Ebooks, Audobooks and Classical Music from Liber Liber
a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z





Web - Amazon

We provide Linux to the World


We support WINRAR [What is this] - [Download .exe file(s) for Windows]

CLASSICISTRANIERI HOME PAGE - YOUTUBE CHANNEL
SITEMAP
Audiobooks by Valerio Di Stefano: Single Download - Complete Download [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Alphabetical Download  [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Download Instructions

Make a donation: IBAN: IT36M0708677020000000008016 - BIC/SWIFT:  ICRAITRRU60 - VALERIO DI STEFANO or
Privacy Policy Cookie Policy Terms and Conditions
Wikipedia:Rencana stub - Wikipedia

Wikipedia:Rencana stub

From Wikipedia

Laman ini merupakan panduan Wikipedia yang perlu dipatuhi.
Ia dipersetujui ramai penyunting dan digunakan dalam kebanyakan keadaan di Wikipedia. Anda boleh membuat perubahan kecil di halaman ini, akan tetapi perubahan besar harus dibincangkan terlebih dahulu di halaman perbualan rencana ini.

Rencana stub merupakan rencana-rencana Wikipedia yang masih belum menerima perhatian yang cukup banyak daripada penyunting-penyunting, dan oleh itu, tidak mengandungi maklumat yang mencukupi untuk dianggap sebagai rencana yang benar. Dengan kata yang lain, rencana-rencana ini merupaka maklumat yang pendek atau tidak cukup, dan memerlukan penambahan-penambahan untuk meningkatkan kebergunaan Wikipedia. Komuniti Wikipedia menghargai rencana stub sebagai langkah-langkah pertama yang berguna untuk mencapai rencana-rencana yang lengkap. Sesiapa pun boleh melengkai rencana-rencana stub itu.

Matlamat untuk rencana ini adalah untuk menyediakan suatu panduan am untuk mengendalikan rencana-rencana stub. Para pengguna disyorkan membaca bahagian Maklumat Penting yang terdiri daripada separuh rencana ini. Bahagian Maklumat Tambahan mengandungi data yang mungkin menarik minat hanya pengguna-pengguna yang lebih mahir, dan oleh itu, tidak wajib.


Jadual isi kandungan

[Sunting] Maklumat penting

Sebuah rencana stub ialah sebuah rencana yang terlalu pendek, tetapi tidak pendek sehingga tidak berguna. Secara amnya, rencana stub harus mempunyai panjang yang cukup untuk mentakrifkan tajuk rencana, dan biasanya merupakan tiga sehingga sepuluh patah ayat yang pendek. Perhatikan bahawa rencana yang lebih panjang bagi topik yang rumit mungkin masih dianggap sebagai rencana stub; sebaliknya, sebuah rencana pendek mengenai topik yang amat sempit ruang lingkupnya mungkin bukannya rencana stub.

Cara yang lain untuk mentakrifkan sebuah rencana stub ialah rencana itu tidak cukup lengkap sehingga seorang penyunting yang tidak mengetahui banyak atau langsung tidak tahu tentang topik itu boleh memperbaik kandungnya selepas carian Web yang pantas atau selepas beberapa minit di dalam perpustakaan. Sebuah rencana yang boleh diperbaik hanya oleh seorang penyunting yang berpengetahuan, atau selepas penyelidikan yang mendalam, tidak dipanggil sebagai rencana stub.

Rencana-rencana panjang yang tidak mempunyai wikifikasi (format Wikipedia) atau suntingan kopi (iaitu pengemaskinian oleh penyunting lain) biasanya tidak dianggap sebagai rencana stub. Kaedah yang biasa ialah untuk memasukkan teg pengemaskinian kepada rencana itu. Perhatikan bahawa rencana-rencana pendek yang tidak mempunyai banyak maklumat mungkin akan dicalonkan untuk penghapusan atau untuk penggabungan dengan rencana lain yang berkaitan. Wikipedia bukan sebuah kamus, tetapi mempunyai projek kembar, iaitu Wiktionary. Jika rencana anda terlalu pendek, pertimbangkanlah pengalihannya ke Wiktionary atau, lebih baik, tambahkanlah lebih banyak maklumat untuk rencana anda.

[Sunting] Membuang status stub

Selepas sebuah rencana stub telah dikembangkan dengan betul dan menjadi rencana yang benar berbanding hanya sebuah rencana stub, anda atau mana-mana satu penyunting boleh mengeluarkan teg rencana stub daripada rencana itu. Tindakan penyelia atau keizinan rasmi tidak diperlukan.

