Hab penerbangan
From Wikipedia
Hab Penerbangan ialah lapangan terbang yang menjadi tumpuan hampir atau kesemua operasi syarikat penerbangan itu. Selalunya, hab menjadi tumpuan penumpang-penumpang untuk ke destinasi-destinasi mereka. Bagi maskapai penerbangan yang mempunyai armada besar, habnya selalunya sebuah lapangan terbang yang besar seperti Lapangan Terbang Antarbangsa Hartsfield-Jackson, Atlanta di Amerika Syarikat yang menjadi hab Delta Airlines, salah sebuah penerbangan gergasi Amerika Syarikat. Malahan, bagi syarikat penerbangan yang besar seperti United Airlines dan British Airways mempunyai lebih daripada satu hab. Hab juga dilihat sebagai kubu kuat penerbangan yang bertumpu disitu.