Karpal Singh
From Wikipedia
Karpal Singh Ram Singh atau Karpal Singh (Lahir 28 Jun 1940), ialah seorang ahli politik dan peguam di Malaysia. Beliau sekarang ialah Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan juga sebagai Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Pulau Pinang.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Kehidupan Awal
Beliau yang dilahirkan di Kedah, mendapat pendidikan awal di St. Xavier's Institution,Pulau Pinang. Kemudian melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di Universiti Singapura (1966).
[Sunting] Politik
Beliau mula menyertai politik setelah menjadi ahli DAP pada tahun 1970. Beliau pernah meyandang Naib Pengerusi DAP dan Timbalan Pengerusi DAP.
Dia ialah daripada etnik Punjabi dan juga sebagai seorang peguam yang handal. Beliau amat mahir dalam berhujah. Dia pernah menerima jolokan sebagai "Harimau Jelutong" kerana dia amat sukar untuk ditewaskan dalam pertandingan kerusi Parlimen Jelutong sebelum pilihanraya tahun 1999.
Pada 7 September 2004, Karpal Singh diberi peluang sama ada meminta maaf dalam masa 3 hari dan hadapi penggantungan selama 10 hari daripada menyertai Parlimen ataupun penggantungan selama 6 bulan dengan segala kemudahan sebagai ahli parlimen ditarik balik. Beliau kemudian enggan meminta maaf dan digantung selama 6 bulan.
Karpal Singh terlibat dalam kemalangan pada awal tahun 2005 dan sekarang sedang dalam proses pemulihan.
[Sunting] Ditahan ISA
Dia pernah dipenjarakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA pada tahun 1987 dalam Operasi Lalang.
[Sunting] Keluarga
Beliau berkahwin dengan Puan Gurmit Kaur dan dikurniakan lima anak.
[Sunting] Keputusan Pilihanraya
Tahun | Kerusi Parlimen | Undi | Majoriti | Jumlah pengundi | Lawan |
---|---|---|---|---|---|
1995 | P49 Jelutong | - | menang | - | - |
1999 | P49 Jelutong | 20,716 | kalah sebanyak 775 undi | 59,372 | Lee Kah Choon (BN - Gerakan) |
2004 | P51 Bukit Gelugor (kerusi baru) | 22,529 | menang dengan 1,261 | 60,123 | Lim Boo Chan (BN - MCA) |
[Sunting] Pautan luar
- Malaysia Election 2004 keputusan pilihanraya bagi kerusi parlimen di Pulau Pinang. (Bahasa Inggeris)
- Malaysia Election 1999keputusan pilihanraya bagi kerusi parlimen di Pulau Pinang. (Bahasa Inggeris)