Ebooks, Audobooks and Classical Music from Liber Liber
a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z





Web - Amazon

We provide Linux to the World


We support WINRAR [What is this] - [Download .exe file(s) for Windows]

CLASSICISTRANIERI HOME PAGE - YOUTUBE CHANNEL
SITEMAP
Audiobooks by Valerio Di Stefano: Single Download - Complete Download [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Alphabetical Download  [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Download Instructions

Make a donation: IBAN: IT36M0708677020000000008016 - BIC/SWIFT:  ICRAITRRU60 - VALERIO DI STEFANO or
Privacy Policy Cookie Policy Terms and Conditions
Melaka - Wikipedia

Melaka

From Wikipedia


Melaka Negeri Bersejarah
frames

Bendera
frames

Lambang
Cogan kata: Bersatu Teguh
frames
Ibu negeri Bandar Melaka
Bandar terbesar
Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Datuk Seri Utama Mohd. Khalil b. Yaakob
Ketua Menteri YAB Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam
Keluasan:
 Jumlah:
Tangga ke-11 di Malaysia
1,658 km2
Penduduk:
 Jumlah:
  Kepadatan:
Tangga ke-13 di Malaysia
687,100 (anggaran 2003)
414.4/km2
Bahasa rasmi Bahasa Malaysia
Bahasa lain
Lagu kebangsaan Melaka Maju Jaya
Agama rasmi Islam
Agama lain Kristian, Agama Buddha, Taoisme, Hindu
Matawang Ringgit
Zon Waktu UTC+8
Internet TLD .my
Kod panggilan 606


Negeri Melaka (Jawi: ملاك; juga dikenali sebagai Melaka Negeri Bersejarah atau Negeri Hang Tuah) adalah sebuah negeri yang terletak di barat Semenanjung Malaysia dan bersempadankan:

Kedudukan Melaka dalam persekutuan Malaysia yang terdiri daripada 14 negeri (termasuk Wilayah Persekutuan) adalah seperti berikut:

  • Keluasan: keempat terkecil di Malaysia (tangga ke-11), serta di Semenanjung Malaysia (tangga ke-9)
  • Penduduk: kedua terkecil di Malaysia (tangga ke-13), serta di Semenanjung (tangga ke-13)
  • Kepadatan penduduk: ke-4 terpadat di Malaysia serta di Semenanjung.

Ibu negerinya Kota Melaka. Walaupun merupakan negeri pertama mengasaskan Kesultanan Melayu, Melaka kini tidak mempunyai seorang Sultan, sebaliknya negeri ini diketuai oleh seorang Tuan Yang Terutama (TYT) Yang DiPertua Negeri.


Jadual isi kandungan

[Sunting] Geografi

Untuk rencana lanjut, lihat Daerah di Melaka

Negeri Melaka terletak di pantai barat daya Semenanjung Malaysia, serta bertentangan dengan Sumatera. Berkeluasan 1,650 kilometer persegi, ia bersempadankan Negeri Sembilan di utara dan Johor di timur. Pulau Besar, Melaka juga termasuk dalam sempadan negeri. Jumlah penduduk Melaka pada tahun 2001 ialah 648,000.

Penduduk-penduduk negeri Melaka terdiri daripada:

Bandar-bandar utama di negeri Melaka ialah Bandar Melaka, Alor Gajah, Masjid Tanah, Jasin, Merlimau, Tampin dan Ayer Keroh.

Bandaraya Bersejarah Melaka juga berkembar dengan lima buah bandar terkemuka yang lain iaitu - Lisbon, Portugal (16 Januari 1984), Kuala Lumpur, Malaysia (15 April 1989), Hoorn, Belanda (8 November 1989), Valparaiso, Republik Chile (24 June 1991) dan Nanjing, China (2001).

