawasan di utara sehingga keluasan wilayah Balhae bermula dari sungai Sungari dan Amur di utara Manchuria hingga ke bahagian utara semenanjung Korea. Pada kurun ke-10, Balhae dijajah oleh kerajaan Khitan.

Upacara perkahwinan tradisional Korea
Besarkan
Upacara perkahwinan tradisional Korea

[Sunting] Dinasti Goryeo (918-1392)

Goryeo adalah sebuah kerajaan yang telah menggantikan Silla. Ramai penguasa dari kerajaan Balhae telah menyertai kerajaan baru ini dan mereka berjaya meluaskan wilayah Goryeo ke kawasan yang lebih besar dari semenanjung Korea. (Lihat Gando, sebuah kawasan yang kini diduduki oleh China). Pada masa pemerintahan Goryeo, undang-undang telah disusun, sistem perkhidmatan awam diperkenalkan, dan agama Buddha mekar di Korea.

Pada kurun ke-10 dan 11, Korea sering diserang oleh puak Jurchen dan Khitan di sempadan negaranya di utara. Pertelingkahan di antara pegawai awam dan tentera juga meningkat kerana pegawai tentera berada di pangkat yang bawah dari mereka dan tidak diberi gaji yang secukupnya. Ini mengakibatkan pemberontakan dari pihak tentera dan memaksa beberapa pegawai mereka untuk keluar dari negeri.

Pada tahun 1238, Empayar Mongolia telah melanggar Korea. Korea jatuh ke tangan Mongolia setelah 30 tahun bertahan dan kedua-dua kerajaan telah menandatangani sebuah persetujuan yang memihak kepada Mongolia. Di bawah arahan Mongol, kerajaan Goryeo telah mengambil bahagian dalam percubaan untuk menyerbu Jepun tetapi tidak berjaya. Pada tahun 1340an, Empayar Mongolia semakin mundur akibat pertelingkahan dalaman. Korea kini bebas untuk melakukan reformasi politik tanpa campurtangan pihak Mongol. Pada masa ini juga, Jeneral Yi Seong-gye menjadi terkenal sebagai seorang yang berjaya mengalahkan lanun-lanun Jepun yang dipanggil Wokou, yang menyerbu dan mencuri dari kapal-kapal China dan Korea. Selain itu, lanun Wokou juga sering membuat kacau di kawasan pesisiran pantai di Korea.

Sebuah pagoda Korea
Besarkan
Sebuah pagoda Korea

[Sunting] Dinasti Joseon (1392-1910)

Pada 1392, Yi Seong-gye menubuhkan Dinasti Joseon dan memindahkan ibu kotanya ke Hanseong (kini Seoul) dan membina Istana Gyeonbokgung di sana. Sepanjang 200 tahun dinasti itu berkuasa, ia berjaya menawan kawasan di sebelah utara, menggandakan kawasan penanaman, meningkatkan pembelajaran ilmu sains, dan berjaya mencipta aksara Korea (hangul) yang lebih sesuai untuk bahasa Korea dari aksara Cina. Selain itu, banyak buku telah diterbitkan untuk pelajaran peringkat rendah dan perlembagaan dan undang-undang negara telah dilengkapkan.

Semasa tahun 1590an, Jepun telah cuba menawan Korea tetapi gagal. Peristiwa yang dikenali sebagai Perang Tujuh Tahun ini telah membawa kemusnahan yang ketara kepada Korea. Bandar Gyeongju telah dibakar dan beberapa artifak budaya dicuri atau dimusnahkan. Dengan bantuan tentera Ming China dan penggunaan kapal besi yang dipandu oleh Laksamana Yi Sun-sin, bala tentera Joseon berjaya menangkis serangan Jepun.

