Aliran Ampang
From Wikipedia
Aliran Ampang merupakan salah satu daripada tiga aliran LRT di Kuala Lumpur. Dua aliran yang lain ialah Aliran Kelana Jaya dan Aliran Sri Petaling. Ketiga-tiga perkhidmatan LRT dikendali oleh Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (Rapid KL).
Aliran Ampang dan Sri Petaling adalah nama baru bagi bekas sistem Star-LRT yang merupakan sistem LRT pertama di Kuala Lumpur.
Di samping sistem LRT , pengangkutan bergerabak lain yang digunakan di Kuala Lumpur termasuk KL Monorail, KTM Komuter, KLIA Ekspres dan KLIA Transit.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Menggunakan Aliran Ampang
Aliran yang berukuran 15km ini menghubungkan 18 buah stesen, dari Sentul Timur di utara hingga Ampang di timur Kuala Lumpur.
- Sentul Timur
- Sentul
- Titiwangsa, pertukaran ke KL Monorail
- PWTC, dekat KTM Komuter
- Sultan Ismail
- Bandaraya, pertukaran ke KTM Komuter melalui jarak berjalan kaki
- Masjid Jamek, pertukaran ke Aliran Kelana Jaya
- Plaza Rakyat
- Hang Tuah, pertukaran ke KL Monorail
- Pudu
- Chan Sow Lin, pertukaran ke Aliran Sri Petaling
- Miharja
- Maluri
- Pandan Jaya
- Pandan Indah
- Cempaka
- Cahaya
- Ampang
Aliran Ampang dan Sri Petaling berkongsi gerabak yang sama dari stesen Sentul Timur ke titik perpisahan di stesen Chan Sow Lin.
Pengguna yang datang dari haluan aliran Ampang dan menuju ke haluan aliran Sri Petaling boleh bertukar tren di Chan Sow Lin dengan mudah kerana stesen tersebut menyediakan pertukaran platform bertindih (cross-paltform). Tren juga ditentukan masa bertemu satu sama lain agar meminimumkan tempoh menunggu.
Pertukaran kepada sistem lain mungkin tidak semudah itu kerana sistem bergerabak yang lain dibangunkan secara berasingan. Pengguna terpaksa keluar dari satu sistem degan melalui turnstiles, banyak berjalan kaki, menaiki tangga atau tangga bergerak, dan membeli tiket baru sebelum menyambung perjalanan, khususnya pertukaran ke Aliran Kelana Jaya di Masjid Jamek yang juga memerlukan melintas jalan yang sibuk (jika hendak menuju ke Sentul Timur).
Kad simpan nilai Touch 'n Go diterima untuk perjalanan di Aliran Ampang, memudahkan pertukaran melalui Aliran Kelana Jaya, KL Monorail dan KTM Komuter kerana sistem-sistem ini turut menerima kad ini. Kad Touch 'n Go belum diterima oleh KLIA Ekspres atau KLIA Transit.
[Sunting] Butiran sistem
Sistem ini menggunakan tren buatan General Electric yang sama dengan tren yang digunakan oleh Docklands Light Railway.
[Sunting] Sejarah
- 13 November 1992: Sistem Transit Aliran Ringan Sdn Bhd (Star LRT) ditubuhkan untuk mengimplementasi projek pertama LRT Kuala Lumpur.
- 22 Disember 1992: Persetujuan francais antara kerajaan Malaysian dan Star LRT ditandatangani untuk pembangunan, pemilikan dan oeprasi sistem LRT.
- 30 Ogos 1994: Kerja pembinaan dirasmikan.
- 16 Disember 1996: Fasa pertama antara stesen Ampang dan Sultan Ismail bermula operasi.
- 11 Julai 1998: Aliran bercabang dari stesen Chan Sow Lin ke stesen Sri Petaling memulakan operasi. Cabang ini membentuk sebahagian Aliran Sri Petaling.
- 6 Disember 1998: Aliran tamabahan dari stesen Sultan Ismail ke stesen Sentul Timur memulakan operasi.
- 1 Disember 2002: Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB) mengambil alih pemilikan dan pengendalian Star LRT di bawah fasa pertama kegiatan penstrukturan semula pengangkutan awam Kuala Lumpur. SPNB menamakan semula sistem ini sebagai Starline.
- November 2004: Pengendalian Starline beralih kepada Rapid KL. Pemilikan aset kekal dengan SPNB.
- 19 Julai 2005: Rapid KL mengumumkan bahawa kedua-dua aliram Starline dinamakan semula sebagai Aliran Ampang dan Sri Petaling. Semua papan tanda akan diubah pada 2006 untuk penjenamaan semula.
[Sunting] Trivia
- Sistem LRT ini ditampilkan dalam babak penutup filem Barat Entrapment (1999) yang dibintangi Sean Connery dan Catherine Zeta-Jones. Stesen yang digambarkan kononnya stesen Pudu, tapi sebenarnya merupakan stesen Bukit Jalil.