Sepang
From Wikipedia
Sepang ialah sebuah bandar dan daerah yang terletak di bahagian selatan negeri Selangor, Malaysia. Pada asalnya Sepang cumalah sebuah daerah terpencil yang jarang disinggahi. Tetapi kini, daerah Sepang paling dikenali sebagai tempat tuan rumah Litar Antarabangsa Sepang (ataupun dalam Bahasa Inggeris, Sepang International Circuit, SIC) dan sebagai tapak lokasi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (ataupun dalam Bahasa Inggeris, Kuala Lumpur International Airport, KLIA).
Daerah Sepang mempunyai keluasan 59,966 hektar dan dibahagikan kepada tiga mukim:
- Mukim Dengkil, berkeluasan 29,395 hektar.
- Mukim Labu, berkeluasan 29,395 hektar.
- Mukim Sepang, berkeluasan 20,441 hektar.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Demografi
Pelaksanaan beberapa projek nasional di Sepang telah menyebabkan bilangan penduduk meningkat dengan pesat.
- Tahun 1991: 55,000 orang.
- Tahun 1991: 75,000 orang.
- Tahun 2020 (jangkaan): 2,200,000 orang.
[Sunting] Pengangkutan
Sejajar dengan pembangunan di daerah ini, laluan masuk ke Sepang telah bertambah, di antaranya South Klang Valley Expressway (SKVE), Elite Expressway, Putrajaya dan Urban Motor Way yang menghala ke Daerah Sepang telah siap atau akan dibina. Di samping itu, terdapat juga laluan keretapi Express Rail Link (ERL) yang menghubungkan Stesen Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral) di Kuala Lumpur ke KLIA, Putrajaya dan Cyberjaya.
[Sunting] Tempat Menarik
- Litar Antarabangsa Sepang
- Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
- Bagan Lalang
[Sunting] Rujukan
[Sunting] Pautan Luar
|
|
---|---|
Daerah-Daerah: Kuala Selangor | Petaling | Sepang | Klang | Gombak | Kuala Langat | Hulu Langat | Sabak Bernam | Hulu Selangor |
Negeri dan Wilayah Persekutuan di Malaysia | |
---|---|
Negeri: Johor | Kedah | Kelantan | Melaka | Negeri Sembilan | Pahang | Perak | Perlis | Pulau Pinang | Sabah | Sarawak | Selangor | Terengganu | |
Wilayah Persekutuan: Kuala Lumpur | Labuan | Putrajaya |
Rencana ini merupakan rencana stub. Bantulah Wikipedia mengembangkannya. |