Aliran Sri Petaling
From Wikipedia
Aliran Sri Petaling merupakan salah satu daripada tiga aliran transit aliran ringan (LRT) di Kuala Lumpur, di samping Aliran Ampang dan Aliran Kelana Jaya. Ketiga-tiganya dikendali oleh Rapid KL. Di samping LRT, pengangkutan bergerabak yang lain dalam Lembah Kelang termasuk KTM Komuter, KL Monorail, KLIA Transit dan KLIA Ekspres.
Aliran Sri Petaling dan Ampang dahulunya dikenali sebagai Starline yang pernah dikendali oleh Sistem Transit Aliran Ringan Sdn Bhd.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Menggunakan Aliran Sri Petaling
Aliran ini melalui 18 buah stesen dari Sentul Timur di utara hingga Sri Petaling di Selatan.
- Sentul Timur
- Sentul
- Titiwangsa, pertukaran ke KL Monorail
- PWTC, jarak berjalan kaki ke Stesen Putra KTM Komuter
- Sultan Ismail
- Bandaraya, jarak berjalan kaki ke KTM Komuter
- Masjid Jamek, pertukaran ke Aliran Kelana Jaya
- Plaza Rakyat
- Hang Tuah, pertukaran ke KL Monorail
- Pudu
- Chan Sow Lin, pertuakran ke Aliran Ampang
- Cheras
- Salak Selatan
- Bandar Tun Razak
- Bandar Tasik Selatan, pertukaran ke KLIA Ekspres, KLIA Transit, KTM Komuter
- Sungai Besi
- Bukit Jalil
- Sri Petaling
Aliran Ampang dan Sri Petaling berkongsi gerabak yang sama dari stesen Sentul Timur ke titik perpisahan di stesen Chan Sow Lin.
Pengguna yang datang dari haluan aliran Ampang dan menuju ke haluan aliran Sri Petaling boleh bertukar tren di Chan Sow Lin dengan mudah kerana stesen tersebut menyediakan pertukaran platform bertindih (cross-paltform). Tren juga ditentukan masa bertemu satu sama lain agar meminimumkan tempoh menunggu.
Pertukaran kepada sistem lain mungkin tidak semudah itu kerana sistem bergerabak yang lain dibangunkan secara berasingan. Pengguna terpaksa keluar dari satu sistem degan melalui turnstiles, banyak berjalan kaki, menaiki tangga atau tangga bergerak, dan membeli tiket baru sebelum menyambung perjalanan, khususnya pertukaran ke Aliran Kelana Jaya di Masjid Jamek yang juga memerlukan melintas jalan yang sibuk (jika hendak menuju ke Sentul Timur).
Kad simpan nilai Touch 'n Go diterima untuk perjalanan di Aliran Ampang, memudahkan pertukaran melalui Aliran Kelana Jaya, KL Monorail dan KTM Komuter kerana sistem-sistem ini turut menerima kad ini. Kad Touch 'n Go belum diterima oleh KLIA Ekspres atau KLIA Transit.
[Sunting] Butiran sistem
Aliran ini menggunakan tren buatan General Electric yang serupa dengan tren yang digunakan oleh Docklands Light Railway.
[Sunting] Sejarah
- 13 November 1992: Sistem Transit Aliran Ringan Sdn Bhd (Star LRT) ditubuhkan untuk mengimplementasi projek pertama LRT Kuala Lumpur.
- 22 Disember 1992: Persetujuan francais antara kerajaan Malaysian dan Star LRT ditandatangani untuk pembangunan, pemilikan dan oeprasi sistem LRT.
- 30 Ogos 1994: Kerja pembinaan dirasmikan.
- 16 Disember 1996: Fasa pertama antara stesen Ampang dan Sultan Ismail bermula operasi.
- 11 Julai 1998: Aliran bercabang dari stesen Chan Sow Lin ke stesen Sri Petaling memulakan operasi. Cabang ini membentuk sebahagian Aliran Sri Petaling.
- 6 Disember 1998: Aliran tamabahan dari stesen Sultan Ismail ke stesen Sentul Timur memulakan operasi.
- 1 Disember 2002: Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB) mengambil alih pemilikan dan pengendalian Star LRT di bawah fasa pertama kegiatan penstrukturan semula pengangkutan awam Kuala Lumpur. SPNB menamakan semula sistem ini sebagai Starline.
- November 2004: Pengendalian Starline beralih kepada Rapid KL. Pemilikan aset kekal dengan SPNB.
- 19 Julai 2005: Rapid KL mengumumkan bahawa kedua-dua aliram Starline dinamakan semula sebagai Aliran Ampang dan Sri Petaling. Semua papan tanda akan diubah pada 2006 untuk penjenamaan semula.
[Sunting] Perancangan masa depan
Pada 29 Ogos 2006, kerajaaan telah mengumumkan bahawa Aliran Sri Petaling akan diluaskan liputannya ke Puchong, seiring dengan peluasan pengangkutan awam di Lembah Kelang yang akan melibatkan peluasan Aliran Kelana Jaya ke Bandar Sunway, Subang Jaya dan USJ dan serta pembinaan laluan baru LRT dari Cheras ke Kota Damansara.