Selepas menangani serangan Jepun, Joseon tidak berupaya untuk menangani pelanggaran Manchu dari 1620 ke 1630. Joseon kemudiannya bersetuju untuk mengiktiraf pemerintahan Dinasti Qing Manchu sebagai penguasa baru negara China. Dengan itu, Korea menikmati keamanan selama lebih dua abad. Sebenarnya, Korea pada masa ini juga telah mengasingkan dirinya daripada dunia luar sehingga ia mendapat gelaran "Kerajaan Pertapa".

Sejak awal tahun 1870an, Jepun giat memaksa Korea untuk keluar dari bidang pengaruh China untuk masuk ke bawah pengaruh Jepun. Pada tahun 1895, Maharani Myeongseong dari Korea telah dibunuh oleh Jepun di bawah arahan Miura Goro (Kim et al. 1976). Selepas Perang China-Jepun Pertama dan Perang Rusia-Jepun, Jepun berhasil mendapat pengaruh besar di atas Korea. Pada tahun 1910, Jepun memaksa Korea untuk menandatangani Perjanjian Penggabungan Jepun-Korea, yang telah dilaksanakan oleh para menteri Korea dan bukan ketua kerajaan, iaitu Maharaja. [1]

Dinasti Joseon dipercayai merupakan dinasti paling lama memerintah di Asia Timur.

[Sunting] Pendudukan Jepun

Rencana utama: Korea di bawah jajahan Jepun

Walaupun pendudukan Jepun membawa kepada pembinaan infrastruktur yang moden di Korea, ramai di Korea dan di luar negara menganggap pendudukan ini sebagai kejam. Disebabkan itu, ramai rakyat Korea mengambil bahagian dalam pergerakan-pergerakan menentang kerajaan Jepun. Salah satu pemberontakan penting yang dijalankan adalah peristiwa pergerakan kemerdekaan 1919. Pergerakan ini telah ditindas dengan keras oleh askar dan polis Jepun dan hampir 7,000 rakyat Korea telah dibunuh.[2]

Semasa Perang Dunia II, ramai rakyat Korea dipaksa untuk menyokong usaha perang Jepun. Berpuluh ribu lelaki Korea dikerahkan ke dalam tentera Jepun dan hampir 200,000 wanita dipaksa menjadi buruh dan hamba seks mereka.[3] Lebih 60,000 rakyat Korea bekerja di dalam keadaan yang kejam di lombong-lombong di Jepun dan ramai yang mati sewaktu bekerja dari 1939 ke 1945. Bilangan orang yang tidak diketahui juga telah dihantar ke makmal-makmal di Jepun untuk dilakukan eksperimen ke atas mereka, yang dikelola oleh Unit 731.[4]

Perasaan anti-Jepun masih berleluasa di Korea terutama sekali di golongan orang tua disebabkan kekejaman mereka semasa pendudukan dan juga berbagai pertelingkahan yang berlaku pada masa kini.

[Sunting] Pembahagian Korea

Dengan kekalahan Jepun pada 1945, kerajaan Amerika dan Soviet dengan segera menggantikan kehadiran Jepun dengan diri mereka di Korea. Kesatuan Soviet menyokong penubuhan kerajaan Korea Utara yang berfahaman komunis sementara Amerika pula menyokong kerajaan Korea Selatan. Dari 1946 hingga 1950, kerajaan Korea Selatan dengan bantuan tentera Amerika telah melancarkan beberapa kempen untuk melenyapkan unsur-unsur komunisme di negara itu. Namun kempen ini sebenarnya ditujukan kepada mereka yang membangkang kerajaan itu. Seramai 100,000 yang mati dalam kempen-kempen ini.

Di Utara pula, mereka yang bersubahat dengan Jepun dan juga pemilik-pemilik tanah dihukum dan dihilangkan kuasa, tanah dan kemewahan mereka. Rakyat Korea yang telah berjuang bersama China meraih kuasa dan kemasyhuran. Pada masa ini juga, Kim Il Sung memperkukuhkan sokongan yang didapatinya dan muncul sebagai ketua negara. Pada 1946, kerajaan Korea Utara merampas tanah mereka yang bersubahat dan juga pemilik-pemilik tanah yang lain dan kemudian mengagihkan tanah yang dirampas kepada para peladang untuk dikerjakan. Namun para peladang tidak memiliki tanah tersebut.

