Ebooks, Audobooks and Classical Music from Liber Liber
a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z





Web - Amazon

We provide Linux to the World


We support WINRAR [What is this] - [Download .exe file(s) for Windows]

CLASSICISTRANIERI HOME PAGE - YOUTUBE CHANNEL
SITEMAP
Audiobooks by Valerio Di Stefano: Single Download - Complete Download [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Alphabetical Download  [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Download Instructions

Make a donation: IBAN: IT36M0708677020000000008016 - BIC/SWIFT:  ICRAITRRU60 - VALERIO DI STEFANO or
Privacy Policy Cookie Policy Terms and Conditions
Amerika Syarikat - Wikipedia

Amerika Syarikat

From Wikipedia

Templat:Infobox Country (Amerika Syarikat)

Amerika Syarikat atau nama rasminya United States of America (U.S.A.), ialah sebuah republik persekutuan di benua Amerika Utara dan Lautan Pasifik (iaitu Hawaii).

Amerika Syarikat bersempadankan Mexico di selatan, dan Kanada di utara dan barat laut. Di sebelah barat negara ini ialah Lautan Pasifik dan di sebelah timur ialah Lautan Atlantik. Selain itu Amerika Syarikat juga mempunyai beberapa daerah dan wilayah di seluruh dunia, termasuk Hawaii (negeri), Puerto Rico, Guam dan sebagainya (wilayah). Negara ini mempunyai lima puluh satu negeri dan setiap negeri mempunyai kuasa autonomi berdasarkan konsep persekutuan.

Jadual isi kandungan

[Sunting] Sejarah

Untuk rencana lanjutan, lihat Sejarah Amerika Syarikat

Amerika Syarikat terbentuk dari 13 bekas koloni British selepas Revolusi Amerika dan deklarasi kemerdekaan pada tanggal 4 Julai 1776. Pada asalnya, struktur politiknya ialah sebagai sebuah konfederasi. Tetapi selepas debat yang lama dan terbentuknya Perlembagaan Amerika, koloni ini bersetuju untuk membentuk kerajaan persekutuan.

Abad ke-19 menyaksikan perkembangan AS dimerata benua Amerika Utara. Melalui paksaan, kekuatan militari, dan diplomasi AS memperolehi banyak negeri-negeri lain di dalam dan diluar negara seperti Cuba dan Filipina. Walaupun begitu, dalam masa yang sama negara ini telah mengalami masalah sosial dalaman yang teruk. Dalam usaha untuk mengembangkan penempatan kaum kulit putih, kaum pribumi Indian telah dijadikan mangsa. Melalui kempen ketenteraan, pemusnahan, penyingkiran serta penempatan semula kaum pribumi Indian telah dipinggirkan. Di sebelah selatan pula, sistem hamba abdi masih dikekalkan dan kaum kulit hitam telah didera dan diberi status kelas kedua. Diskriminasi kaum merupakan salah satu sebab berlakunya Perang Saudara antara negeri-negeri Utara dan Selatan. Walaupun sistem hamba abdi telah dimansuhkan selepas kekalahan negeri-negeri Selatan, diskriminasi kaum terus berleluasa sehingga ke pertengahan abad ke-20.

Sewaktu era tersebut, negara ini terus maju menjadi sebuah kuasa perindustrian dan ia berterusan sehingga ke abad-20 yang dikenali sebagai Abad Kegemilangan Amerika atau "the American Century". Dalam abad ini pengaruh Amerika semakin meluas di arena antarabangsa dan menjadi pusat inovasi serta teknologi terunggul didunia ketika itu. Antara sumbangan teknologinya termasuklah telefon, televisyen, komputer, Internet, senjata nuklear dan , kapalterbang dan penerokaan angkasa lepas.

Negara ini telah mengalami beberapa pengalaman pahit seperti Perang Saudara Amerika atau "the American Civil War" (1861-1865) dan kemelesetan ekonomi yang teruk sewaktu Kemelesetan Besar atau Great Depression (1929-1939) yang bukan sahaja melanda Amerika malah hampir seluruh dunia. Pengalaman terbaru yang paling menyedihkan ialah serangan 9/11 pada 11 September 2001 di World Trade Center, New York, dimana hampir tiga ribu nyawa terkorban akibat serangan pengganas.

Dari segi sejarah, negara ini telah terlibat dalam beberapa perang dunia yang besar, dari Perang 1812 menentang British, dan berpakat pula dengan British sewaktu Perang Dunia I dan Perang Dunia II. Era 1960an menyaksikan Amerika terlibat di dalam Perang Dingin menentang kuasa besar yang lain iaitu Kesatuan Soviet serta pengaruh komunisme. Dalam usaha untuk membendung penularan komunisme di Asia, AS terpaksa terlibat dalam Perang di Korea, Vietnam dan terakhir sekali di Afghanistan. Selepas kejatuhan dan perpecahan Soviet, AS bangkit menjadi kuasa ekonomi dan ketenteraan yang terkuat di dunia. Sewaktu 1990an, AS mengisyhtiharkan dirinya sebagai polis dunia dan tenteranya telah beraksi di Kosovo, Haiti, Somalia dan Liberia, dan Perang Teluk pertama menentang Iraq yang mencerobohi negara Kuwait. Selepas serangan pengganas pada 11 September, 2001 di World Trade Center dan Pentagon, AS melancarkan serangan balas ke atas Afghanistan dan menjatuhkan kerajaan Taliban disana and pada tahun 2003 melancarkan Perang Teluk kedua menentang Iraq untuk menyingkirkan regim Saddam Hussein.

