Veda
From Wikipedia
Teks Hindu |
Śruti
Smriti
|
Veda bermaksud ilmu dalam bahasa Sanskrit, dan himpunan Veda dianggap oleh agama Hindu sebagai kitab paling suci. Ia juga dikenali sebagai sruti, yang bermakna sesuatu yang didengar atau diturunkan kepada rishi atau ahli nujum. Puji-pujian dan mantra yang paling suci telah digabungkan kedalam empat koleksi kitab yang dikenali sebagai Rig, Sama, Yajur, dan Atharva Veda. Veda yang terbaru ialah Brahmanas atau manual untuk amalan dan pemujaan, Aranyaka atau teks alam hutan untuk pendita agama, dan Upanishad atau amalan mistik.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Rig Veda
Mentera (hymns) Rig Veda dianggap tertua dan paling penting bagi kitab-kitab Veda, dikarang antara 1500 SM dan masa peperangan Bharata agung sekitar 900 SM. Lebih daripada seribu mentera disusun kepada sepuluh (mandalas) atau kitaran yang mana yang kedua hingga ketujuh adalah yang paling tertua dan yang kesepuluh adalah paling terbaru. Tradisi Hindu mengatakan bahawa Vedas adalah ringkasan secara beransur-ansur daripada penjelasan ramalan silam yang lebih panjang tetapi telah dikorupsi semasa zaman kegelapan Kaliyuga. Sebagai satu-satunya penulisan yang berasal daripada zaman silam ini di India, ia dianggap sebagai sumber terbaik yang kita ada; tetapi doktrin etik kelihatannya semakin baik daripada mentera (hymns) silam kepada Upanishads mistik.
Secara khususnya Rig Veda adalah penuh dengan mentera-mentera memuji dewa-dewa Aryan kerana memberi kemenangan dan kekayaan yang diperolehi selepas menewaskan puak Dasas di dalam peperangan. Kaum Aryan telah menggunakan senjata serta kemahiran perang yang terkini untuk menyerang dan menjajah puak Dasas dari tamaddun Harappan. Kebanyakan menteranya mengandungi unsur-unsur seperti kegunaan kuda dan chariots with spokes yang memberi kelebihan kepada para perwiranya. Lembing, panah, anak panah, dan senjata besi juga kerap disebut dalam menteranya. Sebagai sebuah masyarakat nomad dan petani yang menyanjungi peperangan, mereka telah menubuhkan suatu struktur sosial baru dimana keluarga yang patriarchal didominasi oleh perwira dan akhirnya dengan kuasa Vedas itu sendiri, para paderi juga menjadi status yang disanjungi.
[Sunting] Sama Veda
mengandungi not-not muzik dan nyanyian pujian di kuil ketika sembahyang dan doa.
[Sunting] Yajur Veda
mengandungi rumusan korban atau mantera suci ketika acara korban
[Sunting] Atharva Veda
mengandungi peraturan-peraturan pendeta, rumusan-rumusan sihir, kaedah-keadah perubatan, mantera-mantera, kuasa ghaib dan sihir-sihir untuk perlindungan diri
- Diterjemah dari artikel "Vedas and Upanishads" http://www.san.beck.org/EC7-Vedas.html