Privacy Policy Cookie Policy Terms and Conditions W. Somerset Maugham - Wikipedia

W. Somerset Maugham

From Wikipedia

W. Somerset Maugham pada 1934. Gambar diambil  oleh Carl Van Vechten.
Besarkan
W. Somerset Maugham pada 1934. Gambar diambil oleh Carl Van Vechten.

William Somerset Maugham (15 Januari 18746 Disember 1965) ialah seorang penulis drama, novel, dan cerpen British yang merupakan pengarang barat yang paling terkenal pada dekad 1930-an, dan dilaporkan dibayar royalti yang paling tinggi.


Jadual isi kandungan



[Sunting] Masa kanak-kanak dan pendidikan

Dilahirkan di Paris, Perancis, ayah Maugham ialah seorang peguam British yang menangani hal ehwal undang-undang bagi kedutaan British di Paris [1]. Oleh sebab undang-undang Perancis menetapkan bahawa semua kanak-kanak yang dilahirkan di negara Perancis boleh dikerahkan untuk perkhidmatan tentera, Robert Ormond Maugham mengatur William untuk dilahirkan di dalam kediaman duta dan oleh itu, mengelakkan beliau daripada sebarang penyerahan serta menyebabkan beliau merupakan seorang yang dilahir di Britain [2]. Datuknya yang juga bernama Robert merupakan seorang peguam yang terkenal serta pengasas bersama bagi Persatuan Undang-undang Inggeris [3] dan oleh itu, keluarganya telah beranggapan bahawa beliau akan mengikut jejak mereka. Kejadian-kejadian kemudian telah memastikan bahawa ini tidak akan berlaku, tetapi abangnya Frederic Herbert Maugham mencapai kerjaya undang-undang yang unggul, dan kemudian menjadi Lord Canselor antara 1938-1939.

Ibu Maugham, Edith Mary (nee Snell) menghidap penyakit batuk kering, satu keadaan yang doktor-doktornya mempreskripsikan kelahiran anak. Oleh sebab itu, Maugham mempunyai tiga abang yang sudah masuk sekolah berasrama ketika beliau berumur tiga tahun dan beliau pada hakikatnya dibesarkan sebagai anak tunggal. Malangnya, kelahiran anak tidak menyembuhkan penyakit tuberkulosis ibunya, dan Edith Mary Maugham meninggal dunia ketika berumur 41 tahun, enam hari selepas lahir mati anaknya yang terakhir. Kematian ibunya mengejutkan Maugham seumur hidupnya, dan beliau sentiasa menyimpan sekeping gambar foto ibunya di sisi katil sehingga kematiannya sendiri. [4].

Dua tahun kemudian, ayah Maugham meninggal dunia disebabkan barah. Maugham dihantar balik ke England untuk dijaga oleh bapa saudaranya, Henry MacDonald Maugham, Vikar Whitstable, di Kent. Perpindahan ini mendatangkan bencana kerana bapa saudaranya merupakan seorang yang dingin dan kejam. Sekolah King, Canterbury, sebuah sekolah berasrama yang Maugham masuk, hanya merupakan lagi satu versi neraka di mana beliau diusik kerana penguasaan bahasa Inggerisnya yang buruk (bahasa Perancis ialah bahasa pertamanya) dan ketinggiannya yang pendek, satu sifat yang diwarisi daripada ayahnya.

Adalah pada masa ini bahawa Maugham mula gagap, satu keadaan yang beliau menghidapi sepanjang hayatnya, walaupun keadaan itu hanya sekali sekala dan bergantung kepada angin dan keadaannya. [5]

Kehidupan di kediaman vikar adalah jinak, dan perasaan Maugham dibataskan secara ketat. Beliau dilarang naik marah atau menunjukkan sebarang perasaan — beliau juga dilarang melihat orang lain menunjukkan perasaan mereka. Sebagai seorang kanak-kanak yang senyap dan suka memencilkan diri, tetapi amat ingin tahu, tindakan tidak memberikan peluang untuk melihat perasaan lain adalah sama keras dengan tindakan tidak memberikan peluang untuk menunjukkan perasaan sendiri. Oleh itu, Maugham amat sedih, baik di kediaman vikar mahupun di sekolah. Di sekolah, beliau dikerasi disebabkan gagap serta saiznya yang kecil. Ini menyebabkan Maugham mengembangkan bakat untuk mencipta kata-kata yang melukakan mereka yang tidak menyenangkannya. Keupayaan ini kekadang dibayangkan dalam watak-watak karyanya.