[Sunting] Perang Saudara Korea dan harapan untuk bersatu semula

Rencana utama: Perang Korea

Menurut pendapat pakar politik, Perang Korea disebabkan oleh dasar Amerika yang dipanggil "Containment". Amerika menyokong mereka yang menentang komunisme dan telah membantu angkatan bersenjata Korea Selatan dengan wang dan kakitangan. A.S. juga berjaya mempengaruhi PBB untuk menyokong segala kelakuan tentera Korea Selatan. (Cumings 1997). Pada 1945,dengan berakhirnya Perang Dunia II PBB telah mengamanahkan Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet untuk memerintah Korea bagi pihak rakyat Korea. Kesatuan Soviet mentadbir bahagian semenanjung yang berada di hala utara garis lengkung 38 dan A.S. di bahagian selatan. Politik Perang Dingin bermula dengan penubuhan kedua buah negara ini pada 1948.

Namun, adalah pasti bahawa Korea Utara ingin menakluk Korea Selatan untuk menyatukan semula negara Korea. Mereka telah membuat demikian selepas tentera A.S. telah lama meninggalkan Korea Selatan dan pada masa di mana Korea Selatan tidak mengambil berat akan ancaman dari Korea Utara. Pelanggaran Korea Utara ke atas Selatan bermula pada 25 Jun 1950, hari Ahad pada pukul 4 pagi apabila lebih dua per tiga askar-askar Korea Selatan sedang tidak bertugas.

Zon bebas tentera di sempadan Korea Utara
Besarkan
Zon bebas tentera di sempadan Korea Utara

Perang Korea bermula pada Jun 1950 dan berterusan hingga 1953. Tentera Korea Utara mula menyerang Korea Selatan pada 25 Jun 1950 selepas beberapa tahun bertelingkah di sempadan. Perang ini telah mendorong Amerika dan China untuk campur tangan. Berjuta orang Korea tewas dalam perang ini, then beberapa bandar di Korea Utara musnah akibat kempen pengeboman yang dilancarkan oleh Amerika: "Memang terdapat tiada lagi bandar di Korea Utara" (Cumings 1997: 298). Perang Korea berakhir selepas tiga tahun dengan persetujuan daripada kedua-dua Korea untuk mengencatkan senjata masing-masing. Mereka juga bersetuju untuk menjadikan sempadan kedua buah negara sebagai zon bebas tentera. Namun Korea Selatan dan Utara tidak pernah menandatangani sebarang perjanjian kedamaian selepas perang ini, dan secara teknikal masih berada dalam keadaan berperang antara satu sama lain. Kedua buah Korea ini juga telah mengisytiharkan penyatuan sebagai matlamat utama mereka dan perbincangan mengenai perkara ini adalah salah satu perkara yang menonjolkan jati diri seorang Korea.

Sejak tahun 1990an, kematian pengasas negara Korea Utara, Kim Il-sung, dan dasar progresif Korea Selatan telah menghasilkan beberapa pusingan dialog di antara kedua buah negara dengan masing-masing mengambil langkah positif ke arah kerjasama di arena seperti sukan, penyatuan kembali saudara-mara yang terpisah oleh persempadanan, isu ekonomi dan pelancongan.

Kebelakangan ini, dalam usaha untuk menggalakkan perdamaian, kedua buah Korea telah menerima idea penggunaan sebuah Bendera Kesatuan yang akan mewakili seluruh Korea di temasya sukan antarabangsa. Namun ia bukan merupakan bendera rasmi kedua buah negara.