[Sunting] Sejarah

[Sunting] Kesultanan Melaka

KESULTANAN MELAKA
[[Imej:{{{gambar}}}|frames|center|300px]]
Tempoh Sultan
1400 – 1424 Parameswara (Raja Megat Iskandar Shah)
1424 – 1444 Sultan Muhammad Shah
1444 – 1445 Raja Ibrahim (Sultan Abu Syahid)
1445 – 1458 Sultan Muzaffar Shah
1458 – 1477 Sultan Mansur Shah
1477 – 1488 Sultan Alauddin Riayat Shah
1488 – 1511 Sultan Mahmud Shah

Untuk rencana lanjutan, lihat Kesultanan Melaka

Kesultanan Melaka diasaskan oleh Parameswara, seorang raja Srivijaya dari Palembang, pada tahun di antara 1400 hingga 1403. Kesultanan ini memerintah Melaka selama 110 tahun sehingga ditewas oleh pihak Portugis pada tahun 1511.

Empayar Melaka mencapai kemuncak kuasanya semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah, dan terdiri daripada Semenanjung Malaysia, Singapura, dan sebahagian besar Sumatera. Pesaing utama Melaka ialah Siam di utara dan Majapahit di selatan.

Sultan Mahmud Shah, sultan terakhir Kesultanan Melaka, merupakan mangsa keadaan disebabkan Portugal pada awal abad ke-16 sedang mengasaskan sebuah empayar luar negeri.

[Sunting] Pemerintahan penjajah

Untuk rencana lanjutan, lihat Sejarah Melaka

Melaka dikuasai oleh pihak Portugis di bawah pimpinan Alfonso de Albuquerque pada 24 Ogos 1511. Ia menjadi suatu pangkalan strategik bagi pengembangan pihak Portugis di Hindia Timur dan diperintah mereka selama 130 tahun.

Pada tahun 1641, pihak Belanda menguasai Melaka dengan penewasan pihak Portugis melalui pembantuan Sultan Johor. Walaubagaimanapun, pihak Belanda tidak berminat menjadikan Melaka sebagai sebuah pusat perdagangan di antara Timur dan Barat tetapi lebih mementingkan pembangunan Batavia (Jakarta) di Indonesia sebagai pusat pentadbiran mereka. Mereka menyerahkan Melaka kepada pihak British mengikut Perikatan British-Belanda pada tahun 1824.

Dari 1826 hingga 1867, Melaka diperintah oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris (British East India Company), dan kemudiannya menjadi sebuah tanah jajahan British. Kemudian, pada tahun 1946, ia menjadi salah satu Negeri Selat (Straits Settlement), bersama-sama dengan Singapura dan Pulau Pinang.

Selepas pembubaran tanah jajahan, Melaka dan Pulau Pinang menjadi sebahagian Malayan Union yang kemudiannya menjadi Malaysia pada tahun 1963.

Melaka diisytiharkan sebagai "Bandaraya Bersejarah" pada 15 April 1989.

[Sunting] Kerajaan negeri

Negeri Melaka ditadbiri oleh Dewan Undangan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) sendiri. Dewan Undangan Negeri merupakan kuasa tertinggi dalam menetapkan polisi di dalam negeri. Exconya bertanggungjawab kepada Dewan Undangan Negeri yang diwakili oleh pelbagai orang yang dilantik setiap lima tahun. Ia diketuai oleh Yang di-Pertua Negeri yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong Malaysia.

Jabatan Ketua Menteri adalah tiang pentadbiran negeri yang meletakkan pejabat Ketua Menteri, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri serta lain-lain jabatan. Bagi pentadbiran, Melaka dibahagikan kepada tiga daerah di bawah majlis daerah masing-masing, iaitu:

Mereka menyediakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan kepada penduduk dalam menjalankan kehidupan harian mereka.

[Sunting] Senarai TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka


Nama Mula berkhidmat Tamat berkhidmat
Tun Leong Yew Koh 31 Ogos 1957 31 Ogos 1963
Tun Haji Abdul Malek bin Yusuf 31 Ogos 1963 30 Ogos 1971
Tun Haji Abdul Aziz bin Abdul Majid 31 Ogos 1971 9 Mei 1975
Tun Syed Zahiruddin bin Syed Hassan 23 Mei 1975 30 Nov 1984
Tun Syed Ahmad Shahabudin Al-Haj 4 Dis 1984 Jun 2004
Tun Datuk Seri Utama Mohd. Khalil bin Yaakob Jun 2004 Sekarang


[Sunting] Kebudayaan dan ekonomi

Untuk rencana lanjutan, lihat Budaya di Melaka

Sektor pelancongan dan pembuatan adalah sektor utama dalam menjana ekonomi negeri. Melaka telah mengamalkan slogan "Melawat Melaka Bererti Melawat Malaysia". Melaka kaya dengan tempat-tempat yang menarik dan bersejarah.