Ketika berumur 16 tahun, Maugham enggan meneruskan pendidikannya di Sekolah King, dan bapa saudaranya membenarkan beliau pergi ke Jerman untuk membelajari kesusasteraan, falsafah, dan bahasa Jerman di Universiti Heidelberg. Adalah di Heidelberg bahawa Maugham bertemu dengan John Ellingham Brooks, seorang Inggeris yang berumur sepuluh tahun lebih tua daripadanya, dan Maugham melakukan hubungan jenisnya yang pertama.[6].

Ketika kepulangannya ke England, bapa saudara Maugham memperoleh satu jawatan dalam sebuah pejabat akauntan untuknya, tetapi selepas sebulan, beliau meletakkan jawatan dan kembali ke Whitstable. Bapa saudaranya tidak berasa senang hati, dan memulakan pencarian profesion yang baru untuk Maugham. Ayah dan ketiga-tiga bapa saudaranya adalah peguam yang terkenal dan Maugham meminta supaya tidak diperlukan mengikut jejak mereka.

Kerjaya di gereja telah ditolak tanpa pertimbangan sebab seorang paderi yang gagap mungkin menyebabkan keluarganya kelihatan tidak masuk akal. Serupa juga, perkhidmatan awam telah ditolak — bukan disebabkan perasaan atau minat Maugham, tetapi sebuah undang-undang baru yang memerlukan pemohon-pemohon bagi jawatan perkhidmatan awam untuk mengambil peperiksaan supaya dapat melayakkan diri telah menyebabkan bapa saudara Maugham menyimpulkan bahawa perkhidmatan awam tidak lagi merupakan suatu kerjaya untuk kelas atas.

Seorang doktor tempatan menyarankan profesion perubatan, dan bapa saudara Maugham bersetuju dengan cadangan ini dengan perasaan enggan. Maugham telah memulakan penulisan secara berterusan sejak berumur 15 tahun dan telah melahirkan keinginan yang membara untuk menjadi seorang penulis, tetapi oleh sebab Maugham masih belum cukup umur, beliau tidak berani membuat pengakuan ini kepada penjaganya. Oleh itu, Maugham menghabiskan lima tahun yang berikut sebagai seorang pelajar perubatan di London [1].

[Sunting] Kerjaya

Banyak pembaca serta beberapa pengkritik telah menganggap bahawa tahun-tahun yang Maugham menghabiskan untuk latihan perubatannya merupakan sejenis jalan buntu. Bagaimanapun, Maugham sendiri tidak berfikir begitu. Sebaliknya, beliau bukan sahaja dapat tinggal di bandar raya London yang cergas, tetapi juga dapat bertemu dengan orang-orang daripada golongan bawah yang beliau tidak akan dapat bertemu dalam profesion-profesion yang lain, dan melihat mereka ketika dalam keadaan-keadaan yang amat risau. Ketika lebih matang, Maugham sentiasa mengenangkan nilai-nilai kesusasteraan tentang apa yang beliau telah melihat sebagai seorang pelajar perubatan: "Aku melihat bagaimana orang mati. Aku melihat bagaimana mereka menahan sakit. Aku melihat bagaimana rupanya harapan, ketakutan, dan kelegaan..."

Ketika itu, terdapat banyak buku ikut-ikutan yang memerihalkan nilai moral tentang kehidupan penderitaan. Kebanyakan buku ini ditulis oleh lelaki-lelaki dan perempuan-perempuan yang hidup dalam kemewahan, tetapi Maugham berulang kali melihat dengan mata sendiri bagaimana penderitaan merosakkan nilai-nilai manusia, serta bagaimana sakit mengakibatkan orang menjadi pahit dan bersikap bermusuhan, dan beliau tidak pernah melupakannya. Di sini, Maugham akhirnya melihat "hidup dalam keadaan tidak bertamadun" serta semua jenis perasaan manusia.

Maugham membersihkan tempat kediamannya sendiri dan suka melengkapinya dengan perabot. Beliau mengisikan banyak buku nota dengan gagasan-gagasan kesusasteraannya, dan menulis setiap malam secara berterusan semasa belajar untuk ijazah perubatannya. Pada tahun 1897, Maugham menyerahkan buku keduanya untuk pertimbangan. (Buku pertamanya adalah sebuah biografi mengenai Meyerbeer yang di tulis di Heidelberg ketika beliau berumur 16 tahun).

