Ebooks, Audobooks and Classical Music from Liber Liber
a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z





Web - Amazon

We provide Linux to the World


We support WINRAR [What is this] - [Download .exe file(s) for Windows]

CLASSICISTRANIERI HOME PAGE - YOUTUBE CHANNEL
SITEMAP
Audiobooks by Valerio Di Stefano: Single Download - Complete Download [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Alphabetical Download  [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Download Instructions

Make a donation: IBAN: IT36M0708677020000000008016 - BIC/SWIFT:  ICRAITRRU60 - VALERIO DI STEFANO or
Privacy Policy Cookie Policy Terms and Conditions
Brunei - Wikipedia

Brunei

From Wikipedia

Templat:Infobox Country (Brunei)

Brunei Darussalam ialah sebuah negara kecil yang kaya dengan sumber minyak dan terletak di sebelah utara pulau Borneo. Brunei dikelilingi Malaysia dengan dua bahagian Brunei dipisahkan di daratan oleh Malaysia.

Nama Borneo diambil berdasarkan nama negara ini. Ini adalah disebabkan pada zaman dahulu, Brunei mempunyai pengaruh dan kuasa yang kuat di pulau Borneo.


Jadual isi kandungan

[Sunting] Sejarah

Para pengkaji sejarah telah mempercayai bahawa terdapatnya sebuah kerajaan lain sebelum tertubuhnya Kesultanan Brunei kini, yang digelar orang Cina sebagai Po-ni. Catatan orang Cina dan orang Arab menunjukkan bahawa kerajaan perdagangan kuno ini wujud di muara Sungai Brunei seawal abad ke-7 atau ke-8. Kerajaan awal ini pernah ditakluk empayar Srivijaya yang berpusat di Sumatra pada awal abad ke-sembilan Masehi dan seterusnya menguasai Borneo utara dan gugusan kepulauan Filipina. Kerajaan ini juga pernah dijajah Empayar Majapahit yang berpusat di pulau Java tetapi berjaya membebaskan dirinya dan kembali sebagai sebuah negeri yang penting.

Empayar Brunei melalui zaman kegemilangannya dari abad ke-15 hingga abad ke-17, sewaktu ia memperluaskan kekuasaannya ke seluruh pulau Borneo dan ke Filipina di sebelah utaranya. Brunei mencapai kemuncak kekuasaannya pada zaman pemerintahan Sultannya yang kelima iaitu Sultan Bolkiah (1473-1521), yang terkenal disebabkan pengembaraan baginda di laut, malah pernah seketika menakluki Manila; dan pada zaman pemerintahan sultan yang kesembilan, Hassan (1605-1619), yang membangunkan susun atur adat istiadat kerajaan dan istana yang masih kekal hingga ke hari ini.

Selepas zaman Sultan Hassan, Brunei memasuki zaman kejatuhan berpunca dari pergolakan dalaman disebabkan perebutan kuasa antara waris diraja, juga disebabkan timbulnya pengaruh kuasa penjajah Eropah di rantau sebelah sini, yang menggugat corak perdagangan tradisi, serta memusnahkan asas ekonomi Brunei dan kesultanan Asia Tenggara yang lain. Pada tahun 1839, pengembara Inggeris bernama James Brooke tiba di Borneo dan membantu Sultan menundukkan sebuah pemberontakan. Sebagai balasan, beliau dilantik menjadi gabenor dan kemudiannya "Rajah" Sarawak di Barat Laut Borneo sebelum meluaskan kawasan di bawah pemerintahannya.

Pada masa yang sama, Syarikat Borneo Utara British sedang meluaskan penguasaannya di Timur Laut Borneo. Pada tahun 1888, Brunei menjadi sebuah negeri di bawah perlindungan kerajaan British dengan mengekalkan kedaulatan dalam negerinya, tetapi dengan hal ehwal luar negara bawah kawalan British. Pada tahun 1906, Brunei menerima suatu lagi langkah perluasan kuasa British apabila kuasa eksekutif dipindahkan kepada seorang residen British, yang menasihati baginda Sultan dalam semua perkara, kecuali yang bersangkut-paut dengan adat istiadat tempatan dan agama.

Pada tahun 1959, Brunei mengisytiharkan kerajaan baru yang berkuasa memerintah kecuali dalam isu hubungan luar, keamanan dan pertahanan dimana isu-isu ini menjadi tanggungjawab British. Percubaan untuk membentuk sebuah badan perundangan pada tahun 1962 terpaksa dilupakan kerana berlaku pemberontakan oleh parti pembangkang iaitu Partai Rakyat Brunei dan dengan bantuan British, pemberontakan ini berjaya dibanteras. Manakala pada akhir 1950 dan awal 1960, kerajaan Brunei ketika itu menolak cadangan (walaupun pada awalnya menunjukkan minat) untuk bergabung dengan Singapura, Sabah, Sarawak, dan Tanah Melayu untuk membentuk Malaysia dan akhirnya Sultan Brunei ketika itu bercadang untuk membentuk sebuah negara yang merdeka.

