Boeing 737
From Wikipedia
Boeing 737 ialah pesawat komersial untuk penerbangan julat pendek dan sederhana. Pertama kalinya dibuat pada tahun 1967, Boeng 737 adalah produk Boeing yang paling berjaya dengan jualan sebanyak 5000.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Sejarah
Pada era 60-an, pesawat penumpang berkapasiti rendah dan berjulat pendek dijuarai oleh BAC 1-11 dan Douglas DC-9. Boeing ketika itu boleh dikatakan terkebelakang berbanding dengan pesaing-pesaingnya dalam pembinaan pesawat berjulat pendek. Pada 1964, Boeing memulakan program pembangunan 737 tetapi, untuk menjimatkan masa Boeing menggunakan semula rekaan Boeing 707 dan Boeing 727 dalam pembangunan 737. Ini merupakan satu kelebihan bagi 737 kerana lebar fuselaj 737 yang direka ini mempu memuatkan enam tempat duduk, lebih satu tempat duduk berbanding BAC 1-11 dan Douglas DC-9. Akan tetapi, keputusan itu juga menyebabkan rekaan tersebut menjadi lapuk dan menimbulkan pelbagai masalah untuk sebarang rancangan pemodenan akan datang.
737-100 adalah rekaan pertama Boeing dan disebabkan fizikalnya yang pendek dan gemuk, Boeing menggelarkannya "FLUF" untuk 'Fat Little Ugly Fella' dimana pada masa yang sama, industri penerbangan memberi gelaran 'Baby Boeing'. Siri -100 dan -200 dapat dibezakan dengan siri-siri yang lain dengan melihat kedudukan enjinya yang bercantum dengan sayap pesawat. Manakala Pratt and Whitney JT8D adalah enjin asal untuk model ini
Penerbangan perdana 737 (sebuah pesawat siri 100) adalah pada 9 April,1967 dan penerbangan komersial pada Februari 1968 oleh Lufthansa. Bagi 737-200, penerbangan perdananya ialah pada 8 Ogos,1967. Akan tetapi, hanya 30 pesawat 737-100 sahaja yang memasuki perkhidmatan.
Pada awal 1980, 737 mengalami perubahan yang besar, iaitu penggantian enjin 737 dari JT8D kepada CFM56. Walaubagaimanapun, enjin ini terlalu besar berbanding dengan JT8D dan menyebabkan ianya diampu oleh sayap dan bahagian bawah enjin ini terpaksa diratakan untuk tujuan kelegaan bumi. 737-300 memasuki perkhidmatan pada tahun 1984
Pada 1990 pula, kemunculan Airbus A320 yang dilengkapi dengan teknologi tinggi merupakan satu saingan baru bagi 737. Dan pada tahun 1993 Boeing memulakan pembangunan '737 - X Next Generation (NG)'. Program ini adalah untuk pembinaan siri -600, -700, -800 dan -900.
Dalam pembinaan NG ini, perubahan dilakukan dengan mereka sayap baru, alatan elektronik yang baru dan rekaan semula enjin pesawat. 737 NG dilengkapi dengan teknologi-teknologi dari Boeing 777, tingkap kokpit berteknologi tinggi, sistem dalaman pesawat yang baru (diambil dari 777), dengan penambahan menjadi sayap lawi yang mengurankan kos minyak dan memperbaiki perlepasan pesawat. Pesawat 737 NG boleh dikatakan sebagai sebuah model baru kerana ciri-cirinya yang banyak berbeza dengan siri-siri yang lama. Akan tetapi, Boeing berhenti menggunakan sistem terbang dengan dawai yang digunakan oleh Airbus A320.
Pada tahun 2001, Boeing membina 737-900 yang mampu terbang lebih jauh dan menampung penumpang lebih banyak dari 707.
[Sunting] Variasi
Buat masa ini, siri-siri 737 boleh dikategorikan kepada tiga iaitu
- Original: the 737-100 dan -200 (Dibina dalam 1967 - 1988)
- Klasik: the 737-300, -400, dan -500 (Dibina dalam 1983 - 2000)
- Next-Generation (atau 737 NG): 737-600, -700, -800, dan -900 (Dibina dari tahun 1997 - hari ini)
Variasi juga terdapat dalam seseparuh pesawat dalam generasi yang sama:
- 737-100 — terkecil, reka letak original
- 737-200 — siri -100 yang dipanjangkan unyuk memnuhi pasaran Amerika Syarikat
- variasi-variasi lain:
- 737-221 (Pan American World Airways)
- 737-222 (United Airlines)
- 737-233 (Air Canada)
- 737-2B7 (USAir)
- 737-500, 737-600 — siri pendek untuk -300 dan -700
- 737-300, 737-700 — model baru, seperti 737-200 yang dipanjangkan
- 737-400, 737-800 — siri yang dipanjangkan untuk digunakan untuk perbangan ulang alik dan kegunaan korporat
- 737-900 dan 900X — versi terbaru yang dipanjangkan
- 737-700IGW, 737-800ERX — variasi untuk kegunaan ketenteraan (lihat Variasi Ketenteraan).
Terdapat juga variasi 737 yang lain iaitu Boeing Business Jet (BBJ dan BBJ2). Rekaan ini berdasarkan siri -700 tetapi sayapnya disesuaikan dengan sayap siri -800, manakala BBJ2 adalah berdasarkan 737-800. BBJ berkeupayaan untuk terbang lebih jauh dan kebanyakkan pesawat ini digunakan oleh ahli-ahli korporat dan kerajaan-kerajaan di seluruh dunia. Kerajaan Malaysia adalah salah satu daripada operator-operator pesawat ini
[Sunting] Variasi Ketenteraan
737 juga terdapat didalam beberapa variasi untuk kegunaan tentera.
- T-43, a 737-200 - digunakan untuk latihan oleh Tentera Udara Amerika Syarikat (US Air Force).
- C-40 Clipper, sebuah 737-700 - untuk kegunaan U.S. Navy menggantikan C-9 Skytrain II.
- Project Wedgetail, sebuah 737-700IGW - Ini adalah versi AEW&C berdasarkan 737 NG. Australia ialah pelanggan pertama diikuti dengan Turki, Korea Selatan, dan Itali.
- Multimission Maritime Aircraft (MMA), sebuah 737-800ERX - Pada 14 Jun, 2004, Bahagian Sistem Pertahanan Bersepadu Boeing berjaya mengalahkan Lockheed Martin didalam saingan untuk menggantikan pesawat patrol maritim P-3 Orion. Tempahan pertama daripada U.S. Navy adalah melebihi 100 diikuti dengan tempahan dari luar.
[Sunting] Am
- Kelajuan Terbang: Mach 0.74 , 420 knots (780 km/h) (Original & Klasik)
- Kelajuan Terbang: Mach 0.78, 440 kt (815 km/h) (NG)
- Perejangan: 2 nisbah bawaan tinggi bagi enjin-enjin turbofan, adalah diantara 64.4 kN dan 117.3 kN setiap satu
- Pratt & Whitney JT8D (100, 200)
- CFMI CFM56-3 (300, 400, 500)
- CFMI CFM56-7 (600, 700, 800, 900, 900X)
- Jangkauan maksimum:
- 3,050 batu nautika (5,650 km) (600)
- 3,060 batu nautika (5,670 km) (700, 800)
- 2,745 batu nautika (5,080 km) (900)
- Rentang sayap: diantara 28.3 m dengan 34.3 m (93.0 kaki dengan 112.6 kaki) (36 m untuk sayap lawi bagi -700, -800, -900)
- Panjang:
- 31.2 m (102.5 kaki) (600)
- 39.5 m (129.5 kaki) (700, 800)
- 42.1 m (138.2 kaki) (900)
- Ketinggian ekor pesawat:
- 12.6 m (41.3 kaki) (600)
- 12.5 m (41.2 kaki) (700, 800, 900)
- Berat maksimum untuk naik terbang (takeoff):
- 65,090 kg (143,500 lb) (600)
- 79,010 kg (174,200 lb) (700, 800, 900)
- Kapasiti: 85 ke 189 penumpang
- Kos: USD $44 juta hingga $74 juta mengikut senarai harga 2004 [1]
- Autopilot, paparan, navigasi and penderia oleh Honeywell
- Seksyen 41, fuselaj, dan kebanyakkan bahagian dibuat di Wichita, Kansas. Pengumpulan terakhir di Seattle-Renton, Washington.
[Sunting] Kecelakaan
- Hilang kawalan: 108 dengan kematian jiwa seramai 2802
- Lain-lain: 6 dengan kematian jiwa seramai 242
- Rampasan Pesawat: 96 dengan kematian jiwa seramai 325
Komponen Berkaitan | |
---|---|
Perkembangan terkini |
C-40 Clipper - T-43 - MMA - Wedgetail |
Pesawat udara setara |
Boeing 717 - Airbus A320- Avro Jetliner- EMBRAER E-Jets- Bombardier CSeries- |
Siri Diberi | |
Daftar berkait |
Senarai operator 737 - Daftar syarikat penerbangan - Daftar pesawat awam |