Privacy Policy Cookie Policy Terms and Conditions Bhagavad Gita - Wikipedia

Bhagavad Gita

From Wikipedia

Teks Hindu
Śruti
  • Veda
    • Veda Rig
    • Veda Sama
    • Veda Yajur
    • Veda Atharva
  • Brahmana
  • Aranyaka
  • Upanishad

Smriti

  • Itihasa
  • Purana (Senari)
  • Tantra
  • Sutra (Senarai)
  • Stotra
  • Ashtavakra Gita
  • Gherand Samhita
  • Gita Govinda
  • Hatha Yoga Pradipika
This box: view  talk  edit
Untuk kandungan Bhagavad Gita, sila lihat Kandungan Bhagavad Gita
Krishna kepada Arjuna:Lihatlah kemewahan kebatinanku!Kerja seni © dengan ihsan Amanah Buku Bhaktivedanta
Besarkan
Krishna kepada Arjuna:
Lihatlah kemewahan kebatinanku!
Kerja seni © dengan ihsan Amanah Buku Bhaktivedanta

Bhagavad Gita (bahasa Sanskerta: भगवद् गीता) ialah sebahagian yang terdiri daripada 701 rangkap dalam puisi epik Mahabharata (Bhishma Parva bab 23 – 40), dan yang telah dihormati sebagai teks suci falsafah Hindu. Nama 'Bhagavad Gita' bermaksud "lagu tuhan", dan Bhagavat merupakan gelaran Krishna.

Biasa dirujuk dengan mudah sebagai Gita, isi buku ini adalah satu dialog antara Krishna dengan Arjuna yang diadakan di medan pertempuran Kurukshetra, tidak lama sebelum permulaan perang kemuncak. Dalam dialog ini, Krishna adalah pembicara utama yang menguraikan ajaran-ajaran falsafahnya kepada Arjuna yang menjadi pendengarnya. Dalam perbualan itu, Krishna mengisytiharkan bahawa beliau adalah Tuhan pada dirinya (Bhagavan) dan atas permintaan Arjuna, menunjukkan bentuk ketuhanannya yang diperihalkan sebagai keabadian. Pertunjukan itu menyebabkan Arjuna berasa kagum.

Perbualan antara Krishna dengan Arjuna meringkaskan sebilangan falsafah Yoga dan Vedanta, serta menerangkan maksud dan tujuan kehidupan dan kewujudan. Bhagavad Gita merujuk kepada diri sendiri sebagai 'Upanishad', dan kekadang dipanggil Gītopanişad. Sedangkan buku ini dianggap sebagai teks Smṛiti berdasarkan alasan-alasan teknik, Bhagavad Gita telah betul-betul mencapai status sebagai śruti, atau wahyu.

Penulis Bhagavad Gita tidaklah dikenal, tetapi apa yang jelas ialah penulisnya bukanlah Vyasa yang dikatakan penggubah Mahabharata. Apa yang boleh dikatakan mengenai penulis Bhagavad Gita adalah bahawa beliau pasti seorang Brahmin dan pemuja Vishnu. Selain itu, penulis ini seorang ahli falsafah yang sangat pandai dan besar daya khayalannya.

Bhagavad Gita ini dikatakan mendapat pengaruh daripada saddarsana, iaitu enam aliran Hinduisme, terutamanya daripada aliran Samkhya, Yoga dan Wedanta. Tarikh Bhagavad Gita ditulis tidak dapat dipastikan dengan tepat tetapi kebanyakan ahli sejarah bertarikhnya di lingkungan 50 SM - 500 SM. Bagaimanapun, terdapat banyak perdebatan terhadap perkara ini. Berdasarkan perbezaan dalam gaya puisi dan pengaruh luar seperti Sutra Yoga oleh Patanjali, sesetengah cendekiawan telah menyatakan bahawa Bhagavad Gita telah ditambahkan kepada Mahabharata pada masa yang amat lewat. [1] Bagaimanapun, terdapat teori-teori lain yang menetapkan peristiwa-peristwa yang disebut dalam Mahabharata bahawa Gita ditulis pada sekitar 5561 SM, berdasarkan penghitungan astronomi.


Jadual isi kandungan

[Sunting] Latar belakang

Bhagavad Gita memerihalkan fikiran sebagai sesuatu yang bergolak dan degil. 'Rata Badan': Kelima-lima kuda mewakili pancaindera (mata, telinga, hidung, lidah, dan kulit). Tali kekang melambangkan fikiran, pemandu ialah kecerdasan, sedangkan penumpang ialah roh.Kerja seni © dengan ihsan Amanah Buku Bhaktivedanta
Besarkan
Bhagavad Gita memerihalkan fikiran sebagai sesuatu yang bergolak dan degil. 'Rata Badan': Kelima-lima kuda mewakili pancaindera (mata, telinga, hidung, lidah, dan kulit). Tali kekang melambangkan fikiran, pemandu ialah kecerdasan, sedangkan penumpang ialah roh.
Kerja seni © dengan ihsan Amanah Buku Bhaktivedanta