[Sunting] Pengkategorian stub

Selepas menulis atau selepas mencapai rencana yang pendek, seseorang penyunting harus memasukkan apa yang dipanggil templat stub yang memungkinkan rencana itu ditandai sebagai rencana stub. Menurut kelaziman, templat rencana stub itu harus diletakkan di bawah rencana. Oleh sebab pengenalpastian rencana stub dipaparkan dalam halaman rencana sebelum butir-butir seperti kategori dan pautan antara bahasa Wiki, templat itu biasa diletakkan pada akhir rencana, selepas bahagian Pautan luar (jika ada), dan sebelum kategori.

Templat rencana stub terdiri daripada dua bahagian yang berbeza:

  • satu pesanan ringkas yang menyatakan bahawa rencana itu merupakan sebuah rencana stub bagi sesuatu jenis yang tertentu, dan menggalakkan penyunting untuk mengembangkannya;
  • pautan kategori yang meletakkan rencana ke dalam kategori rencana stub, bersama-sama dengan rencana-rencana stub lain yang berkenaan dengan perkara yang sama.

Keperluan untuk kategori-kategori rencana stub tertimbul apabila kategori rencana stub utama — {{stub}}— menjadi begitu penuh sehingga tertimbulnya kesulitan untuk mencari rencana-rencana tentang sesuatu topik yang tertentu. Melalui kategori-kategori rencana stub, seseorang penyunting, umpamanya seorang ahli biologi, boleh mencari rencana-rencana stub melalui teg {{stub-biologi}} dengan mudah untuk mengembangkan, mengeluarkan, atau mengubahsuaikan bahan-bahan dalam rencana.

Secara amnya, kelaziman penamaan untuk templat rencana stub ialah stub-topik; untuk senarai lengkap bagi templat-templat ini, rujuklah kepada Wikipedia:WikiProjek pengisihan rencana stub/Jenis rencana stub. Ketika menandai rencana-rencana sebagai rencana stub, sila memastikan ketepatan dengan seberapa mungkin. Perbuatan ini akan menjimatkan masa penyunting-penyunting yang lain pada masa hadapan. Jika sebuah rencana bertindih dengan sebilangan kategori, lebih daripada satu templat boleh digunakan. Bagaimanapun, bubuhkanlah hanya templat-templat rencana stub yang berkaitan rapat. Untuk kes-kes seperti biografi, kewarganegaraan tokoh itu juga harus ditunjukkan. Ini boleh mengambil bentuk templat tambahan, seperti {{stub-bio-Mesir}}, atau sebagai perbaikan untuk templat yang lain, umpamanya {{stub-artis-AS}}.

Kegiatan-kegiatan mengenai rencana stub berpusat di Wikipedia:WikiProjek pengisihan rencana stub (cara mudah WP:WSS). Projek itu harus merupakan rujukan anda yang utama mengenai perkara ini.

[Sunting] Rencana stub yang ideal

Sewaktu anda menulis sebuah rencana stub, anda harus mengingati bahawa matlamat utamanya ialah untuk rencana itu diperkembangkan. Oleh itu, rencana stub anda harus mengandungi maklumat yang mencukupi untuk menjadi dasar bagi penyunting-penyunting lain berbuat demikian. Penyelidikan awal anda boleh dibuat melalui buku-buku atau enjin-enjin carian, seperti Google, Yahoo!, Clusty atau MSN Search. Anda juga boleh menyumbang dengan ilmu yang anda telah memperoleh daripada sumber-sumber lain, tetapi adalah berguna jika anda membuat sedikit penyelidikan terlebih dahulu untuk memastikan bahawa versi fakta anda adalah betul dan dari sudut pandangan berkecuali.

Mulakanlah dengan memberikan takrif atau pemerihalan topik yang berkenaan. Elakkan kesilapan takrif. Oleh sebab pemberian takrif kekadang tidak mungkin, anda harus menulis sebuah pemerihalan yang bermaklumat mengenai topik itu. Umpamanya, nyatakanlah mengapa seorang tokoh adalah masyhur, di mana sesuatu lokasi ditempatkan dan apakah tempat itu amat dikenali, atau nyatakan perincian yang asas untuk sesuatu peristiwa dan bila peristiwa itu berlaku.

