Britain
From Wikipedia
Perkataan Britain merupakan sepatah istilah tak formal yang dipergunakan sebagai singkatan atau kemudahan ketika merujuk kepada:
- pulau Great Britain yang terdiri daripada bahagian England, Scotland dan Wales;
- Kerajaan bersatu (bahasa Inggeris: United Kingdom) bagi Great Britain dan Ireland Utara ("United Kingdom" atau "UK") yang merupakan sebuah negara berdaulat; dan
- kekadang untuk wilayah Rom yang dipanggil sebagai "Britain" atau "Britannia".
[Sunting] Penggunaan semasa
Perkataan "British" secara amnya bermakna "dipunyai atau berkaitan dengan Britain" dalam salah satu daripada dua erti pertama di atas, iaitu pulau Great Britain atau United Kingdom. Bagaimanapun, istilah ini telah digunakan dalam berbagai-bagai konteks yang berkaitan. Ahli-ahli sejarah dan pengulas-pengulas politik biasanya menggunakan "Britain" sebagai singkatan untuk istilah undang-undang "United Kingdom bagi Great Britain dan Ireland Utara", bukannya untuk "United Kingdom"; umpamanya "kerajaan British" atau "pawagam British", tetapi "kesusasteraan Inggeris" jika merujuk kepada bahasa. Istilah "United Kingdom" biasanya digunakan untuk merujuk kepada geografi, umpamanya "peta jalan raya UK" atau "lombong batu arang UK".
Rencana ini merupakan rencana stub. Bantulah Wikipedia mengembangkannya. |