Sukan SEA
From Wikipedia
Rencana ini merupakan rencana stub. Bantulah Wikipedia mengembangkannya. |
Selepas Sukan Asia ke-3 (22 Mei 1958), Thailand mencadangkan negara-negara Asia Tenggara untuk mengadakan satu persekutuan sukan yang dikenali sebagai Southeast Asian Peninsular Games Federation - SEAP Games Federation. Cadangan ini dipersetujui oleh beberapa negara Asia Tenggara. Objektif sukan ini ialah:
-
- Mengukuhkan persahabatan, persefahaman dan permuafakatan sesama negara.
- Mempromosikan pencapaian, teknik dan taktik atlit-atlit untuk mencapai tahap yang lebih tinggi di peringkat Sukan Asia dan Sukan Olimpik.
Sukan SEA telah dirasmikan di Bangkok, Thailand pada Jun 1959 dengan Parahat Saruxtiara menjadi Pengerusi Persekutuan Sukan Asia Tenggara yang pertama. Kini, Persekutuan Sukan Asia Tenggara dianggotai oleh Brunei, Kemboja, Timor Timur, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.
Sukan SEA merupakan sukan untuk negara-negara Asia Tenggara. Ini bermakna negara bukan anggota ASEAN boleh menyertai sukan ini. Sukan ini diadakan setiap 2 tahun. Malaysia kali terakhir menjadi tuan rumah pada tahun 2001 (Sukan SEA ke-21) iaitu di Kuala Lumpur.