Kemdian, anda harus mencuba mengembangkan takrif asas itu. Kaedah penyelidikan anda yang disebut di atas akan memberikan anda maklumat yang mencukupi untuk mengemukakan perkara-perkara yang asas bagi topik itu. Sewaktu anda mempunyai beberapa ayat yang baik, anda harus mencipta pautan dalaman untuk perkataan yang penting supaya pengguna yang tidak biasa dengan selok-belok sebenar untuk topik itu dapat memahami apa yang anda menulis dalam rencana itu.

Elakkan penciptaan pautan yang tidak perlu; jika anda berasa ragu-ragu, anda harus menggunakan butang pratonton dan cuba membaca rencana anda dari sudut pandangan seseorang yang tidak pernah mempunyai pendedahan terhadap maklumat dalam rencana anda. Jika tidak terdapat perkataan yang susah difahami atau yang relevan, jangan ciptakan sebarang pautan.

Selepas anda telah menyerahkan rencana anda, beberapa tindakan boleh terjadi. Seorang penyunting yang minat mungkin akan mengembangkannya, ataupun anda sendiri boleh mengembangkannya apabila anda memperoleh lebih maklumat tentang topik itu atau sewaktu anda mempunyai lebih masa lapang.

[Sunting] Mengesan rencana stub

Kategori: Kategori rencana stub: senarai kategori rencana stub yang utama, serta rencana-rencana di dalamnya
Kategori: Rencana stub: telah digantikan, tetapi masih menerima beberapa rencana dari semasa ke semasa
Stubsensor: skrip yang mengesan rencana panjang yang mengandungi teg rencana stub dan digunakan untuk mengendalikan projek pengemaskinian berkala.
Wikipedia: Rencana stub yang paling dikehendaki
Wikipedia: Halaman pendek

[Sunting] Maklumat tambahan

[Sunting] Kategori rencana stub baru

Jika:

  • anda mengesan sekumpulan rencana stub yang tidak sesuai untuk dimasukkan ke dalam kategori yang sedia ada; atau
  • bilangan rencana dalam sesuatu kategori rencana stub telah menjadi terlalu banyak dan mungkin boleh diperbaik melalui pembahagian supaya kategori dijadikan lebih khusus;

anda boleh mencadangkan penciptaan sebuah kategori rencana stub yang baru. Jenis kategori rencana stub yang baru akan diperdebatkan dalam Wikipedia: WikiProjek pengisihan rencana stub/Cadangan. Sebelum anda mencadangkan kategori yang baru, pastikan bahawa anda telah mempertimbangkan enam garis panduan yang berikut:

  1. Adakah sebuah kategori rencana stub untuk topik ini telah wujud?
    Periksa senarai.
  2. Adakah pengtakrifan kategori baru itu cukup rapi untuk membantu penyunting-penyunting mengesan rencana-rencana yang mereka mempunyai kepakaran untuk mengembang?
    Ingatlah bahawa penggunaan kategori-kategori rencana stub ialah suatu cara untuk memudahkan pengembangan rencana.
  3. Adakah kategori rencana stub yang baru itu meliputi lingkungan yang tidak diliputi oleh kategori yang lain, ataupun dapat menghasilkan sebuah subkategori tertakrif rapi yang boleh berbuat demikian?
  4. Sebuah kategori baru mungkin boleh dijadikan subkategori untuk lebih daripada satu kategori yang wujud, umpamanya dalam kes {{stub-bio-besbol}} yang merupakan anak untuk kedua-dua {{stub-bio-sukan}} dan {{stub-besbol}}.
  5. Adakah bilangan rencana stub terkini mewajarkan jenis kategori baru ini? Akankah bilangan rencana untuk kategori ini dalam jangka pendek mencukupi?
    Lazimnya, julat ambang ialah antara 100 hingga 300 buah rencana. Ambang ini boleh diketepikan jika kategori rencana stub itu merupakan alat untuk digunakan dalam WikiProjek. Secara amnya, mana-mana satu kategori yang baru harus mengandungi sekurang-kurang 60 buah rencana.
  6. Akankah kategori baru anda bertindih dengan kategori yang lain?
    Misalnya, rencana stub geografi diisihkan melalui negara dan oleh itu, anda tidak patut mencipta stub-gunung atau stub-sungai.
  7. Jika anda mencipta sebuah subkategori melalui pembahagian sebuah kategori yang sedia ada, akankah kategori rencana stub yang baru ini mengurangkan saiz kategori induknya dengan berkesan?
    Ini bukan suatu keperluan yang wajib, tetapi keperluan ini merupakan alasan untuk penciptaan sebahagian besar daripada kategori-kategori rencana stub yang sedia ada.