Liza dari Lambeth, sebuah cerita mengenai zina kelas pekerja dan akibat-akibatnya, berdasarkan perinciannya daripada pengalaman-pengalaman Maugham sebagai seorang pelajar perubatan yang membuat perbidanan di Lambeth, sebuah kawasan sesak di London. Novel itu merupakan aliran realisme sosial yang disokong oleh "penulis-penulis kawasan sesak" seperti George Gissing dan Arthur Morrison. Walaupun ditulis secara terus terang, Maugham masih berasa terpaksa untuk menulis dekat permulaan novelnya: "... adalah mustahil untuk sentiasa memberikan perkataan-perkataan Liza dan orang-orang ternama dalam cerita ini dengan tepat dan tidak tertapis; oleh itu, pembaca-pembaca dirayu untuk menggunakan pemikiran mereka supaya dapat menjalinkan ketidaksempurnaan perbualan yang diperlukan."

Liza dari Lambeth terbukti popular di kalangan kedua-dua pengulas dan orang ramai, dan terbitan pertamanya habis dijual dalam tempoh hanya beberapa minggu. Ini adalah cukup untuk meyakinkan Maugham supaya menggugurkan perubatan dan memulakan kerjaya penulisannya yang berlangsung selama enam puluh lima tahun. Beliau melayakkan diri sebagai seorang doktor tetapi tidak pernah bertugas dalam bidang perubatan. Tentang penyertaannya dalam bidang penulisan, beliau kemudian berkata, "Aku suka padanya seakan-akan seekor itik suka pada air."

Kehidupan sebagai seorang penulis membenarkan Maugham membuat perjalanan dan tinggal di tempat-tempat seperti Sepanyol dan Capri pada dekad yang berikut, tetapi sepuluh karyanya yang berikut tidak pernah mendekati pencapaian Lisa. Kesemua ini berubah pada tahun 1907 dengan kejayaan yang luar biasa untuk dramanya, Lady Frederick; pada tahun berikut, beliau mempunyai empat buah drama yang dipersembahkan dengan serentak di London. Punch, sebuah majalah yang popular, menerbitkan sebuah kartun yang menggambarkan Shakespeare menggigit kukunya semasa melihat papan-papan iklan.

Menjelang tahun 1914, Maugham telah mencapai kemasyhuran, dengan 10 buah drama dan 10 buah novel diterbitkan. Terlalu tua untuk dikerahkan ketika Perang Dunia II tercetus, Maugham berkhidmat di Perancis sebagai seorang ahli Persatuan Palang Merah British dalam kumpulan yang kononnya digelarkan "Pemandu-pemandu Ambulans Kesusasteraan". Kumpulan ini terdiri daripada lebih kurang 23 orang penulis yang terkenal, termasuk Ernest Hemingway, John Dos Passos, dan E.E. Cummings. Semasa itu, beliau bertemu dengan Frederick Gerald Haxton, seorang dari San Francisco, yang kemudian menjadi teman dan kendaknya sehingga kematian Haxton pada tahun 1944 (Haxton muncul sebagai Tony Paxton dalam drama Maugham, "Yang Lebih Baik Kita" (Our Betters), pada tahun 1917. Sepanjang tempoh ini, Maugham meneruskan penulisannya, malah Haxton membaca pruf untuk Mengenai Perhambaan Manusia (On Human Bondage) di sebuah tempat yang berhampiran dengan Dunkirk semasa reda sebentar dalam kerja ambulansnya [7].

Mengenai Perhambaan Manusia (1915) diperihalkan oleh pengkritik-pengkritik ketika itu sebagai "salah satu novel yang terpenting dalam abad ke-20". Buku itu kelihatan bersifat autobiografi (gagap Maugham digantikan dengan kaki belantan Philip Carey, vikar Whitestable menjadi vikar Blackstable, dan Phillip Carey ialah seorang doktor) walaupun Maugham menegaskan bahawa bukunya lebih merupakan rekaan berbanding fakta. Bagaimanapun, hubungan yang rapat antara fiksyen dan bukan fiksyen menjadi satu tanda dagangan Maugham, walaupun terdapat keperluan undang-undang untuk menyatakan bahawa "watak-watak dalam [terbitan ini atau itu] adalah khayalan pada keseluruhannya". Pada tahun 1938, beliau bertulis: "Fakta dan fiksyen amat bercampur dalam karyaku sehingga kini, ketika mengenangkannya, aku hampir tidak dapat membezakan antara satu sama lain."

