Lapangan terbang
From Wikipedia
Lapangan Terbang merupakan tempat persinggahan kapal terbang samada kapal terbang awam atau tentera. Ianya dipanggil lapangan terbang sebab tempat ini memerlukan kawasan yang luas serta lapang bagi menempatkan landasan kapal terbang atau "runway" untuk membolehkan kapal terbang besar seperti "Jumbojet" berdarat dan berlepas. Biasanya landasan kapal terbang adalah panjang iaitu lebihkurang 2 km. Namun terdapat lapangan terbang dibeberapa kepulauan di dunia ini mempunyai lapangan terbang yang kecil dan ia boleh menampung kapal terbang yang kecil atau sederhana besar sahaja. Lapangan tersebut diberi nama aerodromes, airfields atau landing strips. Disamping itu, setiap lapangan terbang biasanya mempunyai menara kawalan.