Lihat juga: Sejarah Korea Utara dan Sejarah Korea Selatan

[Sunting] Geografi

  • Rencana utama: Semenanjung Korea
  • Lihat juga: Geografi Korea Utara, Geografi Korea Selatan

Korea terletak di Semenanjung Korea di timur laut Asia. Ia dikelilingi dua buah negara dan tiga buah lautan. Di barat laut adalah Sungai Yalu yang memisahkan Korea dari China. Di timur laut adalah Sungai Tumen yang memisahkan Korea dengan Rusia. Laut Kuning berada di hala barat, Laut China Timur di selatan, dan Laut Jepun (Laut Timur) di timur Korea. Pulau-pulau terkemuka Korea adalah Jeju-do, Ulleung-do, danDokdo.

Di barat dan selatan Korea terdapat tanah datar yang cukup dibangun dan sementara itu, di bahagian timur dan utara diepnuhi dengan gunung-ganang. Gunung tertinggi di Korea adalah Gunung Baekdu setinggi 2744 meter. Persempadan Korea dengan China menembusi gunung tersebut. Sambungan Gunung Baekdu adalah kawasan tanah tinggi bernama Gaema Gowon. Di belah selatan Gaema Gowon, gunung-gunung yang meninggi secara beransur-ansur terletak di bahagian persisiran pantai timur semenanjung. Siri pergunungan ini dinamakan Baekdudaegan. Sesetengah gunung yang signifikan termasuk Sobaeksan (2,184 m), Baeksan (1,724 m), Geumgangsan (1,638 m), Seoraksan (1,708 m), Taebaeksan (1,567 m), dan Jirisan (1,915 m). Terdapat beberapa siri bukit yang lebih rendah dan berkelas kedua yang hala tujunya hampir sama dengan Baekdudaegan. Mereka terbangun atas garisan tektonik orogeni Mesozoic dan hala tuju mereka adalah barat laut, dan barat barat laut.

Tidak seperti kebanyakan pergunungan lama di tanah besar, kebanyakan pulau-pulau di Korea terbentuk melalui aktiviti gunung berapi di orogeni Cenozoik. Jeju-do, yang terletak tidak jauh daripada persisiran pantai selatan, adalah satu pulau gunung berapi yang gunung utamanya Gunung Halla (1950 m) merupakan yang tertinggi di Korea Selatan. Ulleung-do dan Dokdo merupakan kepulauan gunung berapi di Lautan Jepun (Lautan Timur), yang komposisinya lebih feslik daripada Jeju-do. Kepulauan gunung berapi semakin muda jika seorang bergerak menuju ke arah barat.

Disebabkan kawasan pergunungan adalah secara majoritinya terletak di bahagian timur semenanjung, sungai-sungai utama sering mengalir ke arah barat. Dua pengecualian adalah Sungai Nakdong yang mengalir ke arah selatan dan Sungai Seomjin. Sungai-sungai penting yang mengalir ke arah barat termasuk Yalu, Sungai Cheongcheon, Sungai Daedong, Sungai Han, Sungai Geum, dan Sungai Yeongsan. Sungai-sungai ini mempunyai dataran kecenderungan banjir yang meluas dan merupakan tempat ideal untuk tanaman beras basah.

Kawasan garisan persisiran pantai selatan dan barat daya Korea membentuk garis persisiran pantai yang baik iaitu Lias, dikenali sebagai Dadohae dalam bahasa Korea. Garis persisiran pantai yang kompleks ini memberi air lautan yang suam, dan hasil persiktaran yang nyaman ini membenarkan pelayaran, perikanan dan penanaman rumpai laut yang selamat. Sebagai tambahan kepada garis persisiran pantai yang kompleks, bahagian persisiran pantai barat semenanjung Korea mempunyai amplitud ombak yang tinggi (di Incheon, bahagian tengah dari persisiran pantai barat. Ia boleh menjadi setinggi 9 m). Ombak rata yang banyak sekali bilangannya telah berbentuk di bahagian persisiran pantai selatan dan barat.

