Lim Kit Siang
From Wikipedia
Lim Kit Siang (dilahirkan pada 20hb Februari 1941; nama Cina: 林吉祥) ialah seorang ahli politik pembangkang yang terkemuka di Malaysia. Partinya ialah Parti Tindakan Demokratik (DAP), satu parti pembangkang sosialis, dan pada masa kini, dia adalah Ketua Pembangkang Parliamen di Dewan Rakyat.
Lim telah berkhidmat sebagai Ahli Parliamen (MP) dari tahun 1969 hingga sekarang (2005), dan telah mewakili pelbagai kerusi di kawasan Melaka, Petaling Jaya dan Pulau Pinang. Beliau meninggal parliamen selama lima tahun dari tahun 1999 hingga tahun 2004, selepas beliau kalah dalam pilihanraya tahun 1999.
Lim ialah Setiahusaha Agung di dalam Parti Tindakan Demokratik (DAP) daripada tahun 1969 hingga tahun 1999. Dalam tahun 1999, dia menjadi Pengerusi Nasional DAP yang kedua, setelah persaraan Dr. Chen Man Hin.
Selepas berjaya memenangi kerusi parliamen dalam Pilihan Raya umum Tahun 2004 yang mana partinya mencapai jumlah kerusi yang terbanyak bagi pihak pembangkang, dia sekarang mewakili kawasan Ipoh Timur sebagai Ahli Parliamen dan juga menjadi Ketua Pembangkang Parlimen.
Dalam tahun 2004, beliau menolak perlantikan semula jawatan pengerusi dan Karpal Singh telah dilantik sebagai gantian. Selanjutnya, Lim dilantik dalam peranan penasihat sebagai ketua perbadanan yang barunya ditubuh, yang digelarkan "Jawatankuasa Polisi dan Perancangan Strategik". Anak lelakinya, Lim Guan Eng, ialah Setiausaha Agung parti pada masa ini.
Lim adalah salah seorang daripada ahli-ahli politik yang telah ditahan semasa operasi "Ops Lalang" dalam tahun 1987 kerana membangkitkan perasaan perkauman. Dia dipenjarakan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang mengizinkan pertahanan selama dua tahun tanpa perbicaraan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.
[Sunting] Buku-buku yang dikarang
- "Bom-bom Jangka di Malaysia" (Time Bombs in Malaysia), 1978
- "DAP dan Isu-isu Buruh" (DAP and Labour Issues), 1978
- "Malaysia dalam Kelapan-puluhan yang Merbahaya" (Malaysia in the Dangerous ’80s), 1982
- "Krisis Perlembagaan di Malaysia" (Constitutional Crisis in Malaysia), 1983
- "Hari Kini dalam 18 Bulan yang Terkebelakang" (This Day In The Last 18 Months), 1983
- "Skandal BMF" (The BMF Scandal), 1984
- "Harris Salleh — Politik dan Kesusilaan" (Harris Salleh — Politics & Morality), 1984
- "Hak Asasi Manusia di Malaysia" (Human Rights In Malaysia), 1985
- "Malaysia — Krisis Identiti" (Malaysia — Crisis Of Identity), 1986)
- "BMF — Skandal Yang Paling Buruk" (BMF — The Scandal Of Scandals), 1986
- "Skandal PLUS" (The North-South Highway Scandal), (1987)
- "Pendahuluan kepada Operasi Lalang" (Prelude To Operation Lalang), 1990
- "Pilihan Raya Am Yang Terkotor di Sejarah Malaysia" (The Dirtiest General Elections In The History Of Malaysia), 1991
- "Ucapan-ucapan Terpilih dan Kenyataan-kenyataan Akhbar - Jilid 1" (Selected Speeches & Press Statements - Vol. I), 1991
- "Samy Vellu dan Skandal MAIKA" (Samy Vellu and MAIKA Scandal), 1992
- "Perjuangan Untuk Demokrasi" (Battle For Democracy), 1992
- "Skandal Kedua Pita Video Lucah Vijandran" (Vijandran Pornographic Videotape Scandal II), 1992
- "Skandal Kerugian Forex Bank Negara Sebanyak RM30 Bilion" (The Bank Negara RM30 Billion Forex Losses Scandal), 1994
- "Tragedi Highland Tower" (The Highland Tower Tragedy), 1994
- "Pendedahan Skandal Kewangan — Siapa Petualang FELCRA?" 1994
- "Akta Pengambilan Tanah — Penyalahgunaan, Ketidakadilan dan Pemulihan" (Land Acquisition Act - Abuses, Injustices, Reform), 1994
- "Teknologi Informasi Untuk Semua" (I.T. For All), 1997
- "Undang-undang Siber di Malaysia" (Cyber law in Malaysia), 1997
- "Krisis Ekonomi dan Kewangan" (Economic & Financial Crisis), 1998
- "Krisis Politik dan Ekonomi di Malaysia" (Political & Economic Crisis in Malaysia), 1998
- "Bajet Yang Tidak Pernah di Lulus" (The Budget That Was Never Passed), 1999
- "Kes Perlembagaan Milinium" (Constitutional Case of the Millenium), 2000
- "Gagasan BA dan Pelaksanaan Negara Islam" (BA & Islamic State), 2001
- "Bantahan Ke Atas 929" (No To 929), 2002
[Sunting] Garis masa
- 1941: Tarikh dilahirkan.
- 1966: Dilantik sebagai Setiausaha Penganjuran Nasional DAP (1966 - 1969).
- 1969: Dipilih sebagai Ahli Parliamen Kota Melaka (1969 - 1974);
- Dinaik pangkat sebagai Setiausaha Agung DAP;
- Dipenjarakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri selama 18 bulan.
- 1974: Dipilih sebagai Ahli Parliamen Kota Melaka, dan Ahli Dewan Undangan Negeri untuk Kubu, Melaka (1974 - 1978).
- 1978: Dipilih sebagai Ahli Parliamen Petaling Jaya (1978 - 1982);
- 1979: Didapati bersalah di bawah Akta Rahsia Rasmi kerana mendedahkan urusan pembelian senjata oleh Kerajaan daripada syarikat Switzerland.
- 1982: Dipilih sebagai Ahli Parliamen Kota Melaka (1982 - 1986).
- 1986: Dipilih sebagai Ahli Parliamen Tanjung, dan Ahli Dewan Dewan Undangan Negeri untuk Kampung Kolam, Pulau Pinang (1986 - 1989).
- 1987: Dipenjarakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri dalam Operasi Lalang selama 17 bulan.
- 1990: Dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri untuk Padang Kota, Pulau Pinang (1990 - 1995).
- 1999: Berkalah dalam pilihan raya am.
- Dipilih sebagai Pengerusi DAP.
- 2004: Dipilih sebagai Ahli Parliamen Ipoh Timur;
- Dilantik sebagai Pengerusi Jawatan Polisi dan Perancangan Strategik, sebuah jawatan yang barunya dicipta.