Maugham adalah seorang dwijantina. Hubungan cintanya dengan Gwendoline Maud Syrie Barnardo, anak perempuan kepada Thomas John Barnardo, pengasas rumah anak yatim, dan isteri kepada Henry Wellcome, seorang hartawan kimia ubat, melahirkan seorang anak perempuan, Elizabeth 'Liza' Mary Maugham (1915-1998); suami Syrie kemudian memulakan prosiding perceraian dan menamakan Maugham sebagai responden bersama. Menyusul dekri nisi pada Mei 1916, Syrie dan Maugham berkahwin. Syrie kemudian menjadi seorang juruhias dalaman yang terkenal disebabkan oleh usahanya untuk mempopularkan konsep bilik semua putihnya pada dekad 1920-an. Pada tahun 1922, Maugham mendedikasikan himpunan cerpennya "Di Sebuah Skrin Cina" (On a Chinese Screen) kepada Syrie. Mereka bercerai pada tahun 1927-1928 selepas satu perkahwinan bergelora yang dirumitkan oleh perjalanan-perjalanan Maugham yang kerap ke luar negeri dan yang ditegangkan lagi oleh hubungan Maugham dengan Haxton.

Maugham meninggalkan tugas-tugas unit ambulansnya untuk kembali ke England bagi tujuan mempromosikan Mengenai Perhambaan Manusia tetapi ketika tugas itu diselesaikan, beliau berhasrat benar untuk membantu usaha-usaha perang sekali lagi. Tidak dibenarkan masuk semula ke dalam unit ambulansnya, Syrie mengatur untuk memperkenalkan Maugham kepada seorang pegawai perisik berpangkat tinggi yang hanya dikenali sebagai "R". Pada September 1915, Maugham memulakan kerjanya di Switzerland untuk berkumpul dan menyerahkan risikan semasa menonjolkan diri sebagai seorang penulis.

Pada 1916, Maugham membuat perjalanan ke Pasifik untuk membuat penyelidikan bagi novelnya, "Bulan dan Enam Peni", berdasarkan hidup Paul Gauguin. Ini merupakan perjalanan pertama dalam sebuah siri yang membawa Maugham ke dunia lewat Empayar pada dekad 1920-an dan 1930-an. Perjalanan-perjalanan ini mengasaskan Maugham selama-lamanya dalam imaginasi popular sebagai periwayat hari-hari akhir kolonialisme di India, Asia Tenggara, China, dan Pasifik, walaupun buku-buku yang diasaskan pada reputasi ini hanya merupakan sebahagian kecil daripada hasilnya. Pada perjalanan ini dan semua perjalanan yang kemudian, Maugham diiringi oleh Haxton yang beliau menganggap sebagai amat diperlukan untuk kejayaannya sebagai seorang penulis. Maugham sendiri merupakan seorang yang terlalu malu, dan Haxton yang bersikap ekstrovert membantunya untuk mengumpulkan bahan-bahan mengenai manusia yang Maugham menjadikan sebagai fiksyen.

Pada Jun 1917, Maugham diminta oleh Sir William Wiseman, ketua Perkhidmatan Perisikan British (kemudian dinamakan MI6) untuk menjalankan misi khas ke Rusia [8] bagi tujuan memeliharakan kuasa Menshevik, serta untuk mengekalkan Rusia dalam perang melalui tindak balasan terhadap propaganda pencinta damai Jerman.[9] Dua bulan setengah kemudian, Bolshevik mengambil alih kuasa. Tugas itu mungkin dari awal-awalnya tidak mustahil, tetapi Maugham kemudian mendakwa bahawa jika beliau telah tiba enam bulan lebih awal, beliau mungkin dapat berjaya.

Bersikap senyap dan mempunyai daya pemerhatian yang tajam, Maugham mempunyai pembawaan yang sesuai untuk kerja perisikan; Maugham mempercayai bahawa beliau telah mewarisi bakat untuk membuat pertimbangan dengan tenang serta untuk nampak muslihat daripada ayahnya.

Tidak pernah melepaskan peluang untuk menjadikan hidup benar sebagai sebuah cerita, Maugham menjadikan pengalaman-pemgalaman perisikannya sebagai satu himpunan cerpen mengenai Ashenden, seorang perisik yang beradab tertib, canggih, dan bersikap suka menyendiri. Ian Fleming menyebut bahawa buku ini telah mempengaruhi perwatakannya untuk James Bond.

