Das Lied der Deutschen
From Wikipedia
Das Lied der Deustchen adalah lagu kebangsaan Jerman, dengan lirik ditulis oleh August Heinrich Hoffmann von Fallersleben pada 26 Ogos 1841. Melodinya (gubahan Joseph Haydn) diambil daripada lagu kebangsaan Austria pada masa itu, Gott erhalte Franz den Kaiser (Tuhan selamatkan Maharaja Franz).
Fallersleben telah menulis "Das Lied der Deutschen" pada masa dimana negara Jerman merupakan pecahan beberapa kerajaan dan daerah kecil yang belum bersatu. Menerusi lagu ini, Fallersleben meluahkan keinginan untuk mewujudkan sebuah negara yang bersatu dan teguh. Baris pertama lagu tersebut, "Deutschland, Deutschland über alles, über alles in der Welt" (Jerman, Jerman atas segala; Atas segala di dunia) boleh difahamkan sebagai rayuan untuk para bangsawan Jerman untuk menumpukan usaha bagi mencipta sebuah negara Jerman yang bersatu.
Setelah Perang Dunia I, semua tiga rangkap lagu "Das Lied der Deustchen" dinyanyikan sebagai lagu kebangsaan Jerman. Pada Perang Dunia II, pihak propaganda Allies menyebarkan pandangan bahawa perkataan "über Alles" (atas segala) pada baris pertama jelas menunjukkan sikap Jerman yang agresif dan suka mengambil jalan peperangan. Kerana itu sehingga hari ini, lagu tersebut dipandang serong oleh mereka yang terjejas dengan Perang Dunia II.
Diharamkan setelah tahun 1945 (akhir Perang Dunia II), "Das Lied der Deutschen" dikembalikan sebagai lagu kebangsaan Jerman Barat. Setelah penyatuan Jerman Barat dengan Jerman Timur pada 3 Oktober 1990, hanya rangkap ketiga digunakan sebagai lagu kebangsaan. Rangkap pertama dan kedua tidak diharamkan tetapi tidak dinyanyikan di majlis-majlis rasmi.
[Sunting] Lirik
Lirik dalam bahasa Jerman | Terjemahan dalam bahasa Melayu |
Deutschland, Deutschland über alles, über alles in der Welt, |
Jerman, Jerman atas segala, Atas segala di dunia, |