Ban Ki-moon
From Wikipedia
Ban Ki Moon lahir pada 13 Jun 1944 telah berkhidmat sebagai Menteri Perdagangan dan Hal Ehwal Luar negara Republik Korea Selatan sejak Januari 2004. Gelaran Ban Ki Moon ialah Ban-chusa yang bermaksud 'kerani pentadbiran. Beliau merupakan calon terbaik dari Asia untuk jawatan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Pendidikan
Beliau menerima ijazah pertama jurusan Hubungan Antarabangsa dari Univerisiti National Seoul tahun 1970 dan mendapat Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam dari Sekolah John F. Kennedy di Universiti Harvard tahun 1985.
[Sunting] Perkahwinan
Ban Ki Moon telah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki dan dua perempuan.
Ban dijangka menggantikan Kofi Annan sebagai Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mulai 1 Januari 2007
[Sunting] Kerjaya
Ban Ki Moon mula bertugas sebagai pegawai luar di New Delhi, India. Selepas bertugas di Bahagian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di ibu pejabat, beliau bertugas serbagai Setiausaha utama di Unit Penyelidikan untuk Korea Selatan di PBB di bandaraya New York. Kemudian menjawat Pengarah di bahagian PBB.
Beliau pernah betugas dua kali di Kedutaan Korea di Washington D.C.Tugasnya sebagai pengarah berkaitan dengan hal elwal Amerima dari 1990-1992.Seterusnya dilantik sebagai Timbalan Menteri Perancangan dan Organisasi Antarabangsa pada 1995. Tahun 1996 dilantik sebagai Penasihat Keselamatan Kebangsaan kepada Presiden Korea Selatan dan kemudian sebagai Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri tahun 2000 .Beliau adalah penasihat dasar hubungan antarabangsa kepada Presiden Roh Moo-hyun.
Semasa bertugas di kedutaan Korea Selatan di Austria, Ban terpilih sebagai Pengerusi Pertubuhan Menghalang Ujian (CTBTO PrepCom) pada 1999.
Ban aktif dalam banyak isu hubungan antarabangsa Korea Selatan.Tahun 1992 beliau berkhidmat sebagai Timbalan Pengerusi kepasa Jawatan Kuasa Kawalan Nuklear Utara-Selatan.Pada September 2005 sebagai Menteri Luar Negeri, beliau memainkan peranan sebagai menyelesaikan isu nuklear Korea Utara pada Pusingan Keenam di Beijing, China.
[Sunting] Calon Setiausaha Agung PBB
Pada Februari 2006, Ban menawarkan diri menggantikan Kofi Annan sebagai Setiausaha Agung PBB yang akan tamat hujung 2006.Inilah pertama kali rakyat Korea Selatan menawarkan diri sebagai Setiausaha Agung PBB.
Ban merupakan empat calon terakhir dalam senarai Majlis Keselamatan PBB.Pada undian ke-4 di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu , beliau disokong oleh lima kuasa dunia utama yang mempunyai kuasa veto. Selepas undian ,Shashi Tharoor dari India pula menarik diri.
[Sunting] Anugerah
Ban dikurnia Anugerah Khidmat Cemerlang pada 1975 and 1986 oleh Kerajaan Republik Korea Selatan.Beliau juga menerima Pingat Kepujian dari kerajaan Austria pada 2001 .Setahun kemudian kerajaan Brazil menganugerahkan Grand Cross of Rio Branco . Pada September 2005,masyarakat Korea Selatan di New York menganugerahkan Pingat Van Fleet atas sumbangannya kepada hubungan baik Korea Selatan - Amerika Syarikat.,