Pada tahun 1928, Maugham membeli Vila Mauresque yang terletak di atas 12 ekar tanah di Cap Ferrat pada Riviera Perancis yang menjadi rumahnya untuk kebanyakan seumur hidupnya. Rumah ini juga merupakan salah satu daripada tempat tamu kesusasteraan dan sosial yang agung pada dekad 1920-an dan 30-an. Hasilnya masih banyak, dan terdiri daripada drama, cerpen, novel, esei, dan buku pelancongan. Menjelang 1940, ketika kejatuhan Perancis memaksakan Maugham untuk meninggalkan Riviera dan menjadi pelarian yang amat kaya, beliau telah menjadi salah satu daripada penulis-penulis yang termasyhur dalam dunia penutur bahasa Inggeris, serta salah satu yang terkaya.

Maugham, kini dalam umur enam puluhannya, menghabiskan kebanyakan masa Perang Dunia II, mula-mulanya di Hollywood (beliau menerbitkan banyak skrip, dan merupakan salah satu pengarang yang memperoleh banyak wang daripada padanan-padanan filem) dan kemudiannya di Selatan. Semasa di Amerika Syarikat, Maugham diminta oleh kerajaan British untuk membuat ucapan-ucapan patriotik untuk memujuk Amerika Syarikat membantu Britain, jika bukan untuk menjadi sekutu penempurnya. Gerald Haxton meninggal dunia pada tahun 1944, dan Maugham kembali ke England, dan kemudian ke vilanya di Perancis pada tahun 1946 di mana beliau tinggal dan membuat banyak perjalanan yang bertempoh panjang sehingga kematiannya.

Kekosongan yang diakibatkan oleh kematian Haxton pada tahun 1944 diisikan oleh Alan Searle yang Maugham bertemu buat pertama kali pada tahun 1928. Searle merupakan seorang pemuda dari Bermondsey, sebuah kawasan sesak London, yang disimpan oleh homoseksual-homoseksual yang lebih tua. Dia terbukti seorang teman yang amat menyayangi dan mengambil berat tentang Maugham, kalau bukan merangsang. Seorang kawan Maugham memberikan pemeriaan yang mudah terhadap perbezaan antara Searle dan Haxton: "Gerald ialah champagne."

Hubungan-hubungan cinta Maugham hampir tidak licin. Beliau pernah sekali mengaku: "Aku telah amat mencintai orang yang tidak banyak atau langsung tidak sayang akan aku, dan ketika orang menyayangi aku, aku berasa malu... Supaya jangan melukai perasaan mereka, aku sering berpura-pura menunjukkan keghairahan yang saya tidak berasa."

Tahun-tahun akhir Maugham malangnya dirosakkan oleh beberapa kuasi-skandal yang mungkin boleh dikaitkan kepada keperluan untuk menarik perhatian bersama-sama dengan daya pemikiran yang kabur yang diakibatkan oleh demensia yang hampir tiba. Kesilapan-kesilapan pertimbangannya yang paling asas ini tidak mungkin akan dilakukan oleh Maugham ketika beliau masih muda.

Kuasi-skandal yang paling teruk dan yang menyebabkan Maugham hilang banyak kawan ialah bidasannya yang pahit terhadap mendiang Syrie dalam "Mengenang kembali", sebuah kisah kenangannya pada tahun 1962. Pada tahun-tahun terakhirnya, Maugham mengambil Searle sebagai anak angkat untuk memastikan bahawa Searle akan berlayak untuk mewarisi harta pusakanya. Langkah ini dipertikaikan dengan hebat oleh anak perempuannya, Liza, bersama-sama dengan Lord Glendevon, suaminya, dan mendedahkan Maugham kepada banyak cemuhan umum.

[Sunting] Pencapaian

Kejayaan perdagangan daripada jualan buku yang tinggi, penerbitan drama yang berjaya serta satu siri padanan filem, disokong oleh pelaburan dalam pasaran saham yang cekap, telah membenarkan Maugham hidup dengan amat selesa. Ketika kecil and lemah sebagai seorang budak, Maugham masih berasa bangga terhadap staminanya dan sebagai seorang dewasa, beliau telah menghasilkan banyak buku dan berasa bangga dengan apa yang dicapainya.

Walaupun kejayaannya, Maugham tidak memperoleh rasa hormat yang tertinggi daripada pengkritik-pengkritik atau setaranya. Beliau sendiri mengatakan bahawa ini disebabkan oleh kekurangan "mutu lirik", perbendaharaan kata yang tidak mencukupi, dan kegagalan untuk menggunakan metafora dengan berkesan dalam karyanya.

