Kuasa veto
From Wikipedia
Kuasa veto merujuk kepada hak yang diberi kepada seseorang atau sesuatu kumpulan untuk menolak sebarang keputusan undang-undang yang diluluskan oleh beberapa ahli yang lain. Veto berasal dari bahasa Latin yang bermaksud "Saya larang". Biasanya hak ini adalah terhad sebab eksekutif dan penggubal undang-undang mempunyai tanggungjwab serta tugas yang berlainan seperti termaktub di dalam konsep pembahagian kuasa.
[Sunting] Kuasa veto secara praktik
Di bawah perlembagaan AS, presidennya mempunyai kuasa veto keatas sebarang rang undang-undang yang diluluskan Kongres. Namun kuasanya adalah terhad dan ianya boleh dimansuhkan dengan undi dua pertiga dari kedua-dua dewan Kongres.
Kuasa veto juga boleh dilihat di Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu. Lima ahli tetapnya iaitu China, Perancis, Great Britain, Amerika Syarikat, dan Rusia (sehingga 1991 - USSR) — masing-masing mempuyai kuasa veto.