[Sunting] Demografi

  • Rencana utama: Orang Korea

Korea merupakan sebuah masyarakat yang homogen, menutur sebuah bahasa yang dipanggil Hangungmal/Chosŏnmal dan menggunakan sistem tulisan yang dipanggil hangul.

Masyarakat minoriti Cina wujud di Korea Selatan (lebih kurang 20,000) [5] dan minoriti Cina dan Jepun di Korea Utara [6].

Kebanyakkan pekerja-pekerja asing di Korea Selatan adalah dari negara-negara seperti Bangladesh, Pakistan, Filipina, dan Vietnam, dan mereka dianggarkan seramai 0.5 juta. Terdapat juga ramai orang Canada, Ireland, Amerika dan Australia yang bekerja sebagai guru bahasa Inggeris di sana. Lebih 30,000 askar Amerika juga sedang bertugas di Korea Selatan.

Jumlah penduduk dari seluruh Korea adalah 73 juta orang.

[Sunting] Bahasa

[Sunting] Budaya

  • Rencana utama: Budaya Korea
  • Lihat juga: Senibina Korea, Hasil seni Korea, Tembikar Korea
Senibina Buddha Korea
Besarkan
Senibina Buddha Korea

Di dalam teks purba Cina, Korea dikenali sebagai negara "Sungai dan Gunung yang disulam dengan Sutera" (錦繡江山, jǐn xiù jiāng shān) dan "Negara Timur penuh kesopanan" (東方禮儀之國, dōng fāng lǐ yí zhī guó). Pada kurun ke-7 dan 8, jaringan perdagangan melalui darat dan air menjalinkan negara Korea dengan Arabia. Seawal tahun 845, pedagang-pedagang Arab menceritakan mengenai Korea seperti berikut, "Di seberang lautan, lebih jauh dari China terletak sebuah negara yang penuh dengan gunungan yang dipanggil 'Silla', dan ia kaya dengan emas. Pedagang Islam yang tiba di sana begitu tertarik dengan keperibadian negara dan orangnya hingga mereka tidak mahu meninggal tempat itu dan mahu tinggal di sana selamanya."

Perayaan Korea sering menonjolkan warna-warna yang terang dan ini dianggap sebagai pengaruh Mongolia di dalam budaya Korea: warna merah terang, kuning dan hijau sering terdapat di motif-motif tradisional Korea. [7]. Warna-warna terang ini juga boleh didapati di pakaian tradisional Korea yang dipanggil hanbok.

[Sunting] Agama dan pendidikan

Amitabha dan Lapan Bodhisattva Agung, Kertas bergulung Goryeo dari tahun 1300an
Besarkan
Amitabha dan Lapan Bodhisattva Agung, Kertas bergulung Goryeo dari tahun 1300an
  • Rencana utama: Konfusianisme di Korea, Agama Buddha di Korea, Agama Kristian di Korea

Ajaran Kong Fu Tze memiliki pengaruh yang besar dalam pemikiran orang Korea, bersama dengan ajaran Buddha, Taoisme dan animisme tempatan. Sejak pertengahan kurun ke-20, agama Kristian telah bersaing dengan agama Buddha sebgaia agama utama di Korea Selatan manakala Korea Utara pula tidak menggalakkan rakyatnya untuk menganut sebarang agama.

Menurut statistik 2003 yang disusun oleh kerajaan Korea Selatan, hampir 46% rakyatnya mengaku tidak mengikuti apa-apa agama. Agama Kristian dianuti 27.3% penduduknya dan Buddha sebanyak 25.3%.

Masyarakat Korea sejak zaman pemerintahan beraja amat menghargai penimbaan ilmu pengetahuan. Contohnya, raja akan mengganjar mereka yang mempelajari dan menjadi mahir dalam kesusasteraan purba Cina; kanak-kanak lelaki yang dipilih untuk menganggotai kelompok "Yangban" sering diberi pendidikan tinggi dalam tulisan Hanja.

