Universiti Kebangsaan Malaysia
From Wikipedia
Universiti Kebangsaan Malaysia | |
Moto | |
Ditubuhkan | Mei 1970 |
Canselor | Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan |
Naib-Canselor | Prof. Dato’ Dr. Mohamed Salleh bin Mohamed Yasin |
Lokasi | Bandar Baru Bangi |
Pelajar | |
Laman web | http://www.ukm.my/ |
Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan salah sebuah universiti yang terdapat di Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ditubuhkan secara rasmi pada 18hb Mei 1970. Kampus sementaranya dibuka di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Kini, kampus utama Universiti Kebangsaan Malaysia terletak di Bandar Baru Bangi, Selangor. Terdapat juga sebuah hospital pengajar, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di Cheras, Kuala Lumpur dan sebuah kampus cawangan, juga di Kuala Lumpur.
Sejarah asal tertubuhnya universiti ini adalah daripada idea seorang tokoh pendidik Malaysia, A. Kadir Adabi, yang mencadangkan supaya sebuah universiti ditubuhkan untuk orang Melayu. Selepas merdeka, masalah perlanjutan pelajaran bagi pelajar sekolah menengah aliran Melayu dan sekolah agama Islam menyemarakkan lagi idea ini.
Kini UKM telah berkembang pesat dan mempunyai 12 buah fakulti, 5 buah pusat, sebuah institut, dan sebuah biro penyelidikan. UKM merupakan salah sebuah daripada 3 universiti di Malaysia yang bertaraf universiti penyelidikan.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Asas penubuhan UKM
- Penubuhan UKM adalah pendaulatan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu
- UKM dilihat sebagai kemuncak memperkukuhkan sistem pelajaran kebangsaan.
- UKM dapat menampung lulusan sekolah menengah aliran Melayu.
- Melahirkan warganegara yang setianya kepada negara ini.
- Mengeluarkan siswazah yang sihat, berpandangan serta berfikiran luas.
[Sunting] Matlamat utama UKM
- Memperluaskan Bahasa Melayu sebagai Bahasa llmu
- Pengukuhan Bidang penyelidikan
- Meningkatkan pasaran program prasiswazah dan siswazah
- Meningkatakn kecemerlangan pelajar
- Meningkatkan keantarabangsaan UKM
- Menyediakan UKM untuk menerajui Era Teknologi Maklumat
- Menarik, mengekal dan memapankan Sumber manusia
- Mempastikan belanjawan mengikut perancangan
- Menyediakan infrastruktur fizikal dan sekitaran untuk menyokong kegiatan akademik
- Melaksanakan budaya kerikatan kepada kualiti
[Sunting] Sejarah penubuhan
- Tahun 1930-an lagi cendekiawan dan politikus Melayu mendesak Kerajaan British menyediakan kemudahan pendidikan tinggi kepada anak-anak Melayu. Antara tokoh tersebut ialah Abdul Kadir Adabi. Persatuan Guru-Guru Melayu Semenanjung pula mahukan pendaulatan Bahasa Melayu di peringkat universiti.
- 1963 Seminar Bahasa dan Sastera telah diadakan . Hasil seminar ini mahukan universiti yang ‘benar-benar bercorak kebangsaan’. Sebuah universiti Islam turut dibincangkan.
- 25 Ogos 1968, penubuhan Jawatankuasa Penganjur Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia. Tokoh yang terlibat ialah Zainal Abidin Wahid, Abu Bakar Hamid, Tunku Shamsul Bahrin, Syed Husin Ali dan lain-lain.
- 18 Mei 1970 Universiti Kebangsaan Malaysia ditubuhkan secara rasmi. Kampus sementaranya terletak di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Universiti ini hasil citarasa ‘kebangsaan’ dan ’Islam’. Pelajar sulungnya seramai 192 orang. Ada 3 fakulti iaitu Fakulti Sastera, Fakulti Sains dan Fakulti Islam. Ramai tenaga pengajar diambil dari Indonesia.
[Sunting] Perkembangan UKM
UKM telah mengeluarkan :
- 61, 000 graduan peringkat pra-siswazah
- 2258 peringkat sarjana
- 252 peringkat doktor falsafah
- Daripada 3 fakulti kepada 17 fakulti dan 3 institut
- 1494 tenaga pengajar termasuk dari Indonesia, Britain, Amerika Syarikat, Thailand, Kanada, Jerman, Belanda, Mesir dan Australia.
- Lebih 30,000 pelajar berdaftar
- Penuntutnya termasuk dari Jepun, Amerika Syarikat, Jerman, Mali, Filifina, Indonesia, Jordan, Libya, Peranchis dan Brunei, China, Korea, Kenya, Singapura dan Thailand.
- Cawangan UKM di Sabah ditubuhkan pada tahun 1974.
- Pengukuhan penggunaan Bahasa Melayu di Malaysia dan dunia
- Menyumbang kepakaran kepada masyarakat, negara dan dunia.
[Sunting] Organisasi pentadbiran
Asasnya penubuhan sebuah Universiti adalah diketuai oleh DYMM Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Ja’far Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman. Baginda merupakan Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia. Sebagai jawatan kehormat yang tertinggi peranan utama baginda adalah sebagai lambang pengiktirafan sesebuah universiti ini.
Terdapat 2 orang Pro Canselor iaitu Tan Sri Datuk (Dr.) Abdullah bin Hj. Mohd Salleh dan Tengku Tan Sri Dato’ Seri Ahmad Rithaudeen Al Haj bin Tengku Ismail
Secara umumnya carta organisasi pengurusan UKM diketuai oleh Lembaga Pengarah Universiti. Dan dibantu oleh Dewan Senat Universiti. Dibawahnya terdapat Naib Canselor yang bertindak kepada timbalan-timbalan Naib Canselor. Terdapat 3 jawatan utama di dalam pengurusan UKM ini iaitu Timbalan Naib Canselor (TNC) Akademik, Hal Ehwal Pelajar dan Hal Ehwal Pembangunan. Para TNC ini bertindak sebagai pengarah kepada tiap portfolio masing-masing.
Setara dengan peringkat TNC terdapat 5 jawatan utama yang menggerakkan UKM dari sudut pentadbiran dan kewangan. Iaitu Pengurus Besar Kewangan atau dikenali Bendahari, Ketua Pustakawan, Pengurus Besar Pentadbiran atau Pendaftar, Pengarah Urusan dan Pejabat Canselori yang berkait dengan Perhubungan Awam.
TNC Akademik adalah merupakan jawatan yang paling besar peranan kerana ia mempunyai tanggungjawab kepada setiap fakulti di UKM. Terdapat 22 fakulti, Institut dan Pusat dibawah pentadbiran TNC Akademik. Justeru itu keberkesanan pengurusan TNC Akademik akan menentukan halatuju dan kualiti pendidikan UKM sendiri.
[Sunting] Pautan luar
Universiti-universiti di Malaysia |
Universiti Kebangsaan Malaysia • Universiti Malaya • Universiti Malaysia Sabah • Universiti Malaysia Sarawak • Universiti Putra Malaysia • Universiti Sains Malaysia • Universiti Teknologi Malaysia • Universiti Pendidikan Sultan Idris • Universiti Utara Malaysia • Universiti Teknologi MARA • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia • Universiti Darul Iman Malaysia |