Adalah sama mungkin juga bahawa Maugham telah dipandang rendah kerana beliau menulis dalam gaya yang langsung. Tidak terdapat sebarang yang orang ramai memerlukan daripada buku Maugham yang harus diterangkan oleh para pengkritik. Maugham berfikir dengan terang, menulis dengan jelas, dan menyatakan pendapat-pendapatnya yang keras dan kekadang sinis dalam prosa yang tersergam indah serta sopan-santun. Beliau menulis dalam satu zaman yang mana kesusasteraan pendukung pemodenan uji kaji seperti karya-karya William Faulkner, Thomas Mann, James Joyce dan Virginia Woolf semakin popular dan menerima sanjungan kritis. Dalam konteks ini, karya-karya Maugham telah dikritik sebagai "tisu kata basi yang akhirnya membangkitkan kekaguman tentang bagaimana seorang penulis dapat mengumpulkan sebegitu banyak [kata basi] tanpa keupayaan untuk mempergunakannya dalam gaya tersendiri". [10]

Kecenderungan homokseksual Maugham juga membentuk fiksyennya dengan dua cara. Oleh sebab dalam hidup nyatanya, beliau cenderung melihatkan wanita yang menarik sebagai pesaing-pesaing seksnya, beliau sering memberikan wanita-wanita dalam fiksyennya keperluan dan nafsu seks yang agak luar biasa untuk pengarang-pengarang yang terkenal pada zamannya. "Liza dari Lambeth" ("Liza of Lambeth"), "Kek dan Ale" ("Cakes and Ale"), dan "Mata Pencukur" ("The Razor's Edge") kesemuanya menonjolkan wanita yang kuat azam untuk memuaskan nafsu seks mereka yang kuat, tanpa mengambil peduli tentang sebarang akibatnya.

Fakta bahawa nafsu seks Maugham sendiri amat tidak dikenan, malah bersifat jenayah, di hampir semua negara yang belia melawat, telah menyebabkan beliau mempunyai sikap toleran yang luar biasa terhadap tabiat-tabiat buruk orang lain. Para pembaca dan pengkritiknya sering merungut bahawa Maugham tidak banyak mengutuk watak-watak jahat dalam fiksyen dan dramanya. Maugham berjawap pada tahun 1938: "Pastilah ini merupakan kelemahanku bahawa aku tidak amat terperanjat terhadap dosa-dosa orang yang lain kecuali dosa-dosa itu menjejaskan aku."

Pengumuman-pengumuman Maugham tentang keupayaan sendiri kekal sederhana; menjelang akhir kerjayanya, beliau memerihalkan diri sebagai "berada dalam baris pertama di kalangan penulis kelas kedua". Pada tahun 1954, Maugham dianugerahkan dengan gelaran Companion of Honour ("Teman Mulia").

Maugham memulakan pengumpulan lukisan teater sebelum Perang Dunia I dan telah meneruskan kegiatan ini sehingga himpunannya merupakan himpunan kedua terbesar di dunia dan hanya dikalahkan oleh himpunan Kelab Garrick [11]. Pada tahun 1948, Maugham mengumumkan bahawa beliau akan memusakakan himpunan ini kepada Pemegang Amanah Teater Negara dan sejak tahun 1951, iaitu lebih kurang 14 tahun sebelum kematiannya di Nice, Perancis, himpunan ini telah dipersembahkan dalam berbagai-bagai pameran. Pada tahun 1994, himpunan Maugham dipinjamkan kepada Muzium Teater di Kebun Bunga Covent. [2] [3].

[Sunting] Karya-karya utama

Novel Mengenai Perhambaan Manusia telah dipersetujui secara umum sebagai karya Maugham yang terbaik. Novel ini merupakan sebuah novel autobiografi yang membincangkan kehidupan Philip Carey, watak utama yang serupa dengan Maugham, merupakan anak yatim yang dijaga oleh seorang bapa saudara yang warak. Seperti yang telah dinyatakan di atas, gagap Maugham yang teruk telah digantikan dengan kaki belantan Philip.

Antara cerpen-cerpennya, sebilangan yang paling tidak dapat dilupakan adalah cerpen-cerpen yang berkenaan dengan kehidupan penjajah-penjajah Barat, khususnya orang British, di Timur Jauh, dan biasanya menceritakan beban emosi yang dikenakan pada penjajah-penjajah oleh keterasingan. Sesetengah daripada karyanya yang lebih baik dalam genre ini termasuk Hujan (Rain), Jejak Kaki di Hutan (Footprints in the Jungle), dan Tempat Yang Jauh di Pedalaman (The Outstation). Khususnya, Hujan, sebuah novel yang mencartakan kemerosotan moral seorang paderi yang mencuba menjadikan pelacur Sadie Thompson beragama Kristian, telah mengekalkan kemasyhurannya dan telah beberapa kali dipadankan untuk filem.

