Gunung Tahan
From Wikipedia
Gunung Tahan dengan ketinggian (2187 meter), merupakan puncak tertinggi di Semenanjung Malaysia, Gunung Tahan terletak di Taman Negara dalam negeri Pahang. Gunung Tahan bagaimanapun adalah rendah daripada Gunung Kinabalu yang merupakan gunung tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara.
Gunung ini menjadi titik sempadan negeri Pahang dengan negeri Kelantan.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Laluan mendaki
Gunung Tahan ini sering menjadi tumpuan pendaki gunung yang menggunakan laluan Kuala Tahan - Gunung Tahan. Laluannya :-
- Dari Kuala Tahan ke Kem Kuala Melentai - 1 hari melalui tepi Sungai Melentai. berkhemah di sini.
- Dari Kem Melantai ke Bukit Darah
- Dari Bukit Darah melalui Bukit Malang - di sana ada 11 bukit.
- Dari Bukit Malang ke Gunung Rajah
- Dari Gunung Rajah turun ke Kem Kuala Puteh di bawah .
- Dari Kuala Puteh ke Kuala Teku - 1 hari melalui tepi Sungai Peleting. Berkhemah di sini.
- Dari Kuala Teku ke Gunung Pondok Dua (898 m di Kem Wrays).
- Dari Gunung Pondok Dua ke Gunung Pangkin ( 1462 m)
- Dari Gunung Pankin ke Gunung Tangga Lima Belas ( 1574 m)
- Dari Gunung Tangga Lima Belas ke Gunung Reskit ( 1666 m)
- Dari Gunung Reskit ke Gunung Gedong ( 2066 m)
- Dari Gunung Gedong turun ke Kem Padang
- Dari Kem Padang ke Gunung Tahan ( 2187 m)
Anda perlu mendaki , berjalan kaki sejauh 65 km dari Kuala Tahan ke puncak Gunung Tahan.
Punca air sungai ada di Kuala Melantai , Kuala Puteh , Kuala Teku , Kem Wrays dan di Kem Padang . Ambil air di sana dan masak .
[Sunting] Pendakian
Pendakian paling cepat 9 hari di dalam hutan bagi mereka yang sihat. Jika di kira dari Kuala Lumpur kena tambah 2 hari lagi. Terpaksa merentas sungai dan trak yang sangat mencabar. Bagaimanapun trak ini terbuka kepada orang ramai. Dapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada pegawai Taman Negara.
Pendakian bermula dari Kuala Tahan ke Kuala Melantai ambil masa 5 hari. Di Kuala Tahan ada ibu pejabat Taman Negara.
Terpaksa naik bot, tidak ada jalan raya. bot terpaksa ditempah terlebih dahulu dengan cara menulis kepada pejabat cawangan Taman Negara di Kuala Lumpur. Bayaran bot sekitat RM10.00 hingga RM120.00 setiap orang , bergantung kepada bilangan orang.
Masa terbaik mendaki ialah antara bulan Februari dan Mac kerana tidak basah, kurang hujan. Bulan Oktober biasanya hujan hampir setiap hari. Taman Negara ditutup kepada pelawat dari 15 November hingga 15 Januari.
[Sunting] Perhatian
Jika anda baru pertama kali mendaki gunung, janganlah mendaki Gunung Tahan terlebih dahulu. Dakilah gunung yang lebih rendah seperti Gunung Ledang. Semua itu bergantung kepada tahap kecergasan dan kecerdasan diri anda.
[Sunting] Rujukan
- John Briggs, 'Mountains of Malaysia - a Practical Guide and Manual ' , Longman Malaysia Sdn Bhd , 1985.