Aliran Kelana Jaya
From Wikipedia
Aliran Kelana Jaya merupakan salah satu sistem transit aliran ringan (LRT) di Kuala Lumpur, di samping Aliran Ampang dan Aliran Sri Petaling yang kesemuanya di bawah pengendalian Rapid KL.
Di samping sistem LRT , pengangkutan bergerabak lain yang digunakan di Kuala Lumpur termasuk KL Monorail, KTM Komuter, KLIA Ekspres dan KLIA Transit.
Aliran Kelana Jaya dahulu dikenali sebagai Putraline yang dibangunkan oleh Projek Usahasama Transit Ringan Automatik Sdn Bhd sebelum diambil alih oleh SPNB.
Sistem yang berukuran 29km ini merupakan sistem transit bergerabak dalam bandar automatik sepenuhnya (tanpa pemandu) yang ketiga terawal di dunia selepas SkyTrain di Vancouver dan VAL di Lille, Perancis.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Sejarah
- 15 September 1994 - Projek Usahasama Transit Ringan Automatik (Putra LRT) ditubuhkan.
- 1 September 1998 - Fasa Pertama dari depot Subang ke Pasar Seni dibuka.
- 1 Jun 1999 - Fasa Ke-2 dari Pasar Seni ke Terminal Putra di Gombak dibuka, merangkumi sistem rel bawah tanah pertama di Malaysia.
- 1 September 2002 - Putra LRT diambil alih oleh SPNB dan dinamakan semula sebagai Putraline di bawah fasa pertama penstrukturan semula pengangkutan awam Kuala Lumpur. SPNB juga mengambil alih Star-LRT.
- November 2004 - Pengendalian kedua-dua sistem LRT dialihkan kepada Rapid KL. Pemilikan harta kekal dengan SPNB.
- Julai 2005 - Putraline dinamakan semula sebagai Aliran Kelana Jaya.
[Sunting] Menggunakan Aliran Kelana Jaya
Stesen-stesen berikut diberi mengikut turutan utara-selatan. Stesen yang dilengkapi platform berbentuk island memudahkan penumpang bertukar antara tren haluan utara dan haluan selatan di paltform yang sama tanpa perlu menaik turun tangga untuk samapi di sisi bertentangan.
Singkatan | Nama stesen | Platform | Pertukaran |
---|---|---|---|
TMP | Terminal Putra | island | |
TAM | Taman Melati | side | |
WGM | Wangsa Maju | island | |
SRI | Sri Rampai | side;masih tutup | |
STW | Setiawangsa | island | |
JLT | Jelatek | side | |
DKM | Dato' Keramat | side | |
DAM | Damai | island | |
AMP | Ampang Park | island, bawah tanah | |
KLC | KLCC | island, bawah tanah | |
KBU | Kampung Baru | island, bawah tanah | |
DWI | Dang Wangi | island, bawah tanah | ke KL Monorail |
MJD | Masjid Jamek | island, bawah tanah | ke Aliran Ampang, Aliran Sri Petaling |
PSR | Pasar Seni | island | |
KLS | KL Sentral | side | ke KLIA Ekspres, KLIA Transit, KL Monorail, KTM Komuter dan KTM intercity trains |
BSR | Bangsar | side | |
ABH | Abdullah Hukum | side | |
KER | Kerinchi | side | |
UNI | Universiti | island | |
TJA | Taman Jaya | side | |
ASJ | Asia Jaya | island | |
TMP | Taman Paramount | side | |
TBH | Taman Bahagia | side | |
KLJ | Kelana Jaya | island | |
SBD | Subang Depot | tidak mengambil penumpang |
[Sunting] Butiran sistem
Aliran ini menggunakan tren berteknologi Bombardier Advanced Rapid Transit (Mark II) yang menggunakan motor linear.
[Sunting] Perancangan masa depan
Pada 29 Ogos 2006, Timnbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib bin Tun Haji Abdul Razak mengumumkan bahawa aliran Kelana Jaya bakal ditambahkan laluan ke Bandar Sunway, Subang Jaya dan UEP Subang Jaya yang terletak di barat daya ibu kota sebagai langkah meluaskan sistem pengangkutan awam Kuala Lumpur yang turut merangkumi penambahan laluan Aliran Sri Petaling ke Puchong, serta pembinaan aliran baru dari Kota Damansara ke Cheras.[1]