Jemaah Islamiyah
From Wikipedia
Jemaah Islamiyah, kadangkala dipanggil Jemaah Islamiah, ialah sebuah kumpulan pengganas, disyaki membunuh beratusan orang tidak bersalah, berdedikasi untuk mendirikan sebuah negeri Islam raksasa di Asia Tenggara, khususnya Indonesia, Singapura, Brunei, Malaysia, Thailand dan Filipina.
Hubungan kewangan antara Jemaah Islamiyah dengan kumpulan pengganas lain, seperti Abu Sayyaf dan al-Qaeda, asas untuk ditemui terdapat wujud. Jemaah Islamiyah bermaksud "Kumpulan Islam" ataupun "Komuniti Islam" dan ini selalu dipendekkan dengan JI.
Jemaah Islamiyah adalah disyakki terlibat di dalam Pengeboman Bali pada 12 Oktober, 2002 yang mengorbankan 202 orang di beberapa buah kelab malam di sana. Selepas serangan tersebut, State Department Amerika Syarikat telah mengklasifikasikan Jemaah Islamiyah sebagai sebuah Orgainsasi Pengganas Antarabangsa atau Foreign Terrorist Organization. Jemaah ini juga dituduh melancarkan beberapa serangan di Asia Tenggara seperti letupan bom di Zamboanga dan Metro Manila, di Filipina dan yang paling baru letupan di kedutaan Indonesia pada 2004.
[Sunting] Sejarah
JI ditubuhkan sebagai satu konfederasi kumpulan-kumpulan Islam. Sekitar tahun 1969, dua orang lelaki, Abu Bakar Bashir dan Abdullah Sungkar, memulakan operasi untuk pergerakan Daul Islam.
Darul Islam telah hampir dimusnahkan yang berbalik pada 1950an selepas ahli tergolong kepada golongan itu memulakan sebuah pemberontakan dalam usaha untuk mewujudkan negeri Islam di Asia Tenggara.
Bashir dan kawannya menciptakan kelengkapan radio cetak rompak untuk berkhutbah kepada yang miskin dan yang ditindas di Indonesia. Bashir mewujudkan sekolah asrama di Jawa. Moto sekolah ini adalah, "Kematian dalam cara Allah adalah cita-cita kita yang tertinggi."
Bashir dan Sungkar keduanya telah dipenjarakan oleh diktator Indonesia kerajaan Suharto sebagai sebahagian dari tindakan keras pada kumpulan radikal seperti Komando Jihad, dimana kedua orang adalah ahli. Mereka menghabiskan masa beberapa tahun sekitar jangka masa itu.
Bashir dan pengikut-pengikutnya melarikan diri ke Malaysia pada tahun 1982. Dia mula merekrut pengikut-pengikut dari Malaysia, Singapura, dan Filipina. Kumpulan itu secara rasmi menamakan diri mereka Jemaah Islamiyah sekitar waktu itu.
Pada pertengahan dan akhir tahun 1980-an, ramai ahli JI, termasuk Sungkar dan Hambali menyertai golongan Mujahidin di Afghanistan bagi menentang pencerobohan Soviet ke atas Afghanistan. Mereka disertai oleh kumpulan-kumpulan Muslim seluruh dunia.
Di Asia Tenggara, ahli-ahli JI mencetak dan menyebarkan risalah-risalah di seluruh rantau itu.
Bashir bertemu dengan Riduan Isamuddin, (lebih dikenali sebagai Hambali) sekitar awal tahun 90-an di sebuah sekolah pondok yang ditubuhkan oleh Bashir. Bashir menjadi pemimpin spiritual kumpulan berkenaan sementara Hambali menjadi ketua bersenjata.
Hambali mengkehendaki sebuah kerajaan Islam yang besar ditubuhkan di Asia Tenggara dengan disertai Indonesia, Malaysia, Singapura, Thailand, Filipina, Brunei, dan Kemboja. Sebuah negara yang sebegitu rupa akan mempunyai populasi seramai 420 juta orang (anggaran). Ini akan mengukuh cengkaman ke atas laluan perkapalan Laut China Selatan yang mana merupakan satu gerbang di antara Asia Timur dan bahagian Asia yang lain.
JI mula membentuk dirinya sebagai sebuah kumpulan pengganas yang membekalkan sumber kewangan dan logistik kepada operasi Al-Qaeda di Asia Tenggara. Hambali menubuhkan sebuah syarikat yang dikenali sebagai Konsojaya untuk menolong mengumpulkan wang bagi melancarkan operasi mereka.
Pemimpin-pemimpin JI kembali ke Indonesia pada tahun 1998 apabila kerajaan pimpinan Suharto dijatuhkan rakyat.
Pada tahun 2000, Hambali menjalankan beberapa siri pengeboman gereja-gereja Kristian. Semakin banyak perhatian diterima oleh kumpulan selepas peristiwa pengeboman Bali. Mereka juga mengebom Hotel J.W. Marriot di Jakarta.
Bashir ditangkap oleh polis Indonesia dan dijatuhkan hukuman ringan kerana mengkhianat.
Hambali pula ditangkap di Thailand pada 11 Ogos 2003 dan kini sedang dipenjarakan di Jordan.
JI juga disiasat berhubung dengan insiden pengeboman di luar Kedutaan Australia pada 9 September 2004.
[Sunting] Lihat juga
[Sunting] Pautan luar
- Jemaah Islamiyah Asia Tenggara: Terluka tapi masih berbahaya - Laporan Kumpulan Krisis Antarabangsa pada 26 Ogos 2003
- “Constructing” Siasatan tentang Jemaah Islamiyah