Perbincangan dalam Bhagavad Gita bermula baru sahaja sebelum permulaan perang kemuncak di Kurukshetra ketika Arjuna, putera Pandava, berada di tengah-tengah medah pertempuran antara pasukan Kuru dan pasukan Pandava, memandang Korawa dan sekutu-sekutunya yang terdiri daripada saudara-saudara dan kawan-kawan sendiri, serta para guru yang dihormati. Arjuna harus bertempur dengan mereka, tetapi beliau dilanda kesedihan. Walaupun mereka pernah berbuat jahat terhadapnya, mereka tetap saudara-saudara dan teman-temannya yang beliau kenal sejak kecil. Disebabkan keraguannya ini, Arjuna meminta nasihat daripada pemandu rata dan pembimbingnya, Sri Krishna, salah satu avatar Sri Vishnu.

Krishna menasihati Arjuna bahawa roh manusia adalah abadi, dan kematian manusia di dalam medan pertempuran hanya merupakan pelepasan tubuh, tetapi roh masih kekal. Krishna meneruskan dengan penjelasan laluan yoga terhadap pengabdian, tindakan, tafakur dan pengetahuan.

Pada dasarnya, Bhagavad Gita mengusulkan bahawa kesedaran yang benar datangnya daripada pelepasan persamaan diri dengan ego, dan sesorang harus menyamakan diri dengan Roh yang abadi (Atman; ), iaitu Kesedaran Ketuhanan yang muktamad. Melalui pemisahan diri daripada Ego peribadi, seorang yogi, iaitu pengikut sesuatu laluan Yoga, dapat mengatasi kematian dan menjauhi diri daripada perapatan kepada dunia kebendaan untuk melihat Tuhan (Brahman).

Untuk menunjukkan ketakterhinggaan Brahman yang tidak dapat diketahui, Krishna memberikan Arjuna visi kosmos (walaupun hanya buat sementara sahaja), dan membenarkan putera itu melihatNya dalam semua Kemuliaan Ketuhanan. Krishna mendedahkan bahawa pada dasarnya, Beliau adalah kedua-dua intisari muktamad bagi Kewujudan di dalam alam semesta, serta juga jasad fizikal alam semesta ini yang dipanggil Vishvarupa/Viratrupa.

Gita merujuk kepada perang ini sebagai "Dharma Yuddha" yang hanya bermaksud "perang". Bab 4, rangkap 7 menyatakan dengan jelas bahawa Tuhan menjelmakan semula untuk mengasaskan kewajaran di dalam dunia ini.

[Sunting] Pengaruh Bhagavad Gita

Teks Hindu
Śruti
  • Veda
    • Veda Rig
    • Veda Sama
    • Veda Yajur
    • Veda Atharva
  • Brahmana
  • Aranyaka
  • Upanishad

Smriti

  • Itihasa
  • Purana (Senari)
  • Tantra
  • Sutra (Senarai)
  • Stotra
  • Ashtavakra Gita
  • Gherand Samhita
  • Gita Govinda
  • Hatha Yoga Pradipika
This box: view  talk  edit

Walaupun dari banyak segi, Gita kelihatan seolah-olah sebuah teks yang beraneka jenis, buku ini adalah penyelarasan antara banyak aspek dan aliran fikiran falsafah Hindu daripada asal Brahman (iaitu Veda) serta tradisi zahid dan yoga yang sama. Terdiri terutamanya daripada falsafah Veda (iaitu keempat-empat Veda, berbanding Upanishad/Vedanta), Upanishad, Sankhya dan Yoga, buku ini yang dapat bertahan lama menggabungkan keempat-empat sistem pemikiran melalui pengambilan ideologi dan latar belakang yang padu menjadi sebuah teks puisi Sanskerta yang berkesan.

Bhagavad Gita merupakan sebuah teks kreatif yang sering digunakan oleh sami Hindu dan yogi. Walaupun buku ini sebenarnya tidak mematuhi 'peraturan' penulisan Veda, hampir semua taifah Hindu merujuk kepada Bhagavad Gita sebagai kitab yang berwibawa. Sesetengah orang mendakwa bahawa teks ini dimasukkan dalam Mahabharata pada tarikh yang lebih lewat, tetapi pendapat ini hanya disebabkan oleh Bhagavad Gita yang kelihatan seakan-akan suatu Upanishad (yang merupakan ulasan yang menyusul Veda) dari segi pemikiran berbanding suatu Purana (sejarah), iaitu tradisi yang mana Mahabharata merupakan sebahagian.

Dari segi keagamaan yang mendalam, falsafah Upanishad dan Yoga, serta keindahan puisi, Bhagavad Gita merupakan salah satu teks yang mendorong dan penting dalam tradisi Hindu. Buku ini adalah salah satu kitab agama dan rohaniah yang terutama di dunia. Bagi aliran-aliran fikiran Veda dalam falsafah Hindu, buku ini ialah salah satu daripada tiga teks asas (bahasa Sanskerta: Prasthana Trayi yang membawa maksud harfiah sebagai "tiga penyimpangan"). Kedua-dua teks yang lain itu ialah Upanishad dan Sutra Brahma. Setiap aliran fikiran diperlukan mempunyai ulasan mengenai ketiga-tiga teks ini.

