McDonnell Douglas MD-11
From Wikipedia
McDonnell Douglas MD-11 | |||
---|---|---|---|
|
|||
Fungsi | Pesawat komersil | ||
Anak kapal minimum | 2 | ||
Penerbangan komersil pertama | 1990 | ||
Pengeluar | McDonnell Douglas, pada tahun 1997, ianya dibeli oleh Boeing | ||
Dimensi | |||
Panjang | 61.21 m | 200 kaki 10 in | |
Rentang sayap | 51.66 m | 169 kaki 6 in | |
Tinggi | 17.60 m | 57 kaki 9 in | |
Keluasan sayap | 338.9 m² | 3648 ft² | |
Berat | |||
Tanpa kapasiti | 130,165 kg | ||
Terbang naik | 273,314 kg | ||
Kapasiti | maksimum 298 (3 kelas) atau 410 (1 kelas) |
||
Kargo | N/A | ||
Penjana kuasa | |||
Enjin | Tiga Pratt & Whitney PW4460s atau Pratt & Whitney PW4462 atau General Electric CF6-80C2D1F turbofan | ||
Tujahan | 266.9 kN | 60,000lb | |
Prestasi | |||
Laju sederhana | 876km/h | ||
Laju maksimum | 945 km/h | ||
Julat operasi | 12,633 km | 6821 batu nautika | |
Lelangit khidmat | N/A | ||
Kadar pendakian | N/A | ||
Beban sayap | lb/ft² | kg/m² | |
Nisbah tujahan / berat | : |
McDonnell Douglas MD-11 adalah pesawat berbadan lebar trijet yang direka berdasarkan DC-10. Ciri-ciri yang membezakannya dengan DC-10 ialah MD-11 mempunyai fuselaj yang lebih panjang, jarak antara hujung sayap yang lebih panjang, bersayap lawi, jenis enjin baru, penggunaan komposit yang lebih banyak dalam struktur pesawat dan digital penuh untuk paparan kokpit.
Pengeluaran McDonnell-Douglas diberhentikan kerana kekurangan permintaan dan kebanyakkan jualan tidak menepati sasaran. Pada hari ini, kebanyakkan MD-11 digunakan untuk operasi kargo.
[Sunting] Sejarah
MD-11 dilancarkan pada 30 Disember 1986 dengan tempahan sebanyak 92 buah daripada 12 syarikat penerbangan. Finnair adalah penerbangan pertama yang menggunakan MD-11.
McDonnel Douglas mensasarkan penjualan melebihi 300 akan tetapi sebanyak 200 buah berjaya dibina. Selepas memperoleh MCDonnell Dougls, Boeing memberhentikan pengeluaran model ini. Pesawat terakhir dibina ialah MD-11F, variasi kargo untuk Lufthansa Cargo pada 22 Februari 2001.
[Sunting] Kelainan
MD-11 dikeluarkan dalam empat kelainan iaitu: penumpang, kargo, penumpang kargo boleh tukar dan gabungan penumpang kargo.
Kandungan berkaitan | |
---|---|
Perkembangan Terkini | |
Pesawat udara setara | Lockheed L-1011 |
Siri Diberi |
DC-1 - DC-2 - DC-3 - DC-4 - DC-5 - DC-6 - DC-7 - DC-8 - DC-9 - DC-10 - MD-11 - MD-12 |
Daftar Berkaitan | Daftar syarikat penerbangan - Daftar kategori kapal terbang |