British Airways
From Wikipedia
British Airways | |||
---|---|---|---|
IATA BA |
ICAO BAW |
Pengenalan Speedbird / Shuttle |
|
Penubuhan | 1924 (sebagai Imperial Airways) | ||
Hab | Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow Lapangan Terbang Antarabangsa Gatwick |
||
Bandar Tumpuan/ Hab kedua | Lapangan Terbang Antarabangsa Manchester Lapangan Terbang Antarabangsa Birmingham |
||
Program frequent flyer | Executive Club | ||
Lobi ahli | Executive Club Lounge | ||
Perikatan | oneworld | ||
Bilangan pesawat | 363 | ||
Destinasi | 222 | ||
Syarikat Induk | British Airways Plc. | ||
Ibu pejabat | London, England, United Kingdom | ||
Tokoh | Willie Walsh (CEO) Rod Eddington (bekas CEO) |
||
Laman Web | www.ba.com |
British Airways atau BA adalah syarikat penerbangan terbesar di United Kingdom dan antara yang terbesar di dunia. Kebanyakkan perkhidmatannya ditumpukan di Eropah dan Amerika Utara. Heathrow dan Gatwick yang terletak di London merupakan hab British Airways.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Sejarah
Permulaan BA adalah sinonim dengan permulaan aviasi komersial iaitu selepas Perang Dunia Pertama. Pada 25 Jun 1919, Aircraft Transport and Travel (AT&T) melancarkan penerbangan komersial pertama dunia dengan menghubungkan London dan Paris. Instone, Handley Page, Daimler Airways dan British Air Marine Navigation menubuhkan Imperial Airways pada 13 Mac 1954. Imperial Airways beroperasi ke Australia dan Afrika.
Pada masa yang sama, penerbangan-penerbangan kecil mula muncul di United Kingdom. Salah satunya ialah British Airways Ltd. Atas arahan kerajaan UK British Airways Ltd digabungkan dengan Imperial Airways untuk membentuk penerbangan kebangsaan UK iaitu British Overseas Airways Corporation (BOAC) pada tahun 1939.
Permulaan era jet pada tahun 1950 dipelopori oleh BOAC dengan penggunaan De Havilland Comet. Pada tahun 1974, BOAC ditukar menjadi British Airways dan serentak dengan Air France, memulakan pernerbangan supersonik selaras pelancaran Concorde pada tahun 1976
Lord King dilantik sebagai Pengerusi BA baru pada tahun 1981. Misi beliau ialah mengswastakan BA dan dengan itu Colin Marshall dilantik menjadi CEO. Semenjak itu, BA terus berkembang dan kini menjadi salah satu penerbangan utama dunia.
[Sunting] Data kod
[Sunting] Pesawat
- Airbus A319-100(33)
- Airbus A320-100(5)
- Airbus A320-200(21)
- Airbus A321-200(6)
- Boeing 737-300(5)
- Boeing 737-400(19)
- Boeing 737-500(10)
- Boeing 747-400(57)
- Boeing 757-200(13)
- Boeing 767-300ER(20)
- Boeing 777-200(3)
- Boeing 777-200ER(40)
[Sunting] Destinasi
Untuk rencana lanjutan lihat Destinasi-destinasi British Airways
BA hari ini terbang kesuluruh dunia, meliputi kesemua benus di dunia
[Sunting] Pautan luar
Ahli-ahli Oneworld Alliance | ||
Aer Lingus | American Airlines | British Airways | Cathay Pacific | Finnair | Iberia Airlines | Lan | Qantas Ahli mendatang Malév |