Jika anda berpendapat bahawa anda berpuas hati dengan jawapan anda terhadap garis-garis panduan ini, cadangkanlah penciptaan kategori rencana stub yang baru di Wikipedia: WikiProjek pengisihan stub/Cadangan. Jika anda tidak mendapat sebarang bantahan dalam tempoh seminggu, anda boleh memulakan penciptaan kategori rencana stub yang baru.

[Sunting] Mencipta templat stub

NOTA: Jangan mencipta kategori rencana stub baru sebelum perbincangan dalam Wikipedia: WikiProjek pengisihan rencana stub/Cadangan.

Jika cadangan anda telah dipersetujui, anda perlu mencipta sebuah templat untuk dipaparkan dalam rencana-rencana yang merupakan rencana stub. Templat ini harus dinamai dengan nama berlogik, mengikut model yang berikut: Templat: stub-topik. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada rencana ini.

Yang berikut ialah format asas untuk templat rencana stub yang baru:

<div class="boilerplate" id="stub"> ''Rencana [[A]]-berkait ialah sebuah [[Wikipedia:Rencana stub|rencana stub]]. Anda boleh membantu Wikipedia untuk {{plainlink|{{SERVER}}{{localurl:{{NAMESPACE}}:{{PAGENAME}}{{!}}action=edit}}|mengembangkannya}}''. </div>[[Kategori:Rencana stub B]]


Anda mungkin hendak menampal kod ini ke dalam templat anda yang baru dan mengubahsuaikannya dengan teks yang sesuai. Gantikanlah huruf A dan B seperti berikut:

  • A: Masukkan topik rencana stub dalam medan ini. Misalnya, jalan. Topik itu harus mempunyai sebuah rencana yang sempurna, dan bukan merupakan lagi sebuah rencana stub.
  • B: Medan ini harus digantikan dengan sebuah kategori yang sesuai, agar rencana stub itu akan disenaraikan secara automatik bersama-sama dengan rencana-rencana stub sejenisnya yang lain. Meneruskan dengan contoh dahulu, anda perlu menggantikan B dengan jalan. Apabila halaman itu disimpan, sebuah templat baru akan dicipta, iaitu {{stub-jalan}} untuk contoh ini.

Anda juga boleh mengautomasikan kaedah penciptaan templat rencana stub yang baru dengan menggunakan sintaks yang berikut:

{{subst:metastub|rencana=A|kategori=B}}


Ini akan menghasilkan sebuah pesanan yang menyatakan: "Rencana A-berkait ini ialah sebuah rencana stub. Anda boleh membantu Wikipedia untuk mengembangkannya" serta memasukkan rencana stub ini ke dalam kategori yang dinamai "rencana stub B", serupa dengan kaedah insani yang tertulis di atas.

Anda juga boleh memasukkan sebuah imej yang kecil ke dalam templat rencana stub ("ikon rencana stub") anda. Bagaimanapun, perbuatan ini tidak digalakkan kerana ia membebankan pelayan-pelayan Wikipedia. Jika anda masih hendak menggunakan imej, gunakanlah penformatan seperti yang diberikan oleh {{MetaPicstub}} (dan jangan lupa menggunakan awalan subst:). Selain itu, imej harus berada dalam domain awam ataupun mempunyai lesen yang bebas. Polisi Wikipedia tidak membenarkan penggunaan imej kegunaan adil dalam mana-mana satu templat, termasuknya templat rencana stub.

[Sunting] Mencipta kategori stub

NOTA: Jangan mencipta kategori rencana stub baru sebelum perbincangan dalam Wikipedia: WikiProjek pengisihan rencana stub/Cadangan.

Kemudian, anda harus mencipta sebuah kategori untuk mengandungi rencana-rencana yang mempunyai teg rencana stub yang baru. Jangan ciptakan kategori baru sebelum anda memasukkan templat baru ke dalam mana-mana satu rencana.

Untuk memulakan penyuntingan, anda harus mengikut pautan kategori yang merah dalam templat rencana stub yang anda telah mencipta. Dalam kes ini, ia akan termuncul sebagai Kategori: Rencana stub jalan raya. Yang berikut ialah format asas untuk kategori-kategori rencana stub:

{{Kategori rencana stub|rencana=[[A]] (satu atau lebih)|stub-baru=B|kategori=C}}
  • A: Masukkan pemerihalan kategori di sini. Kes ini ialah jalan raya. Anda boleh mengembangkan pemerihalan dengan menambahkan istilah, umpamanya, pengangkutan jalan raya.
  • B: Masukkan nama rencana stub di sini.
  • C: Masukkan nama kategori bukan rencana stub yang berperingkat lebih tinggi, umpamanya pengangkutan jalan raya untuk contoh ini.