Sehingga zaman moden, masyarakat Korea amat memberatkan status keturunan seseorang. Sehingga kurun ke-10, pangkat seseorang dalam masyarakat (ditentukan oleh pangkat ibu dan bapanya) mendefinisikan statusnya dan menentukan pekerjaan yang layak dilakukan di dalam perkhidmatan awam. Status juga menentukan kalau seseorang itu layak untuk mengambil peperiksaan untuk dilantik sebagai seorang pegawai di istana.

[Sunting] Masakan

  • Rencana utama: Masakan Korea

Masakan Korea yang terkenal barangkali adalah kimchi, iaitu makanan sayur yang dijeruk dan ditapai. Cili juga digunakan dalam pembuatan kimchi dan kerana itu kimchi terkenal sebagai sebuah makanan yang pedas. Ikan, yang sering dipanggang atau direbus dengan api yang perlahan, adalah sumber protein yang utama. Bulgogi (daging lembu, ayam, atau babi yang dijeruk dan dipanggang), galbi (tulang rusuk), dan samgyeopsal (lemak babi) merupakan masakan daging yang popular di Korea. Makanan Korea selalunya diiringi dengan sup atau rebusan yang dibuat dengan adunan kacang dan dikenali sebagai dwenjang. Makanan popular adalah bibimbap (nasi campur), naengmyeon (mi sejuk), galbitang (tulang rusuk yang direbus lama), dan dwenjang jigae (sup kacang).

Lihat juga: Upacara teh Korea
Lihat juga: Masakan istana Korea

[Sunting] Sukan

Korea Selatan telah menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 1988 di Seoul dan mendapat faedah ekonomi sebagai tuan tumah dari segi peningkatan bilangan para pelancong dan juga pengiktirafan yang diberikan oleh dunia akan kebolehannya menjadi tuan rumah temasya sukan yang terbesar di dunia. Korea Utara pula telah memboikot sukan Olimpik ini kerana mereka tidak berpuas hati yang mereka tidak dilantik sebagai tuan rumah bersama.

Bendera Kesatuan Korea
Besarkan
Bendera Kesatuan Korea

Sebuah pasukan bersatu Korea Utara dan Selatan telah bertanding di bawah Bendera Kesatuan di Kejohanan Ping Pong di Chiba, Jepun pada tahun 1991 dan di Kejohanan Bola Sepak Belia di Lisbon, Portugal. Sebuah pasukan Korea yang bersatu juga telah berbaris bersama di upacara pembukaan Sukan Olimpik 2000 di Sydney dan juga Sukan Asia 2002 di Busan dan pada Sukan Olimpik Musim Sejuk 2006 di Turin, Itali, tetapi bertanding secara berasingan.

Pada pertandingan Piala Dunia FIFA 2002, Korea Selatan dan Jepun telah bersama-sama menjadi tuan rumah dengan 10 buah stadium di setiap negara. Korea Selatan dan Utara bertanding secara berasingan. Namun terdapat cadangan yang Korea Utara harus menjadi tuan rumah untuk satu atau dua perlawanan, tetapi ini tidak kesampaian. Sedang Korea Selatan layak masuk ke pertandingan Piala Dunia secara automatik dan juga berjaya ke peringkat separuh akhir (kedudukan: ke-4), Korea Utara gagal untuk maju dari pertandingan kelayakan Persekutuan Bola Sepak Asia dan pertandingan kelayakan FIFA.

Lihat juga: Seni pertahanan diri Korea

[Sunting] Sains dan teknologi

Cheomseongdae, bangunan untuk memerhati bintang yang tertua di Asia Timur
Besarkan
Cheomseongdae, bangunan untuk memerhati bintang yang tertua di Asia Timur

Salah satu peninggalan terkenal dalam sejarah sains dan teknologi Korea adalah Cheomseongdae, sebuah observatori kajibintang setinggi 9 meter yang dibina pada tahun 633 dan merupakan salah satu observatori yang tertua di dunia.