Melaka juga terkenal untuk makanan, terutamanya gaya masakan Baba dan Nyonya yang terdirinya daripada gaya masakan Cina dan Melayu. Kebanyakan hidangannya adalah pedas dan berempah.

Rumah baba-nyonya di Melaka. (Gambar oleh: Andrew Lih)
Besarkan
Rumah baba-nyonya di Melaka. (Gambar oleh: Andrew Lih)

Sehingga hari kini, kebanyak adat-adat kuno yang berasal daripada pendudukan Portugis masih diamalkan, termasuknya "Intrudu" (sejenis perayaan air yang menandakan permulaan musim Lent, iaith musim puasa bagi orang Katolik), "branyu" (sejenis tarian tradisional) dan "santa cruz" (sejenis perayaan jalan tahunan)

Selain daripada pelancongan, Melaka juga menjadi pusat pengeluaran barangan tempatan daripada makanan dan barangan konsumer kepada barangan komponen-komponen senjata dan automotif berteknologi tinggi, elektronik serta komponen-komponen komputer. Terdapatnya sekurang-kurang 23 kawasan perindustrian yang merangkumi lebih kurang 500 kilang Amerika Syarikat, Jerman, Jepun, Taiwan dan Singapura.

Perkhidmatan perubatan swasta di Melaka semakin dicari oleh pesakit-pesakit sejauh Indonesia dan Singapura. Hospital Straits, Hospital Putra (dulu dikenali sabagai Hospital Southern), Hospital Melaka dan Pusat Perubatan Pakar Pantai merupakan pusat perubatan swasta yang amat popular. Mereka menyediakan perkhidmatan perubatan yang setaraf dengan kebanyakan negara maju yang lain. Kerajaan Negeri Melaka ialah pemegang saham utama Hospital Putra.

[Sunting] Tarikan bersejarah utama

Destinasi pelancongan terutama ialah:

  • Kota A Famosa: Dibina oleh pihak Portugis pada tahun 1511 sebagai kubu pertahanan, ia telah mengalami kerosakkan struktur yang agak teruk semasa pencerobohan Belanda. Pihak British telah bercadang untuk memusnahkannya tetapi campurtangan Sir Stamford Raffles pada tahun 1808 telah menyelamatkan apa yang tertinggal sebagai A' Famosa pada hari ini.
  • Kota St. John: Dibina semula oleh pihak Belanda semasa suku ketiga abad ke-18, kubu ini mempunyai meriam yang mengadap ke tanah besar kerana pada masa itu, serangan ke atas Melaka datang terutamanya dari tanah besar dan bukan dari arah laut.
  • Gereja St. Peter: Dibina pada tahun 1710 semasa pemerintahan Belanda di Melaka, ia merupakan gereja Katolik tertua di Malaysia. Dinding depan dan perhiasannya adalah penggabungan seni rekabentuk timur dan barat. Locengnya di bawa khas dari Goa pada tahun 1608.
  • Gereja St. Paul: Dibina pada tahun 1521 oleh Kapten Portugis yang bernama Duarte Coelho, gereja ini yang dinamakan "Our Lady of The Hill" kemudiannya ditukar oleh pihak Belanda kepada tempat persemadian bangsawan dan di namakan "Gereja St. Paul". St. Francis Xavier telah dipelihara di dalam perkuburan terbuka gereja ini pada tahun 1553 sebelum dibawa dengan kapal ke Goa, India.
  • Gereja Christ: Dibina pada tahun 1753, struktur gereja ini melambangkan seni rekabentuk Belanda yang tulin. Bangunan ini mengandungi bangku gereja yang dibuat dengan tangan, siling cahaya matahari yang dibina tanpa sambungan, kitab Injil tembaga, batu nisan yang ditulis dalam bahasa Armenia dan lukisan "Last Supper".
  • Gereja St. Francis Xavier: Dibina pada tahun 1849 oleh Paderi Farve, seorang rakyat Perancis, menara gereja ini dibina khas bagi memperingati St. Francis Xavier. Dikenali sebagai "Mubaligh Sulung di Timur" (Apostle of the East), St. Francis Xavier dikenang dengan kerja-kerja dakwah menyebarkan agama Katolik di Asia Tenggara pada abad ke-16.
  • Bangunan Stadthuys: Dibina pada tahun 1650 sebagai penempatan rasmi Gabenor Belanda dan Timbalan Gabenor, struktur bangunan ini melambangkan seni rekabentuk Belanda. Ia kini menjadi "Muzium Sejarah dan Etnografi". Paparan harian muzium ini ialah pakaian pengantin tradisional dan artifak dari zaman kegemilangan Melaka.
  • Jalan Hang Jebat (Jonker Street): Terkenal untuk barangan antiknya.