Ulasan tertua yang masih wujud ditulis oleh Adi Shankara, tetapi beliau menyebut nama pengulas-pengulas yang mendahuluinya. Beliau diikuti oleh pengulas-pengulas klasik seperti Anandagiri, Shridhara Swami, Madhusūdana Sarasvatī, Ramanuja, Madhvacharya, Nimbarka, Vallabha dan Dnyaneshwar. Sedangkan teks tradisi yang diulaskan oleh banyak cendekiawan, termasuk Adi Shankara dan Ramanuja, terdiri daripada 700 rangkap, terdapat resensi teks dari Kashmir yang mempunyai 15 rangkap tambahan. Abhinavagupta (abad ke-10-11), seorang ahli falsafah yang termasyhur, telah menulis sebuah ulasan mengenai resensi ini yang dipanggil "Gitartha-Samgraha". Cendekiawan-cendekiawan kuno dan zaman pertengahan (seperti Vedanta Desika dalam Tatparya-Chandrika) kelihatan sedar akan rangkap tambahan ini tetapi mengutamakan 700 rangkap yang popular. Antara orang-orang bijaksana dan ahli-ahli falsafah yang terutama yang memperoleh ilham daripada Bhagavad Gita ialah Sri Chaitanya Mahaprabhu yang memulakan nyanyian mantera "Hare Krishna" di khalayak ramai.

Ketika menyaksikan peletupan bom atom yang pertama di dunia pada tahun 1945, J. Robert Oppenheimer, ahli fizik Amerika Syarikat dan pengarah Projek Manhattan, dilaporkan salah memetik: "Saya telah menjadi Kematian, penghancur dunia-dunia".

Swami Vivekananda, pengikut Sri Ramakrishna, dikenali untuk ulasan-ulasan yang sangat besar pengaruhnya mengenai empat Yoga, iaitu Bhakti, Jnana, Karma, dan Raja Yoga. Beliau menggunakan pengetahuan Gitanya untuk menjelaskan yoga-yoga ini. Swami Sivananda menasihati orang-orang yang berminat menjadi Yogi untuk membaca rangkap-rangkap daripada Bhagavad Gita setiap hari. Paramahamsa Yogananda, penulis mahakarya "Autobiografi seorang Yogi", melihatkan Bhagavad Gita sebagai salah satu daripada kitab-kitab yang paling indah di dunia.

Mahatma Gandhi memperoleh kekuatan moralnya daripada Bhagavad Gita, seperti yang nyata daripada kata-katanya yang berikut:

"Gita ialah ibu sejagat. Aku memperoleh ketenangan jiwa daripada Bhagavad Gita yang aku juga tidak dapat memperoleh daripada Khutbah di atas Gunung (bahasa Inggeris: Sermon on the Mount). Ketika aku menghadapi kekecewaan dan berseorangan sahaja tanpa sebarang harapan, aku kembali ke Bhagavad Gita. Saya membaca beberapa rangkap dari sana sini dan dengan segera, saya tersenyum di tengah-tengah tragedi yang amat sangat — kehidupanku sentiasa penuh dengan tragedi luaran — dan jika semua ini tidak meninggalkan kesan nampak atau tidak dapat dikikis pada aku, aku berhutang kesemua ini kepada ajaran Bhagavad Gita."

[Sunting] Lihat juga

[Sunting] Rujukan

[Sunting] Pautan luar

[Sunting] Audio

Koleksi petikan Wikiquote mengenai: Bhagavad Gita

[Sunting] Lain-lain


Mahabharata oleh Vyasa
Watak-watak
Wangsa Kuru Lain-lain
Santanu | Ganga | Bhishma | Satyavati | Chitrāngada | Vichitravirya | Ambika | Ambalika | Vidura | Dhritarashtra | Gandhari | Shakuni | Subhadra | Pandu | Kunti | Madri | Yudhisthira | Bhima | Arjuna | Nakula | Sahadeva | Duryodhana | Dushasana | Yuyutsu | Dushala | Draupadi | Hidimbi | Ghatotkacha | Ahilawati | Uttara | Ulupi | Chitrāngadā Amba | Barbarika | Babruvahana |Iravan | Abhimanyu | Parikshita | Virata | Kripa | Drona | Ashwatthama | Ekalavya | Kritavarma | Jarasandha | Satyaki | Mayasura | Durvasa | Sanjaya | Janamejaya | Vyasa | Karna | Jayadratha | Krishna | Balarama | Drupada | Hidimba | Dhristadyumna | Shalya | Adhiratha | Shikhandi
Lain-lain
Pandava | Kaurava | Hastinapura | Indraprastha | Kurukshetra war | Bhagavad Gita

Static Wikipedia (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - en - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu -

Static Wikipedia 2007 (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - en - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu -

Static Wikipedia 2006 (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu

Static Wikipedia February 2008 (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - en - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu