Senjata
From Wikipedia
Senjata adalah peralatan untuk merosakkan nyawa atau barangan, dan disebabkan itu, juga untuk mengancam atau mempertahankan diri. Apabila senjata digunakan dengan kepakaran, ia digunakan menurut doktrin yang memaksimakan kegunaan, sementara meminima kerosakan cagaran.
Secara umum, sebarang benda yang digunakan (termasuk secara psikologi) boleh dikatakan sebagai senjata. Senjata boleh seringkas belantan, atau semaju senjata nuklear.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Senjata Purba
Orang purba menggunakan senjata dari bahan-bahan asas yang keras seperti kayu dan batu yang tajam. Senjata biasanya ditikam kepada tubuh musuh atau dibuang kearah musuh dengan tujuan mencedera atau membunuhnya. Selepas zaman besi, besi telah digunakan secara meluasnya sebagai senjata pilihan utama. Antara lain ia dijadikan pisau, pedang, keris,lembing dan anak panah.