[Sunting] Politik

Untuk rencana lanjutan, lihat Politik di Amerika Syarikat

Amerika Syarikat merupakan negara demokrasi berperlembagaan dengan sistem pentadbiran tiga lapisan (three-tier) dan institusi kehakiman yang bebas. Terdapat tiga peringkat iaitu kebangsaan, negeri dan kerajaan tempatan yang mempunyai badan legislatif serta eksekutif dengan bidangkuasa yang terhad dalam sfera masing-masing. Negara ini mengamalkan sistem persekutuan atau federalisme dimana di mana kerajaan pusat dan negeri berkongsi kuasa. Kerajaan pusat berkuasa terhadap beberapa perkara seperti pencetakan matawang Amerika serta polisi pertahanan. Namun, kerajaan negeri berkuasa menentukan hak dan undang-undang masing-masing seperti hak pengguguran bayi (abortion rights) dan hukuman maksimum dalam hal undang-undang. Oleh kerana saiz negaranya yang amat besar, kerajaan pusat tidak mampu mengawal dan memantau kesemua 51 kerajaan negeri. Lalu, setiap negeri mempunyai kuasa autonomi yang agak besar berbanding dengan negara-negara persekutuan yang lain seperti Malaysia.

Satu elemen yang ketara dalam kerajaan Amerika ialah doktrin pembahagian kuasa. Artikel 1 hingga 3 Perlembagaan Amerika, telah menggariskan secara terperinci mengenai kuasa-kuasa kerajaan yang utama iaitu eksekutif, legislatif dan kehakiman. "Checks and Balances" atau semak dan seimbang merupakan satu ciri yang utama dalam kerajaan Amerika dan ia begitu komprehensif sehinggakan tiada satu cabang kerajaan yang mempunyai kuasa mutlak untuk mengawal cabang yang lain.

Di negara ini semua rakyat yang berusia 18 tahun ke atas berhak mengundi. Pilihan raya diadakan setiap empat tahun dan yang terakhir ialah pada bulan November 2004.

[Sunting] Negeri

Untuk rencana lanjutan, lihat Negeri negeri Amerika Syarikat

Semasa pengishtiharan kemerdekaan Amerika Syarikat, tiga belas koloni berubah kepada negeri-negeri. Pada mulanya negeri-negeri ini bergabung sebagai sebuah persekutuan tetapi kemudianya membentuk sebuah negara yang bersatu. Pada tahun berikutnya, bilangan negeri bertambah dengan kemasukan negeri-negeri di barat, pembelian tanah dan perpecahan negeri-negeri yang sedia ada. Setiap negeri dibahagikan kepada daerah (counties), bandar raya (cities) dan kawasan-kawasan pembandaran (townships).

Amerika Syarikat juga memiliki beberapa kawasan, dan daerah, misalnya wilayah persekutuan daerah Colombia, dan tanah jajahan seperti Puerto Rico, American Samoa, Guam dan Virgin Island.


Pembahagian Politik Amerika Syarikat Bendera Amerika Syarikat
Negeri Alabama | Alaska | Arizona | Arkansas | California | Colorado | Connecticut | Delaware | Florida | Georgia | Hawaii | Idaho | Illinois | Indiana | Iowa | Kansas | Kentucky | Louisiana | Maine | Maryland | Massachusetts | Michigan | Minnesota | Mississippi | Missouri | Montana | Nebraska | Nevada | New Hampshire | New Jersey | New Mexico | New York | North Carolina | North Dakota | Ohio | Oklahoma | Oregon | Pennsylvania | Rhode Island | South Carolina | South Dakota | Tennessee | Texas | Utah | Vermont | Virginia | Washington | West Virginia | Wisconsin | Wyoming
Wilayah persekutuan Daerah Columbia
Tanah jajahan Samoa Amerika | Baker Island | Guam | Howland Island | Jarvis Island | Johnston Atoll | Kingman Reef | Midway Atoll | Navassa Island | Northern Mariana Islands | Palmyra Atoll | Puerto Rico | Virgin Islands | Wake Island

[Sunting] Geografi

Untuk rencana lanjutan, lihat Geografi Amerika Syarikat

[Sunting] Ekonomi

Untuk rencana lanjutan, lihat Ekonomi Amerika Syarikat

[Sunting] Demografi

Untuk rencana lanjutan, lihat Demografi Amerika Syarikat

[Sunting] Budaya

Untuk rencana lanjutan, lihat Budaya di Amerika Syarikat

[Sunting] Lihat juga

Bahasa lain
Our "Network":

Project Gutenberg
https://gutenberg.classicistranieri.com

Encyclopaedia Britannica 1911
https://encyclopaediabritannica.classicistranieri.com

Librivox Audiobooks
https://librivox.classicistranieri.com

Linux Distributions
https://old.classicistranieri.com

Magnatune (MP3 Music)
https://magnatune.classicistranieri.com

Static Wikipedia (June 2008)
https://wikipedia.classicistranieri.com

Static Wikipedia (March 2008)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com/mar2008/

Static Wikipedia (2007)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com

Static Wikipedia (2006)
https://wikipedia2006.classicistranieri.com

Liber Liber
https://liberliber.classicistranieri.com

ZIM Files for Kiwix
https://zim.classicistranieri.com


Other Websites:

Bach - Goldberg Variations
https://www.goldbergvariations.org

Lazarillo de Tormes
https://www.lazarillodetormes.org

Madame Bovary
https://www.madamebovary.org

Il Fu Mattia Pascal
https://www.mattiapascal.it

The Voice in the Desert
https://www.thevoiceinthedesert.org

Confessione d'un amore fascista
https://www.amorefascista.it

Malinverno
https://www.malinverno.org

Debito formativo
https://www.debitoformativo.it

Adina Spire
https://www.adinaspire.com