Dalam usaha menambahkan daya tarikan, kerajaan negeri telah menubuhkan pelbagai muzium sebagai gedung koleksi peradaban.

[Sunting] Pengangkutan

Tampin yang terletaknya 30 kilometer di utara bandar Melaka, merupakan stesen keretapi yang terdekat. Pernah adanya landasan keretapi dari Tampin ke Melaka sebelum Perang Dunia II, tetapi ia telah dibuka oleh tentera Jepun untuk pembinaan Landasan Keretapi Maut di Burma dan tidak pernah dibina semula selepas peperangan walaupun bekasnya masih tertinggal.

Melaka mempunyai sebuah stesen bas dengan perkhidmatan pengangkutan yang tetap ke Kuala Lumpur, Johor Bahru dan pelbagai tempat di Malaysia. Ia juga mempunyai sebuah lapangan terbang di Batu Berendam yang melayankan penerbangan carter dari kawasan sekitar.

Jalan keluar Ayer Keroh di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) merupakan jalan masuk utama ke Melaka. Terdapatnya juga dua jalan keluar tambahan di Lebuhraya Utara-Selatan, iaitu di jalan keluar Alor Gajah dan Jasin.

[Sunting] Tertib tarikh

Untuk rencana, lihat: Sejarah Melaka

[Sunting] Lihat juga

[Sunting] Pautan luar

[Sunting] Kerajaan tempatan

[Sunting] Sejarah Melaka

[Sunting] Lokasi tempatan


 
Melaka
Bendera Melaka

Daerah-Daerah: Melaka Tengah | Alor Gajah | Jasin

Negeri dan Wilayah Persekutuan di Malaysia Flag of Malaysia
Negeri: Johor | Kedah | Kelantan | Melaka | Negeri Sembilan | Pahang | Perak | Perlis | Pulau Pinang | Sabah | Sarawak | Selangor | Terengganu
Wilayah Persekutuan: Kuala Lumpur | Labuan | Putrajaya
Our "Network":

Project Gutenberg
https://gutenberg.classicistranieri.com

Encyclopaedia Britannica 1911
https://encyclopaediabritannica.classicistranieri.com

Librivox Audiobooks
https://librivox.classicistranieri.com

Linux Distributions
https://old.classicistranieri.com

Magnatune (MP3 Music)
https://magnatune.classicistranieri.com

Static Wikipedia (June 2008)
https://wikipedia.classicistranieri.com

Static Wikipedia (March 2008)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com/mar2008/

Static Wikipedia (2007)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com

Static Wikipedia (2006)
https://wikipedia2006.classicistranieri.com

Liber Liber
https://liberliber.classicistranieri.com

ZIM Files for Kiwix
https://zim.classicistranieri.com


Other Websites:

Bach - Goldberg Variations
https://www.goldbergvariations.org

Lazarillo de Tormes
https://www.lazarillodetormes.org

Madame Bovary
https://www.madamebovary.org

Il Fu Mattia Pascal
https://www.mattiapascal.it

The Voice in the Desert
https://www.thevoiceinthedesert.org

Confessione d'un amore fascista
https://www.amorefascista.it

Malinverno
https://www.malinverno.org

Debito formativo
https://www.debitoformativo.it

Adina Spire
https://www.adinaspire.com