Universiti Putra Malaysia
From Wikipedia
Universiti Putra Malaysia | |
Moto | ? |
Ditubuhkan | Oktober 1971 |
Canselor | Sultan Selangor |
Naib-Canselor | ? |
Lokasi | Serdang |
Pelajar | ? |
Laman web | http://www.upm.edu.my/ |
Universiti Putra Malaysia telah ditubuhkan pada 29 Oktober 1971, sebagai Universiti Pertanian Malaysia, melalui penggabungan antara Fakulti Pertanian Universiti Malaya dan Kolej Pertanian Malaya Serdang. Universiti ini bermula dengan tiga buah fakulti iaitu Pertanian, Perhutanan, dan Kedoktoran Veterinar dan Sains Penternakan dan terus kekal sebagai sebuah universiti tradisional yang memberikan tumpuan terutama kepada pendidikan ijazah pertama, penyelidikan dalam bidang pertanian dan bidang yang berkaitan. Walau bagaimanapun, pada awal tahun 80-an, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah memperluaskan bidang tumpuannya dengan memasukkan bidang Sains dan Teknologi.
Pada tahun 1994, UPM memulakan satu rancangan yang bercita-cita tinggi untuk membina Universiti Masa Hadapan yang menyediakan sistem-sistem penyampaian yang lebih baik dan terkini dalam pendidikan sains dan teknologi dengan memanfaatkan bidang teknologi maklumat (IT) yang sedang pesat berkembang. UPM telah bertukar dengan pesatnya menjadi kampus tanpa sempadan yang melampaui sempadan kebangsaan.
Kemuncak dari itu ialah dengan penukaran nama Universiti Pertanian Malaysia kepada Universiti Putra Malaysia pada 3 April 1997 oleh YAB Perdana Menteri ketika itu Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad. la adalah merupakan satu langkah strategik untuk mencerminkan kedudukan UPM sebagai sebuah pusat pengajian tinggi yang berupaya menawarkan pelbagai program pengajian bagi menghadapi alaf baru pembangunan masa hadapan negara.
UPM merupakan salah sebuah daripada 3 universiti di Malaysia yang bertaraf universiti penyelidikan. Lagu rasmi UPM ialah "Putra Gemilang".
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Perkembangan UPM
Universiti Putra Malaysia memulakan program akademiknya pada bulan Julai 1973 di Serdang, Selangor dengan tiga fakulti asas iaitu Fakulti Pertanian, Fakulti Perhutanan, Fakulti Kedoktoran Veterinar dan juga Bahagian Sains Asasi. Kini UPM menawarkan 73 program Sarjana Muda, 8 program Diploma termasuk program-program diploma yang ditawarkan di Kampus UPM Cawangan Bintulu dan 12 program pengajian siswazah di peringkat sarjana (M.Sc./M.A.) dan falsafah kedoktoran (Ph.D.) Setakat ini Universiti Putra Malaysia mempunyai 15 fakulti, 8 pusat, 6 institut, 2 sekolah, 2 akademi, sebuah taman dan sebuah kampus cawangan iaitu:
[Sunting] Senarai fakulti
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Fakulti Ekologi Manusia
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Fakulti Kejuruteraan
Fakulti Pengajian Pendidikan
Fakulti Perhutanan
Fakulti Pertanian
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
Fakulti Perubatan Veterinar
Fakulti Rekabentuk dan Senibina
Fakulti Sains dan Pengajian Alam Sekitar
Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat
Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi
Fakulti Sains Pertanian dan Makanan (Kampus Bintulu)
Fakulti Sains Sosial dan Pengurusan (Kampus Bintulu)
[Sunting] Senarai pusat
Pusat Islam
Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Pusat Pemajuan Profesional (PACE)
Pusat Pembangunan Akademik
Pusat Pembangunan Perniagaan
Pusat Pendidikan Luar
Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC)
Pusat Perkhidmatan Kerjaya dan Alumni
[Sunting] Senarai institut
Institut Biosains
Institut Gerontologi
Institut Multimedia
Institut Pengajian Komuniti dan Keamanan (PEKKA)
Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM)
Institut Teknologi Maju (ITMA)
Institut Kajian Dasar Pertanian dan Makanan (IKDPM)
[Sunting] Senarai Taman, sekolah dan akademi
Taman Pertanian Universiti
Sekolah Pengajian Siswazah
Sekolah Pengajian Siswazah Pengurusan
Akademi Hutan Hujan
Akademi Sukan
[Sunting] UPM Kampus Bintulu, Sarawak
Antara kursus yang ditawarkan oleh UPM Kampus Bintulu adalah seperti berikut:
- Diploma Pertanian
- Diploma Perhutanan
- Diploma Kejuruteraan (kecemasan & keselamatan)- tidak lagi ditawarkan
- Diploma Perikanan
- Diploma Pengurusan Perniagaan- tidak lagi ditawarkan
- Bacelor Sains Bio Industri
- Diploma Kesihatan Haiwan dan Peternakan
- Diploma Pengurusan Perladangan Makanan
[Sunting] Pautan luar
- Laman web rasmi UPM
- Puast Sukan UPM
- Maklumat mengenai kursus-kursus yang ditawarkan di UPMKB
- Institut Kajian Dasar Pertanian dan Makanan (IKDPM)
- Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
Universiti-universiti di Malaysia |
Universiti Kebangsaan Malaysia • Universiti Malaya • Universiti Malaysia Sabah • Universiti Malaysia Sarawak • Universiti Putra Malaysia • Universiti Sains Malaysia • Universiti Teknologi Malaysia • Universiti Pendidikan Sultan Idris • Universiti Utara Malaysia • Universiti Teknologi MARA • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia • Universiti Darul Iman Malaysia |