2004
From Wikipedia
Sila masukkan peristiwa yang bersejarah sahaja. |
- Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 2004. Bagi kegunaan lain, sila lihat 2004 (nombor).
Tahun | 2001 • 2002 • 2003 • 2004 • 2005 • 2006 • 2007 |
Dekad | 1970-an • 1980-an • 1990-an • 2000-an 2010-an • 2020-an • 2030-an |
Abad | Abad ke-20 • Abad ke-21 • Abad ke-22 |
2004 merupakan tahun lompat yang pertama pada abad ke-21. Hari pertama dalam tahun ini ialah hari Khamis.
[Sunting] Peristiwa
[Sunting] Januari
- 29 Januari: Virus komputer Mydoom menjadi virus internet paling bahaya.
[Sunting] Februari
- 1 Februari: Satu kekecohan yang berlaku ketika musim haji di Mina, Arab Saudi mengorbankan 251 jemaah haji.
- 3 Februari: Pihak perisikan Amerika Syarikat CIA mengakui bahawa tiada bahaya besar daripada senjata pemusnahan besar (WMD) Iraq.
- 6 Februari: Pembuat kereta nasional PROTON melancarkan model terbarunya: Proton Gen-2.
- 10 Februari: Parlimen Perancis bersetuju melarang penggunaan lambang keagamaan di sekolah negerinya.
- 16 Februari: Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bermula.
[Sunting] Mac
- 14 Mac: Vladimir Putin memenangi pilihan raya presiden Russia buat kali ke-2.
- 21 Mac: Parti Barisan Nasional memenangi pilihan raya Malaysia ke-11.
- 22 Mac: Penasihat Hamas, Sheikh Ahmad Yassin dibunuh tentera Israel di Gaza.
[Sunting] Mei
- 1 Mei: Gambar penghinaan tentera Iraq oleh Polis Tentera Amerika Syarikat tersebar di seluruh dunia.
- 2 Mei: Kesatuan Eropah kini dianggotai oleh 25 buah negara setelah menerima 10 anggota baru.
- 5 Mei: Parti Golongan Karya memenangi pilihan raya undangan di Indonesia.
- 8 Mei: Malaysia dilantik menganggotai Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCHR) mulai Januari 2005 selama 3 tahun.
[Sunting] Jun
- 1 Jun: Ghazi Yawar dilantik menjadi presiden Iraq.
- 12 Jun-4 Julai: Kejohanan bola sepak EURO 2004 di Portugal.
- 14 Jun: Bahagian Sistem Pertahanan Bersepadu Boeing berjaya mengalahkan Lockheed Martin didalam saingan untuk menggantikan pesawat patrol maritim P-3 Orion.
- 21 Jun: SpaceShipOne menjadi pesawat bukan milik kerajaan pertama mencecah kawasan hampagas di angkasa pada altitud 100 kilometer.
- 24 Jun: Presiden Filipina Gloria Macapagal-Arroyo dinamakan pemenang dalam pilihan raya presiden pada bulai Mei.
[Sunting] Julai
- 13 Julai:
- Sebuah helikopter Hornbill Skyways hilang (terhempas) di kawasan pedalaman Sarawak. Kesemua 7 orang penumpangnya ditemui mati 2 minggu kemudian.
- Seorang pelajar Malaysia di Universiti Cambridge, Lennard Lee menjadi rakyat Malaysia kedua berjaya berenang menyeberangi Selat Inggeris secara solo.
[Sunting] Ogos
- 11 Ogos: Lee Hsien Loong dilantik menjadi Perdana Menteri ketiga Singapura. Beliau turut melantik bapanya Lee Kuan Yew menjadi "Menteri Pembimbing".
- 13-29 Ogos: Sukan Olimpik ke-28 di Athens, Greece.
- 15 Ogos: Sebuah helikopter Nuri terhempas 15 km dari Ba'Kelalan, Sarawak mengorbankan 3 orang tentera TUDM.
- 23 Ogos: Rangka tinggalan seorang wanita berusia 8,000 tahun dijumpai di Lenggong, Perak.
- 25 Ogos: 2 kapal terbang penumpang terhempas serentak di tempat yang berlainan di Rusia, dan didakwa merupakan kerja pengganas.
[Sunting] September
- 2 September: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan dari tuduhan meliwat dan setelah menjalani hukuman untuk tuduhan rasuah.
- 4 September: Lebih daripada 326 orang terkorban dalam tragedi pengambilan tebusan oleh pejuang Chechnya di sebuah sekolah di Beslan, Russia.
- 9 September: Putera Mahkota Brunei, Putera Al-Muhtadee Billah Bolkiah melangsungkan perkahwinan dengan seorang gadis biasa Sarah Salleh.
- 10 September: Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membentangkan belanjawan Malaysia 2005.
- 17-28 September: Sukan Paralimpik ke-12 di Athens, Greece.
- 21 September: Kerajaan Amerika Syarikat menyaman beberapa syarikat tembakau utama sebanyak USD 280 bilion (RM 1.06 trilion).
- 29 September: Penerbangan pertama SpaceShipOne untuk memenangi Hadiah X Ansari.
[Sunting] Oktober
- 1 Oktober: Harga petrol dan diesel di Malaysia meningkat sebanyak 5 sen per liter, dan gas 5 sen per kilogram.
- 4 Oktober: Penerbangan kedua SpaceShipOne sekaligus memenangi Hadiah X Ansari.
- 7 Oktober: Raja Kemboja Norodom Sihanouk mengumumkan penurunan takhtanya. Seminggu selepas itu, Putera Norodom Sihamoni dilantik menggantikan ayahnya sebagai Raja Kemboja.
- 14 Oktober: Speaker Dewan Rakyat Tun Dr Mohamed Zahir Ismail meninggal dunia. Beliau digantikan oleh Tan Sri Ramli Ngah Talib sebagai Speaker ke-7.
- 20 Oktober:
- 78 orang pembantah mati akibat sesak nafas selepas ditangkap dan disumbat ke dalam lori tentera oleh tentera Thai di Wilayah Narathiwat.
- Susilo Bambang Yudhoyono menjadi presiden Indonesia ke-6.
[Sunting] November
- 3 November: George W. Bush dan parti Republikan memenangi pilihan raya Amerika Syarikat.
- 23 November: Petugas kerajaan Malaysia diwajibkan memakai baju batik pada hari Sabtu.
[Sunting] Disember
- 7 Disember: Hamid Karzai mengangkat sumpah sebagai presiden pertama demokrasi Afghanistan.
- 14 Disember: Jambatan tertinggi di dunia, Jambatan Milau yang merentangi Sungai Tarn dibuka di Perancis.
- 26 Disember: Gempa bumi terbesar dalam 40 tahun berlaku di Lautan India, di barat Sumatera mengorbankan sekurang-kurangnya 150,000 orang.
[Sunting] Kematian
- 14 Oktober: Tun Dr Mohamed Zahir Ismail, Speaker Dewan Rakyat.
- 11 November: Yasser Arafat, pengerusi PLO.