Ahli Dewan Undangan Negeri
From Wikipedia
Badan perundangan |
---|
Sebahagian siri Politik |
|
Portal Politik ยท sunting |
Di Malaysia, Ahli Dewan Undangan Negeri ialah wakil yang dipilih oleh para pengundi sebuah kawasan pilihan raya negeri ke Dewan Undangan Negeri. Pemilihan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri diadakan setiap lima tahun, sempena dengan Pilihan Raya Umum Malaysia untuk ahli-ahli parlimen.
[Sunting] Bilangan ahli
Perlembagaan Malaysia memperuntukkan pemilihan sejumlah 576 Ahli ke Dewan-dewan Undangan Negeri seperti berikut:
|
|
[Sunting] Fungsi ahli
- Menjaga hak berperlembagaan negeri dan rakyat seperti yang diperuntukkan oleh perlembagaan negeri.
- Mempertimbangkan jenis dan kebaikan perundangan yang dibawa kepada Dewan Undangan Negeri serta mencadangkan pindaan bersesuaian sebagaimana yang difikirkan perlu.
- Meluluskan perbekalan, dan memeriksa akaun awam untuk memastikan wang awam dibelanja mengikut kelulusan parlimen dan mengikut kepentingan pembayar cukai.
- Memberi khidmat kepada Kerajaan Eksekutif dan menjadi arena tumpuan bagi memeriksa dan mengkritik dasar-dasar dan pelaksanaan rancangan-rancangan kerajaan.
- Mewakili rakyat melalui sidang Dewan Undangan Negeri dan forum yang disediakan untuk wakil-wakil rakyat menyuarakan pendapat, membangkitkan perkara-perkara yang mempunyai kepentingan awam, atau berbincang secara terbuka terhadap isu-isu yang menjadi tumpuan rungutan atau masalah rakyat.
- Melantik Jawatankuasa-jawatankuasa untuk penyiasatan melalui perbicaraan awam dan laporan-laporan.