Geografi
From Wikipedia
Geografi merupakan kajian tentang lokasi dan variasi spatial dalam fenomena manusia dan fizikal di bumi. Perkataan geografi diambil dari perkataan Inggeris yang berasal dari perkataan Greek hê gê ("bumi") dan graphein ("menulis" atau "menggambarkan").
Geografi juga merupakan pelbagai buku sejarah berkenaan bidang ini, khususnya Geographia oleh Klaudios Ptolemaios pada abad ke-2.
Geografi lebih daripada pengkajian peta. Ia bukan hanya menyiasat dimana kedudukan di bumi, kadang kala digelar kedudukan di angkasa. Geografi mengkaji sama ada ia disebabkan oleh manusia atau secara semulajadi. Geografi juga mengkaji kesan perbezaan tersebut.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Sejarah Geografi
Alexander von Humboldt sering dikatakan sebagai bapa Geografi moden. Namun sejarah geografi itu sendiri terlalu berpelbagai.
[Sunting] Cabang Geografi
[Sunting] Geografi fizikal
geografi fizikal adalah cabang geografi yang membincangkan tentang keadaan fizikal bumi. ia membincangkan tentang: a) Bumi Sebagai Satu Sistem b) Batuan c) Laut dan Lautan d) Iklim e) Luluhawa f) Ekosistem g) Tumbuhan dan Hidupan Liar Semulajadi
[Sunting] Geografi manusia
[Sunting] Geografi persekitaran manusia
Pada ketika pelopor alam sekeliling (environmental determinism), geografi ditakrifkan bukan mengenai pengkajian hubungan ruang, tetapi mengenai kajian bagaimana manusia dan alam sekitar berinteraksi. Walaupun pelupur alam sekeliling berkurangan, masih terdapat tradisi geografer yang menumpukan hubungan antara manusia dan alam sekitar. Terdapat dua sub-bidang geografi alam sekitar manusia: ekologi kebudayaan dan politik (cultural and political ecology (CAPE)), dan kajian ancaman semulajadi.