Pada 1967, Omar Ali Saifuddin telah turun dari takhta dan melantik anakanda sulung badinda, Hassanal Bolkiah, menjadi Sultan Brunei ke 29. Baginda juga berkenan menjadi Menteri Pertahanan setelah Brunei mencapai kemmerdekaan penuh dan disampiri gelaran Paduka Seri Begawan Sultan. Pada tahun 1970, pusat pemerintahan negeri Brunei Town, telah diubah namanya menjadi Bandar Seri Begawan Untuk mengenang jasa badinda. Baginda mangkat pada tahun 1986.

Pada January 4, 1979, Brunei dan United Kingdom telah mennandatangani Perjanjian Kerjasama dan Persahabatan. Pada Januari 1, 1984, Brunei Darussalam telah berjaya mencapai kemerdekaan sepenuhnya.

[Sunting] Politik

Untuk rencana lanjutan, lihat Politik di Brunei

Sultan Hassanal Bolkiah yang gelarannya diturunkan dalam wangsa yang sama sejak abad ke-15, ialah ketua negara serta ketua kerajaan Brunei. Baginda dinasihati oleh beberapa majlis dan sebuah kabinet menteri, walaupun baginda secara berkesan merupakan pemerintah tertinggi. Media amat memihak kerajaan, dan kerabat diraja mengekalkan status yang dihormati di dalam negara. Brunei tidak mempunyai badan perundangan. Pada September 2004, Sultan Brunei mengadakan persidangan Parlimen lantikannya yang tidak pernah bersidang sejak kemerdekaan pada tahun 1984. Parlimen ini tidak mempunyai kuasa selain daripada menasihati sultan. Disebabkan oleh pemerintahan mutlak Sultan, Brunei ialah salah satu daripada negara-negara yang paling stabil dari segi politik di Asia.

Secara teori, Brunei adalah di bawah pemerintahan tentera sejak pemberontakan yang terjadi pada awal dekad 1960-an. Pemberontakan itu dihancurkan oleh askar-askar British dari Singapura.

Brunei menuntut wilayah di Sarawak, seperti Limbang, dan merupakan salah satu daripada banyak negara yang menuntut Kepulauan Spratly yang dipertikaikan. Banyak pulau kecil yang terletak di antara Brunei dan Labuan, termasuk Pulau Kuraman, telah dipertikaikan oleh Brunei dan Malaysia. Bagaimanapun, pulau-pulau ini diakui sebagai sebahagian Malaysia di peringkat antarabangsa.

[Sunting] Daerah

Bahagian pentadbiran.
Besarkan
Bahagian pentadbiran.
Rencana utama: Daerah-daerah Brunei

Brunei dibahagikan kepada empat daerah:

  • Belait
  • Brunei and Muara
  • Temburong
  • Tutong

Daerah-daerah Brunei dibahagikan lagi kepada 38 mukim.

[Sunting] Geografi

Untuk rencana lanjutan, lihat Geografi Brunei

Brunei terdiri daripada dua bahagian yang tidak berkaitan; 97% daripada jumlah penduduknya tinggal di bahagian barat yang lebih besar, dengan hanya kira-kira 10,000 orang tinggal di daerah Temburong, iaitu bahagian timur yang bergunung-ganang. Jumlah penduduk Brunei ialah 383,000 orang. Daripada bilangan ini, lebih kurang 46,000 orang tinggal di ibu negara Bandar Seri Begawan. Sebilangan bandar utama termasuk bandar pelabuhan Muara, serta bandar Seria yang mengeluarkan minyak, dan Kuala Belait, bandar jirannya. Di daerah Belait, kawasan Panaga ialah kampung halaman kepada sebilangan besar ekspatriat, disebabkan oleh kemudahan perumahan dan rekreasi Shell Belanda Diraja dan Tentera British. Kelab Panaga yang terkenal terletak di sini.

Iklim Brunei ialah tropika khatulistiwa, dengan suhu serta kelembapan yang tinggi, dan sinaran matahari serta hujan lebat pada sepanjang tahun.

[Sunting] Ekonomi

Untuk rencana lanjutan, lihat Ekonomi Brunei

Ekonomi kecil yang kaya ini adalah suatu campuran keusahawanan dalam negeri dan asing, pengawalan kerajaan, kebajikan, serta tradisi kampung. Pengeluran minyak mentah dan gas asli terdiri daripada hampir setengah daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Pendapatan yang cukup besar daripada pelaburan luar negeri menambah pendapatan daripada pengeluaran dalam negeri. Kerajaan membekalkan semua perkhidmatan perubatan dan memberikan subsidi beras dan perumahan. Pemimpin-pemimpin Brunei berasa bimbang bahawa persepaduan dengan ekonomi dunia yang semakin bertambah akan menjejaskan perpaduan sosial dalaman, walaupun Brunei telah memainkan peranan yang lebih ketara dengan menjadi pengerusi forum APEC pada tahun 2000. Rancangan-rancangan yang dinyatakan untuk masa hadapan termasuk peningkatan kemahiran tenaga buruh, pengurangan pengangguran, pengukuhan sektor-sektor perbankan and pelancongan, serta secara umumnya, peluasan lagi asas ekonominya. Sistem Penerbangan Brunei Diraja, sistem penerbangan negara, sedang mencuba menjadikan Brunei sebagai pusat untuk perjalanan antarabangsa antara Eropah dan Australia/New Zealand. Ia juga mempunyai perkhidmatan ke destinasi-destinasi Asia yang utama.

[Sunting] Demografi

Untuk rencana lanjutan, lihat Demografi Brunei

Kira-kira dua pertiga jumlah penduduk Brunei adalah orang Melayu. Kelompok etnik minoriti yang paling penting dan yang menguasai ekonomi negara ialah orang Cina yang terdiri daripada lebih kurang 15% jumlah penduduknya. Kaum-kaum ini juga membayangkan bahasa-bahasa yang paling penting: bahasa Melayu yang merupakan bahasa rasmi, serta bahasa Cina. Bahasa Inggeris juga dituturkan secara meluas, dan terdapat sebuah komuniti ekspatriat yang agak besar dengan sebilangan besar warganegara British dan Australia.

Islam ialah agama rasmi Brunei, dan Sultan Brunei merupakan ketua agama negara itu. Agama-agama lain yang dianuti termasuk agama Buddha (terutamanya oleh orang Cina), agama Kristian, serta agama-agama orang asli (dalam komuniti-komuniti yang amat kecil).

[Sunting] Budaya

Untuk rencana lanjutan, lihat Budaya di Brunei

Budaya Brunei adalah seakan sama dengan budaya Melayu, dengan pengaruh kuat dari Hindu dan Islam, tetapi kelihatan lebih konservatif berbanding Malaysia. Jualan dan penggunaan alkohol diharamkan, dengan orang luar dan bukan-Muslim dibenarkan membawa dalam 12 tin bir dan dua botol spirit setiap kali mereka masuk negara ini. Selepas pengenalan larangan pada awal 1990an, semua pub dan kelab malam dipaksa tutup.

[Sunting] Lihat juga

  • Komunikasi di Brunei
  • Pelancongan di Brunei
  • Ketenteraan di Brunei
  • Pengangkutan di Brunei
  • Hubungan Luar Brunei

[Sunting] Lihat juga

[Sunting] Pautan luar



Daftar_negara | Asia | Asia Tenggara
Brunei | Filipina | Indonesia | Kemboja | Timor Timur | Laos | Malaysia | Myanmar | Singapura | Thailand | Vietnam |


 
Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN)
Bendera ASEAN

Brunei | Filipina | Indonesia | Kemboja | Laos | Malaysia | Myanmar | Singapura | Thailand | Vietnam

Our "Network":

Project Gutenberg
https://gutenberg.classicistranieri.com

Encyclopaedia Britannica 1911
https://encyclopaediabritannica.classicistranieri.com

Librivox Audiobooks
https://librivox.classicistranieri.com

Linux Distributions
https://old.classicistranieri.com

Magnatune (MP3 Music)
https://magnatune.classicistranieri.com

Static Wikipedia (June 2008)
https://wikipedia.classicistranieri.com

Static Wikipedia (March 2008)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com/mar2008/

Static Wikipedia (2007)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com

Static Wikipedia (2006)
https://wikipedia2006.classicistranieri.com

Liber Liber
https://liberliber.classicistranieri.com

ZIM Files for Kiwix
https://zim.classicistranieri.com


Other Websites:

Bach - Goldberg Variations
https://www.goldbergvariations.org

Lazarillo de Tormes
https://www.lazarillodetormes.org

Madame Bovary
https://www.madamebovary.org

Il Fu Mattia Pascal
https://www.mattiapascal.it

The Voice in the Desert
https://www.thevoiceinthedesert.org

Confessione d'un amore fascista
https://www.amorefascista.it

Malinverno
https://www.malinverno.org

Debito formativo
https://www.debitoformativo.it

Adina Spire
https://www.adinaspire.com