Maugham mengatakan bahawa banyak daripada cerpennya merupakan cerita-cerita yang beliau mendengar semasa perjalanan-perjalanannya ke kota kara Empayar. Beliau meninggalkan satu barisan bekas tuan rumah yang marah, dan seorang penulis anti-Maugham sezaman mengikut semula jalan yang Maugham ambil dan menulis sebuah rekod perjalanan-perjalanannya yang digelarkan "Gin dan Bitter" ("Gin and Bitters"). Prosa Maugham yang terkawal membenarkannya untuk memeriksa dengan teliti ketegangan-ketegangan dan keghairahan-keghairahan yang tertimbul tanpa menjurus kepada melodrama. Novelnya, Ahli Sihir (1908), berdasarkan Aleister Crowley, seorang ahli ilmu ghaib British.

Maugham merupakan salah satu penulis pelancongan yang terpenting dalam tahun-tahun antara perang, dan dapat dibandingkan dengan penulis-penulis sezaman seperti Evelyn Waugh dan Freya Stark. Usaha-usaha yang terbaiknya dalam bidang ini termasuk Lelaki di Ruang Tamu (The Gentleman in the Parlour) yang membincangkan sebuah perjalanan ke Myanmar, Thailand, Kemboja, dan Vietnam, serta Di Adang-adang Cina (On a Chinese Screen), sebuah siri vignet amat ringkas yang mungkin merupakan nota untuk cerpen-cerpen yang tidak pernah ditulis.

Dipengaruhi oleh jurnal-jurnal Jules Renard, seorang penulis Perancis yang Mangham amat suka kerana kehematan, kebijaksanaan dan jenaka pintar karyanya, Maugham menerbitkan pemilihannya daripada jurnal-jurnal sendiri pada tahun 1949 di bawah judul "Buku Nota Penulis" ("A Writer's Notebook"). Walaupun pilihan jurnal ini bersifat episod dan mempunyai mutu yang berbeza-beza, buku ini menggambarkan melebihi 50 tahun daripada kehidupan penulis dan oleh itu, para cendekiawan dan peminat Maugham dapat memperoleh banyak bahan yang menarik mengenai beliau daripada buku ini.

[Sunting] Pengaruh

Pada tahun 1947, Maugham memulakan Anugerah Somerset Maugham yang diberikan kepada penulis-penulis British yang terbaik di bawah umur tiga puluh lima tahun untuk karya-karya fiksyen yang diterbitkan pada tahun yang lalu. Pemenang-pemenang yang terkenal termasuk Kingsley Amis dan Thom Gunn. Pada kematiannya, Maugham menderma hak-hak ciptanya kepada Tabung Kesusasteraan Diraja.

Salah satu daripada amat sedikit penulis kemudian yang memuji pengaruh Maugham ialah Anthony Burgess yang memasukkan gambaran fiksyen Maugham yang rumit dalam novelnya, Kuasa-kuasa Duniawi (Earthly Powers). George Orwell menyatakan bahawa gaya penulisannya telah dipengaruhi oleh Maugham. Penulis Amerika Syarikat Paul Theroux, dalam himpunan cerpennya, Fail Konsul (The Consul's File), mengemaskinikan dunia jajahan Maugham untuk bahagiannya yang berkenaan dengan ekspatriat di Malaysia moden.