Dokumen cetak terawal di dunia dipercayai adalah naskhah agama Buddha yang dicetak pada tahun 750-751. Logam yang tertulis untuk dicap pada kertas (type), pertama sekali dicipta di Korea pada 1232 sebelum Johann Gutenberg membangunkan sistem mesin cetak (Cumings 1997: 65). Walaupun orang Korea menggunakan kayu untuk mengecap di kertas, ia merupakan sebuah pembangunan penting dalam bidang pencetakan kerana ia membolehkan penggunaan type yang sama.

Salah satu perkembangan penting dalam sejarah penulisan Korea adalah penciptaan tulisan Hangul oleh Raja Sejong Agung pada 1443. Tulisan ini unik daripada tulisan hanja yang luas digunakan pada masa itu kerana setiap lambang di huruf hangul melambangkan satu fonem atau sebutan dan amat sesuai untuk menulis bahasa Korea daripada tulisan hanja.

Jam air automatik yang pertama telah dicipta oleh Chang Yong-sil pada 1434, yang juga telah mencipta penyukat air dan hujan.

Semasa zaman Dinasti Joseon, sutera dan tembikar Korea amat dihargai oleh China kerana mereka menilai tembikar tersebut sebagai sesuatu yang bermutu tinggi. Namun minat mereka kepada tembikar Korea hanya bertahan hingga Dinasti Koryo. Pada masa ini, Korea telah memajukan seni lukis dan pertukangan tradisionalnya seperti pembuatan sutera halus, tembikar yang disepuh dan pembuatan kertas. Pada masa ini juga, kapal besi Geobukseon (atau "Kapal penyu") dicipta.

Kini, Korea Selatan mengetuai dunia dalam bilangan penduduk paling ramai yang memiliki hubungan Internet gerak laju. Ia juga merupakan pengeluar produk-produk teknologi tinggi seperti telefon bimbit dan layar skrin plasma. Korea Selatan berada di tempat kedua negara-negara yang sering mencipta teknologi baru untuk pengguna. [8]. Korea Utara pula masih menggunakan teknologi yang berasal dari tahun 60an dan 70an.

[Sunting] Rujukan

  • Laman atau karya ini dalam bahasa Inggeris Cumings, Bruce. Korea's Place in the Sun, Norton, 1997. ISBN 0-393-31681-5
  • Laman atau karya ini dalam bahasa Inggeris Kim, et al. Women of Korea: A History from Ancient Times to 1945, Ewha Womans University Press, 1976. ISBN 89-7300-1167.

[Sunting] Bacaan selanjutnya

  • Laman atau karya ini dalam bahasa Inggeris Chun, Tuk Chu. "Korea in the Pacific Community." Social Education 52 (March 1988), 182. EJ 368 177.
  • Laman atau karya ini dalam bahasa Inggeris Cumings, Bruce. The Two Koreas. New York: Foreign Policy Association, 1984.
  • Laman atau karya ini dalam bahasa Inggeris Focus On Asian Studies. Special Issue: "Korea: A Teacher's Guide." No. 1, Fall 1986.
  • Laman atau karya ini dalam bahasa Inggeris Lee Ki-baik. A New History Of Korea. Cambridge: Harvard UP, 1984.
  • Laman atau karya ini dalam bahasa Inggeris Lee Sang-sup. "The Arts and Literature of Korea." The Social Studies 79 (July-August 1988): 153-60. EJ 376 894.
  • Laman atau karya ini dalam bahasa Inggeris Dennis Hart, From Tradition to Consumption: Construction of a Capitalist Culture in South Korea. Seoul:Jimoondang Pub. 2003.

[Sunting] Pautan luar

Static Wikipedia (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - en - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu -

Static Wikipedia 2007 (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - en - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu -

Static Wikipedia 2006 (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu

Static Wikipedia February 2008 (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - en - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu