Taman Negara
From Wikipedia
Taman Negara terletak di sempadan negeri-negeri Pahang Darul Makmur, Terengganu Darul Iman dan Kelantan Darul Naim dan meliputi kawasan hutan hujan seluas 4343 kilometer persegi dan berusia 130 juta tahun. Gunung Tahan, iaitu gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia juga terletak di Taman Negara. Taman Negara boleh dijelajahi melalui - Kuala Tahan, Sungai Relau (berhampiran pekan Merapoh),Kuala Koh dan Kuala Pertang. Taman Negara mempunyai banyak kawasan makanan untuk haiwan misalnya di Jenut Belau dan merupakan tempat kediaman kebanyakan hidupan liar yang semakin pupus, termasuk harimau, tenuk, gajah, rusa, babi hutan, pelandok, seladang dan lain-lain lagi. Nama asal Tanam Negara sebelum merdeka adalah Taman Negara King George V.
Pelancong ke Taman Negara juga boleh memilih untuk menyertai aktiviti memancing terutamanya di Lata Berkoh dan Sungai Kenyam. Terdapat 300 spesies ikan terutamanya dari keluarga kap seperti ikan kelisa, ikan kelah, dan lain-lain lagi banyak terdapat di sungai-sungai di Taman Negara. Pelancong juga boleh menyewa bot untuk aktiviti memancing dan sukan air.
Selain memancing di di Lata Berkoh dan Sungai Kenyam, para pelawat juga boleh memilih untuk memancing di Sungai Tahan yang mempunyai air terjun setinggi 152 meter dari Kuala Teku di kaki Gunung Tahan.
[Sunting] Aktiviti yang sesuai di sini
- pengunjung boleh menikmati keindahan hutan waktu malam sambil mengintai pelbagai fauna, terutama burung, kucing dan babi hutan yang sebenarnya sentiasa berkeliaran berhampiran anda.
- Mendaki Bukit Teresik setinggi 334 meter dari paras laut atau menjengah kehidupan dan menghidu bau alam dalam Gua Telinga .
- Berjalan atas Laluan Kanopi yang terbentang panjang. Dari atas kanopi terpanjang di dunia ini, pokok-pokok besar dalam hutan kelihatan sayup.
- Menyusuri Sungai Tembeling yang kaya dengan cerita sejarahnya. Berdebar campur seronok menongkah arus deras ketika melalui tujuh jeram (antaranya Jeram Dedari, Nusa, Katak, Panjang dan Abai). Ada disediakan jaket keselamatan, kalau tercampak ke sungai, tidaklah tenggelam!
- Singgah di Dedari tempat tinggal masyarakat orang asli kaum Bateq. Pengunjung boleh belajar cara menghidupkan api cara mereka; pengetahuan paling berguna jika berkhemah.
- Menyusuri Sungai Tahan dengan mandi manda di Lubuk Simpon atau di Air Terjun Lata Berkoh.
- Melawat Pusat Santuari Ikan kelah. Anda boleh beri ikan makan, dan mandi bersama ikan liar yang mahal ini.
[Sunting] Rainforest Resort
Rainforest Resort dipunyai oleh Datuk Wan Abu Bakar Wan Mohamad, anak jati Ulu Tembeling . Beliau bijak mengadun landskap resort ini yang baru mencecah dua tahun .Resort dihias indah dengan beraneka jenis tumbuhan; secara tidak langsung turut menarik kedatangan beraneka jenis burung yang menceriakan suasana pagi di resort di tebing Sungai Tembeling ini.
Dari dalam bilik, pengunjung berpeluang melihat pelbagai spesies burung yang tampak jinak berkicau riang.Kanak-kanak kota pasti lucu melihat aksi tupai yang melompat lincah dari dahan ke dahan.
[Sunting] Cara ke sana
- Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan perkhidmatan dari Kuala Lumpur ke Kuala Tembeling
- Menaiki bas ekspres dari Puduraya , Kuala Lumpur ke Jerantut dan kemudian mengambil teksi untuk ke Kuala Tembeling.
- Dari jeti, pelancong perlu menaiki bot selama tiga jam untuk sampai ke Kuala Tahan.
- Jika berkereta , anda boleh menggunakan laluan ke Taman Negara yang mengambil masa kira-kira lima jam perjalanan dari ibu kota.
Negeri dan Wilayah Persekutuan di Malaysia | |
---|---|
Negeri: Johor | Kedah | Kelantan | Melaka | Negeri Sembilan | Pahang | Perak | Perlis | Pulau Pinang | Sabah | Sarawak | Selangor | Terengganu | |
Wilayah Persekutuan: Kuala Lumpur | Labuan | Putrajaya |