Sintaks ini membuat empat perkara:

  1. memasukkan Kategori: Rencana stub jalan raya ke dalam Kategori: Kategori rencana stub
  2. memberikan pemerihalan kategori
  3. memaparkan teks rencana stub
  4. memasukkan kategori ini ke dalam kategori yang berperingkat lebih tinggi, iaitu untuk contoh ini, Kategori: Rencana stub jalan raya menjadi ahli Kategori: Pengangkutan jalan raya.

Oleh itu, format untuk contoh tersebut akan kelihatan seperti yang berikut:

{{Kategori rencana stub|rencana=[[Jalan raya]] atau [[Pengangkutan jalan raya]]|stub-baru=Rencana stub jalan raya|kategori=Pengangkutan jalan raya}}


Adalah lebih elok jika anda memasukkan kategori anda ke dalam kategori rencana stub yang lebih besar, jika ada. Bagaimanapun, tidak terdapatnya kategori yang lebih besar untuk Kategori: Rencana stub jalan raya.

Untuk meningkatkan keberkesanan dan darjah penglihatan kategori, anda mungkin hendak memasukkan kategori anda ke dalam beberapa kategori. Misalnya, yang berikut akan memasukkan kategori anda ke dalam kategori jalan raya:

[[Kategori: Jalan raya]]


Selepas anda tekag siap, adalah penting bahawa anda memastikan bahawa kedua-dua rencana stub dan kategori rencana stub yang baru itu dikaitkan dengan betul ke kategori-kategori yang lain. Umpamanya, untuk stub-jalan, kategori stub-jalan harus menjadi ahli Kategori: Kategori rencana stub (kerana ia merupakan kategori rencana stub) dan Kategori: Jalan raya (kerana ia merupakan kategori yang terdiri daripada jalan raya). Jika kategori anda yang baru itu dicipta daripada sebahagian kategori (atau kategori-kategori) rencana stub, kesemuanya juga harus disenaraikan di sini (umpamanya, Kategori: Rencana stub geografi Perancis harus merupakan sebahagian Kategori: Rencana stub Perancis dan Kategori: Rencana stub Eropah).

Pada ketika ini, anda perlu memasukkan kategori rencana stub yang baru ke dalam senarai ini: Wikipedia: WikiProjek pengisihan rencana stub/Jenis rencana stub

Ketika kategori rencana stub yang baru telah diluluskan oleh WP:WSS (yang biasanya perlu dibuat sebelum penciptaannya), masukkanlah templat {{WPSS-cat}} ke dalam halaman kategori anda untuk menjelaskan bahawa kategori itu telah menjalani proses penyemakan yang wajib dan telah diluluskan melalui sepersetujuan.

Jika anda mempunyai keraguan atau komen mengenai mana-mana satu bahagian proses ini, jangan teragak-agak untuk mengemukakannya di sini.

[Sunting] Lihat juga

  • Wikipedia: Pencipta rencana stub

[Sunting] Pautan luar

[Sunting] Rencana stub dalam Wiki lain

Pautan yang mengandungi (T) menandakan templat.

Our "Network":

Project Gutenberg
https://gutenberg.classicistranieri.com

Encyclopaedia Britannica 1911
https://encyclopaediabritannica.classicistranieri.com

Librivox Audiobooks
https://librivox.classicistranieri.com

Linux Distributions
https://old.classicistranieri.com

Magnatune (MP3 Music)
https://magnatune.classicistranieri.com

Static Wikipedia (June 2008)
https://wikipedia.classicistranieri.com

Static Wikipedia (March 2008)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com/mar2008/

Static Wikipedia (2007)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com

Static Wikipedia (2006)
https://wikipedia2006.classicistranieri.com

Liber Liber
https://liberliber.classicistranieri.com

ZIM Files for Kiwix
https://zim.classicistranieri.com


Other Websites:

Bach - Goldberg Variations
https://www.goldbergvariations.org

Lazarillo de Tormes
https://www.lazarillodetormes.org

Madame Bovary
https://www.madamebovary.org

Il Fu Mattia Pascal
https://www.mattiapascal.it

The Voice in the Desert
https://www.thevoiceinthedesert.org

Confessione d'un amore fascista
https://www.amorefascista.it

Malinverno
https://www.malinverno.org

Debito formativo
https://www.debitoformativo.it

Adina Spire
https://www.adinaspire.com