Raja berperlembagaan
From Wikipedia
Raja berperlembagaan adalah sejenis kerajaan yang ditubuhkan dibawah sistem berperlembagaan yang mengiktiraf Raja sebagai ketua negara. Raja berperlembagaan yang moden biasanya menggunakan konsep trias politica, atau politik tiga serangkai. Ini bermaksud Raja adalah hanya ketua simbolik di dalam rangkai eksekutif dan kuasanya adalah terhad oleh perlembagaan negara. Apabila seorang Raja mempunyai kuasa pemerintahan yang penuh ianya dipanggil monarki mutlak atau absolute monarchy.
Pada hari ini, raja berperlembagaan lazimnya digabungkan dengan perwakilan demokrasi. Oleh itu, kerajaan masih dibawah kuasa rakyat tetapi raja mempunyai peranan tradisional di dalam sesebuah negara. Pada hakikatnya Perdana Menteri, iaitu pemimpin yang dipilih oleh rakyat, yang memerintah negara dan bukannya Raja. Namun demikian, terdapat juga Raja yang bergabung dengan kerajaan yang tidak demokratik. Misalnya, sewaktu Perang Dunia II, raja Jepun bergabung dengan kerajaan tentera yang dipimpin seorang diktator.
Sesetengah Raja berpelembagaan adalah mengikut keturunan; manakala yang lain, adalah melalui sistem demokratik seperti di Malaysia dimana Yang di-Pertuan Agong adalah dipilih oleh Majlis Raja-Raja setiap lima tahun.
[Sunting] Senarai Negara-Negara Raja Berperlembagaan
- Antigua dan Barbuda (Ratu Elizabeth II)
- Australia (Ratu Elizabeth II)
- Bahamas (Ratu Elizabeth II)
- Barbados (Ratu Elizabeth II)
- Belgium (Raja Albert II)
- Belize (Ratu Elizabeth II)
- Kemboja (Raja Norodom Sihamoni)
- Canada (Ratu Elizabeth II)
- Denmark (Ratu Margrethe II)
- Greenland (Ratu Margrethe II)
- Grenada (Ratu Elizabeth II)
- Jamaika (Ratu Elizabeth II)
- Jepun (Maharaja Akihito)
- Jordan (Raja Abdullah II )
- Liechtenstein (Putera Hans Adam II)
- Luxembourg (Grand Duke Henri)
- Malaysia (Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin)
- Monaco (Putera Albert II)
- Maghribi (Raja Mohammed VI)
- Nepal (Raja Gyanendra Bir Bikram Shah Dev)
- Belanda (Ratu Beatrix)
- New Zealand (Ratu Elizabeth II)
- Norway (Raja Harald V)
- Papua New Guinea (Ratu Elizabeth II)
- Saint Kitts dan Nevis (Ratu Elizabeth II)
- Saint Lucia (Ratu Elizabeth II)
- Saint Vincent dan the Grenadines (Ratu Elizabeth II)
- Kepulauan Solomon (Ratu Elizabeth II)
- Sepanyol (Raja Juan Carlos I)
- Sweden (Raja Carl XVI Gustaf)
- Thailand (Raja Bhumibol Adulyadej)
- Tuvalu (Ratu Elizabeth II)
- United Kingdom (Ratu Elizabeth II)
Perancis pernah diperintah oleh raja berpelembagaan secara singkat antara 1789-1792 dan antara 1815-1848.