[Sunting] Bibliografi

Rencana utama: Bibliografi karya-karya Somerset Maugham

[Sunting] Padanan filem

  • Sadie Thompson (1928), sebuah filem bisu yang dibintangi oleh Gloria Swanson berdasarkan cerpen Miss Thompson yang kemudian dinamakan semula sebagai Rain (Hujan).
  • Mengenai Perhambaan Manusia (Of Human Bondage) (1934) yang dibintangi oleh Leslie Howard dan Bette Davis berdasarkan buku yang mempunyai tajuk yang sama.
  • Bekas Kemarahan (The Vessel of Wrath) (1938) yang dibintangi oleh Charles Laughton; ditayangkan di Amerika Syarikat sebagai Petualang di Pantai (The Beachcomber). Berdasarkan novel ringkas yang mempunyai tajuk yang sama.
  • Mata Pencukur (The Razor's Edge) (1946) yang dibintangi oleh Tyrone Power dan Gene Tierney berdasarkan buku yang mempunyai tajuk yang sama.
  • Versi Mengenai Perhambaan Manusia (1946) yang dibintangi oleh Eleanor Parker.
  • Kuartet (Quartet) (1948): Maugham muncul sebagai diri sendiri dalam pengenalan. Berdasarkan buku yang mempunyai nama yang sama.
  • Permintaan Sekali Lagi (Encore) (1952): Maugham muncul sebagai diri sendiri dalam pengenalan. Berdasarkan buku yang mempunyai nama yang sama.
  • Petualang di Pantai (The Beachcomber) (1958), berdasarkan novel ringkas Bekas Kemarahan; jangan keliru dengan filem 1938.
  • Versi Mengenai Perhambaan Manusia (1964) yang dibintangi oleh Laurence Harvey dan Kim Novak.
  • Surat (Letter) (1929) yang dibintangi oleh Jeanne Eagels, O.P. Heggie, Reginald Owen dan Herbert Marshall berdasarkan drama yang mempunyai nama yang sama.
  • Surat (1940) yang dibintangi oleh Bette Davis, Herbert Marshall, James Stephenson, Frieda Inescort dan Gale Sondergaard berdasarkan drama yang mempunyai nama yang sama.
  • Surat (1969) yang dibintangi oleh Eileen Atkins berdasarkan buku yang mempunyai nama yang sama.
  • Mata Pengukur (1984) yang dibintangi oleh Bill Murray berdasarkan novel yang mempunyai nama yang sama.
  • Vila Di Atas (Up at the Villa) (2000) yang dibintangi oleh Kristin Scott Thomas serta Sean Penn, dan diarahkan oleh Philip Haas berdasarkan novel ringkas yang mempunyai nama yang sama.
  • Sebagai Julia (Being Julia) (2004) yang dibintangi oleh Annette Bening berdasarkan novel Theater.

[Sunting] Nota

  1. 1.0 1.1 Maugham, Somerset 1962
  2. Morgan, 1980, m.s. 4
  3. Maugham, Robin 1977
  4. Morgan, 1980, m.s. 8-9
  5. Morgan, 1980, m.s. 17
  6. Morgan, 1980, m.s. 24
  7. Morgan, 1980, p188
  8. Morgan, 1980, m.s. 227
  9. Morgan, 1980, m.s. 226
  10. Vidal, 1990, m.s. 10
  11. Mander & Mitchenson, 1980

[Sunting] Sumber

  • Mander, Raymond & Mitchenson, Joe., 1955 The Artist and the Theatre. William Heinemann Ltd
  • Mander, Raymond & Mitchenson, Joe., 1980 Guide to the Maugham Collection of Theatrical Paintings. Heinemann & the National Theatre
  • Maugham, Robin., 1977, Somerset and all the Maughams. Greenwood Press. ISBN 0837182360
  • Maugham, W. Somerset, 1938, The Summing Up. Garden City Publishing Company.
  • Maugham, W. Somerset., 1962, Looking Back. Diterbitkan sebagai rancangan bersiri, Show, pada Jun, Julai & Ogos 1962.
  • Morgan, Ted., 1980, Somerset Maugham Jonathan Cape. ISBN 0224018132
  • Morgan, Ted., 1984, Maugham Touchstone Books. ISBN 0671505815.
  • Vidal, Gore., February 1, 1990, The New York Review of Books.

[Sunting] Pautan luar

Koleksi petikan Wikiquote mengenai: W. Somerset Maugham
THIS WEB:

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - be - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - closed_zh_tw - co - cr - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dv - dz - ee - el - eml - en - eo - es - et - eu - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - haw - he - hi - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - ms - mt - mus - my - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - ru_sib - rw - sa - sc - scn - sco - sd - se - searchcom - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sq - sr - ss - st - su - sv - sw - ta - te - test - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tokipona - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu

Static Wikipedia 2008 (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - en - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu -

Static Wikipedia 2007:

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - be - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - closed_zh_tw - co - cr - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dv - dz - ee - el - eml - en - eo - es - et - eu - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - haw - he - hi - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - ms - mt - mus - my - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - ru_sib - rw - sa - sc - scn - sco - sd - se - searchcom - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sq - sr - ss - st - su - sv - sw - ta - te - test - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tokipona - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu

Static Wikipedia 2006:

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - be - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - closed_zh_tw - co - cr - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dv - dz - ee - el - eml - en - eo - es - et - eu - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - haw - he - hi - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - ms - mt - mus - my - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - ru_sib - rw - sa - sc - scn - sco - sd - se - searchcom - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sq - sr - ss - st - su - sv - sw - ta - te - test - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tokipona - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu