Lim Guan Eng
From Wikipedia
Lim Guan Eng merupakan ahli politik pembangkang di Malaysia serta Setiausaha Agung bagi Parti Tindakan Demokratik (Democratic Action Party) (DAP). Pelantikannya sebagai Setiausaha Agung bermula sejak September 2004 selepas perletakan jawatan oleh bekas Ahli Parliamen bagi Kota Melaka, Kerk Kim Hock. DAP merupakan parti pembangkang yang terbesar di Semenanjung Malaysia.
Lim, seorang beragama Kristian, adalah anak kepada tokoh politik dan Ketua Pembangkang Parliamen, Lim Kit Siang.
Lim terpaksa meninggalkan bidang politik selama lima tahun dari 26 Ogos 1999 sehingga 25 Ogos 2004 kerana tidak dibenarkan oleh makhamah untuk menjadi Ahli Parliamen. Penggantungan ini disebabkan sabitannya di bawah Akta Hasutan dan Akta Percetakan dan Penerbitan mengenai kes rogol gadis bawah umur oleh bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik.
Berkaitan dengan kes tersebut, BBC telah mengatakan: "Kerana bersuara, Lim Guan Eng dihukum tiga tahun penjara, murid perempuan di bawah 'jagaan perlindungan', menteri tidak dituduh setakat ini. (The Choice, Radio 4, BBC, Mei 1998)
Pemenjaraan ini merupakan kali yang kedua bagi Lim. Pada tahun 1987, dalam tindakan keras ke atas aktivis dan pembangkang kerajaan, beliau dipenjarakan selama 18 bulan tanpa pembicaraan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negari.
Isteri Lim, Betty Chew, juga bergiat dalam bidang politik dan merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Kota Laksamana.